Ikuti Blog ini
Mewah : Gambar2 Kapal Terbang Peribadi Sultan Brunei. ,Khamis, Februari 18, 2010 at 18.2.10,
SOLAH HAJAT & CERAMAH PERDANA SELANGOR , at 18.2.10,



Kerajaan negeri Selangor sekarang ini sedang diserang dalam dan luar. Maklumat saya dapat dari dalaman UMNO, pihak atasan UMNO masih belum berpuas hati selagi Selangor belum jatuh kembali ke UMNO.
Alhamdulillah, setiap percubaan mereka gagal dan makan tuan. pembunuhan Teoh Beng Hock. Penggunaan SPRM untuk melemahkan serta mensabotaj Kerajaan Negeri juga gagal. Percubaan Suwardi Yaakob untuk menjatuhkan MB juga menemui kegagalan yang luhur sehingga ke tahap Nazlee GERAK masuk PKR. Namun, segalanya adalah ketentuan Allah SWT dan bukan kerana kekuatan kita.
Solat hajat ini WAJIB dihadiri oleh SELURUH RAKYAT MALAYSIA tidak kira agama atau bangsa. Saya berharap untuk melihat Stadium Melawati dipenuhi bukan sahaja dengan orang Islam tetapi juga orang bukan Islam.
Dicadangkan keseluruhan Kepimpinan DAP dan PKR yang bukan Islam juga turut hadir menunjukkan sokongan. Pakatan Rakyat adalah lemah dan hanya bergantung kepada kekuatan Allah SWT. Biarlah Allah SWT melindungi kita dari kezaliman dan kejahatan UMNO dan Barisan Nasional
PROGRAM : SOLAT HAJAT & CERAMAH PERDANA BERSAMA MURSYIDUL AM PAS - TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, PENASIHAT UMUM PKR - DATO' SERI ANWAR IBRAHIM & MENTERI BESAR SELANGOR - TAN SRI KHALID IBRAHIM
HARI/WAKTU : SABTU MALAM AHAD, 20HB. FEBRUARI, 2010, 7 MALAM
TEMPAT : STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR
ANJURAN BERSAMA : PAKATAN RAKYAT SHAH ALAM
Beruk jalanan dah muncul , at 18.2.10,
Hakim Zabidin Enggan Undur Walaupun Berat Sebelah , at 18.2.10,
Hakim Zabidin Mohd Diah mengesahkan beliau tidak akan menarik diri dari mendengar penghakiman konspirasi 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan tidak mahu lari dari tanggungjawab yang diamanahkan terhadapnya.
Zabidin sebelum ini diminta mengundurkan diri dari menghakimi perbicaraan itu apabila beliau enggan mengambil sebarang tindakan terhadap laporan akhbar Utusan memfitnah dan mengaibkan Anwar.
Sementara itu, Anwar memfailkan permohonan penangguhan sementara di Mahkamah Rayuan bagi
menangguhkan perbicaraan konspirasi 2 terhadapnya di Mahkamah Tinggi.
Pengesahan afidavit dilakukan di kaunter pendaftar Mahkamah Tinggi sebentar tadi.
Semalam Mahkamah Rayuan menolak permohonan lisan peguam Karpal Singh tanpa afidavit.
Dalam pada itu, lebih 30 orang penyokong Anwar membacakan surah Yassin di luar perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diketuai Ustaz Badrul Amin.
Serangan BN Bukti Pakatan Rakyat Semakin Kuat , at 18.2.10,

Punca Perkasa dan Umno berdemo bantahan tapi Australia tak faham , at 18.2.10,
Lihat gambar diatas, jika anda pun keliru dengan apa yang diperkatakan Perkasa dan Umno melalui banner yang dibawa untuk membantah Australia mencampuri kes liwat Anwar, apatah lagi orang-orang Australia.Inilah akibatnya apabila si bangang hendak membentak si cerdik. Asalkan dihulurkan wang, apa benda pun Perkasa boleh buat.....sebab soruu mereka sekarang dah miss banyak.
Jadi barua pun takpe, asalkan ada MASYUKKK.
Sambil tengok-tengok gambar tu, sila cari perkataan-perkataan yang disalah eja.
Laporan demo mereka dihadapan kedutaan Australia, baca di SINI
Auw! Hishammuddin terkejut! , at 18.2.10,
Saya tak terkejut Hishammuddin terkejut. Maklumlah, itu bukan bidang tugas dia. Bidang tugas dia ialah untuk berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah "Allah".
Ia samalah kita tak terkejut apabila Datuk Nasir Safar berkata, berkata kaum bukan Melayu di negara ini asalnya adalah pendatang dan peminta sedekah manakala "orang-orang Cina, terutama wanita, datang ke sini untuk jual tubuh".
Apa nak terkejutnya. Bukankah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kata, kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid selagi ia di dalam lingkungan batas kawasan itu?
Kawan-kawan tentu faham makna tacit approval.

Pemimpin Umno ‘benak’; Yang Haram Tak Nampak, yang ‘Syiar’ DiPertikaikan , at 18.2.10,
Seberang Takir, KUALA NERUS – Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, menyambut MaulidurRasul adalah satu syiar yang boleh, samada mahu disambut atau pun tidak, oleh orang Islam.
Sebaliknya, kata beliau, bertafakkur di hadapan tugu negara adalah haram yang sama sekali ditegah didalam Islam.
Namun katanya, pemimpin Umno tidak bercakap soal yang haram itu, apabila Perdana Menteri tunduk bertafakkur dihadapan Tugu Negara, tetapi membesar-besarkan berkaitan soal perarakan MaulidurRasul
”Untuk…bertafakkur depan (Tugu Negara) memang tak boleh, yang ini (menyambut MaulidurRasul (adalah syiar), perarakan itu hanya sebahagian program sahaja, mengapa Umno tak bising (yang haram itu),”katanya ketika ditemui selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan PAS DUN Seberang Takir, dekat sini, semalam 17 Februari.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu yang digembar-gemburkan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang cuba memburukkan Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.
Menurutnya, PAS mengambil pendirian bahawa sambutan MaulidurRasul hanyalah syiar dan perarakannya adalah program, yang tidak menjadi masalah, samada mahu melaksanakannya, atau pun.tidak.
Oleh itu, di negeri Kelantan PAS tidak mengadakan perarakan tetapi mengadakan sambutan MaulidurRasul dengan menganjurkan pelbagai Majlis Ilmu, yang mengingatkan umat Islam terhadap RasuluLlah dan perjuangannya menegakkan Islam.
Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau berkata pemimpin Umno ‘benak’ kerana tidak boleh melihat dan membezakan antara benda yang lebih besar dan penting, berbanding perkara yang kecil dan kurang penting.
Katanya perkara yang lebih besar dalam Islam adalah perkara yang dilarang dan diharamkan seperti bertafakkur dihadapan Tugu Negara.
”Umno tak nampak perkara ini, tetapi nampak menyambut MauliduRasul lebih besar sedangkan ia hanyalah satu syiar,”jelasnya.
Dialog Pimpinan Agama Anjuran Pakatan Rakyat , at 18.2.10,
Dialog ini merupakan satu peristiwa amat bersejarah bagi masyarakat majmuk di Malaysia yang amat memerlukan program-program yang dapat meningkatkan mutu perhubungan dan komunikasi di antara anggota masyarakatnya. Apatah lagi, ia dianjurkan pada ketika rakyat Malaysia sedang menghadapi pelbagai kemelut ketegangan agama dan kaum khususnya mengenai penggunaan kalimah 'Allah" yang dicetuskan baru-baru ini.
Dialog yang dianjurkan Sekretariat Pakatan Rakyat telah menemukan para pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat termasuk YB Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR), YB Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan YB Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS). Turut serta adalah Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang), Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS) beserta dengan kumpulan tokoh-tokoh pemimpin dari Parti masing-masing.
Kami berpandangan bahawa sesi dialog yang telah berjalan selama kira-kira hampir 3 jam ini telah berjaya menghasilkan kesan dan rumusan-rumusan seperti berikut:
- Majlis ini telah berjaya mewujudkan persefahaman di kalangan para pemimpin pelbagai agama untuk saling mengenali dan hormat menghormati antara dengan lain.
- Ia telah dapat meleraikan konflik isu penggunaan kalimah 'Allah' dalam suasana yang amat kondusif kerana adanya sikap positif dan kejujuran untuk menyelesaikannya secara terbuka, adil dan bijaksana.
- Meskipun setiap agama adalah berbeza namun semua pihak mengakui bahawa wujudnya kebersamaan nilai-nilai murni dan akhlak di antara semua agama ini yang perlu diiktiraf dan dimanfaatkan dalam membangun tamaddun masyarakat Malaysia di masa depan.
- Persetujuan bahawa budaya dialog antara agama-agama seperti ini perlu diteruskan dan dirancang sebaiknya oleh Pakatan Rakyat untuk disemarakkan di masa hadapan.
- Keinsafan kesemua pihak agar budaya dialog ini dapat disebarluaskan ke dalam masyarakat hingga ke peringkat akar umbi.
- Kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat akan menjadikan program dialog antara agama sebagai program yang wajib dilaksanakan untuk mendidik masyarakat supaya mempunyai pengetahuan dan meraikan realiti kewujudan kepelbagaian agama di Malaysia.
- Usaha untuk mewujudkan persefahaman seperti ini merupakan satu langkah proaktif bermakna. Tidak mungkin kita dapat bersetuju dalam semua perkara. Inilah realiti dan keindahannya. Namun usaha-usaha seperti in sudah pasti dapat mencari titik persefahaman dan penyelesaian sebarang konflik yang berlaku dalam masyarakat dari semasa ke semasa.
Majlis dialog seperti yang telah berlangsung tersebut cukup istimewa kerana ia merupakan program yang menemukan tamaddun-tamaddun besar dan utama di dunia – sama ada dari segi agama ataupun bangsa. Justeru, permulaan bersejarah yang telah dibina ini perlu dijadikan teras membina tamaddun baru Malaysia di masa hadapan.
SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT
Lembaga Hitam mengamuk di Perak , at 18.2.10,
Satu lembaga hitam telah mengamuk dan bermaharajalela di satu kawasan di Air Kuning, Perak.Kawasan seluas kia-kira 15 hektar itu yang dibangunkan bersama oleh sekumpulan 10 orang pengusaha dengan tanaman sayur-sayuran, ternakan lembu dan kambing, ternakan ikan dalam kolam serta pokon buah-buahan habis ranap dikerjakan oleh lembaga hitam tersebut.
IPOH : Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat membantah keras tindakan kerajaan Perak melalui Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama yang merobohkan kawasan ladang yang telah diusahakan selama 12 tahun di Air Kuning, Perak.
Kawasan tersebut yang terletak berhampiran Taiping berada dalam Dewan Undangan Negeri Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang.
Insiden ini berlaku kira-kira 48 jam selepas Dr Zamry Abd Kadir diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah baru-baru ini.
Kawasan seluas kia-kira 15 hektar itu telah dibangunkan bersama oleh sekumpulan 10 orang pengusaha dengan tanaman sayur-sayuran, ternakan lembu dan kambing, ternakan ikan dalam kolam serta pokon buah-buahan.
"Kami membangunkan tanah tersebut yan tidak didiami bagi memenuhi hasrat kerajaan yang mahu memajukan sektor pertanian dan penternakan," kata Mohd Salleh Ariffin, jurucakap kumpulan peneroka tersebut.
Pasukan perobohan tersebut dari Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama, dibantu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), polis dari Taiping, JKR Taiping dan jentera dari syarikat Gamuda mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memusnahkan segala yang telah diusahakan selama 12 tahun.
"Mereka datang seolah-olah hendak menangkap penjenayah besar. Kami telah membuat permohonan untuk mendapat hak milik tanah termasuk menghantar surat ke Jabatan Perdana Menteri tetapi tidak mendapat respon sehingga kini.
"Mereka memusnahkan semuanya yang kami usahakan termasuk menebang pokok buah-buahan. Adakah ini slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?," kata Mohd Salleh yang turut ditangkap dan digari kerana didakwa cuba menghalang kerja-kerja perobohan tersebut.
Kerugian dianggarkan sekitar RM500,000.00.
Mengulas kejadian ini, Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir melahirkan rasa dukacita, kesal dan menyampah dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Dr Zamry ke atas rakyatnya sendiri di Perak.
Katanya, tindakan meroboh dengan jentolak dengan bantuan pasukan polis dan FRU ini seolah-olah menyerupai tindakan yang diambil oleh rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestine.
"Sepatutnya pihak kerajaan perlu menggunakan kaedah perundingan untuk mendengar permasalahan rakyat dahulu. Saya juga nak ulangi apakah ini dia slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?
"Kita membantah keras tindakan ini dan menuntut kerajaan Dr Zamry memohon maaf dengan pihak yang terbabit dan membayar ganti rugi kepada mereka.
"Kita juga menuntut kerajaan Perak tidak memandang remeh perkara ini dan tidak menjadikan ini sebagai tindakan balas dendam atau sebagainya kerana baru-baru ini mereka juga telah mengeluarkan hak milik kepada pekebun limau bali di Tambun sedangkan di sebaliknya pula ada segolongan lagi rakyat yang telah dizalimi," ujarnya.
PANAS: Pendedahan gaji para Menteri dan Timbalan Menteri! , at 18.2.10,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, tuan dan puan, Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia.
Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri. Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.
Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri serta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri.
1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja
Lain-lain kemudahan.
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00.
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri.
1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parlimen.
2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit
5. Elaun parking
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Lain-lain hal Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:
1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber.
Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahui dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua.
Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat di Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik.
Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !
Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!
OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Putera Jaya Wilayah Persekutuan
Sumber: greensocialis
Bermuka-muka: Kenapa Umno tidak berdemo membantah kenyataan penasihat Gerakan dahulu? ,Rabu, Februari 17, 2010 at 17.2.10,
Apa akan terjadi agaknya bila statement ‘Tiada Tempat Bagi Ketuanan Melayu’ diucapkan oleh pemimpin2 Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP? Adakah gambar-gambar mereka akan dibakar, dikencing @ dipijak?
Apabila Penasihat Gerakan sendiri yang bercakap begitu, kemana menghilangnya pendekar2 ‘Parti Cap Keris’yang begitu bersemangat sekali mempertahankan hak2 ketuanan Melayu?Penasihat parti Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berkata tiada mana-mana kaum mempunyai hak untuk menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini.
Oleh itu kata bekas presiden parti tersebut, tiada ruang bagi ketuanan Melayu, Cina atau India di Malaysia. Tambahnya lagi, jika ada sesiapa yang mendukung ketuanan Melayu maka orang itu adalah seorang ektremis rasis.
Lim menggesa semua ahli parti itu supaya bercakap terhadap mereka yang mendukung isu ketuanan Melayu, walaupun ia boleh mengakibatkan mereka diheret ke penjara.
Bekas menteri kabinet itu berkata, ketuanan Melayu harus dibantah walaupun ianya didokong oleh Umno.
“Mengapa diam diri? Adakah kamu takut masuk penjara? Jangan bimbang... Jika kamu masuk penjara, saya lawat kamu setiap hari dan membawa bersama sup ’shark fin’.” kata Lim Keng Yaik.
Hinanya Si Jamil Khir Baharom Sebagai Menteri Agama , at 17.2.10,
Hakim Syarie, Mohd. Shukor Sabudin menetapkan terikh tersebut bagi membolehkan kedua-dua pihak memfailkan afidavit. Jamil Khir bersama Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada 9 Februari lalu memfailkan bantahan awal untuk membatalkan permohonan qazaf Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pada 9 Julai 2008, Anwar membuat satu laporan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jawi mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.
Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Shamsuddin agar mendakwa bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan atas tuduhan qazaf. Menurut seksyen tersebut, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan kesalahan seksual tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Mohd. Saiful Bukhari sebelum ini mendakwa Anwar telah meliwatnya dan kes itu kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta.
[Dulu beliau amat dikagumi dan ilmunya amat dihormati. Kini setelah bergelar menteri, Jamil Khir Baharom seolah-olah terperangkap dalam lembah kehinaan. Bayangkan, beliau dan dua yang lainnya tergamak memohon dan membuat bantahan agar tuduhan qazaf yang dibuat oleh Anwar terhadap Saiful Bukhari dibatalkan. Inikah dia pemimpin Melayu yang diharapkan untuk menjaga agama Islam itu sendiri?.
Siapa yang dijaga sekarang ini? Agama atau kepentingan individu tertentu. Anwar sebagai orang Melayu yang beragama Islam, ada hak untuk diadili berlandaskan undang-undang syariah. Maka, kenapa Jamil Khir menghalang?. Apakah beliau didesak oleh pihak atasan?. Jika inilah senarionya, maka apa akan terjadi kiranya yang mahukan keadilan itu bukannya Anwar tetapi umat Islam yang lain.
Apakah Jamil Khir juga akan membantah agar ia dibatalkan?. Kenapa takut dengan Qazaf jika benar Saiful berada dipihak yang betul. Mahkamah di negara kita sudah jadi bercelaru apabila kes yang merapu cuba untuk dipertahankan oleh individu yang jelas menghina agama Islam itu sendiri. Kenapalah Jamil Khir sanggup jadi begini !!].
Selepas Australia, Amerika Desak Kes Konspirasi 2 Anwar Digugurkan , at 17.2.10,
Sebelum ini, lebih dari 50 Ahli Parlimen mendesak Najib menggugurkan Kes Anwar yang dilihat sebagai sukar dipercayai selepas parti KEADILAN yang menang besar pada PRU 2008.
Dalam satu kenyataan rasmi, John kerry berkata,"Perbicaraan kes pertama terhadap Anwar telah menjangkau lebih 10 tahun, pertuduhan yang kemudiannya digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan. Pertuduhan terbaru terhadap beliau hampir mirip kepada caj yang dikenakan terhadap beliau dahulu dan telah disabitkan kepadanya sejurus beliau dilantik semula sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.
"Saya mendesak kerajaan Malaysia agar memberikan beliau segala perlindungan di bawah undang-undang negara sebagaimana beliau berhak sebagai Ahli Parliament dan warganegara serta menyelesaikan kes terhadap beliau dalam suasana yang mampu membina keyakinan terhadap kebebasan dan kredibiliti badan kehakiman Malaysia".
Mampoih Kerajaan 1 Malaysia. , at 17.2.10,
Penghormatan yang diberikan kepada Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Forum Dunia US-Islam di Doha baru-baru ini menunjukkan pemimpin dunia tidak lagi berminat untuk berkongsi pendapat mengenai perkembangan dunia Islam bersama pemimpin kerajaan Malaysia di bawah Umno-Barisan Nasional.
Bercakap kepada Suara Keadilan Datuk Seri Anwar berkata pemimpin-pemimpin dunia membuka mata terhadap fitnah kotor yang dilemparkan kerajaan Malaysia terhadap beliau.
Tindakan BN mengaitkan beliau dengan tuduhan yang tidak berasas itu menyebabkan masyarakat dunia tidak lagi berminat menjemput pemimpin Malaysia menghadiri forum berprestasi tinggi itu.
"Saya berjumpa dengan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan di forum tersebut dan beliau secara tegas menyatakan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya tidak berasas dan ia hanyalah untuk mengugatkan kepimpinan saya dalam negara.
"Saya juga bersemuka bersama Setiausaha Negara Amerika Senator Hillary Clinton dan beliau juga menyatakan simpati terhadap usaha kerajaan Malaysia untuk menjatuhkan saya dan beliau berharap tuduhan tidak benar itu dapat dimansuhkan," kata beliau pada majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anjuran KEADILAN Kebun Bunga di Padang Tembak, Air Hitam.
Tegas Anwar bukan Ahli Parlimen Australia sahaja yang masuk campur tangan berkaitan fitnah terhadap beliau bahkan beberapa tokoh besar dunia juga turut menyatakan pendapat yang sama mengenai tuduhan palsu itu.
"Dengar sahaja Ahli Pahlimen Australia campur tangan, Umno sudah gila-gila melenting, sekarang ini dengar pula beberapa Perdana Menteri negara luar akan masuk campur tangan, jadi apa pula yang mereka nak katakan?
"Untuk makluman mereka (Umno-BN), bukan hanya Ahli Parlimen Australia akan campur tangan terhadap kes ini bahkan pemimpin-pemimpin dunia lain juga turut menyatakan kesediaan memberi bantuan," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Beliau juga menyatakan ulama Islam terkemuka dari Mesir Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi menyifatkan cara yang dilakukan kerajaan Umno-BN terhadap beliau adalah cara orang Islam yang jahat.
Ini kerana mereka sanggup merosakkan agama sendiri dan tindakan itu adalah sangat bertentangan dengan ajaran Islam.
"Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai seorang ulama terkemuka menegaskan cara yang dilakukan terhadap saya adalah cara orang yang jahat dan Islam tidak mengajar umatnya menghukum umat yang tidak bersalah dan tetap dipersalahkan untuk kepentingan tujuan tertentu.
"Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi juga berkata penindasan yang dilakukan kepada saya perlu dipertahankan dan sokongan yang diberikan rakyat akan terus menguatkan saya untuk terus memperjuangkan kebenaran," kata Anwar lagi.









