Makin dekat dengan PRK P36 Kuala Terengganu, percayalah makin ramai pemimpin UMNO akan bercakap mengenai orang melayu. Bab 'ketuanan' ni saja semenjak selesai saja PRU12 tempoh hari, dah berbuih mulut orang UMNO menyebutnya. Bermula dengan si mamat cincin besar dari Bukit Bendera sehingga peringkat warung kopi pun ramai bercakap bab ketuanan ni.
Biasalah bila sokongan dah terhakis, sudah tentu tebing yang dah nak rebak perlu di'resructured' semula. Tetapi kalau tidak diujikaji kekuatan tapak pembinaan, berapa banyak 'piling' dihentak pun bila tiba masa akan runtuh jugak. Di dalam ISO 9001:2000, 'root cause analysis' amat penting bila berlaku sesuatu ketakuran (non-comformance). 'Corrective action' dan 'preventive action amat penting.
Di dalam hal ini UMNO hanya mengambil 'corrective action' sahaja. Sebagai contoh kalau suatu 'point letrik' tidak berfungsi, UMNO hanya akan tukar '3-pin plug.' Ia mungkin berulang lagi. Kalau UMNO mengambil 'preventive action' ia akan mengkaji mungkin sistem pendawaian di situ sudah lama, yang memerlukan sistem pendawaian diperbaharui atau perlu diwujudkan 'lightning arraster' dan sebagainya.
Begitulah mentaliti dunia ketiga, hanya tindakan pembetulan (corrective action) sahaja yang difikirkan. Tiada perancangan untuk mengambil 'preventive action'. Tengok jalan-jalan raya di Malaysia, bila berlopak, cepat-cepat panggil kontraktor untuk menutup dengan 'bitumen', selepas berapa lama berlopak kembali. Tiada perancangan untuk mengambil 'preventive action' seperti mengkaji jenis tanah, atau hakisan di kiri kanan jalan, sistem perparitan yang menyumbang kepada wujudnya lopak-lopak di situ etc etc.
Peniaga-peniaga di Pasar Kedai Payang yang kerugian beribu-ribu ringgit baru-baru ini akibat banjir mungkin akan dijanjikan dengan 'pampasan pilihanraya'
Mangsa-mangsa banjir juga mungkin akan menerima 'habuan pilihanraya' juga. Jalan-Jalan yang putus akibat banjir akan disegerakan pembaikiannya dalam tempoh berkempen.
Anak-anak yang nak 'naik' sekolah akan mendapat bantuan wang dan beg sekolah dan sebagainya.
Mereka akan berkampong di Kuala Terengganu, sehinggakan sanggup menyewa rumah beribu-ribu ringgit untuk tempoh masa tak sampai dua minggu.
Harap pengundi KT bijak menggunakan akal dalam membuat keputusan nanti.