Ikuti Blog ini

ERTI PENGORBANAN DALAM PERJUANGAN


Dalam konteks kedatangan Islam di negara kita, Islam sampai melalui pengorbanan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu mengharungi lautan dan ombak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islamlah, mereka sanggup bekorban apa sahaja.

Realiti Perjuangan Dan Pengorbanan Dalam PAS

· Bukan senang berjuang dengan PAS sebagai sebuah jamaah Islam dan menjadi parti yang sentiasa mencabar kemungkaran yang dilakukan oleh Umno/BN. Kuasa yang mempunyai segala kekuatan material dan sokongan. Tetapi kita memimpin PAS berbekal kekuatan iman dan aqidah yang mantap dengan keyakinan mendapat kemenangan di akhirat.

· Hendak memimpin ummat kearah penghayatan Islam yang syumul bukan hanya dalam bentuk hadhari sahaja. Satu cabaran kepada kita kerana, kita memimpin jamaah yang mengajak kepada perkara samiyyat bukan kepada kebendaan semata-mata. Pihak musuh menawarkan perkara yang nampak di depan rakyat.

· Terpaksa mengorbankan segala wang ringgit dan harta benda untuk perjuangan supaya cita-cita suci tercapai. Kerana PAS tidak dibantu oleh tauke arak dan judi, tetapi dibantu oelh tulang empat kerat ahlinya yang komited dengan fikrah perjuangan.

· Sudah menjadi lumrah dalam perjungan PAS, terpaksa mengorbankan masa untuk memikirkan Islam dapat dihayati dengan baik oleh masyarakat di negara ini.

· Terpaksa mengorbankan kenaikan pangkat dalam profesion yang diceburi walaupun kita mempunyai merit untuk naik. Tetapi dasar pilih kasih dan tidak demokratik perkara ini perlu dilupakan sahaja. Terdapat juga mereka yang hendak membina kerjaya terpaksa berundur dan melupakan perjuangan walaupun pada asalnya begitu bersemangat.

· Kadang-kadang terputus tali persaudaraan kerana menyertai perjuangan Pas. Mereka menganggap perjuangan PAS anasir perosak Negara kerana terpengaruh dengan media di hadapan mereka.

· Realiti dalam PAS ramai pengikut tapi kurang orang yang hendak ke depan memimpin kerana takut dengan berbagai ugutan. Akhirnya seorang ahli terpaksa memikul tugas yang bertimbun-timbun.

· Realiti yang dihadapi oleh pejuang PAS masa yang begitu kurang dengan anak-anak. Justeru itu anak-anak perlu diberi tarbiah inilah perjuangan PAS supaya mereka memahami tugas ini adalah satu pengorbanan untuk kesenangan mereka pada masa hadapan.


· Oleh kerana PAS sebagai sebuah gerakan ummah maka keahliannya terbuka. Ini satu pengorbanan yang besar kepada mereka yang memimpin PAS untuk menguruskan ahli yang berbagai status untuk disesuaikan dengan piawai standard minimum sahaja.

· Pengorbanan seorang ahli PAS ialah apabila ia menghilangkan sikap ego ketika bersama dengan PAS kerana mera’i ahli PAS yang berbagai latar belakang. Walau pun beliau bijak macam mana pun dia perlu menurunkan darjat ananiah (keakuanku sahaja) daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, sebaliknya memimpin sebuah jamaah yang ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji.


Bagaimana Untuk Menjadi Ahli PAS Yang Bekorban Untuk Islam?


  • Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar atau yang kecil kerana ini merupakan penghalang besar untuk menjadi pejuang.

  • Memberikan perhatian mengenai sunnah perjuangan Islam (PAS) adalah payah. Bukan di hampari dengan permaidani merah.

  • Bersedia untuk berhadapan dengan halangan

  • Sentiasa mendampingi orang soleh dan berjiwa besar

  • Sentiasa mengkaji dan merujuk buku-buku sirah

  • Sentiasa mengingati mati dan siksa kubur

  • Sentiasa mengingati syurga dan neraka ini adalah balasan terakhir manusia

  • Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa Keinginan diri sendiri untuk mempertingkatkan kerja parti.

  • Mesti merasakan kita boleh seperti orang lain boleh.

  • Merasa diri bersalah dengan Allah apabila melihat kemungkaran dan kezaliman bermaharajalela.

Kesimpulan

  • Konsep pengorbanan perlu dihayati oleh pejuangan PAS, walaupun bulan korban sudah hendak meninggalkan kita. Keberkesanan akan dapat dilihat dalam diri, keluarga, jamaah apabila kita benar-benar menghayati falsafah korban.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .