Ikuti Blog ini

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu - PAS Atur 1000 Majlis Penerangan

http://buletinonline.net/images/berita14/ceramahpru12cina.jpg
Kuala Terengganu - PAS Terengganu kini bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.


Ketua Penerangan PAS Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid berkata PAS Terengganu sudah mengatur 1000 majlis penerangan termasuk ceramah, forum, dialog dan sebagainya.

“Kita (PAS) kini sudah bersiap sedia pada bila-bila masa untuk menyertai Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dan meletakkan sasaran 1000 majlis penerangan akan diadakan dalam tempoh berkempen,

“Kita (PAS) akan aturkan pelbagai majlis termasuk ceramah besar, kecil dan kelompok, forum, dialog dan pertemuan dengan pengundi mengunggunakan pelbagai media ,” ujarnya selepas Mesyuarat Khas Lajnah Penerangan PAS Terengganu di Pejabat PAS negeri, dekat sini, hari ini.

http://buletinonline.net/images/berita14/img_4342.jpgBeliau berkata jentera penerangan PAS di semua peringkat bagi kawasan parlimen Kuala Terengganu akan digerakkan bagi memberikan penjelasan dan menjawab tohmahan UMNO dan Barisan Nasional.

Katanya UMNO dan Barisan Nasional sebagaimana yang pernah dilakukan dalam pilihanraya yang diadakan sebelum ini, akan menggunakan kemudahan media cetak dan elektronik yang dikuasai parti tersebut.

Selain itu, menurut beliau UMNO dan Barisan Nasional juga akan menggunakan jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan untuk menyalurkan ‘propaganda’ kepada para pengundi.

Namun, kata beliau, PAS bersama sokongan jentera penerangan dari parti-parti dalam Pakatan Rakyat akan menggunakan ‘media rakyat’ yang akan menyampaikan maklumat dari pintu ke pintu rumah pengundi.

“UMNO dan Barisan Nasional bergantung kepada media cetak dan elektronik, televisyen, radio dan suratkhabar yang dikuasainya, selain menggunakan jabatan dan agnsi kerajaan sebagaimana amalan mereka dalam pilihanraya lalu,

“PAS bersama rakan-rakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan bersama menghadapi dakyah dan propaganda UMNO/BN,”katanya.

Kelmarin, Pengerusi Penaja Parti Tindakan Demokratik (DAP), cawangan Kampung China Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing berkata DAP sedia mengerahkan jenteranya sepanjang kempen pilihan raya kali ini.

Dimaklumkan DAP akan menurunkan seramai 200 pemimpin pelbagai peringkat untuk membantu kempen PAS.

Selain itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR sebagaimana dimaklumkan oleh Pengarah Pilihanraya, Fariz Musa akan memberikan sokongan tenaga AMK semaksima mungkin bagi memastikan PRK Kuala Terengganu dimenangi oleh Pakatan Rakyat.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .