Ikuti Blog ini

Fariz Musa Ditahan Polis

http://buletinonline.net/images/stories/berita/farizmusa.JPG
Kuala Terengganu
– Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Terengganu Fariz Musa telah ditahan oleh sepasukan tiga kereta peronda polis pada jam 5.10 pagi, Isnin 5 Januari.

Timbalan Ketua AMK Terengganu, Muzafeq Muhammad berkata demikian ketika menghubungi Buletinonline pada jam 5.30 pagi.

”Saya berada di Balai Polis Kuala Terengganu, Fariz telah ditahan dan kini sedang disoal siasat oleh Tuan Azmi dari cawangan Khas,”katanya.

Menurutnya Fariz telah ditahan bersama lima orang skuad AMK ketika sedang menjalankan kerja-kerja berkaitan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.


Fariz masih berada di Balai Polis Kuala Terengganu dipercayai sedang disoal siasat oleh Tuan Azmi dari Cawangan Khas.

Tindakan polis amat dikesali seolah-olah menjadi alat kepada pihak tertentu yang merasa gerun dengan sokongan yang diterima oleh calon Pas di situ. Pemilihan Hj. Abdul Wahid Endut menyebabkan pihak BN semakin tertekan dengan ketokohan dan wibawa yang ada pada calon Pas.

Malaysiakini pernah melaporkan bahawa pilihanraya kecil Kuala Terangganu sangat penting kepada Najib dalam meneruskan survival politiknya. Justeru itu, Najib serta mereka yang sewaktu dengannya akan membuat apa sahaja untuk memastikan kemenangan Wan Farid yang menjadi calon BN. Menang atau kalah BN bermakna kemenangan dan kekalahan kepada Najib.

Najib sebenarnya menyedari bahawa ujian getir sedang menanti calon BN di Kuala Terangganu. Saya yakin Najib menyedari kebanjiran pemimpin BN khususnya Umno di Kuala Terangganu lebih kepada untuk berkempen untuk pemilihan Umno pada Mac nanti dan bukannya untuk memenangkan sangat calon BN.Semua ini memeningkan Najib yang beria-ia untuk memenangkan calon BN.

Tindakan keras polis di Kuala Terangganu sudah dijangka. Menurut sahabat-sahabat yang berada di sana, bilangan polis di Kuala Terangganu lebih ramai berbanding semasa Pilihanraya Permatang Pauh lalu. Bagi saya tindakan terbaru polis di Kuala Terangganu sebenarnya baru 'mukadimah' tindakan lebih keras polis selepas ini.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .