Ikuti Blog ini

Isu Perak: Amaran PAS Kepada Dato’ Seri Najib

RAKYAT Thailand yang tidak berpuashati terhadap kerajaannya telah menawan kereta kebal yang dikerah untuk mengawasi Bangkok selepas perintah darurat dikenakan oleh Perdana Menteri petang ini.

PAS menggesa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil teladan atas apa yang berlaku di Pattaya semalam.

Kebangkitan rakyat Thailand itu merupakan manifestasi daripada ketidakpuasan hati mereka terhadap rampasan kuasa dan usaha menjatuhkan pemimpin pilihan mereka.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato’ Kamaruddin Jaffar menegaskan tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan perkara yang sama jika Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak segera dibubarkan bagi membolehkan mereka memilih dan menentukan siapa pemimpin dan kerajaan mana pilihan mereka.

“Keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang merupakan referendum rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang telah merampas kuasa di Perak secara tidak bermoral Februari lalu.

“Jika Dun tidak dibubarkan, PAS bimbang apa yang berlaku di Thailand akan turut terjadi di Perak dan jika ianya berlaku ia akan memburukkan lagi keadaan.

“Perdana Menteri sendiri telah melihat kesannya di Pattaya bila rakyat tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa jadi seharusnya beliau bertindak segera,” tegas Kamaruddin
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .