Ikuti Blog ini

Lebih Baik Ahmad Said Bubarkan Sahaja DUN Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/WDI.JPGKuala Terengganu – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said disaran membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sekarang, sebelum menghadapi krisis politik dan perlembagaan sebagaimana yang dihadapi oleh negeri Perak dewasa ini.

Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, ia adalah jalan terbaik kepada semua pihak bagi menyelesaikan krisis keyakinan yang sedang berlaku terhadap kepimpinan Ahmad.

“Dengan krisis keyakinan terhadap Menteri Besar (MB), bukan sahaja berlaku dikalangan pembangkang, malah berlaku dikalangan Ahli DUN Barisan Nasional (BN),

“jalan penyelesaian terbaik adalah MB mengambil tindakan pro-aktif, membubarkan DUN, sebelum berlaku krisis yang lebih kronik,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.


Beliau yang juga ADUN Batu Burok berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan Ahmad yang dipetik Bernama.

Ahmad memberi amaran berkata ADUN BN yang akan membawa usul undi tidak percaya terhadapnya ke dalam Sidang DUN yang dijadualkan bermula Isnin ini.


Mengulas lanjut, Dr. Syed Azman berkata krisis keyakinan terhadap Ahmad turut berlaku berlaku dikalangan pegawai kerajaan dan kakitangan anak-anak syarikat kerajaan negeri serta rakyat negeri Terengganu.

“Ahmad Said akan dipuji dan dikenang oleh rakyat sekiranya bertindak mengikut lunas undang-undang, membubarkan DUN dan mengembalikan mandat kepada rakyat,”tambah Dr. Syed.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .