Saat-saat FRU melepaskan gas pemedih mata dan serpihan terkena pelajar
Inilah rupa keronsang gas pemedih mata FRU yang dilepaskan itu agaknya


Menurut maklumat, mangsa terbabit berkata kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya mengemas barang di gerai yang terletak 100 meter dari stadium, dan bersiap untuk pulang. "Tiba-tiba saya tengok keadaan jadi kecoh dan orang ramai berlari sambil terdengar polis memberi arahan supaya bersurai. Saya berpaling ke arah anggota polis berkenaan yang kebetulan melepaskan gas pemedih mata ke arah saya, tanpa sempat saya mengelak, objek itu terkena mata kanan saya," katanya. Menurut seorang saksi, yang dikenali sebagai Abd Rahman berkata beliau sempat tunduk apabila gas pemedih mata itu dilepaskan yang terkena Muhammad Huzaifah dan beliau melihat darah keluar dari mata kanannya sambil menjerit kesakitan.
"Saya dan beberapa orang lagi terpaksa memapah beliau ke hospital yang letaknya tidak jauh dari tempat berkenaan," katanya. Satu laporan polis telah dibuat pada malam kejadian dan keluarganya turut menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.