Ikuti Blog ini

Mari kenali mereka.....si pembawa kepala lembu





Sejak demontrasi mengarak kepala lembu berdarah terjadi enam hari lalu, khalayak rata-ratanya terus mempersoal tindakan Umno yang ekstrem itu.

Umno bukan sahaja didakwa cuba menjatuhkan kerajan Pakatan Rakyat di Selangor melalui isu cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23, di sini; malah parti itu cuba mencipta pergelutan dengan penganut agama Hindu di Selangor melalui aksi ekstrem `pihak terbabit.

Apa yang berlaku sudah tentu menuntut kepemimpinan Umno membetulkan kesangsian rakyat terhadap aksi ekstrem pihak terbabit.

Di sebalik klip youtube yang merakamkan insiden tersebut, sebenarnya adalah jawapan yang paling sahih untuk mengetahui siapakah dalang di sebalik aksi ektrem itu.

Analisis emperikel bersama dua Exco Pemuda PAS Selangor Nadzham Hj. Ahmad Nazir (berkolar kuning) dan Mohd Khairul Afandi Ibrahim (berbaju hitam berlogo PAS) semalam umumnya menunjukkan bahawa Umno lah dalang sebenar insiden 28 Ogos lalu.




Berdasarkan klip youtube tersebut, Nadzham mendakwa bahawa dalang sebenar perhimpunan terbabit adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23, Hj. Azmir Md. Zain, di sini.

Jelasnya, Azmir merupakan adik kandung kepada bekas Adun Kota Anggerik Dato’ Nawawi Md. Zain (dalam Parlimen Shah Alam); yang mewakili Umno dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.

“Kalau dah ada Ketua Penaja Umno (cawangan) Seksyen 23 menjadi kepala demontrasi itu, siapa lagi dalangnya,” katanya.

“Kalau orang PAS, kita (ahli-ahlinya) tidak akan demontrasi isu perkauman, (sebaliknya) kita akan demontrasi isu hak asasi dan Islam. Sudah lama kita (pemimpin PAS) ditangkap, kene gas pemedih mata, dibelasah FRU (atau) dikenakan Akta Hasutan serta iSA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).”

Jelasnya lagi, Azmir turut dikenali khalayak tempatan sebagai salah seorang samseng yang menguasai kawasan panas, Up-Town Shah Alam.

Dia (Azmir) salah seorang yang kuasai Up-Town Shah Alam. Itu sebab walaupun penduduk setempat bantah (dan) pungut tandatangan bantahan disebabkan (bunyi) bising-bising, sampai sekarang tak berjaya (dipindahkan); sebab Dato’ Nawawi (abang kandung Azmir) di belakangnya…antara gangsternya (adalah) Achai, juga pemuda Umno Shah Alam.”

Nadzham yang pernah dikenali sebagai ‘otai’ Pemuda Umno Shah Alam pada era Reformasi 1998, sebelum menyertai PAS turut mendedahkan bahawa Gangster bernama Achai juga merupakan orang penting kepada pemimpin pemuda Umno tempatan, Dato’ Nawawi Md. Zain.

“Achai ini bukan (saja) kawan dia (Azmir), tapi adik pada Zack (iaitu) Setiausaha Kerja kepada Dato’ Hj. Nawawi Md Zain. Dia (Achai) orang penting pemuda Umno.”

Tambah Nadzham lagi, antara demontran yang cuba menyamar sebagai pemuda PAS dalam demontrasi ekstrem tersebut adalah bekas Bendahari Pemuda Umno Shah Alam sendiri, selepas meneliti klip youtube Malaysiakini.

Menurut Khairul Afandi pula, demontrasi melampau tersebut turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahadan.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .