Ikuti Blog ini

Polis Bertindak GANAS di bulan Ramadhan.


GANAS...Anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghalang Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada memasuki kawasan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Ipoh, hari ini.

Polis sekali lagi bertindak liar menahan tiga Adun Pakatan Rakyat dan mencederakan seorang daripada mereka dalam kegelojohan untuk menghalang Sesi Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh pagi tadi.

Turut ditangkap dan dipukul seorang wartawan dan tiga orang awam.

Meskipun menggunakan kekerasan, polis gagal menghalang sidang DUN itu. Ia tetap diadakan walaupun bukan di bawah pokok demokrasi seperti Mac lalu. Kali ini sidang diadakan di sebuah hotel kira-kira lima kilometer dari Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN.

Dalam keghairahan polis menghalang sidang DUN itu, Adun Malim Nawar Keshvinder Singh dipukul di kepala sebelum ditahan bersama dua Adun lain dan seorang jurufoto akhbar Nanyang Siang Pau berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dua Adun lain yang ditahan ialah Datuk Ngah Koo Ham (Setiawan) dan Chan Ming Khai (Simpang Pulai) manakala wartawan yang disasarkan polis ialah dari akhbar Nanyang Siang Pau. Turut ditahan tiga orang awam.

Keshvinder kini terpaksa menerima rawatan kecemasan di hospital.

Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat berkata polis menghalang sidang DUN itu tanpa mengeluarkan warta yang sah sepertimana termaktub dalam undang-undang.

Nizar berkata tindakan polis itu salah dan melanggari undang-undang serta prinsip keadilan.

Nizar berkata Speaker DUN, Sivakumar telah mengeluarkan Surat Pekeliling kepada semua ADUN untuk menghadirkan diri pada sidang DUN hari in, selaras dengan peruntukan undang-undang tubuh negeri.

Walaubagaimanapun, polis, dipercayai atas arahan Umno-BN, bertindak mengadakan sekatan jalan bagi menghalang 28 ADUN Pakatan Rakyat dan Speaker berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bersidang.

Pergelutan berlaku antara ADUN dan pihak polis sebelum polis bersenjatakan pistol mengheret dan menangkap tiga ADUN dan wartawan terbabit.

Nizar berkata Pakatan Rakyat tidak memusuhi polis tetapi hanya menolak taktik Umno-Barisan Nasional untuk menafikan hak rakyat atas keperluan mengadakan sidang DUN itu mengikut keperluan Perlembagaan Negeri.

“Kami meminta polis membenarkan kami berarak ke Bangunan Perak bagi menjalankan tugas kami sebagai wakil rakyat. Jadi kami minta polis turut bekerjasama dengan kami kerana kami adalah dipilih oleh rakyat,” katanya ketika sedang mencuba untuk berarak lebih dekat ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Polis bagaimanapun enggan memberi kerjasama dan sebaliknya mengeluarkan perintah melarang sesiapa daripada berada dalam linkungan 30 meter dari pagar Bangunan Perak Darukl Ridzuan.

Sekumpulan penyokong Umno berpakaian serba kuning kemudian berhimpun di sebalik barisan polis. Dengan perlindungan polis, mereka melaungkan slogan pro-istana dan anti Pakatan Rakyat.

Polis seterusnya mengeluarkan arahan untuk menangkap siapa sahaja yang berkeras berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Melihat keghairahan polis untuk bertindak kasar ke atas ADUN Pakatan Rakyat, kerajaan pimpinan Nizar mengambil keputusan untuk mengadakan sidang itu di Hotel Heritage yang berhampiran.

Di hotel berkenaan, sidang dewan itu meluluskan beberapa usul termasuk menyarankan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 terhadap :

1. Speaker BN Datuk R Ganesan, yang bukan seorang ADUN, yang masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar sewaktu sidang 7 Mei lalu, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker (Sivakumar).

2. (Bekas timbalan speaker) Hee Yit Fong, yang keluar DAP dan didakwa menyalahguna kuasa-kuasa speaker, dan mempengerusikan sidang DUN (pada 7 Mei) dan menjalankan pengundian yang memilih Ganesan sebagai speaker. -TVA



Orang ramai berpusu-pusu memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat

ADUN Pakatan Rakyat baru sahaja turun dari pejabat DAP


Sedang menuju ke bangunan SUK berhampiran
Sampai bila polis harus jadi tunggangan Umno?


Kekacauan berlaku apabila polis memulakan tangkapan
Jenayah semakin meningkat lantaran polis
digunakan untuk memantau Pakatan Rakyat;
bukan penjenayah
Melaksanakan undang-undang tanpa ikut
perundangan yang sebenar
ADUN Pakatan Rakyat merayu untuk
pergi berdua-dua tanpa orang ramai
Perlakuan polis yang menjadi tunggangan UBN
menambah benci dan marah rakyat terhadap
kerajaan Haram Perak yang ada kini
Jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau ditangkap polis


Orang ramai mula berundur meninggalkan
tempat insiden berlaku
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .