Ikuti Blog ini

Perkauman Sempit Bukan Amalan Islam – Dato' Harun Din


PERKAUMAN sempit dan hanya memperjuangkan bangsanya dilarang dan ditentang Islam sebagai agama yang sememangnya mengakui kewujudan bangsa lain. Hal ini ditekankan oleh Timbalan Musyidul Am PAS, Dato' Harun Din .

Menurut beliau, Islam sendiri mengakui kewujudan bangsa lain dan sentiasa hidup dalam suasana tolong menolong dan bantu membantu.

“Dalam Al-Quran sendiri jelas disebut dan maksudnya : ‘Sesungguhnya kami jadikan kamu berpuak-puak, berkhabilah-khabilah dan berbangsa-bangsa untuk kamu kenal mengenali antara satu dengan yang lain dan sesungguhnya yang palin mulia diantara kamu adalah orang yang paling bertakwa’ ,” jelas Harun Din.

Beliau juga berkata, Nabi Muhammad S.A.W sendiri menolak perkauman. Hadisnya juga ada menyebut :

‘Bukan daripada golongan kami orang yang menyeru perkauman (assabiyah) dan bukan dar golongan kami orang yang berjuang untuk perkauman dan bukan dari golongan kami orang yang bermati-matian kerana perkauman.’

Harun juga menegaskan dalam perjuangan Islam di Malaysia, siapa juga boleh menjadi pemimpin asalkan Islamnya terserlah. Islam sendiri katanya tidak meletakkan perkauman sebagai asas perjuangan.

Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional yang kini memegang tampuk pemerintahan dilihat semakin mengamalkan sifat perkauman di Malaysia. Hal ini terbukti apabila Biro Tata Negara yang dikatakan menyusupkan sentiment perkauman kepada para pesertanya.

Terkini, Utusan Malaysia pula dalam ruangannya cuba menyiarkan rencana yang bersifat perkauman dan cuba menghina kaum India di Malaysia.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .