Nik Amar baru je mula berhujah sebagai panel pertama. Kata Nik Amar, Islam makin terpinggir di Malaysia. Bila ada isu-isu agama, para ulama dijadikan sebagai rujukan terakhir dan tiap kali juga pandangan ulama diperlekehkan.
Badan-badan agama hanya sebagai perhiasan. Undang-undang syariah pula hanya sebagai 'syarat' tapi dari segi pelaksanaan, akhir sekali.
Paling menakutkan ialah bila isu murtad dianggap sebagai isu kecil dan timbul trend melabel atau mewujudkan Islam baru, contohnya Islam HadHari. Ini amat mengelirukan umat Islam.
Dr ASri mempersoalkan pelaksanaan undang-undang syariah, pengurusan zakat, kelemahan pelaksanaan syariat Islam yang mengakibatkan yang bukan Islam 'tawar hati' kepada Islam.
Peranan ulamak juga dipersoalkan oleh Dr Asri. Ada ulama yang pentingkan harta, kerusi, pangkat, dunia, jawatan sehingga sekadar menjadi ulama bisu.
Hujah Dr Asri disambut dengan sorakan sokongan dari orang ramai. Dr Asri juga menyelar pandangan setengah pihak terhadap mazhab lain selain mazhab syafie.
Islam tidak ada masalah sebaliknya yang bermasalah ialah pemimpin yang memimpin dan dari kalangannya ialah orang Islam sendiri.
Alamak... Aku tak paham apa Nakhaie merapu da... Tiba-tiba dia naik angin... Nakhaie persoalkan antaranya kelemahan umat Islam dalam soal pembangunan Islam...
Senang cerita... Nakhaie ni terang-terang Assobiyah la... Ceh... Ni ustaz ke tukang pelaga kaum..?
Affandi persoal Pakatan Rakyat berpakat dengan DAP. seterusnya soalan dari Agus pada Affandi - apa hukumnya bukan Islam guna ayat Al-Qur'an dalam ceramah.Jawapan Affandi - tak salah bukan Islam baca ayat Al-Qur'an cuma tak dapat pahala.
Soalan Agus pada Nik Amar - PAS kafirkan UMNO.
Jawapan Nik Amar - PAS pernah minta UMNO untuk duduk semeja dan bincang soal kafir-mengkafir tapi ditolak oleh UMNO. Nik Amar pula persoalkan UMNO flip flop dalam isu Islam HadHari. Dulu nak laksana, turun Pak Lah, Islam HadHari hilang.
Nik Amar juga persoal UMNO yang menggunakan PAS waktu susah tapi bila senang, UMNO makan kawan. Kesimpulannya, DAP lebih jujur dari UMNO yang mengaku Islam.
Agus tanya Nakhaie apa perbezaan pengalaman masa dalam PAS dan UMNO.Jawab Nakhaie - PAS amalkan Islam sekular manakala UMNO amalkan Islam sebenar... Korang pikir la sendiri...
Suasana makin panas, Nik Amar dan Dr Asri dengan hujah yang konsisten, Nakhaie dengan Affandi pulak tak habis-habis dengan isu Pakatan dengan DAP dan jugak hudud.Soalan balas dari Dr Asri dan Nik Amar gagal dijawab. Soalan dari Agus juga gagal dijawab sehingga Agus terpaksa memanjangkan soalan yang sama sehingga 2-3 kali kerana lain yang disoal, lain yang dijawab.
Hadirin semakin bersemangat.
UMNO cuma guna agama ketika nak makan dan nikah kahwin sahaja. Nakhaie tegaskan kalau nak lawan azan, memang tak terlawan dengan TPM (hujah Nakhaie tentang Islamnya pimpinan UMNO) dan Nik Amar tegaskan bahawa Islamnya pemimpin bukan pada hebatnya dia melaungkan azan.
Dr Asri seru Kerajaan Pusat kembalikan hak rakyat Kelantan dalam isu royalti.Update 21:03pm.
Paling menakutkan ialah bila isu murtad dianggap sebagai isu kecil dan timbul trend melabel atau mewujudkan Islam baru, contohnya Islam HadHari. Ini amat mengelirukan umat Islam.
Peranan ulamak juga dipersoalkan oleh Dr Asri. Ada ulama yang pentingkan harta, kerusi, pangkat, dunia, jawatan sehingga sekadar menjadi ulama bisu.
Hujah Dr Asri disambut dengan sorakan sokongan dari orang ramai. Dr Asri juga menyelar pandangan setengah pihak terhadap mazhab lain selain mazhab syafie.
- "Saya tidak tahu apa itu 'Wahabi', yang saya tahu saya ialah Asri"
Alamak... Aku tak paham apa Nakhaie merapu da... Tiba-tiba dia naik angin... Nakhaie persoalkan antaranya kelemahan umat Islam dalam soal pembangunan Islam...
Kata Nakhaie lagi, semasa dia berada didalam PAS, tidak ada seorangpun individu bukan Islam berjaya di Islamkan oleh dirinya tetapi setelah berada didalam UMNO, dia berjaya mengislamkan lebih dari 7000 ribu orang bukan Islam.
Dalam hujahnya juga Nakhaie menegaskan bahawa ianya berlaku kerana PAS pada ketika itu tidak pernah mengadakan program seumpamanya untuk menarik golongan bukan Islam kepada Islam. hujah Nakhaie kemudiannya ditempelek oleh hadirin yang mempersoalkan kedudukannya didalam PAS pada ketika itu.
- "Nakhaie pada ketika itu memegang jawatan tertinggi dalam PAS tetapi kenapa dia pada ketika itu yang mempunyai kuasa tidak mengadakan program seumpama itu padahal dia ada kuasa untuk melaksanakannya..? ini hujah "bodoh" kata hadirin pada Nakhaie.
Nakhaie agaknya masih berada dalam mimpi... dia tak sedar ke yang memegang kuasa di Pusat ialah UMNO dan sepatutnya UMNO lah yang bertanggung jawab dalam hal ni. kenapa nak salahkan PAS dan kenapa tanggung jawab berkenaan Islam nak diletakkan diatas kepala PAS padahal dalam masa yang sama, UMNO menuduh PAS sebagai Parti Sesat..?
Nakhaie jugak dalam hujahnya banyak membicarakan soal "melayu"....
Senang cerita... Nakhaie ni terang-terang Assobiyah la... Ceh... Ni ustaz ke tukang pelaga kaum..?
Agus tanya Nakhaie apa perbezaan pengalaman masa dalam PAS dan UMNO..? jawab Nakhaie - PAS amalkan Islam sekular manakala UMNO amalkan Islam sebenar... Korang pikir la sendiri...
Soalan balas dari Dr Asri dan Nik Amar gagal dijawab. Soalan dari Agus juga gagal dijawab sehingga Agus terpaksa memanjangkan soalan yang sama sehingga 2-3 kali kerana lain yang disoal, lain yang dijawab.