Ikuti Blog ini

Musa Hassan OUT Ismail Omar IN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan diberi lanjutan kontrak untuk kali ketiga dan jawatannya akan diambil oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar, lapor malaysiakini.

Menurut SMS berita dari Utusan Malaysia, perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan lamanya tentang jawatan Musa yang berakhir hujung bulan ini.

Musa, 59, mencapai umur persaraannya pada 2007 tetapi kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. Lanjutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pembangkang dan aktivis hak asasai manusia.

Beliau yang dikenali sebagai pengangkut tilam di dalam kes liwat Anwar telah kemudiannya dinaikkan pangkat, sehinggalah memegang jawatan tertinggi di dalam PDRM, Ketua Polis Negara.

Beliau mempunyai rekod yang paling hodoh sebagai KPN, malah beliau dilaporkan menipu mengenai kelulusannya.

Musa mendakwa beliau memiliki Ijazah Undang-Undang ketika memberi keterangan bersumpah dalam satu pembicaraan kehakiman iaitu dalam perkara Pendakwa Raya melawan Anwar Ibrahim dalam Wilayah Persekutuan Perbicaraan Kes No: 45-48-98 dan 48-49-98 pada 14 Disember 1998.

Pada hal, beliau sendiri ketahui bahawa beliau hanya memiliki kelulusan Diploma in Law (diploma biasa) sahaja dan tidak pernah memiliki Ijazah Undang-Undang daripada mana-mana Universiti dalam atau Luar Negeri.

Apa yang paling jelek ialah beliau sentiasa bersikap double-standard di dalam membuat keputusan di mana apa-apa perhimpunan Pakatan Rakyat akan menemui masalah besar walaupun mendapat permit dan dijalankan secara aman. Tetapi apa-apa perhimpunan dari parti kerajaan dibiarkan begitu sahaja sekalipun ia mengancam keselamatan (seperti perhimpunan kepala lembu).

Kemudian, beliau dilaporkan terlibat di dalam konspirasi bersama Peguam Negara, Gani Patail untuk kes liwat 2 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.

Kejatuhan beliau dari jawatannya sama seperti pemergian Tan Sri Rahim Noor dari jawatannya di mana ia sarat dengan segala macam kekotoran yang terpalit pada namanya.

Kini Tan Sri Ismail Omar bakal mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara daripada Tan Sri Musa Hassan berkuat kuasa 13 September ini. Apakah sama juga perangainya nanti dengan KPN-KPN terdahulu. Kita tunggu dan saksikan bersama. -GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .