Ikuti Blog ini

MB Kedah minta polis ambil tindakan terhadap individu tonton video seks

ALOR SETAR, — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menahan individu yang menonton rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang.

Beliau berkata polis juga perlu mengambil tindakan terhadap Datuk T, yang memiliki video itu.“Semua yang terlibat patut diambil tindakan dan ditangkap termasuk Datuk T.Video lucah ni... yang tayang sepatutnya kena yang tengok pun sepatutnya kena.Itu cadangan sayalah,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas pendedahan identiti kumpulan Datuk T atau trio pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim

Di Shah Alam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga meminta polis mengambil tindakan terhadap Datuk T kerana mendedahkan video seks itu.

Perbuatan seumpama itu jelas menyalahi etika serta bercanggah dengan mana-mana ajaran agama yang menekankan keadilan, keamanan dan kebaikan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini. — Bernama



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .