ANALISA  PENGUNDIAN S'WAK. Bagaimanapun jika gelombang sokongan di pedalaman  berubah kepada BN padaminit-minit terakhir, ia dapat menghancurkan  impian Pakatan untuk mengurangkan majoriti dua pertiga BN dalam kerusi  negeri Sarawak.
ANALISA ini dibuat tiga hari sebelum hari pengundian, BN Sarawak  kelihatan akan dapat mempertahankan majoriti dua pertiga di 71 kerusi  negeri S'wak, walaupun ia kehilangan beberapa kerusi kepada untuk  pembangkang kali ini.
Menurut sumber dari Bahagian Hal Ehwal Khas Jabatan Penerangan, jumlah  kerusi yang selamat untuk BN saat ini adalah 28 kerusi, dengan 19 kerusi  lagi berkemungkinan besar akan dimenangi oleh pembangkang.
Keputusan bagi 24 kerusi lagi pula agak sukar untuk dipastikan, menurut sumber itu lagi.
Pensyarah Kanan dan Sains Politk Universiti Malaysia Sarawak Jeniri Amir  juga menyimpulkan bahawa pembangkang akan memenangi sekurang-kurangnya  19 kerusi dalam pilihanraya pada 16 April ini - hanya kurang lima kerusi  sahaja untuk menidakkan majoriti dua pertiga BN dalam kerusi negeri  S'wak.
Selain 10 kerusi di kawasan bandar, Jeniri percaya 'kawasan hitam' bagi BN termasuklah kerusi luar bandar di Ba'Kelalan, Belaga, Pelagus, Beting Maro, Opar, Bengoh dan Telang Usan.
Beberapa sumber BN merasakan mereka hanya akan kehilangan 15 kerusi, lapan kepada DAP.
Pengundi Melayu dan Melanau akan berpihak kepada BN seperti yang dijangkakan, tetapi pengundi Cina berpihak kepada pembangkang.
Apa yang perlu diberi perhatian ialah sambutan pengundi Dayak, yang  membentuk 47 peratus pengundi. Kedua-dua belah pihak percaya bahawa  pihak pembangkang berjaya menembusi komuniti ini.
Di kawasan luar bandar di mana BN telah memilih calon yang tidak popular  atau yang telah disabotaj oleh mereka yang tidak terpilih,  atau di  mana calon yang menghadapi isu berterusan berkaitan pembinaan empangan  dan hak tanah adat, terdapat satu peluang yang baik yang menempatkan  akan jatuh kepada pembangkang., ada kesempatan baik bahawa kerusi akan  jatuh ke pembangkang.
Di kawasan bandar, kekecewaan di atas pemerintahan yang panjang dan  korup oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud jelas memberi kesan kepada  BN, dan ini diburukkan lagi dengan kempen-kempen yang dibawa masuk dari  Putrajaya.
Parti komponen BN Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sedang berusaha  untuk memadamkan sentimen anti-Taib dan terpaksa memainkan isu perkauman  - dengan memberi amaran kepada orang Cina mereka akan kehilangan wakil  mereka dalam kerajaan jika parti ini kalah.
Orang kuat SUPP dan juga calon Bawang Assan, Wong Sooh Koh berkata kepada pengundi Cina di sebuah ceramah: "Soon  Koh mungkin kalah tetapi Pek Moh (Taib) tidak akan kalah ... kecuali  Taib (dirinya sendiri) ingin berundur, dan ia tidak mungkin baginya  (berundur). " 
Memerhati Ketua Menteri  
Di kawasan Melayu dan Melanau, yang direbut oleh PKR dan PAS, desakan  terhadap Taib supaya meletakkan kuasa menjadi isu hangat di tengah  pentas ceramah dalam kempen pembangkang, selain isu-isu hak-hak adat  tanah asal dan pembangunan infrastruktur miskin.
"Sekarang isu utamanya adalah Taib. Najib telah memberikan isyarat  tapi nampaknya Taib masih tidak mengerti bahawa ia harus pergi sekarang,  " kata Setiausaha PAS Sarawak Fidzuan Zaidi ketika dihubungi.
Walaupun ini adalah kubu tradisi PBB, BN tidak mahu memberikan sebarang peluang kepada pembangkang untuk menembusinya.
Perkakas 'jahat' UMNO' dari semenanjung telah dijemput untuk  membantu kempen di kawasan-kawasan majoriti Melayu. Penceramah terkenal  seperti Ezam Mohd Noor dan Umi Hafilda Ali telah berucap pada ceramah  BN, memberi tumpuan pada  tuduhan-tuduhan skandal ketua de facto PKR  Anwar Ibrahim dan meningkatkan sentimen Ketuanan Melayu.
Dengan mengandaikan Ketua PKR Sarawak Baru Bian, seorang penganut  Kristian Iban, akan menjadi seorang Ketua Menteri seterusnya - jika  Pakatan mengambil alih Petrajaya - telah diekplotasi oleh BN untuk  menakutkan para pengundi Melayu dan Melanau yang dikatakan telah  menikmati pelbagai keistimewaan dalam perkhidmatan awam serta pelbagai  bantuan kerajaan di bawah pemerintahan yang dipimpin oleh Taib, seorang  Muslim Melanau.
Bermain dengan isu inilah,  kempen Pakatan telah menyentuh pelbagai hak  keistimewaan yang diberikan kepada Melayu dan Melanau, sehingga  menyebabkan Iban tidak berpuas hati.
Kempen Pakatan 
Di dalam rumah panjang Iban - yang menjadi kunci kepada Pakatan untuk  menolak majoriti dua pertiga BN - pembangkang terpaksa bertarung dengan  halangan muka bumi dan sumbernya yang terhad untuk menjangkau semua  pengundi.
Mereka hanya dapat mengamalkan pendekatan 'touch and go' dalam  tempoh kempen 10 hari ini dan tidak cukup ke semua rumah panjang, yang  sebahagian besarnya terletak di pedalaman dan hanya boleh dihubungi  menggunakan pacuan empat roda 4WD atau perahu.
Tidak seperti kerusi di bandar, di mana kempen lebih dinamik dimana  pengundi mendapat maklumat di ceramah dan melalui media, orang-orang di  kerusi luar bandar hanya bergantung kepada media aliran perdana. Dengan  demikian, mereka tidak dapat menyedari perkembangan yang terbaru.
"Kami hanya dapat melawat sebahagian besar rumah panjang sekali saja  sepanjang masa kempen," kata seorang perayu undi DAP di Simanggang.
Salah satu pilihan bagi pembangkang ialah untuk memberi fokus kepada  pengundi yang mempunyai hubungan keluarga atau persahabatan yang dekat  dengan calonnya.
Walaupun dengan kesedaran politik yang buruk di kalangan masyarakat  pribumi, namun, pembangkang telah menghabiskan banyak masa menjelaskan  fakta-fakta politik yang sederhana untuk memberikan kepercayaan kepada  mereka sepanjang kempen. Ini termasuk memberitahu mereka tentang  'tsunami politik' tahun 2008 di semenanjung, dan ada lebih ramai ahli  parlimen Pakatan berbanding PBB dan SUPP.
Merek juga mendapat bantuan yang tidak terduga. Dalam beberapa peristiwa  yang tidak pernah terjadi sebelum ini, beberapa pastor telah meletakkan  jawatan untuk berkempen sepenuh masa untuk pembangkang, dibangkitkan  dengan isu pemilikan Al Kitab dan larangan penggunaan 'Allah' kepada  non-Muslim.
Masalah berkaitan isu kebebasan beragama tidak mungkin bergema di daerah  pedalaman, pengundi di luar bandar lebih pedulikan tentang masalah  roti-dan-mentega.
Pakatan telah mengamati perubahan yang signifikan pada masyarakat Iban.
"Saya diberitahu bahawa Iban tidak berani memasang poster pembangkang di  rumah panjang mereka pada masa lalu. Tapi sekarang kita dapat melihat  poster-poster calon pembangkang ditempelkan di pintu bersebelahan dengan  tuai rumah (ketua rumah panjang). Mereka juga berani untuk membenarkan  kita untuk melawat mereka sekarang, "kata Ahli Parlimen Jelutung DAP  Jeff Ooi yang berkempen di Simanggang, kerusi majoriti Iban luar bandar. 
Namun, wakil PKR dan DAP memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa pengundi  Iban sangat tidak terduga dan boleh dengan mudah terpengaruh dengan  politik wang minit-minit terakhir BN.
'Bom Karpet' Diramal 
Jeniri memberi pandangan, bahawa propaganda BN telah tertanam dalam pola pemiikiran masyarakat asli sejak empat dekad terakhir.
"Apa pun boleh terjadi dalam beberapa hari terakhir (kempen). BN  mempunyai strategi 'bom karpet' di kawasan luar bandar dengan barang dan  projek segera. (Hal ini telah terbukti berkesan kepada masyarakat  pribumi)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jeniri juga berkata Najib telah memulakan lawatan selama enam hari di seluruh negeri ke semua komuniti etnik yang berbeza.
"Ini untuk menyampaikan mesej bahawa ia berusaha untuk mengatasi  masalah mereka. Perdana Menteri 'menjual' jenama bahawa mereka baik  terhadap rakyat," katanya.
Berdasarkan pengalaman lepas, sokongan kepada BN akan meningkat pada pusingan akhir kempen kerana faktor-faktor ini, katanya.
"Tidak banyak yang pembangkang boleh lakukan di sini. Akar umbi  mereka tidak berkesan, (dan mereka tidak mempunyai) sumber yang terhad. "  
Beberapa pemerhati telah melihat akan perlunya untuk Najib melawat para  pengundi secara peribadi, memberikan jaminan penyelesaian cepat untuk  isu-isu tempatan kerana masyarakat telah kehilangan kepercayaan pada  janji-janji kosong para pemimpin negeri dan wakil BN di sini.
"Kerana dia adalah ketua negara, orang lebih percaya pada dirinya.  Pendekatan ini dapat menangani pengundi yang lebih pedulikan tentang  masalah-masalah tempatan berbanding isu-isu nasional atau Taib," kata seorang pemerhati.
Faktor penting lain adalah berapa banyakkah usaha pembangkang yang  dibuat di dalam kawasan pengundian sejak lima tahun terakhir, dan apakah  calon merela dikenali di kalangan pengundi.
Seperti pepatah Cina, 'semakin banyak membajak dan mencabut rumput, lebih baiklah tanaman'. sumber

 

 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
