KUALA TERENGGANU  - Kehadiran tiga buah pesawat rasmi kerajaan Malaysia di Lapangan  Terbang Kuching membayangkan betapa 'seriusnya' perasaan cemas pemimpin  Barisan Nasional menghadapi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak ke-10.
Sebuah  pesawat ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara USD 55-60 juta  diletakkan di terminal utama, manakala sebuah lagi jenis Bombardier  Global Express, ketika dirakam gambarnya semalam Rabu 13 April, sedang  menghampiri terminal yang sama.
Sementara itu sebuah lagi pesawat jenis Falcon 900A diletakkan di 'hangar' TUDM di lapangan terbang terbabit.
Pesawat  rasmi tersebut dilaporkan adalah untuk kegunaan dua pemimpin utama  kerajaan Malaysia iaiu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
Kedua-dua  pemimpin kanan BN yang juga adalah pemimpin Umno dilaporkan layak  menggunakan pesawat khas rasmi kerajaan Malaysia untuk tujuan urusan  rasmi sahaja.
Namun begitu, adakah menghadiri kempen pilihanraya negeri Sarawak merupakan urusan rasmi kerajaan?
Dan persoalan yang timbul adalah, siapa pula yang menggunakan pesawat rasmi yang ketiga?
Garis  panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat  Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet  Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan  pesawat-pesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang  di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Kedudukan  BN Sarawak dalam PRN Sarawak dalam keadaan genting sebagaiamana  dilaporkan Harakahdaily, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan  Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat.
Menurut akhbar rasmi internet PAS itu lagi, 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.
Dari  71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya  selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly  Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang  Jaya di sini.
Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN  hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24  kerusi lagi sedang menjadi rebutan.
Sehubungan itu, Presiden  Umno, Najib Razak, pada sidang media selepas menghadiri  Program Mesra  Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, semalam, mengakui  BN  menghadapi tentangan hebat di kawasan bandar, dan cabaran yang  dihadapi  kali ini "mungkin yang paling sukar dalam sejarah politik  Sarawak". -BO
 

 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
