
 Walaupun  apa pun keputusan Pilihanraya Umum DUN Sarawak, Insya Allah ia akan  lebih baik dari keputusan 2006. Apakah 'anak sulong' PAS bakal lahir di  Sarawak?
 Walaupun  apa pun keputusan Pilihanraya Umum DUN Sarawak, Insya Allah ia akan  lebih baik dari keputusan 2006. Apakah 'anak sulong' PAS bakal lahir di  Sarawak?Marilah kita mengikuti kupasan  oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang akan diadakan di  Stadium Mini Jitra, 16 April 2011, jam 9.30 malam. Turut berceramah  bersama beliau ialah Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Azizan Razak dan  Ahli Parlimen Padang Terap, YB. Nasir Zakaria.
Asalnya  program tersebut adalah taklimat perkembangan kerajaan negeri yang akan  diadakan di Taman Tasik Bandar Darul Aman. Oleh kerana pihak polis  tidak mengeluarkan permit maka program anjuran kerajaan negeri itu  dibatalkan.
Bagaimanapun pihak lain  mengusahakan untuk diadakan ceramah politik dengan mengambil kesempatan  kehadiran Presiden PAS itu. Pihak polis telah memberi permit mengadakan  ceramah di Stadium Mini Jitra setelah bersetuju bahawa lokasi tersebut  adalah kawasan berpagar dan separa tertutup.
 

 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
