Nasihat Najib minta PAS keluarkan PR.... satu cadangan yang maha bodoh dari seorang PM yang memang bodoh.
Kalau betul-betul BN kuat, mengapa tidak UMNO berdiri sendiri tanpa parti komponen BN lain. 
- Kita cadangkan agar MCA dan MIC keluar BN.
- Tinggalkan UMNO. Selama ini yang merosakkan parti MCA dan MIC ialah UMNO.
- Selama ini, UMNOlah yang menyebabkan berlakunya salah faham antara agama dan kaum.
- Larinya undi Cina dan India daripada MCA dan MIC juga disebabkan sikap talam dua muka UMNO.
- Jom KELUAR BN...!
Ingatan untuk Najib ... Jangan Ganggu Presiden kami.
Menjelang mana-mana Pemilihan dalam  Muktamar PAS  termasuk pada Jun ini, Presiden PAS terus diganggu bagi  melemahkan parti ini dan kali ini datangnya dari PM Najib.
Kita harap rakan-rakan PAS tidak  mudah melatah dengan permainan politik Umporno ini kerana kita harus  fokus kepada PRU 13 dan Pemilihan kali ini kita akan selesaikan secara  jemaah didalam Parti kita sahaja.
Permintaan  DS Najib hari ini supaya PAS keluar  daripada Pakatan Rakyat yang  kononnya jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa,  agama dan negara ada  kerja gila dan tidak masuk akal oleh seorang Perdana Menteri Umno yang  sejak turun temurun memusuhi PAS, DAP & PKR.
Setelah kecewa dengan prestasi  parti-parti Cina yang mewakili Barisan Nasional serperti MCA dan Gerakan  di Semenanjung dan SUPP di Serawak yang ditolak mentah-mentah oleh  pengundi kaum Cina dalam Pilihnaraya yang lepas dan ajakan kepada DAP  supaya menyertai BN ditolak, kini permainan Najib ialah cuba memporak  poranda Pakatan Rakyat dengan menggesa Presiden PAS keluar dari Pakatan.
Najib anda akan terus  dikecewakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat kerana kami sudah masak dengan  cara permainan kotor yang cuba kamu aturkan untuk kami.
Bersedialah Najib, masa untuk kamu turun tahta sudah semakin hampir.



 

 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
