Ikuti Blog ini

35 NGO berkumpul bincang isu Islam

KUALA LUMPUR, 9 Mei: 35 badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam berkumpul di Dewan Muktamar, Pusat Islam baru-baru ini bagi melahirkan rasa kebimbangan mereka dengan apa yang berlaku kepada kedudukan agama Islam kini.

Pertemuan ini berjalan serentak dengan laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia bertajuk "Malaysia negara Kristian" yang mencetuskan pelbagai isu sensitif dalam perhubungan antara agama.

Pertubuhan ini melahirkan rasa bimbang, misalnya usaha membenarkan Bible dicetak dalam Bahasa Malaysia, boleh menggugat agama Islam di negara ini.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Dr. Yusri Mohamad yang memberikan ucapan alu-aluan di majlis itu melahirkan rasa kebimbangan itu.

Program anjuran Pembela itu berlansung pada pukul 8 pagi hingga pukul 2 petang Sabtu lepas di Dewan Muktamar Pusat Islam.

35 badan NGO yang menghadiri program tersebut telah mengutarakan beberapa isu mengenai Islam daripada empat penelis dalam forum yang bertajuk "Islam tergugat: Apa tindakan kita?"

Menurut Datuk Haji Zainal Rijal, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia yang menjadi panelis pertama dalam forum tesebut, umat Islam sendiri yang perlu mempertahankan agama mereka.

Tegas beliau lagi, kesatuan di kalangan orang Islam harus dipupuk bagi menjalinkan ukhwah dan melakukan gerak kerja bersama untuk menangani isu-isu yang boleh mengugat agama Islam.

Oleh itu, beliau menyeru kepada badan-badan Islam agar berkerjasama dan bersatu dengan badan-badan NGO yang lain.

Sebagai tindakan untuk menangani masalah ini pertubuhan Islam perlu melakukan kerjasama seperti melaksanakan dakwah dan merangka strategi dalam bidang berdakwah, katanya

Penelis kedua iaitu Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman (gambar) Presiden Ikatan Muslimim Malaysia (Isma) menjelaskan bahawa isu kesepakatan ummah tidak boleh bergantung harap kepada ahli politik sahaja, sehubungan itu badan-badan NGO yang perlu memikul tanggungjawab ini untuk membela nasib agama Islam.

Beliau juga turut mengulas tindakan yang perlu diambil ialah dengan melakukan gerakan dakwah yang lebih harmoni dan kepelbagaian dalam NGO seharusnya dilihat sebagai satu aspirasi dan satu satu agenda dalam mendaulatkan agama Islam yang bersatu dan melakukan gerakan.

Panelis forum yang ketiga, Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malay (Macma) berpendapat umat Islam di negara ini berada dalam kedudukan yang selesa tanpa menyedari bahawa terdapat ancaman terhadap kedudukan agama Islam di negara ini

Bercakap pada forum tersebut, Ann menegaskan bahawa umat Islam perlu sedar mengenai isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam dan sebarkan maklumat kepada masyarakat luar.

"Jangan sampai bila ada isu baru nak berkumpul dan berforum, terdapat banyak isu yang perlu kita selesaikan dan perlu diberi perhatian yang serius," katanya lagi

Beliau memberitahu, seramai lebih 200,000 umat Islam telah murtad pada tiga tahun sebelum ini ekoran gerakan tertentu.

Beliau memberi contoh isu murtad yang menjadi isu sejagat yang berlaku di kepulauan Bali, Indonesia di mana masyarakat Jawa yang terkenal teguh dengan kepercayaan tradisi telah bertukar agama hasil daripada gerakan-gerakan tertentu yang dilakukan di sana.

"Hal ini mungkin boleh berlaku di Malaysia," tegasnya lagi

Selain itu, Ann turut menyentuh isu tuntutan jenazah saudara baru yang meninggal dalam Islam yang masih menjadi pertikaian dengan keluarga yang bukan beragama Islam sehingga berlarutan di Makamah.

Panelis keempat, Haji Zaid Kamaruddin Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) menyentuh padangannya mengenai undang-undang dan perlembagaan yang berkaiatan dengan agama Islam.

Menurut beliau terdapat kekeliruan di kalangan hakim dan peguam-peguam malah juga masyarakat terhadap perlembagaan.

Jelas beliau, perlembagaan dikatakan "matlamat" sebenarnya adalah alat untuk mencapai "matlamat", agama Islam adalah agama bagi persekutuan dalam Perkara 3 itu yang menjadi kekeliruan samada ada Malaysia adalah sebuah negara Islam atau negara sekular?

Apa yang berlaku, katanya, perkara tersebut berlaku dengan serentak di mana Malaysia juga negara yang mengamal cara Islam dan juga sekular.

"Kita perlu bersatu dalam menangani hal ini, kita mestilah membuat tuntutan agar Islam diperkasakan dan kita harus memperkukuhkan tentang perpaduan dan kesepakatan," katanya kita mengulas pelan tindakan. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .