Ikuti Blog ini

'Polis baik' benarkan perhimpunan anti-Lynas

NONEDalam kemeriahan sambutan Hari Ibu, kira-kira 1,000 orang berkumpul di pusat perindustrian Gebeng, dekat Kuantan semalam kerana membantah pembinaan kilang nadir bumi bernilai RM700 juta.

Kumpulan itu, kebanyakannya golongan ibu, berkumpul di pantai Teluk Cempedak hanya diperhatikan tanpa gangguan daripada pihak polis.

Mereka jelas menyatakan tujuan tidak mahu kilang itu dibina dekat rumah mereka.

Pengerusi 'Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas' Vincent Jiam ketika dihubungi Malaysiakini berkata perhimpunan itu "berjalan dengan baik".

Keadaannnya tenang dengan orang ramai - kelihatan umpama perkelahan - berbual-bual sesama sendiri.

"Mereka nyalakan lilin, dan turut menyanyi bersama-sama," katanya.

NONEJawatankuasa itu mengedarkan 1,000 kuntum bunga, termasuk bunga kekwa untuk membangkitkan kesedaran bahawa radiasi daripada kilang nadir bumi boleh menjejaskan anak dalam kandungan.

Jiam berkata, kira-kira 20 anggota polis, diketuai Ketua Polis Daerah Mohd Jasmani Yusof bagaimanapun cuba melarang orang ramai menyalakan lilin dan menjual kemeja-t bertulis "Save Malaysia" (selamatkan Malaysia).

"Tetapi bila dia beredar, orang jual balik," kata Jiam.

"Anggota polis amat baik dengan kami. Kami tahu mereka tidak boleh keluarkan kenyataan rasmi, tetapi kami faham apa yang mereka lakukan." -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .