Ikuti Blog ini

Hudud; Pemimpin Umno tidak layak cabar PAS

KEMAMAN – Pemimpin Umno samada diperingkat negeri atau Pusat, tidak layak mencabar PAS tentang apa-apa perkara yang berkaitan hukum Hudud

Selepas 54 negara merdeka, Umno bukan sahaja gagal mengemukakan 'walau sebaris ayat' tentang hukum Allah itu, bahkan tidak melaksanakan hukum Hudud yang telah diluluskan.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mencabar PAS memasukkan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya akan datang.

Menurutnya, Menteri Belia dan Sukan itu yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Terengganu tidak melakukan apa-apa usaha untuk menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas yang telah diluluskan dan mendapat persetujuan DiRaja pada 2 September 2002.

"Sehinggalah beliau dipecat oleh Mad Said (Dato' Seri Ahmad Said) sebagai Ketua Penerangan Umno Terengganu, Shabery gagal mengambil perjalanan menguatkuasakan hukum Hudud,

"tidak masuk akal, tapi (sebaliknya) sekarang dia mencabar PAS pula,"ujarnya Haji Hanafiah ketika dihubungi.

Beliau berkata PAS Terengganu tidak perlu memasukkan lagi Hukum Hudud dalam manifesto kerana ianya telah menjadi sebahagian daripada undang-undang kerajaan negeri Terengganu.

Oleh itu, katanya sebagai Menteri kerajaan Pusat, Ahli Majlis Tertinggi Umno, orang Melayu dan Islam, Shabery (Gambar kanan) yang sepatutnya mencadangkan agar agenda perlaksanaan Hudud khususnya di negeri Terengganu dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional.

Sehubungan itu, beliau mencabar Shabery untuk berdebat mengenai perlaksanaan hukum tersebut dimana-mana tempat dan masa yang dipersetujui dalam daerah Kemaman.

"Oleh kerana dia mencabar, saya juga turut mencabar, saya cabar Shabery untuk berdebat tentang perlaksanaan Hudud dinegeri Terengganu, mengapa Umno Terengganu tidak melaksanakannya,

"kita sama-sama orang Islam, orang Melayu, orang Terengganu dan orang Kemaman, biarlah rakyat di Kemaman ini dengar, penjelasan Ahli Parlimennya kata tentang hukum Hudud,"jelasnya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .