Ikuti Blog ini

Pakatan Rakyat cadang mengadap Sultan Perak

KUALA KANGSAR - Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengadap dan berbincang dengan Sultan Perak Raja Azlan Shah berhubung kemelut politik negeri ini sejak rampasan kuasa oleh Umno-BN lalu yang telah banyak menyusahkan rakyat.


Exco Kerajaan Perak, Mohd. Zainuddin Mohd. Yusof menyatakan hasrat dan usaha gigih Pakatan Rakyat untuk mententeramkan keadaan suasana politik negeri itu selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Sayong Lembah dekat sini semalam.


"Sejak kejadian tersebut sehingga kini rakyat merasa resah dan kedudukan pendirian yang tidak menentu melihatkan keadaan politik Perak kini kucar-kacir dengan bertambahnya dua orang Menteri Besar itu, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Dato' Seri Zambery Abdul kadir (BN)," tegasnya.


Katanya, Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk mengadap Sultan Perak di Istana Iskandariah dalam masa terdekat untuk menyampaikan hasrat dari keseluruhan rakyat pelbgai bangsa untuk mengubarkan DUN sekaligus mengadakan pilihan raya seluruh negeri untuk memuaskan hati kehendak rakyat.


"Biar rakyat yang menentukan siapa yang akan memerintah negeri Perak. Beri kebebasan untuk rakyat memilih!,"tegas Zainuddin.


Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa pimpimnan Pakatan Rakyat masih kekal mengeratkan silatulrahim dan tidak menaruh prasangka terhadap Sultan.


"Sebagai bukti betapa baiknya kami dengan Sultan apabila baginda sendiri telah mengundang kesemua kami menghadiri ke majlis Istiadat Penyampaian Anugerah Pingat dan upacara rasmi di Istana Iskandariah yang berlangsung sempena Hari Keputeraan Baginda ke-81 di Bukit Chandan baru-baru ini," katanya.


Sebelum itu disebelah paginya Zainuddin telah merasmikan majlis Sambutan Maulidur Rasul Anjuran PAS Cawangan Kampung Cheh di Suraunya dekat sini dengan diraikan oleh 100 murid-murid lelaki dan perempuan pra-sekolah yang mengambil bahagian dalam bacaan al-Quran, nyanyian nasyid serta syarahan-syarahan di majlis tahunan itu.


Kalau Tun dah kemaruk sangat, Letak saja dia di Penanti

Jika Khairy boleh ditukar dari pengundi Lembah Pantai menjadi pengundi Rembau dalam masa seminggu, takkan tak boleh “adjust”kan untuk “Tun” kot

Jika Khairy boleh ditukar dari pengundi Lembah Pantai menjadi pengundi Rembau dalam masa seminggu, takkan tak boleh “adjust”kan untuk “Tun” kot


Mahathir Bersedia Mengepalai Jentera UMNO BN Di Penanti



Mengapa tidak BN melatakkan Dr. Mahathir sahaja sebagai calon? Sementara itu, Pakatan pula bolehlah meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon.


Jadikan Penanti sebagai medan “Mahathir vs Anwar”.


“Ketua Umum Umno” lawan Ketua Umum PKR.


Amacam? Ada berani?


Jika Khairy boleh ditukar dari pengundi Lembah Pantai menjadi pengundi Rembau dalam masa seminggu, takkan tak boleh “adjust”kan untuk “Tun” kot.


Ramai yang tertanya-tanya, bila pula S.Ganesan yang sebelum ini mengundi di Lunas bertukar menjadi pengundi di Bukit Selambau sekaligus menghalalkan beliau menjadi calon di DUN tersebut?


Jika semua ini boleh dilakukan, tak mustahil perkara yang sama boleh dilakukan untuk memastikan Dr. Mahathir layak menjadi calon BN di DUN Penanti.


Siapa Kumpulan Politik Tertentu Itu?

Baca titah Sultan Perak di sini. Titah itu ditujukan kepada kumpulan politik tertentu. Kumpulan politik yang mencetuskan huru-hara, mencemar institusi raja, merasa tidak pernah silap dan diri kebal dan mengenepikan undang-undang.


Kumpulan politik tertentu itu, kumpulan politik mana?


Oleh kerana titah ini disiarkan oleh akhbar milik Umno, sayugia orang Umno berasa titah itu ditujukan kepada orang Pas, PKR dan DAP.


Kalau titah yang sama juga kalau disiarkan oleh Harakah, orang Pas akan rasa titah itu ditujukan kepada Umno. Demikian juga kalau yang menyiarkannya adalah Suara Keadilan atau Roket.


Apa makna perasaan itu?


Maknanya, raja adalah raja kepada semua. Orang Umno tidak boleh berasa raja yang ada adalah raja mereka sahaja. Bukan raja orang Pas, DAP dan PKR. Jangan ada orang Umno yang berasa menentang Umno sama seperti menentang raja. Mereka jangan berasa menentang dan melawan Pas sama seperti membela raja.


Orang Pas juga tidak patut berasa bahawa menentang Umno sama seperti menentang raja atau menderhaka kepada raja. Melawan Umno dan menderhaka kepada raja adalah berbeza. Sebagaimana menyokong Umno bukan bererti membela raja, maka menyokong Pas, PKR atau DAP bukan bermakna menderhaka kepada raja.


Orang Umno jangan berasa dialah pembela raja, sementara orang di luar Umno semuanya penderhaka.


Sebagaimana orang Umno berhak berasa dia pembela raja, orang Pas, PKR dan DAP juga berhak berasa begitu. Kalau orang Umno boleh kata orang Pas, PKR dan DAP penderhaka, orang Pas, PKR dan DAP juga boleh kata Umno penderhaka.


Kenapa?


Kerana semua orang boleh menjadi penderhaka raja samada dia orang Umno, Pas, PKR, DAP atau tidak berparti, bahkan tidak beragama sekali pun. NGO juga boleh menjadi penderhaka raja.


Justeru, siapa penderhaka?


Penderhaka raja ada dimana-mana. Di dalam Umno, Pas, PKR dan DAP. Bahkan ada juga di dalam NGO. Ada orang tidak berparti juga penderhaka.


Kalau dikata lelaki yang tidur di atas jalan menghalang kenderaan raja adalah penderhaka, bagaimana pula dengan lelaki yang memegang sepanduk ‘natang’? Kalau dikata Nizar ‘mempersoal’ tindakan sultan adalah penderhaka, bagaimana pula dengan Shahidan yang buat perkara yang sama?


Kalau orang Umno boleh berasa 'kumpulan politik tertentu' itu ialah Pas, orang Pas juga boleh berasa 'kumpulan politik tertentu' itu ialah Umno.


Lantas, bagaimana?





Deklarasi yang diperolehi Zambry dan enam exco tidak membawa apa-apa makna

Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).

Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).


Peguam Mohamed Hanipa Maidin: Zambry dan 6 Exco Tetap Tak Boleh Hadiri Sidang DUN Akan Datang!



Zambry perolehi perintah yang tidak laku



Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan membolehkan mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.


Jawapan saya adalah tidak! Berikut adalah alasan-alasan saya.


a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).


Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan:


“A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority.”


(Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (memaksa seseorang mengikut perintah tersebut). Perintah tersebut juga tidak memadam, membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa pentadbiran.)


b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi, perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggung jawab (impose an obligation) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah (not quashed by the court).


Untuk memudahkan kefahaman umum, saya berikan contoh berikut:


Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.


Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah.


Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham. Maka persoalan yang timbul adalah, adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut?


Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.


JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah ‘certiorari’ iaitu perintah mengenepikan/memadam (quash) keputusan JPN tersebut dan selanjutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.


Selagi tidak ada perintah ‘certiorari’ dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.


c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan (deklarasi) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah ‘certiorari’ iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya, dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.


d. Tanpa perintah ‘certiorari’ dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah adalah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini: “So what!”


Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah ‘certiorari’ dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.


Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian.


Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah ‘certiorari’ dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa (separation of powers).


Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa, Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai Speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.


Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemuanya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk, menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak.


Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah ‘certiorari’ dan mandamus, beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat.


Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa berpuas hati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna.


Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.


Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng vs Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure (17th Edition) di mana penulis telah menyatakan:


“The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts.”


(Keputusan Mahakamh tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan, begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.)


Mengapa? Mungkin pembaca bertanya mengapa Mahkamah membenarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut? Jawapan mudah saya adalah ia hanyalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah, ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.


Jenis Umno ini, kita beri mereka wang satu sen pun mereka melonjak gembira sedangkan satu sen boleh beli apa?


Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 Mac 2009. Isu keabsahan (validity) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.


Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Sultan Perak.


Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keabsahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.


Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok, Umno terpaksa menerima hakikat berikut:


a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan (endorsed) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan.


b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.


c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Februari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa-apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah, maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.


d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 Mac 2009.


Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah.




Nga Kor Ming baca Quran depan Tok Guru Nik Aziz.




Nga kecewa isu ayat Al Quran dipolitikkan - TVPAS

Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Setiausaha DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng bersemuka dengan para penyokong Pakatan Rakyat di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, 19 April.


SUK tidak boleh mempermainkan hak dan bidangkuasa Speaker


Sivakumar berhak menentukan perjalanan sidang dewan undangan negeri berjalan mengikut peraturan sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri.Pihak SUK tidak boleh mempermainkan hak dan bidangkuasa Speaker,

Sivakumar berhak menentukan perjalanan sidang dewan undangan negeri berjalan mengikut peraturan sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri.Pihak SUK tidak boleh mempermainkan hak dan bidangkuasa Speaker


SUK Perak berat sebelah, permainkan kuasa Speaker



…Teras merasa sangat kecewa dengan gelagat SUK yang nampak jelas bertindak secara sangat berat sebelah dan tidak menghormati kuasa Speaker yang maseh sah di sisi undang-undang.


Beliau mempersoalkan niat sebenarnya SUK itu Perak untuk terus bertindak secara tidak menghormati perlembagaan dan tidak mempedulikan doktrin pemisahan kuasa antara legislatif dan Eksekutif, yang menjadi prinsip demokrasi di negara ini.


“Alasan Sivakumar selaku Speaker Dewan untuk terus mempertahankan kuasanya adalah wajar.


“Beliau berhak menentukan perjalanan sidang dewan undangan negeri berjalan mengikut peraturan sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri.Pihak SUK tidak boleh mempermainkan hak dan bidangkuasa Speaker,” kata Azmi.


Katanya, dengan mengarah Setiausaha DUN untuk mengeluarkan notis persidangan DUN tanpa pengetahuan dan persetujuan Speaker membawa implikasi bahawa suatu penghinaan terhadap institusi DUN telah dilakukan oleh SUK.


Teras katanya, mendesak agar pihak SUK tidak berperanan sebagai alat kepada pihak tertentu yang gelojoh untuk merampas kuasa secara tidak bermoral di negeri Perak.




Golongan Melayu Yang Masih Menyokong UMNO/BN

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/penyokongpas1.JPGKemaman – Tsunami politik hanya berjaya merubah enam wilayah di Semenanjung Malaysia dan gagal menembusi negeri-negeri yang mempunyai ramai penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Walaupun Pakatan Rakyat menang empat dari lima pilihanraya kecil sejak Mac tahun lalu, golongan pengundi masih yang menyokong UMNO tidak berganjak.

Analisa keputusan pilihanraya umum ke 12 dan lima pilihanraya kecil menunjukkan peubahan ketara dikalangan masyarakat Cina dan India namun sebaiknya kepada orang Melayu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad telah menyenaraikan 16 golongan yang masih menyokong UMNO.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita2/symbolvideo.gif

Menurutnya golongan yang pertama adalah rakyat Malaysia yang masih tidak terdedah dengan maklumat dan kurang kemudahan dan tinggal jauh di kawasan pedalaman.

“Sebab itu Kuala (Terengganu) kita menang, Permatang (Pauh) kita menang, Bukit (Gantang dan Selambau) kita menang, (tapi) Batang Ai masih dalam kawalan (UMNO/BN),”katanya dalam Majlis Ceramah Penerangan yang diadakan di bandar Chukai, dekat sini, baru-baru ini.

Beliau berkata golongan nasionalis Melayu ‘totok’ merupakan golongan kedua yang menjadi pengundi tegar UMNO.

Katanya, golongan tersebut hanya memperjuangkan bangsa semata-mata seperti allahyarham Tun Ghafar Baba dan beberapa tokoh veteran UMNO yang lain.


Ustaz Idris turut mengkategorikan beberapa kelompok lain yang masih menyokong UMNO seperti dibawah;

  1. Orang yang mempunyai kepentingan, berniaga dengan kontrak kerajaan.
  2. Golongan pengampuhttp://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/penyokongpas.JPG
  3. Ustaz-ustaz ‘dollar and cents’
  4. Orang yang jarang pergi ke surau
  5. Orang yang tidak minat mempelajari agama
  6. Golongan anti agama
  7. Golongan Perasuah
  8. Orang yang miskin dan jahil
  9. Orang yang mempunyai jiwa yang kerdil
  10. Orang yang keras hati
  11. Golongan yang duduk dalam zon selesa
  12. Orang yang longgar pegangan agama
  13. Golongan yang jauh dengan ulama’
  14. Golongan yang suka memisahkan kehidupan dunia dan akhirat

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Pusat Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Yang DiPertua PAS Kemaman Hj Ismail Harun dan Pengerusi MTD Chukai Haji Hanafiah Ramli.






MB Pahang Di Arah Bayar Saman RM63 Juta

KUANTAN - Ini berita yang baru kami terima, ia berkaitan dengan kes yang sudah berlarutan sejak sekian lama berhubung dengan isu balak di Pahang. Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan perintah mandamus syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Sdn Bhd, dikeluarkan terhadap Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, bagi mengarahkannya membayar bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kerana melanggar kontrak perjanjian kedua-dua pihak.



bukit komon gold mine 020306 adnan pcHakim Datuk Abdul Halim Aman dalam keputusannya mengarahkan pihak responden iaitu menteri besar melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.


[Kes ini sepatutnya sudah diselesaikan sejak sekian lama, namun sikap berlengah Kerajaan Negeri Pahang menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kerugian. Isu ini juga telah dinyatakan oleh Ketua Perhubungan PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman dalam ceramahnya bersama Anwar Sabtu lalu.


Malah, beliau juga telah memanggil Saudara Syed Ali, dari Syarikat Seruan Gemilang Sdn. Bhd untuk diperkenalkan kepada orang ramai pada malam itu. Ternyata isu ini harus diselesaikan dengan segera di meja rundingan. Jika tidak jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa sebenarnya. Kerajaan Negeri Pahang tidak boleh bersikap acuh tidak acuh dalam hal ini. Ia haru diberi perhatian serius].



PERHATIAN : Tolong jangan isi minyak dengan tekanan PAM YG LAJU..

PPIM dakwa pam laju keluarkan sedikit minyak


SEORANG pembeli termenung melihat dua botol petrol yang sama harga tetapi
kandungan sukatannya berbeza yang dibeli dari dua buah stesen minyak berlainan di Kuantan semalam.

KUANTAN - Jika bil air tinggi disebabkan air yang dipam bersama tekanan udara, demikian juga ketika mengisi minyak di stesen minyak.


"Pam dengan perlahan kita dapat banyak minyak. Pam dengan laju, dapat sedikit," demikian dakwa Pengurus Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin.


Menurutnya, keadaan itu tidak disedari kebanyakan pengguna kerana mereka tidak peduli kuantiti sebenar minyak yang dipam.


Wartawan Kosmo! yang ingin menguji dakwaan Noor Nirwandy itu telah mengisi minyak ke dalam dua botol di dua stesen minyak berasingan dan mendapati kuantitinya berbeza walaupun harga yang dibayar adalah sama.


Noor Nirwandy berkata, keadaan tersebut berlaku apabila petrol yang diisi telah bercampur wap semasa dipam.


"Ia menjadikan paparan digit pada mesin pam menunjukkan minyak yang dipam adalah satu liter namun kuantitinya sedikit berbeza disebabkan kemasukan bersama udara (wap). Bagaimanapun, kami belum membuat kajian terperinci mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam.


Menurut beliau, pihaknya juga kerap menerima aduan dan mengakui perkara tersebut memang berlaku namun hasilnya bergantung kepada cara pengguna mengisi minyak.


"Lebih baik isi minyak dengan perlahan bagi mengelak kemasukan udara yang banyak ke dalam tangki kenderaan.


"Pengguna juga boleh mengelak kemasukan udara bersama minyak dengan mengisi petrol pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk kerana jumlah wap di dalam tangki petrol bawah tanah adalah lebih rendah berbanding ketika cuaca panas," jelasnya.




Perkukuhkan Pakatan Rakyat – Presiden PAS


BUKIT GANTANG, 20 April: Kerjasama antara parti-parti politik yang berjuang menegakkan kebenaran dalam Pakatan Rakyat (PR) perlu diperkukuhkan bagi menghadapi segala situasi politik yang tidak konsisten mutakhir ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa bentuk kerjasama yang dijalin antara PAS dalam PR sangat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Umno dalam BN sejak sekian lama.

Menurutnya, PAS tetap berpegang teguh dan istiqamah dengan dasar perjuangan parti tanpa sedikit pun menggadai prinsip tidak seperti mana Umno yang bergabung dalam BN tetapi langsung tidak menguntungkan bangsa Melayu, Islam dan masyarakat terbanyak.

Umno selama lebih 50 tahun, hujahnya, berkawan dengan parti bukan melayu gagal memberikan gambaran salah terhadap Islam sehingga mereka langsung tidak dapat mengenali agama suci ini dengan pandangan positif dan betul.

"Dalam feqah politik Islam, kerjasama wala’ diharamkan kerana menggadai prinsip, tidak istiqamah dan konsisten seperti mana yang dilakukan oleh Umno dalam BN, PAS pula dalam PR menjalin kerjasama tahalluf yang tetap pegangan, prinsip dan sikap,” tegas beliau lagi.

Presiden PAS sekali lagi menyatakan kejayaan PR selama ini adalah masing-masing dapat menerima fitrah manusia kerana sememangnya itu adalah kurniaan Tuhan yang mesti diterima semua pihak.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis ceramah perdana sempena majlis kesyukuran kemenangan calon PAS, Datuk Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin dalam pilihan raya kecil (PRK) 7 April baru lalu.

Turut berucap dalam Majlis yang diadakan di Markas PAS Kawasan Bukit Gantang di Bukit Chempedak dekat sini adalah Naib Presiden PAS juga Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang, Haji Nizar, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham, Adun Hutan Melintang, K Kasavan dan YDP Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin.

Dalam mesyuarat bulanannya baru-baru ini, Jawatankuasa PAS Pusat menarik balik idea membentuk kerajaan perpaduan ketika di bawah Datuk Seri Abdullah sebaik sahaja Datuk Seri Najib naik menjadi PM ke-6, awal April lepas.

Sementara itu, orang ramai bertali arus di Dataran Nik Aziz, Simpang, dari pagi hingga petang 19 April, baru-baru ini bagi memeriahkan lagi majlis meraikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) yang diwakili calon PAS, Dato’ Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin dalam pilihan raya kecil (PRK) 7 April lalu.

Sejak jam 12 tengah hari sehinggalah menjelang 4 petang, majlis berjalan dalam keadaan baik dan teratur meskipun berlaku hujan di kawasan-kawasan sekitar sebelum itu; kemeriahannya berlangsung dalam suasana sangat memberangsangkan.
Orang ramai secara bersama dan mewakili semua kaum di dalam kawasan mengundi Parlimen Bukit Gantang; dengan jelas memberikan isyarat terhadap kehendak anggota masyarakat dalam negara ini.



UMNO Terengganu Hadapi Krisis. 18 Wakil Rakyat BN Tolak MB

Dato Ahmad Said Menteri Besar Terengganu berhadapan krisis keyakinan yang semakin meruncing apabila jumlah wakil rakyat Umno@BN yang menolak kepimpinan beliau meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

Perkara ini didedahkan oleh Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri.

Ahmad Said sekarang dalam keadaan begitu tertekan dengan perkembangan terbaru yang berlaku. Beliau boleh menguji dan mengembalikan kredibiliti dan pengaruhnya di DUN Terangganu dengan mendapatkan 'mandat' baru daripada wakil rakyat Umno@BN dengan meminta wakil rakyat Umno@BN yang masih setia bersama beliau membuat usul menyokong kepimpinannya.

Namun begitu dalam keadaan sekarang, saya yakin Ahmad Said tidak akan berani membuat demikian, pilihan yang ada sekarang ialah membuat pertimbangan yang paling serius dengan memohon perkenan pemangku sultan untuk membubarkan dun Terangganu. Tetapi dalam keadaan sekarang saya yakin Perdana Menteri Dato Seri Najib tidak akan merestui tindakan tersebut memandangkan Umno khususnya sedang berdepan krisis keyakinan dan sokongan daripada rakyat.

Namun begitu, pembubaran Dun adalah opsyen terbaik yang ada kepada Ahmad Said untuk menyelamatkan maruah beliau berbanding sekiranya 18 Adun yang 'menderhaka' bertindak terlebih dahulu untuk memohon mengadap Pemangku sultan untuk mendapat perkenan pelantikan Menteri Besar Terangganu yang baru berdasarkan sokongan yang ada sekarang.

Tetapi persoalan yang lain adakah SPR akan 'merestui' jika Dun Terangganu dibubarkan? Dalam kes di Penanti, SPR masih berteka-teki dengan status kekosongan kerusi di dun berkenaan. Malah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berkata bahawa badan itu akan mengkaji status kerusi dun atau parlimen yang dikosongkan dengan sengaja akibat masalah peribadi dan krisis dalaman parti. Adakah Umno@BN terkecuali dalam situasi ini?

Apa yang berlaku bakal merentap keegoan dan kebongkakan tindakan Umno@BN di Perak yang merampas kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam pilihanraya. Apa yang berlaku di Terangganu ibarat api dalam sekam yang sudah merebak yang tidak dapat dipadamkan yang bakal mempercepatkan lagi kejatuhan era Umno@BN dalam persada politik negara.



Berita Pelik! Kekosongan disengajakan? SPR syor kaji undang-undang..

Kalau kekosongan itu disengajakan untuk tujuan-tujuan tertentu, antara lain kerana masalah peribadi, rakyat tidak harus dibebankan dengan perbelanjaan (kos) bagi mengendalikan pilihan raya... saya setuju kalau peruntukan undang-undang sedia ada dikaji semula - Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar

Kalau kekosongan itu disengajakan untuk tujuan-tujuan tertentu, antara lain kerana masalah peribadi, rakyat tidak harus dibebankan dengan perbelanjaan (kos) bagi mengendalikan pilihan raya... saya setuju kalau peruntukan undang-undang sedia ada dikaji semula - Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar


Kekosongan disengajakan? SPR syor kaji undang-undang pilihan raya kecil



PETALING JAYA: Sudah mula wujud trend kekosongan disengajakan untuk diadakan pilihan raya kecil? Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat undang-undang pilihan raya perlu dipinda bagi mengelakkan kekosongan kerusi sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen sengaja dicetuskan bagi memenuhi kepentingan politik parti atau pun individu tertentu.


Sambil melihat sudah wujud trend beberapa kekosongan sejak Ogos lalu sengaja diadakan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, soal peribadi dan masalah dalaman parti tidak harus dijadikan alasan untuk berhenti daripada menjadi wakil rakyat.


Daripada lima pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008, dua pilihan raya kecil iaitu kerusi Parlimen Permatang Pauh dan DUN Bukit Selambau diadakan disebabkan penyandangnya mengosongkan kerusi tersebut.


Kedua-duanya telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang menurunkan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR).


SPR bermesyuarat Rabu ini bagi memutuskan pilihan raya kecil keenam iaitu membabitkan DUN Penanti.


Kekosongan Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti berpunca daripada keputusan penyandangnya meletakkan jawatan.


Tiga kerusi lain kosong disebabkan kematian penyandang.


Justeru jelas Wan Ahmad, sudah tiba masanya peruntukan undang-undang sedia ada dikaji semula bagi mengatasi budaya sengaja mengosongkan kerusi yang disandang disebabkan oleh faktor calon sendiri, masalah dalam parti ataupun semata-mata untuk menguji populariti seseorang dapat dielakkan.


“Kalau kekosongan itu disengajakan untuk tujuan-tujuan tertentu, antara lain kerana masalah peribadi, rakyat tidak harus dibebankan dengan perbelanjaan (kos) bagi mengendalikan pilihan raya… saya setuju kalau peruntukan undang-undang sedia ada dikaji semula,” kata Wan Ahmad ketika dihubungi mStar Online.


“Malah saya sangat setuju, sudah sampai masanya kerajaan melihat pada ‘loop-holes’ ini agar kecacatan ini tidak digunakan untuk tujuan kepentingan diri dan kepentingan tertentu,” katanya.


Beliau yang juga bekas Setiausaha SPR memberitahu, situasi politik sudah berubah dan tidak harus dibiarkan ada pihak yang menyalahgunakan kekurangan lunas perundangan ini untuk sengaja menyebabkan kekosongan.


Kini menurut beliau, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari sebaik sahaja sesuatu kekosongan wujud tidak kira apa puncanya.


“Saya berpendapat bahawa perlu ada dasar baru dalam hal ini… kerajaan perlu menentukan dasarnya (mengenai klasifikasi dan skop sesuatu kekosongan itu).


“Sebaik sahaja adanya dasar sedemikian, Jabatan Peguam Negara boleh menggubal undang-undang yang sesuai, dan jika ada undang-undang sesuai, kami di SPR akan menguatkuasakan undang-undang itu nanti,” katanya.


Beliau juga menambah, pilihan raya kecil juga menyebabkan amalan berlebihan berpolitik selain secara langsung dan tidak langsung menyebabkan kestabilan dan perpaduan negara terjejas.


Pindaan yang dibuat dua dekad lalu hanya melarang wakil rakyat yang melepaskan kedudukan mereka sebagai ADUN ataupun Ahli Parlimen daripada bertanding untuk satu tempoh selama lima tahun.


Selain itu, juga terdapat peruntukan di mana pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan wujud dalam tempoh dua tahun sebelum mandat semasa berakhir.


http://www.mstar.com.my


Rasa-rasanya kita dah dapat agak apa yang SPR nak buat… Apapun kita sebagai pelakon terpaksalah mengikut skrip yang dibagi oleh tuan pengarah… jangan pulak nak pandai-pandai…


Yang Main katak lompat kat perak dua tiga ekor tu, sampai semua rakyak perak jadi haru biru SPR tak nak kaji balik ke…???


sabar je lah..sikit lagi kita akan tukar kepada Suruhanjaya Penghalang Pilihanraya… Benda ni tak mustahil.. di perak lagikan berjaya dihalang inikan pula di penanti…


Pra Muktamar : Nizar Terus Popular


(Gambar atas: Para perwakilan mengangkat tangan apabila nama Nizar dicalonkan)

Siasahdaily melaporkan: Selepas menang pilihan raya kecil Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi tokoh popular dalam PAS.

Empat dari lima PAS Kawasan yang mencalonkan pimpinan PAS, mencalonkan beliau sebagai naib presiden PAS dalam Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan pada awal Jun nanti.

Terbaru adalah PAS Kawasan Selayang dalam mesyuarat agung mereka Sabtu lepas.

Dalam mesyuarat agung itu, beliau mendapat pencalonan tertinggi berbanding Nasharudin Mat Isa yang turut dicalon untuk jawatan itu bersama Datuk Husam Musa.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicalonkan sebagai presiden, Datuk Dr Haron Din menang pencalonan untuk timbalan presiden mengalah Husam dengan 20 undi dari kira-kira 250 perwakilan yang hadir.

Ketika membahaskan usul pula, usul AJK PAS kawasan agar presiden PAS memberikan penjelasan tentang kerajaan perpaduan ditolak oleh perwakilan selepas dibahaskan.

Di dalam perkembangan berkaitan, cyberboron melaporkan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Beruas kali ke 45 yang berakhir semalam juga sebulat suara mencalonkan Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS. Hj. Mohd Sabu dan Ustaz Nasharudin Mat Isa turut dicalonkan untuk mengisi dua lagi kerusi Naib Presiden.

Senarai penuh pencalonan oleh PAS Kawasan Beruas:

Presiden : TG Hj. Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden : Dato' Husam Musa
Naib Presiden : 1. DS Mohammad Nizar 2. Hj. Mohd Sabu 3. Ustaz Nasharudin Mat Isa
AJK : 1. Ustaz Hj. Ahmad Awang 2. Hj. Asmuni Awi 3. Dr. Khairuddin Abd Malik

(baki pencalonan AJK diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Kawasan untuk menentukannya)

Mesyuarat semalam dirasmikan oleh Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak iaitu Dr. Khairuddin Abdul Malik. 5 muka baru dipilih sebagai ahli jawatankuasa PAS Kawasan Beruas sessi 2009-2011 iaitu Hj. Jamaluddin Ibrahim, Mejar(B) Hj. Abu Bakar Hj. Yusoff, Hj. Sulaiman Ramli, Norasiken Hashim dan Hjh. Rohaya Abd Latif. 11 yang lain adalah penyandang sessi lalu.



PENANTI : UMNO BN SEMAKIN PENING, NAK BERTANDING ATAU TIDAK..

Kali pertama dalam sejarah, seorang Perdana Menteri dan parti dokongannya berada di dalam dilema untuk membuat satu keputusan "hidup-mati"... perlu atau tidak bertanding di dewan undangan negeri Penanti.

Najib Tun Razak yang baru seminggu menjawat jawatan PM telah mengemukakan secara lantang, BN berkemungkinan tidak akan bertanding di dalam pilihanraya kecil Penanti yang dianggapnya sebagai satu pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit. Sementelah lagi ia dikatakan sebagai agenda politik Pakatan Rakyat untuk menunjukkan populariti.

Dua alasan diatas sudah cukup untuk membuktikan BN sememangnya takut untuk berdepan pakatan Rakyat diwaktu populariti Pakatan Rakyat meninggi di kalangan rakyat.

Berkokoklah ayam-ayam jantan dan berketuklah ayam betina yang lain tanda memberi sokongan kepada kenyataan Najib itu termasuklah pemimpin-pemimpin MCA, Gerakan, PPP dan beberapa individu dan professor-professor kangkungnya serta sekalian media massa arus perdana, membodek tak tentu hala untuk menjelaskan betapa pilihanraya kecil Penanti merupakan satu pembaziran.

Kemudian MIC melalui Presidennya Samy Vellu menentang arus, tidak bersetuju dengan kenyataan Najib. Dan yang paling terbaru ialah kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu.

Ini menyebabkan Najib tersentak dan menjadi pening bangat, orang yang dianggapnya sebagai Penasihat Kabinet telah menyuarakan pandangan yang berbeza yang selepas ini memungkinkan Najib dan sekalian pengampunya itu terpaksa mengubah haluan supaya tidak ketulah jika tidak mengikut nasihat Tuan Penasihat.

Sama-sama kita tunggu dan lihat sehari dua ini, apa pula keputusan akhirnya... bertanding, tidak, bertanding, tidak, bertanding, tidak, bertanding, tidak, bertanding, tidak, bertanding, tidak, bertanding, tidak bertanding....






Persembahan Dikir Barat untuk Majlis kesyukuran Bukit Gantang dapat sambutan

Tanggal 18 April 2009 bertempat di kampung Balik Bukit Bukit Gantang tepat jam 9.30 malam telah berlangsung persembahan dikir barat yang didatangkan khas dari Kota Bharu Kelantan. Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat dibawah naungan Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz telah membuat persembahan mereka pertama kali dalam sejarah untuk tatapan umum di sini setelah menjalani latihan intensif selama 2 bulan.


Kumpulan ini telah diilhamkan oleh Tuan Guru sebagai menyediakan halwa telinga yang berlandaskan Islam agar dapat mendorong orang ramai mencintai Islam di samping berdakwah.

Justeru, kalau sebelum ini kumpulan dikir barat didokong oleh tukang karut namun kali ini nama tukang karut ditukarkan kepada tukang pantun. Yang penting mesej ingin ditunjukkan kepada masyarakat bahawa PAS tidak menghalang kita berhibur.

Sesungguhnya kehadiran orang ramai adalah melebihi seribu orang memenuhi setiap sudut tempat berlakunya persembahan ini. Perkara ini telah menunjukkan bahawa masyarakat di sini telah mulai sedar dan memahami apakah itu PAS sebenarnya. Jadi tidak hairan juga jika pada malam tersebut saya telah ternampak orang UMNO datang. Bila di tanyakan kepada mereka, mereka telah mengatakan bahawa mereka dah berhijrah kepada PAS. Alhamdulillah...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .