Ikuti Blog ini

Konsert Inul lagi…Pemuda PAS tetap bantah

inul02Kuala Lumpur - Pemuda PAS Wilayah akan terus membantah konsert Inul yang dijangka akan dilangsungkan pada 29 November 2008 ini di Stadium Putra Bukit Jalil. Diberitakan, permit konsert berkenaan juga telah diluluskan oleh pihak berkuasa.

Beberapa bulan lepas konsert Inul Daratista telah dibatalkan 2 kali, iaitu di Johor dan di sekitar Kuala Lumpur. Pembatalan tersebut mengakibatkan penganjur kerugian sebanyak RM 800 000.

Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzaman Mohamad berkata ” Pemuda PAS akan sentiasa konsisten terus membantah perkara-perkara dan aktiviti-aktiviti yang mungkar. Seperti biasa langkah pertama, pemuda wilayah akan menghantar memorandum bantahan kepada pihak kerajaan yang meluluskan permit tersebut.” Jika masih tetap diteruskan juga kita akan gunakan kaedah yang lain yang lebih berkesan.”

Pemuda Wilayah berasa kecewa, jika konsert tersebut diteruskan. Pihak berkuasa ternyata tidak peduli dengan sensitiviti umat Islam. “Kita telah beberapa kali menghantar bantahan dan memorandum, tapi ternyata pihak berkuasa tidak mengambil peduli nasihat yang kita berikan.” ujar Kamaruzaman.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .