Ikuti Blog ini

Najib Akui Politik Wang Makin Parah, Terbukti Rasuah Adalah Darah Daging UMNO !!

LIMA (PERU) - UMNO akan mengambil beberapa langkah lagi untuk membanteras politik wang dan ia mesti diperjuangkan secara menyeluruh, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Bagaimanapun, secara realistiknya gejala itu tidak boleh dibanteras dalam masa terdekat, dan perlu ditunjangi oleh kekuatan politik serta komitmen yang kuat, katanya apabila diminta mengulas kenyataan bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan gejala politik wang masih menghantui Umno walaupun apabila Najib mengambil alih kepimpinan parti. Beliau berkata demikian kepada para pemberita Malaysia selepas menghadiri hari terakhir Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di sini. Najib, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha membanteras politik wang perlu "ditunjangi oleh kekuatan politik serta komitmen yang kuat dengan apa cara yang boleh kita dilakukan." Usaha untuk membanteras gejala itu merupakan satu proses yang melibatkan satu tempoh masa yang tertentu, katanya. "Sebab masa Tun Dr Mahathir pun, ia juga memperjuangkan usaha untuk menghapuskan politik wang dan bila ia tamat sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO, beliau telah menyatakan kekecewaannya kerana gagal untuk membanteras gejala itu."

[Politik wang atau lebih afdal dipanggil "Rasuah" adalah "darah daging puak-puak UMNO". Lucu benar jika ada pemimpin UMNO yang mendabik dada kononnya ingin berbicara soal benteras rasuah. Bagaimana harus mereka lakukan jika mereka menang pilihanraya itu pun kerana "jutaan wang rasuah" yang ditabur kepada rakyat yang tidak berdosa. Maka pemimpin UMNO akan menanggung dosa mereka di akhirat nanti. Gara-gara mahu berkuasa "wang berguni" dipunggah ke sana sini untuk membeli undi. Justeru itulah ia terbawa-bawa dalam pemilihan UMNO baru-baru ini. Rasuah berselerak bagai cendawan tumbuh disana sini. Kami mendapat maklumat seorang Ketua Bahagian berbelanja hingga jutaan ringgit untuk membeli perwakilan. Di UMNO Bahagian Jerantut, Pahang khabarnya perwakilan disogok sehingga RM5,000 seorang. Calon Ketua Pemuda Bahagian itu iaitu Wan Amizan menyogok RM2,000 seorang! Bayangkan berapa banyak wang yang dibelanjakan?. Begitu juga di tempat-tempat lain di seluruh Pahang ini. Kami mempunyai "kroni dalam UMNO" yang akan mendedahkan satu persatu penyelewengan ini. Sebab mereka pun "sekali" terjerumus dengan rasuah tersebut. Cukup dasyat "rasuah" yang berlaku dalam UMNO ini, ia sebagai petanda yang parti karat itu sudah berada di penghujung hayatnya. UMNO, Perompak Wang Rakyat Dan Perasuah Negara !].




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .