Ikuti Blog ini

Polis kecohkan keadaan, 9 orang ditahan



Seorang wanita antara 9 orang yang ditahan oleh polis ketika menyuraikan perhimpunan mansuhkan ISA di Dataran MPAJ malam tadi.

Anggota polis anti-rusuhan (FRU) mula bertindak menyuraikan perhimpunan tersebut pada jam 9:30 malam.

p1070335Pandan Indah, Ampang - 9 orang ditahan ketika perhimpunan bagi ceramah pelancaran untuk himpunan mansuhkan ISA diadakan di Dataran Ampang Jaya malam semalam. Polis yang berkawal sejak awal lagi bertindak menghalang orang ramai dari memasuki kawasan padang tersebut. 7 buah trak pasukan polis FRU dan 3 buah trak penyembur water canon juga telah ditempatkan disitu.

p1070318Mereka yang ditahan ialah Tuan Haji Mohamad Sabu, YB Salahuddin Ayob, Kamaruzaman Mohamad, Mohd Sani Hamzan, Saripuddin Mohd Yatim, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli, dan Azman Abd Hamid.

YB Salahudin dan Tn Hj Mohamad Sabu cuba berunding bagi membenarkan program ceramah diteruskan tetapi tidak mendapat persetujuan pihak polis. Pihak polis hanya membenarkan Mohamad Sabu berucap selama 5 minit sebelum meminta orang ramai bersurai dari kawasan tersebut. Beliau sempat membuat pengumuman ceramah kempen untuk himpunan 100 000 mansuhkan ISA seterusnya akan diadakan di Stadium Selayang.

p1070327Belum pun sampai seminit Mohamad Sabu berucap, beberapa orang anggota polis yang berpakaian biasa cuba menangkap Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan lain. Suasana menjadi lebih kecoh apabila polis menyergah dan menolak orang ramai dengan menggunakan perisai dan kayu. Beberapa orang yang hadir tersungkur apabila polis menarik dan menolak dengan cara yang agak keras.

Semua yang ditahan, dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk diambil keterangan lanjut. Mohamad Sabu dan YB Salahuddin yang pada awalnya terlepas turut di tahan di luar perkarangan Balai Polis Pandan Indah, selepas membuat sidang media. OCPD yang kononnya ingin berjumpa dan berbincang dengan YB Salahuddin serta Mohamad Sabu, terus membawa mereka berdua ke dalam balai polis dan turut ditahan.

Semua tahanan dijangkan akan dilepaskan paling lewat jam 4.30 pagi ini.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .