Ikuti Blog ini

Bukit Selambau: Lebih 20,000 iringi calon Pakatan Rakyat

SUNGAI PETANI - Lebih 20,000 penyokong Pakatan Rakyat iringi calonnya daripada KeADILan, S. Manikumar yang ditentang oleh calon BN, Dato' S. Ganeson dan 13 orang calon bebas.


Pilihan raya Kecil Dun N.25 Bukit Selambau pada 7 April ini mencatatkan sejarahnya tersendiri dengan menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon KeADILAN, BN dan bebas.


Manikumar merupakan calon ke-11 yang mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.19 pagi semalam.


Terdahulu, kira-kira 20 ribu penyokong Pakatan Rakyat hadir mengiringi Manikumar ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.


Antara pimpinan Pakatan Rakyat hadir ialah Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden DAP, Tan Sin Giaw, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub.


ImageMasa untuk penyerahan borang ditutup pada jam 10.00 pagi dan tiada pencalonan ditolak walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sembilan bantahan sehingga tempoh bantahan tamat pada jam 11.00 pagi.


Pada jam 11.50 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Abdullah Md Akhir mengumumkan seramai 15 calon sah untuk bertanding.


Calon-calon bebas yang akan bertanding mengikut logo yang akan digunakan ialah R.Loganathan (Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), Mohd Fadzil Wahab (Kepala Harimau),Abdul Rahim Abu (Jam),L Sarala (Basikal),A. Jayagopal (Payung), S Moganakumar (Buku),Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaakob (Bas),Michael Venason (Ikan), Anwar Abd Hamid (Telefon) dan T Chandrarajan (Kapal Terbang).


Keadaan di sekitar pusat penamaan calon kelihatan agak tenang apabila pihak keselamatan menyediakan tiga laluan khusus untuk perarakan calon-calon Pakatan Rakyat, BN dan calon bebas.














Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .