Ikuti Blog ini

Presiden PAS Ulangi Gesaan Supaya ‘Najib Dibersihkan’ Terlebih Dahulu

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/presidenpaspakatanrakyat.jpg

Taiping
- Pesiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi gesaan supaya bakal Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak ‘dibersihkan’ dahulu dari sebarang tuduhan, sebelum peralihan kuasa berlaku.(Gambar - Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat semasa proses penamaan calon semalam.)

“Dalam masaa yang sama bukan sahaja melalui pilihnaraya ini, oleh kerana kita akan menghadapi satu suasana yang agak penting (iaitu) peralihan kepimpinan, bukan sahaja pendedahan berlaku didalam negara tetapi berlaku di luar negara oleh media-media asing,

“Dan saya minta supaya kerajaan Barisan Nasional mengambil tindakan undang-undang terhadap media-media asing yang memberi gambaran yang buruk kepada bakal Perdana Menteri,”katnya dalam sidang media selepas penamaan calon pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang disini semalam.

Beliau berkata ia penting kerana rakyat mahukan pemimpin yang bukan sahaja ‘dilihat bersih’ tetapi ia mesti benar-benar bersih dari sebarang tuduhan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan.

Katanya ia adalah menjadi suatu amalan demokrasi diseluruh dunia, yang tidak boleh melantik seseorang pemimpin negara begitu sahaja sebelum ia dipastikan benar-benar bersih.

Mengulas lanjut perkembangan pilihanraya kecil parlimen Bukit Ganatang, beliau berharap semua jentera yang terlibat dalam menlaksanakan pilihanraya tersebut dapat bekerjasma dengan baik khususnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia dan juga pihak keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia.

Turut hadir sepanjang proses penamaan calon yang berlangsung di Majlis Perbandanran Taiping semalan adalah pemimpin tertinggi Pakatan rakyat termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .