Ikuti Blog ini

Jumlah bilangan yang hadir pun ditipu…….

Nampaknya kebanyakan lebih cenderung menyamakan sahaja bilangan seperti BH, Utusan dan NST. Agaknya kalau lapor PAS lebih dari BN, mungkin ada yang marah-marah dan tidak mustahil diambil tindakan oleh itu untuk menyelamatkan diri, walaupun hakikatnya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku,

Nampaknya kebanyakan lebih cenderung menyamakan sahaja bilangan seperti BH, Utusan dan NST. Agaknya kalau lapor PAS lebih dari BN, mungkin ada yang marah-marah dan tidak mustahil diambil tindakan oleh itu untuk menyelamatkan diri, walaupun hakikatnya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku,


Ramai termasuk saya hadir menyaksikan perhimpunan sempena proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi parlimen P.59 Bukit Gantang di Taiping semalam. Memanglah setiap kali berlaku pilihanraya kecil, maka masing-masing ahli dan penyokong akan memastikan yang kumpulan merekalah yang paling ramai hadir pada hari berkenaan. Kejayaan menggembeling kehadiran ramai merupakan satu kejayaan psikologi sekurang-kurangnya membuktikan kepada rakyat bahawa parti mereka serius dan akan didokongi oleh jentera yang besar untuk memenangi pilihan raya berkenaan.

Dari pandangan kasar semalam ternyata mereka yang hadir di belah PAS jauh lebih besar dari di belah BN.

Jadi pagi ini saya sengaja menyelak lembaran akhbar-akhbar saluran perdana untuk melihat bacaan mereka masing-masing. Seronok juga kalau kita lihat angkanya, bagi mereka yang hadir sudah pasti dapat meneka mana satu laporan yang tepat, yang “cari makan”, yang menipu dan sebagainya.

The Sun - BN 2,000 PAS 10,000
Berita Harian - BN 10,000 PAS 10,000
Utusan Msia - BN 10,000 PAS 10,000
NST - 30,000 BN dan PAS
Sinar Harian - PAS 10,000

Nampaknya kebanyakan lebih cenderung menyamakan sahaja bilangan seperti BH, Utusan dan NST. Agaknya kalau lapor PAS lebih dari BN, mungkin ada yang marah-marah dan tidak mustahil diambil tindakan oleh itu untuk menyelamatkan diri, walaupun hakikatnya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku, himpunkan sahaja satu jumlah, dan laporkan sama rata.

Memang kehadiran semalam tidak memastikan kemenangan pada hari mengundi 7 April nanti, tetapi sekurang-kurangnya pegamal media mestilah memberi laporan yang tepat dan benar. Mereka bertanggungjawab kepada pembaca dan rakyat. Atau memang mereka begitu dan akan terus begitu, iaitu melaporkan menurut selera “tuan politik” mereka, kerana yang pentingnya adalah “tuan politik” mesti dilihat menang walaupun hakikatnya dibenci dan ditolak rakyat.

Selamat datang ke dunia kebebasan akhbar di Malaysia.


lihat betul-betul... nampak macam dua tiga orang je penyokong pas tu...

lihat betul-betul... nampak macam dua tiga orang je penyokong pas tu... biasanya gambar tak bisa berbohong,tapi tulisan.. sapa-sapa saja boleh kelentong

setelah saya bilang habis.. agak agak ada lah dalam 200 orang je penyokong PAS... tu pun saya dah campur dengan kanan-kanak yang belum mumayyiz dan sekali dengan bayang-bayangnya sekali...

setelah saya bilang habis.. agak agak ada lah dalam 150 orang je penyokong PAS... tu pun saya dah campur dengan kanan-kanak yang belum mumayyiz sekali dan termasuk dengan bayang-bayangnya sekali... Penyokong2 UMNO... Masya Allah.. Tak payah sebut.. tak terbilang ramainya.. nanti saya beritahu kamudian setelah anak saya yang tadika habis bilang...

Apa yang akhbar-akhbar perdana sebut 5 ribu atau sepuluh 10 ribu itu tak betul... itu jumlah penyokong PAS sebenarnya... itupun sebenarnya salah... Penyokong PAS dalam 200 orang je lebih sedikit daripada Polis... Ponyokong UMNO yang terlalu ramai sebenarnya... saya kira dekat 100 ribu ..mungking lebih lagi kalu...

Apa yang akhbar-akhbar perdana sebut 5 ribu atau sepuluh 10 ribu itu tak betul... jumlah penyokong PAS tak pernah sampai ke angka itu sebenarnya... Kalau Penyokong UMNO itupun sebenarnya salah juga.. sebab Penyokong2 UMNO terlalu Ramai... Penyokong PAS dalam 200 orang je kurang sedikit daripadajumlah anggota Polis... Ponyokong UMNO lah yang terlalu ramai sebenarnya... saya kira dekat 100 ribu ..mungkin lebih lagi kalu...

Bendera PAS pun nampak dua tiga batang je... tak ramai penyokong yang nak bawa bendera... yang nampak banyak bendera -bendera PAS dalam gambar tu sebenarnya salah ... itu teknik super impose yang dibuat oleh wartawan2 antarabangsa je supaya nampak kelihatan cantik.... nampak hijau banyak kan cantikkk

Bendera PAS pun nampak dua tiga batang je... tak ramai penyokong yang nak usung dan bawa bendera pas... yang nampak banyak bendera -bendera PAS dalam gambar tu sebenarnya salah ... itu teknik super impose yang dibuat oleh wartawan2 antarabangsa je supaya nampak kelihatan cantik.... nampak hijau banyak kan cantikkk

Supporters of the candidate for Malaysia's opposition People's Alliance, Mohammad Nizar Jamaluddin, gather outside the nomination centre for the Bukit Gantang parliamentary by-election in Bukit Gantang March 29, 2009. REUTERS/Zainal Abd Halim (MALAYSIA)


An opposition supporters and his daughter wear Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) head bands during a nomination in Taiping, Northern state of Perak ,300 kilometers (187 miles) from Kuala Lumpur, Sunday, March 29 2009. Malaysian politicians launched their campaign Sunday for three legislative seats in special elections seen as a crucial test for the ruling party's new leaders. (AP Photo









Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .