Ikuti Blog ini

Saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir - MB Haram Zambry

undilah-pas2

Penjelasan Nizar mengenai isu ‘rampas masjid’



Berita Harian menyiarkan laporan mengenai hal ini.

Nizar cuba ‘rampas’ majlis BN: Zambry
oleh Nurhayati Abllah


KUALA LUMPUR: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila ‘merampas’ majlis bacaan Yassin dan solat hajant anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam.


Berikut adalah penjelasan Nizar tentang apa yang berlaku semalam.


“…sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.


Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat “wa’tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu…. ” dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.


Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma’mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.



UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama’iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.




Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.


Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.


Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, “jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir”. Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain .


Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan “ajaib” tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .