Ikuti Blog ini

Jangan gantung, saman Harakah jika salah lapor!

Jangan gantung, saman Harakah jika salah lapor!

KUALA LUMPUR - Jika benar terdapatnya laporan yang salah, pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Harakah tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar.


Kementerian Dalam Negeri (KDN) tegas beliau tidak sepatutnya bertindak bagi pihak lain dan mengambil tindakan yang tidak sepatutnya terhadap Harakah.


"Jika Harakah ada laporkan berita yang salah, pihak atau individu yang berkenaan sepatutnya mengambil tindakan undang-undang iaitu menyaman Harakah.


"PAS kesal dengan sikap KDN yang mengambil tindakan bagi pihak orang lain dan ini merupakan satu tindakan yang mencabuli kebebasan media," tegas beliau dalam satu sidang media bersama Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua di lobi Parlimen pagi tadi.


Mahfuz juga menegaskan dalam syarat-syarat permit yang diberikan oleh KDN tidak terdapat peraturan mengatakan Harakah perlu dijual kepada ahli-ahli parti.


Tindakan pengantungan Harakah dan Suara Keadilan ini tegas Mahfuz merupakan satu tindakan terdesak kerajaan BN menjelang pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.


"Apa yang dilakukan ini adalah cubaan untuk meyekat rakyat daripada memperolehi maklumat sebenar menjelang pilihanraya kecil di tiga-tiga tempat tersebut," tegas Mahfuz.


Sementara itu Ketua Penerangan KeADILan, Tien Chua menegaskan pihaknya kesal dengan tindakan yang dibuat oleh KDN tetapi akan tetap meneribitkan Suara Keadilan seperti biasa.


Beliau menegaskan tindakan terbaru KDN ini telah mendapat bantaha banyak pihak termasuk dari kalangan NGo-NGO yang memperjuangkan kebebasan media dan hak asasi manusia.


"Kita akan teruskan walaupun tanpa permit dan pelbagai cubaan untuk menyekat penyebaran maklumat kepada rakyat.


"Dalam konteks sekarang, ada pemilihan (Umno), pilihanraya kecil, peralihan kuasa (perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Razak), pihak berkuasa cuba menutup ruang penyebaran maklumat," tegas Tien Chua.


Beliau juga menegaskan tindakan kerajaan terhadap dua akhbar pembangkang berpengaruh ini "hanya permulaan" untuk kawalan yang ketat terhadap media.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .