Hujah Amnesty berdasarkan beberapa laporan, gambar, video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul, menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
“Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran keganasan itu dengan membentangkan permaidani merah kepada perdana menteri Malaysia,” kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi Asia Pasifik, Donna Guest.
“Kerajaan Najib mengasari ribuan rakyat Malaysia yang bertindak melaksanakan hak mereka untuk menunjuk perasaan secara aman,” katanya.
Ramai dikasari
Selain  menahan peserta perhimpunan, pihak keselamatan turut melepaskan gas  pemedih mata secara terus kepada orang ramai dan dalam kawasan hospital  sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.
Malah Guest berkata ramai peserta yang telah dikasari.“Terdapat  rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman  menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis  yang berpakaian seragam hanya melihat.
“Pihak  keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan  termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera  dan Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) yang turut mengalami  kecederaan,” katanya.
Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.
“Penggunaan keganasan oleh pihak keselamatan secara berlebihan ini sepatutnya tidak perlu kerana ia akan menakutkan rakyat,” kata Guest lagi. -M'kini
 

 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
