Laman Liow Tiong Lai dibanjiri cemuhan
Semalam, Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai  yang menafikan "gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital  Tung Shin", kini merasai "malapetaka" yang disebabkan kenyataan  beliau.  Malah, warga internet membanjiri laman diri-nya   dengan cemuhan, kritikan, maki hamun, mendesak beliau menjawab setelah   ditampalkan gambar, klip video yang jelas menunjukkan gas pemedih mata   ditembak ke dalam perkarangan hospital.Liow   Tiong Lai mempertahankan tindakan polis, bahawa tiada gas pemedih mata   yang ditembak ke dalam hospital, menyebut kemungkinan ia ditiup angin  ke  dalam kawasan itu, dalam satu sidang media semalam.  Malah, apabila   diminta untuk mengulas tindakan anggota polis  menyerbu ke dalam   hospital untuk menangkap orang, beliau berkata polis membawa peserta   demonstrasi yang tercedera untuk dirawat di hospital.
Kenyataan   ini mengundang kemarahan dari warga internet, yang berada di tempat   kejadian semasa FRU menyuraikan peserta demonstrasi.  Malah, Dewan   Perhimpunan Cina KL-Selangor mengeluarkan kenyataan semalam, dengan   tajuk "Berbohong bukan budaya kita", menuntut Ketua Polis Negara memohon   maaf secara terbuka, kerana gambar dan klip video yang dirakam jelas   menunjukkan gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital.
Sebelum ini, lebih 10,000 warga internet menyokong satu page memboikot China Press,   kerana membubuh tajuk pada muka surat depan di akhbar tersebut, yang   ditafsirkan sebagai "mempersalahkan peserta perhimpunan kerana kekecohan   yang berlaku".  Ramai warga internet kaum Cina yang turun ke jalan  raya  kali ini, menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana kekerasan  digunakan  polis untuk menyuraikan perhimpunan aman BERSIH 2.0.
 

 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
