 Pemimpin  Umno dan media pro umno diminta hentikan pembohongan dan putar belit  himpunan Bersih 9 Julai 2011. Kenyataan pemimpin umno sudah tidak keruan  dan serba tidak kena seolah-olah kapal yang kehilangan kompas. Mereka  berbicara dengan rakyat seolah-olah rakyat pekak dan buta. Mungkin  pemikiran mereka masih berada di zaman primitif kerana diselaputi oleh  mimpi ngeri jika kerajaan pusat tumbang di dalam PRU 13.

Media  umno  cuba hendak memburukkan himpunan Bersih seolah-olah berlaku  keganasan. Pengamal media pro BN juga sudah melanggar etika laporan yang  penuh dengan prajudis dan fitnah. Sehingga lupa laporan mereka sudah  tidak layak hidup di zaman langit terbuka, Ia hanya layak berada di  zaman Ashabul Kahfi
Bila polis memberi tahu dalam media mereka  tidak ganas, tidak ada tembakan di kawasan hospital Tung Shin Jalan  Pudu, maka secepat kilat media menjawab penipuan mereka melalui media  baru yang diluar kawalan BN.
Kita menasihat pemimpin BN dan media  pro BN hentikanlah penipuan kamu. Jangan menambahkan arkib pembohongan  kamu di persada politik negara ini. Biarlah kamu meninggalkan
pemerintahan  kamu dengan tidak menambahkan lagi rekod-rekod kotor dan jijik kepada  generasi akan datang. InsyaAllah segala keganasan polis dan penipuan  media akan menjadi saksi kepada anak cucu rakyat Malaysia akan datang.  Kesemua ini sudah direkod di dalam media baru yang menjadi mimpi ngeri  umno pada masa akan datang.
Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
 
 Catatan
Catatan