Ikuti Blog ini

BUKTI DEMO GESA ALI RUSTAM BERJAYA


















Lebih 500 orang telah berkumpul di Masjid MITC, Ayer Keroh Melaka selepas solat Jumaat tengahari tadi mendesak Dato' Seri Mohd Ali Rustam meletakkan jawatannya sebagai ketua menteri Melaka.

Memorandum yang meminta Mohd Ali meletakkan jawatan itu diserahkan ekoran beliau telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana politik wang dan menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO di dalam pemilihan akan datang ini.

Mohd Ali yang terkejut dengan kejadian itu telah mengutarakan beberapa soalan yang lemah kepada rakyat dengan bertanya "kenapa Anwar Ibrahim boleh jadi ahli parlimen sedangkan dia masuk penjara enam tahun? Itu jawab dulu. Mengapa Lim Guan Eng boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan dia dah masuk penjara dua tahun? Itu jawab dulu. Kalau ini dia boleh jawab saya akan jawab apa yang dia tanya kepada saya."

Salah seorang peserta perhimpunan tersebut dengan mudha menangkis soalan-soalan Mohd Ali dengan menyatakan:

"Kalau begitu Dato Ali perlu diheret ke mahkamah terlebih dahulu dan biar masuk penjara macamana Anwar dan Lim Guan Eng terima. Kemudian Ali Rustam bolehlah aktif semula di dalam UMNO untuk menjadi Ketua Menteri Melaka. Itupun kalau Ali Rustam masih laku lagi di kalangan pemimpin tertinggi UMNO."

Ramai berpendapat Mohd Ali telah mencemarkan nama partinya dan nama negeri Melaka ekoran kesalahannya yang berat. Beliau telah dilaporkan menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan pencalonan sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk pemilihan pada tahun ini.

Sebagai pemimpin yang bermaruah beliau perlulah meletakkan jawatan kerana rakyat akan melihat Melaka dipimpin oleh seorang pemimpin yang kotor dan mengamalkan rasuah di dalam pentadbirannya.

Semalam mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir telah menyarankan agar Mohd Ali Rustam patut mengosongkan jawatan ketua menteri Melaka, dan apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama.

Mahathir telah mengulangi lagi kenyataannya hari ini





Laporan Polis risalah fitnah. Umno mula main kotor di Bukit Gantang


BUKIT GANTANG : Satu laporan polis mengenai risalah berunsur fitnah dan provokasi yang dicetak dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di sekitar Parlimen Bukit Gantang telah dibuat oleh ADUN Titi Serong telah dibuat di Balai Polis Changkat Jering sekitar jam 5.15 petang tadi.





Poster dalam saiz B5 barangkali, yang memaparkan gambar Mufti Perak dan Sultan Perak dicetak serta digambarkan sebagai...... ! Satu lagi provokasi yang dilakukan untuk memburukkan Pakatan Rakyat.



2 laporan Polis sedang dan telah di buat petang ini, yang melibatkan edaran poster jahat oleh mereka-mereka yang bangang sebanggangnya. Biarlah Polis yang menyiasatnya. Cuma dalam fikiran, ia dibuat oleh gerombolan manusia yang berhati hitam dan jahat.

Tapi bila di teliti, warna cetakan tulisan yang dipilih itu seperti selalu di lihat, tapi di mana yaa ? Macam ada kesinambungan dengan warna tulisan dan logo satu pertubuhan politik. Jika hangpa dapat 'clue', minta sangat, tolong beritahu ya.! Warna merah dan biru tua..isshh..!


Dari laporan saksi, suspek yang menyebarkan risalah secara by-hand di perkarangan masjid Jamek Trong itu serta turut menyebarkannya secara rawak, ala-ala tebar poster wayang zaman dulu-dulu tu ler beb! dipercayai dilakukan oleh individu melayu berumur dalam lingkungan 50an. Apabila saksi mendekati suspek, beliau dengan pantas melarikan diri.


33

51

7

Sebahagian foto yang sempat diambil oleh krew bloggers BlogNet@Perak tengahari tadi.


Ahmad Tajuddin sahut cabaran Adnan untuk mubahalah


SEDIA BERMUBAHALAH...Ketua Umno Bahagian Paya Besar,Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman (kiri) sedia menyahut cabaran Metneri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung dakwaan campur tangan beliau dalam pemilihan bahagian itu tahun lalu.

KUANTAN: Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman sedia menyahut cabaran Datuk Seri Adnan Yaakob untuk bersumpah (mubahalah) berhubung dakwaannya mengenai campur tangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pahang dalam pemilihan Umno bahagian itu tahun lepas. Ahmad Tajuddin mencadangkan mubalahah itu diadakan pada pukul 10 pagi Selasa depan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.


"Saya akan menunggu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang di tempat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Ahmad Tajuddin sebelum ini menggesa Adnan meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab terhadap keputusan Lembaga Disiplin Umno menggantung keahlian Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail selama setahun dan memberi amaran kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian, Datuk Md Sohaimi; Adun Lepar yang juga Naib Ketua Bahagian, Mohd Shohaimi Jusoh dan Ahli Jawatankuasa Umno bahagian, Mohd Zaili Besar.


Kesemua mereka adalah anggota Umno Bahagian Paya Besar yang didapati bersalah melanggar Tata Etika Ahli Umno.


Adnan dalam kenyataannya semalam bagaimanapun menafikan beliau menjadi dalang serta mencabar Ahmad Tajuddin untuk bermubahalah pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan.


Nga Buat Laporan Polis Terhadap SUK Perak

Nga Kor Ming exco kerjaan Pakatan Rakyat di Perak membuat laporan polis pagi ini, terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) hadiri sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN), 3 Mac lalu.

Laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, itu adalah mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menghalang Adun daripada menjalankan tugas mereka.

SUK Perak, Abdul Rahman Hashim telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan menutup pintu utama Bangunan Perak Darul Rizuan pada 3 Mac yang didalam turut terdapat bangunan DUN Perak.

Abdul Rahman juga telah menita pihak polis untuk mengawal dan mengepung Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menghalang sidang tergempar DUN Perak yang telah dipanggil oleh Speaker V.Sivakumar.

Akibatnya kesemua ADUN tidak dapat memasuki dewan untuk bersidang dan terpaksa menjalan persidangan di bawah pokok sena yang terletak beberapa meter di luar bangunan Perak Darul-Ridzuan.



S. Manikumar calon PKR Bukit Selambau

manikumar pkr candidate for bukit selambau 190309 01S. Manikumar diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Pengumuman itu dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.


Manikumar merupakan seorang ahli perniagaan syarikat antarabangsa berusia 36 tahun, lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) fasih pelbagai bahasa.


Beliau adalah antara empat calon akhir yang telah disenarai pendekkan. Nama-nama lain ialah Dr.R.Krishnanmoorthy, Sri Thrn dan S.Masilamani.


Mereka adalah antara 17 calon yang telah ditemubual oleh PKR bahagian Merbok baru-baru ini termasuklah peguam hak asasi manusia, N. Surendran.




Pengumuman Calon Pakatan Rakyat Untuk N25 Bukit Selambau


Tuan/Puan,

Harap maklum bahawa satu majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat akan diadakan di tempat, masa dan tarikh seperti berikut:

Tarikh : 20hb Mac, 2009 (Jumaat)
Masa : 10 pagi
Tempat: Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat, Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Merbok, Taman Tuanku Hamimah, Jalan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah

Pengumuman akan dibuat sendiri oleh Yb Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti.

Semua media dijemput hadir untuk menghadiri majlis tersebut

Terima kasih.



SAIFUL IZHAM RAMLI
Pengarah Pilihan Raya Kecil
N25 Bukit Selambau


Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar belanja krew Harakah mee udang di Kuala Sepetang...












SETELAH penat mengejar kereta Toyata Camry AGS 10, yang tertulis dengan huruf besar pada platnya, "Menteri Besar Perak" akhirnya destinasi bersama ditemui. Bukan kepalang laju, kereta yang membawa Dato' Seri Nizar Jamaluddin meredah lalulintas yang bersimpang-siur.

Nizar bersama pengawai peribadinya yang sentiasa bersongkok hitam, Amran dan Penyelaras Sekreteriat Parlimen Bukit Gantang, Cikgu Sharuddin menghentikan kereta di bahu jalan. Sebuah lagi kereta, bodygard MB yang diketuai Ali tercari-cari parking.

Saya bersama Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan wartawan, Johari Jaafar menaiki kereta berasingan. Kami bertolak sejurus solat Asar di Markaz PAS UPU Larut Tin. Sebelum itu, mengikuti Majlis Dialog Isu-Isu Semasa di Dewan Orang Ramai Kg. Sentosa Larut Tin, tidak jauh dari bandar Taiping tetapi masih dalam kawasan Bukit Gantang.

Setelah minum petang dan solat Asar, kami ke rumah seorang aktivis Pakatan Rakyat di hadapan markaz. Nizar menziarahi isteri aktivis tersebut yang mengalami sakit saraf sejak beberapa tahun yang lalu. Setelah berbual dan memberikan kata-kata perangsang, kami menuju ke Kg Air Putih dekat Kamunting.

Sewaktu Majlis Dialog Isu-Isu Semasa tadi, Amran sudah membisikkan kepada saya, habis program ini "kita pekena" mee udang di Kuala Sepetang.

Kereta MB dipandu agak laju meninggalkan Larut Tin menuju ke Kamunting. "Kita nak serah komputer," kata Amran ringkas. Komputer tersebut adalah sumbangan allahyarham Roslan Shahrom yang tidak sempat ditunaikan oleh beliau sewaktu hayatnya. Ia sumbangan seorang wakil rakyat.

Nizar menyampaikan perkakasan komputer kepada dua anak yang juga diserang masalah saraf yang mengecut. Seorang berusia 18 tahun dan seorang lagi 23 tahun. Anak Ketua Kampung Air Putih dari Pakatan Rakyat dalam Dun Kuala Sepetang.

Sambil meluru laju, Nizar sempat melambai-lambaikan tangannya dari tingkap kereta ke Markaz BN di pinggir jalan besar dari kampung itu. Petugas di situ juga turut memberi respons positif.

Perang bendera di Bukit Gantang baru bermula. Selepas "pekena mee udang" Nizar dijadual memberi tazkirah Maulidur Rasul di surau Taman Kuning Sari, tidak jauh dari Markaz Besar PAS Air Kuning.

Di Matang, warung serba ringkas yang kami sangkakan "majlis kenduri kahwin" dipenuhi pelbagai peminat mee udang. Kereta bersusun-susun di kiri kanan bahu jalan.
Sambil Amran membuat pesanan, kehadiran Nizar mendapat perhatian pengunjung.

Keramahan, senyuman manis dan sapaan tangan MB Perak ini, disambut pengunjung bagai seleberiti. Ada yang bergambar, berbual dan tidak kurang juga yang berpeluk-pelukan.
Setengah jam juga menunggu, barulah mee udang tiba. Nizar memanjatkan doa makan dan kami menikmati apa yang dikatakan mee udang Kuala Sepetang. Nizar menceritakan sedikit "sejarah udang" mengapa ia tidak berdarah...

10 ekor udang setiap pinggan. Sedap juga. Barangkali perlu datang lagi sepanjang kempen pilihan raya Bukit Gantang ini. Setelah bayaran dijelaskan, kami terus menuju ke Surau Kuning Sari dan kemudiannya makan malam di rumah Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Nordin sebelum ke tempat ceramah di Kg Kudu.




Bukit Gantang : PAS Umum Calon 23 Mac

KUALA TERENGGANU - PAS akan mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak pada Isnin ini, kata Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Haji Mustafa Ali.

Beliau berkata nama calon parti itu akan diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Perak.


"Kita akan mengadakan mesyuarat pada 23 Mac ini dan pengumuman calon akan dilakukan pada sebelah malamnya," kata Mustafa di pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu di sini hari ini.


Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia pada 9 Februari lepas.


Mengulas lanjut, Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, berkata empat nama dicadangkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu dan kesemua mereka merupakan anak tempatan.


Beliau berkata PAS mengambil keputusan untuk mengumumkan lebih awal bagi membolehkan calonnya turun padang dan berkempen untuk menarik sokongan rakyat.


"Berbanding pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, kita buat pengumuman lewat kerana calon kita sudah dikenali rakyat di sini," katanya.


Mustafa berkata PAS yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen itu walaupun menjangkakan tentangan sengit daripada calon Barisan Nasional (BN).


"Daripada maklumat yang saya terima, jentera pilihan raya PAS berjalan lancar. Ada sedikit perkara yang perlu dimantapkan menjelang pilihan raya kecil itu," katanya.




Kenyataan Datuk Shahrukh Khan di India Today




Datuk Shahrukh Khan memberitahu India Today hari ini beliau terkejut mendapat berita bahawa Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang dari bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. "Kita di Mumbai sangat sayang dekat Datuk Seri Mohd Ali. Tapi ikut undang-undang, apa boleh kita buat."

Ketika ditanya apakah beliau tersinggung dan terkilan dengan peristiwa tersebut, tokoh Bollywood yang mendapat gelaran 'Datuk' dari kerajaan Negeri Melaka tersebut telah mengatakan, "Cubit paha kanan, paha kiri juga terasa, tapi kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai," katanya lagi menunjukkan kepakaran berbahasa Melayu.

Beliau juga menyatakan harapan supaya panel rayuan UMNO menerima kembali Mohd Ali dalam senarai calon jawatan nombor dua parti Melayu itu.

"Memang saya sependapat dengan KuLi, kerana adalah salah menyekatnya daripada bertanding seperti juga salah menghalangnya daripada membuang undi (dalam pemilihan Umno)."

Datuk Shahrukh Khan yang meminati iklim politik Malaysia khususnya negeri dondang sayang tersebut turut berharap Mohd Ali, yang juga ketua menteri Melaka, tidak meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri.

"Masih banyak lagi tokoh Bollywood belum diberi anugerah. Saya berharap kawan baik saya Shilpa Shetty dan juga Amitabh Bachan turut diberi anugerah yang sama. Tahun hadapan saya dan Aishwarya Ray merancang untuk membuat pengambaran selama 3 saat di Bukit Katil, jika jadi begini kami mungkin akan memindahkan lokasi pengambaran ke Geneva. Jadi saya berharap beliau akan membuat rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan bagi menghalang pemilihan parti itu, yang dijadual minggu depan, jika beliau disekat secara tidak sah daripada pertandingan tersebut. Setidak-tidaknya, rayuannya terhadap hukuman (lembaga disiplin) itu haruslah didengar sebelum pemilihan parti minggu depan."

India Today dimaklumkan kelmarin bahawa Mohd Ali, adalah calon popular untuk jawatan nombor dua Umno, didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya yang didapati bersalah terbabit melakukan sogokan politik.

"Begitulah politik. Macam asam pedas Melaka. Sebab itu saya tak mahu sertai politik. Lebih-lebih lagi di India ini, meskipun sistem demokrasinya lebih baik sikit dari sana. Dalam masa yang sukar begini, saya berharap Datuk Seri Mohd Ali banyak-banyak bersabar. Semoga Allah membantu beliau jua. Bila-bila nanti saya doakan." Tambah Datuk Shahrukh Khan sebelum beliau meneruskan pengambaran untuk filem terbaru beliau berjudul 'Ama Apa, Scapegoat'."



Jika Najib Jadi PM, Apa Akan Berlaku Agaknya?

Rosmah Mansor, janda yang kemudiannya berjaya bertahta dihati Datuk Seri Najib semakin gundah gulana dengan perkembangan politik Malaysia terkini. Runsing Rosmah kerana kebarangkalian suaminya menjadi perdana menteri semakin samar dan pudar.


Datuk Seri Najib dikepong dan dihadang dari kiri kanan depan dan belakang. Bukan hanya politikus dari Pakatan Rakyat, terdapat ramai politikus dalam UMNO sendiri dan rakyat terbanyak turut memberi tekanan agar kerakusan Najib dan Rosmah terhalang.


Kerajaan Rakyat memohon RAKYAT untuk menitipkan jangkaan jika ditakdirkan Datuk Seri Najib benar-benar menjadi perdana menteri Malaysia :


1. Apakah agaknya yang akan dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak serta isterinya yang gedebab itu jika Najib berjaya jadi perdana menteri ?

2. Apa akan terjadi kepada Khairy Jamaluddin setelah Datuk Seri Abdullah Badawi tidak lagi menjadi presiden UMNO dan perdana menteri?

3. Berapa billion lagikah agaknya wang RAKYAT akan dikebas oleh Najib dan Rosmah dengan kuasa sebagai perdana menteri yang mereka ada?

4. Berapa ramai lagikah pelakon lelaki Bollywood yang akan menerima kucupan berahi Rosmah Mansor dan siapa agaknya?

5. Selepas Altantuya Shariibuu dari Monggolia, wanita dari mana pulakah yang akan menjadi mangsa letupan C4?

Pengunjung kerajaan rakyat bebas untuk menitipkan bicara minda sebagai luahan kebimbangan kerana kita tidak mahu C4 dijadikan bahan mainan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Malahan RAKYAT turut bimbang apa akan terjadi kepada wang simpanan masa tua RAKYAT di KWSP (EPF) sekiranya Rosmah menjadi isteri perdana menteri.




PPSMI : Apa Hasil Pertemuan Pemimpin GMP dengan Dato’ Hishamuddin?


Pada hari Khamis 19 Mac, Dato' Hishamuddin memanggil Dato' Dr. Hassan Ahmad (Pengerusi GMP) dan SN Dato' A. Samad Said (Penasihat GMP) supaya datang dan bertemu dengan beliau di Putrajaya.

Apakah hasil pertemuan itu?


Inilah teks SMS yang kita terima dari Dato' Hassan Ahmad:

"Dia (Hishamuddin) tak jelas, pusing-pusing, cuba pujuk dan merayu jangan berhimpun dan lain-lain. Avoiding the issue (lari dari siu), jadi kami (Dato' Hassan dan Dato' A Samad Said) tetap terus (teruskan GMP). Dia nampak takut, tapi dia sambut cukup mesra, macam dignities (orang kenamaan). Isu tak selesai!"

Ini pula teks SMA yang kita terima dari SN Dato' A Samad Said:

"Saya jelaskan sikap saya yang akan terus berceramah tentang GMP di mana-mana pentas."



PTS




Rasuah dan Gejala Politik Wang Punca Pertelagahan Dalaman UMNO

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/rasuah.gif

Kuala Terengganu – Rasuah atau Gejala politik wang dalam UMNO sudah menjadi barah akibat sikap ahlinya yang tidak mementingkan akhlak dalam memperjuangkan agenda masing-masing.


Kesan dari itu, dua puak bertelagah dalam UMNO adalah punca menyebabkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menjadi mangsa dan dilucutkan hak untuk bertanding dalam pemilihan parti itu.


“UMNO telah berpecah di mana terdapat dua pasukan telah terbentuk akibat daripada pemilihan yang diadakan,

“saya melihat tindakan terhadap Ali Rustam ini ada kaitan dengan puak yang tidak berpuas hati dengan pencalonan itu dan beliau telah dijadikan mangsa,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik.

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/uabc.JPGBeliau berkata, senario yang sama pernah terjadi kepada UMNO dan apa yang berlaku pada hari ini, cuma ‘siaran ulangan’.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, sebagai orang politik, amalan amanah dan jujur mesti didahulukan sebelum sebarang tindakan diambil sebagaimana yang ditekan dalam agama Islam.

“Dalam soal ini, pemimpin UMNO telah mengetepikan perkara tersebut, jadi masalah politik wang akan terus bermaharajalela sehingga mereka akan kembali kepada tujuan asal,” katanya.




Gambar polis halang ceramah yang tidak jadi, macam nyamuk serang kelambu tidak berpenghuni.

BUKIT GANTANG : Sebelum sembahyang maghrib sebentar tadi saya sempat untuk mengambil gambar suasana di hadapan tapak ceramah yang dihalang oleh pihak keselamatan. Kelihatan hampir 30 kenderaan yang mengangkut pasukan keselamatan bagi mengawal ceramah yang tak jadi itu.

Apa sudah jadi ceramah dipindah tempat lain namun polis tetap tunjuk kekuatan untuk menghalang ceramah itu. Macamlah nyamuk menyerang kelambu namun di dalamnya tiada pun orang tidur....















UMNO mengerahkan lebih kurang 500 anggota polis + FRU untuk menghalang ceramah DSAI dan DS Nizar di Simpang, Taiping malam ini. Di celah-celah orang ramai mungkin ada ratusan lagi polis cawangan khas yang bertugas. Bukit Gantang jadi medan perang. Bukan perang politik demokrasi, tetapi perang bersenjata.

Foto (dari blog Cina Islam) ini membuktikan UMNO memang dah tak siuman!
Polis tidak meluluskan permit dan mengeluarkan kenyataan melarang ceramah itu berserta ugutan yang menyeramkan. Rakyat dilarang hadir. Duduk diam-diam kat rumah. Jangan dengar apa yang pemimpin Pakatan Rakyat ceritakan. Kalau nak tau perkembangan negara, tonton TV dan baca Utusan Malaysia atau Berita Harian.

Malaysia dah jadi negara polis, atau negara yang diperintah oleh junta tentera. UMNO boleh cakap apa saja dan di mana saja. Atas jalanraya pun boleh. Polis pasti jaga keselamatan majlis UMNO. Kalau perlu tutup jalan untuk memudahkan laluan ke majlis anjuran UMNO, sehari lebih awal pun polis boleh pasang pengadang.

Tapi bagus juga. Buruk kelaku UMNO + polis ini menguntungkan Pakatan Rakyat. Penyokong PR jadi semakin meluat terhadap UMNO. Tak mungkin UMNO dapat mengubah stand politik penyokong PR walau dengan pujukan dan janji manis yang sehebat mana pun. Sedikit demi sedikit warga Malaysia yang tak sokong mana-mana parti, mula bersimpati pada PR.

Manusia ada akal dan ada jiwa. Tambahan pula maklumat mudah diperolehi melalui pelbagai sumber walau pun disekat dengan bermacam cara. Manusia boleh menilai. Manusia nampak majlis ceramah yang UMNO anjurkan. Bila PR dihalang menganjurkan majlis ceramah, manusia mampu menghukum dengan pantas siapa betul siapa salah.

Majlis ceramah umpama sidang mahkamah. Rakyat jadi hakim. UMNO dan PR umpama plaintif dan defendan bagi kes sivil atau umpama pendakwa dan OKT bagi kes jenayah. Yang takut ke mahkamah ialah pihak yang percaya akan kalah atau orang yang memang bersalah.

Majlis ceramah juga umpama senjata untuk perlawanan mengadu kekuatan. UMNO dan PR umpama dua orang yang nak masuk ke gelanggang silat. UMNO pegang sebilah keris, PR pun hunus sebilah keris. Bila UMNO usahakan supaya hanya dia sahaja guna keris dan PR tak boleh, maka taulah sekelian orang bahawa UMNO pondan tua.

Manusia ada akal dan jiwa. Terima kasih UMNO + polis = pondan tua!

Dr M: Mohd Ali patut letak jawatan KM

Setelah didapati bersalah oleh lembaga disiplin Umno atas tuduhan mengamalkan politik wang, Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut mengosongkan jawatan ketua menteri Melaka, kata mantan perdana menteri.


"Ya, itu pandangan saya. Saya bukan ahli Umno pun. Tetapi itu pandangan saya. Apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama.


mahathir and rais yatim pc 190309 04"(Sebagai contoh) kita tidak boleh kata, orang ini bersalah membunuh seseorang, jadi dia patut digantung.


"Untuk orang ini pula, oleh kerana dia orang penting, tidak perlu digantung. Kita tidak boleh cakap macam itu," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.


Mantan presiden Umno itu menegaskan ketika ditanya soalan sama ada Mohd Ali patut kekal sebagai ketua menteri ekoran keputusan lembaga disiplin Umno semalam.


Dr Mahathir mengulas perkara itu dalam sidang media di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di ibu negara petang tadi.


Hadir sama ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Dr Mahathir juga tidak menolak kemungkinan penyokong Mohd Ali akan memindahkan sokongannya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.


"Ada kemungkinan mereka (penyokong Mohd Ali) akan menyokong Muhd Taib. Muhd Taib akan menang. Tetapi keputusan yang sebenar akan dilihat dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.


Sokong Muhyiddin


"Apabila rakyat mendapati parti (Umno) memilih orang sebegitu, mereka akan membuat keputusan (dalam pilihanraya). Jadi terpulang kepada parti untuk memikirkan.


"Perwakilan (Umno) mesti memikirkan tanggungjawab mereka. Kalau mereka memilih orang yang tidak dihormati rakyat terbanyak dan pengundi, akhirnya parti akan kalah dalam pilihanraya," katanya.


Beliau juga mengisytiharkan sokongan terbukanya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


mahathir and rais yatim pc 190309 06"Saya rasa, apa yang tinggal, orang yang tidak boleh membaca dan bercakap dalam bahasa Inggeris.


"Itu sebab dia buat kesalahan di Australia, kerana dia tidak baca Inggeris.


"Pilihan saya Muhyiddin," kata Dr Mahathir dengan sinis.


Pada 1999, Muhammad dilaporkan gagal mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta di Australia.


Sewaktu memberi keterangan dalam mahkamah, beliau dilaporkan memberikan alasan tidak memahami bahasa Inggeris, dan kemudiannya didapati tidak bersalah.


Pemuda Kelantan desak SPRM siasat Mohd Ali

Image


KOTA BHARU, 19 Mac - Selepas disahkan Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terbabit rasuah politik, pelbagai pihak mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak segera.


Hari ini Dewan Pemuda PAS Negeri dan Dewan Pemuda PAS Pasir Mas membuat laporan rasmi kepada SPRM berhubung gejala tersebut.


Aduan mengenai perkara itu diserahkan Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri yang juga seorang peguam, Ahmad Najib Deris kepada SPRM pagi tadi.


Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berharap SPRM menyiasat secara telus dakwaan salah laku pemimpin terbabit.


Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri amat tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin Umno yang masih mengekal Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka walaupun disahkan terlibat dengan rasuah.


"Kita berharap SPRM membuat siasatan segera berhubung perkara itu, apa lagi dalam tempoh penjenamaan semula SPRM," katanya kepada pemberita selepas membuat aduan mengenai salahlaku kedua-dua pemimpin tersebut.


Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS Kelantan mendesak Mohd Ali meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka kerana telah melakukan kesalahan sebagaimana yang diumum Lembaga Disiplin Umno.


Menurutnya badan disiplin terbabit tentunya mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan salahlaku kedua-dua pemimpin berkenaan.


"Biar pun apa yang berlaku itu masalah dalaman Umno, namun Mohd Ali merupakan ketua sebuah kerajaan negeri. Ini bermakna isu yang berlaku sekarang bukan berkaitan parti semata-mata.


"Pemuda PAS membuat laporan kepada SPRM bagi memperlihatkan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersih dari masalah rasuah serta disegani dunia.


"Hadis Rasulullah saw ada menyebut setiap apa yang halal itu jelas, begitu juga yang haram juga jelas. Berpandukan kepada hadis tersebut ketetapan segera perlu diambil," ujarnya.


Beliau turut bersetuju supaya setiap ahli Umno yang bakal bertanding dalam parti itu disoal siasat terlebih dahulu bagi memastikan mereka bebas rasuah.


ImageMenurutnya setakat ini difahamkan hanya sebilangan kecil sahaja kes yang siasat, sedangkan terdapat lebih 900 kes dilaporkan ahli Umno terhadap amalan rasuah politik kepada Lembaga Disiplin Umno.


Sehubungan itu, beliau berharap SPRM membawa Mohd Ali dan Khairy serta pemimpin tertinggi lain yang didapati bersalah ke mahkamah untuk diadili.


Hadir sama ketika membuat aduan tersebut Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri, Wan Azimin Wan Adnan, anggota jawatankuasa, Dr Rosli Alaani Abdul Kader dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas, Rozi Mohammad.


Semalam Angkatan Muda KeADIlan Melaka membuat laporan kepada SPRM terhadap Mohd Ali di atas dakwaan terbabit politik wang.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .