Kira-kira 200 orang umat Islam mengadakan himpunan aman di perkarangan Terminal Larkin, JB dekat sini melahirkan bantahan ke atas kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin.
Himpunan aman yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Johor Bahru Dan NGO. Slogan-slogan anti-Israel dilaungkan dengan diselangi pekikan takbir bergemuruh sebaik sahaja pengerusi himpunan, Sdr Rosli Kemin merangkap YDP Pas Johor Bahru memulakan acara.
Bagi menunjukkan sokonngan, orang ramai yang hadir turut mengangkat sepanduk dan poster mengutuk kekejaman Israel tersebut.
Para Pemimpin Pas dan orang ramai seterusnya berucap mengutuk serangan ganas tentera rejim Zionis ke atas umat Islam Palestin yang kebanyakan terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Ketua Dewan Ulama Pas Johor ,Ustaz Abdullah Husin kemudiannya meneruskan ucapan dengan menyeru umat Islam tanpa mengira batasan fahaman politik bersatu mengutuk serangan ganas tersebutdan kemudiannya membacakan doa sebelum diakhiri dengan membakar duit dolar Amerika.Perhimpunan aman ini berakhir kira-kira jam 2.20 petang tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.