Umno dicadang menyusun semula struktur organisasinya dengan memansuhkan sayap-sayap parti, jika ia benar-benar serius hendak menghapuskan gejala politik wang.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, berkata gejala politik wang dalam parti itu boleh dibendung jika pemilihan di dalam parti dapat dikurangkan, termasuk memansuhkan sayap-sayap parti, terutamanya yang baru ditubuhkan.
"Saya dok (tidak) fikir perlukah ada Puteri dan Putera kerana lagi ada Puteri dan Putera banyak lagi duit dok main. Saya juga memikir barangkali Pemuda dan Wanita juga perlu dipertimbang (untuk dimansuhkan).
"Di England rasanya tidak ada womens or ladies association (saya wanita) baik dalam parti Konservatif mahupun Parti Buruh," katanya.
Kenyataan Tengku Ahmad Reetaudeen yang menyarankan agar PUTERI & PUTERA UMNO dimansuhkan adalah satu langkah yang bijak..alasannya adalah untuk mengelak politik wang...tapi kalau ikut pepatah "bapak kencing berdiri..anak kencing berlari.." kalau dah orang tua yang amalkan politik wang tak heran kalau orang muda mewarisi tradisi tu..ni nak salahkan siapa..?
Kalau pun dicantas tunasnya..sedangkan terasnya masih ada...maka tentu tunas baru akan tumbuh makin subur..kalau nak kenalah buang semua sekali..kemudian tanam pokok baru..
Dalam sidang akhbarnya di sini, pagi ini, beliau berkata ahli kedua-dua pergerakan itu seharusnya memberi tumpuan kepada pelajaran berbanding politik kerana masih muda dan belum sesuai untuk berpolitik.
Kesian kat diaorang penat berusaha untuk UMNO tapi dapat apa..hampeh je..kena kutuk lagi ada la...Emm nampaknya bab hargai Usaha orang muda ni PAKATAN RAKAYAT lebih BAGUS,sebab PIMPINAN PR tahu nak HARGAI orang MUDA....nampaknya lepas ni kalau diizin TUHAN ramai pulak la PUTERI/PUTERA UMNO ikut sama melompat....hahahaha...