Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang keempat-empat yang ditahan dan dibawa ke balai polis Brickfields.
Sementara itu, penyelaras Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) RS Thanendran pula ditahan polis kerana didakwa memakai baju T yang melambangkan pertubuhan itu yang kini diharamkan.
Mulai jam 2.05 petang ini, kira-kira 200 berjalan kaki mengiringi sebuah kereta Mercedes berwarna emas yang membawa mayat Kugan ke balai polis Taipan, Subang Jaya - tempat mendiang ditemui mati.
Lebih kurang 400 orang mengiringi mayat mendiang di lokasi tersebut.
Mereka merancang berarak sejauh lebih 20km ke tanah perkuburan di Batu 14 Jalan Puchong.
MAYAT Kugan diarak dalam suasana hujan lebat menuju krematorium di Batu 14 Puchong.