Ikuti Blog ini

Kenapa teragak-agak untuk tubuh Suruhanjaya Diraja siasat kematian Kugan.

Membunuh satu jiwa, sama seperti membunuh manusia seluruhnya. Begitu Al Qur’an menanam rasa kemanusian.

Baik satu jiwa kanak-kanak yang dibunuh tentera Israel, mau pun Kugan, rakyat kita yang mati dalam tahanan polis. Pembunuhan ini tidak boleh dibiarkan tanpa penghukuman.


Kami berpeluang menziarahi keluarga Kugan di Kinrara, Kuala Lumpur dan mendengar sendiri luahan kesedihan keluarga beliau mengenai misteri yang menyelubungi kematian itu. Seluruh badan Kgan cedera parah. Dikatakan Kugan tidak diberi makan dan minum selama tujuh hari, sepanjang dalam tahanan untuk siasatan. Mulutnya berbuih, selain berdarah. Luka berat di seluruh badan. Seakan Kugan dipukul samseng ganas dan bukan dari tahanan polis.


Apa kesalahan Kugan masih belum jelas. Prinsip ‘tak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’ nampaknya tak dihormati. Media menggunakan tag line ‘pencuri kereta mewah’, untuk memberikan imej negatif kepada Kugan. Kata-kata seperti itu menambahkan lagi luka dan kepiluan kepada keluarga Kugan dan masyarkat India juga.


Jawapan di Dewan Rakyat pada tahun lepas, seramai 1,535 orang mati semasa dalam tahanan polis, hanya dalam tempoh 4 tahun iaitu 2003 hingga 2007. Adakah ini tidak menakutkan? Angkanya tak jauh dengan kematian ummat Palestin akibat serangan Israel!


Jika pelbagai pihak menuntut penubuhan sebuah Suruhajya Siasatan Diraja, ia lebih dari wajar.


Jika Najib berjanji BN akan lebih berjiwa rakyat selepas BN tewas di Kuala Terengganu, kenapa teragak-agak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Kugan dan 1,535 orang yang lain dalam tahanan?
Besok, Rabu, mayat Kugan akan disemadikan. Diharap rakan pimpinan dan petugas PAS dapat sama mengiringi jenazah beliau.


Jika polis sukar mengesan pembunuh adik Shireen, pembunuh Kugan ada sekitar lokap polis dan sukar untuk dikesan.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .