Ikuti Blog ini

Pesawat Tempur+Pengintip F-35: Singapura bakal gugat ASEAN




Kerajaan Malaysia wajar melihat cadangan Singapura untuk membeli 100 pesawat tempur kalis radar F-35 sebagai satu ancaman. Pesawat ini bukan sekadar pesawat tempur biasa kerana ia juga boleh dijadikan pesawat pengintip dengan senjata berat. Ini bukanlah suatu perkara yang boleh didiamkan kerana situasi rantau ASEAN sekarang perlulah memfokuskan kepada pembangunan ekonomi serantau bukannya meningkatkan keupayaan ketenteraan.

Tentera Udara Singapura juga telah banyak mengadakan penerbangan secara haram di ruang udara di selatan negara. Cadangan pembelian pesawat tempur jenis F-35 ini adalah satu lagi langkah Singapura untuk mengganggu gugat keadaan di Selatan tanahair.
Singapura bukanlah negara kecil dan jumlah pesawatnya juga sudah melebihi keperluan. Setakat ini Singapura belum pernah dilaporkan menerima ancaman luar biasa khususnya dari sudut peperangan udara.

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang sering menjadi mangsa. Tidak mustahil juga pesawat ini akan dijadikan sebagai pesawat pengintip dan kita juga tahu hubungan Singapura yang begitu akrab dengan Amerika dan Israel boleh mengancam keamanan di rantau ini.

Tidak mustahil juga jika dikatakan bahawa Singapura mempunyai hubungan perisikan dengan CIA dan juga Mossad. Segala maklumat berkaitan negara-negara Islam di rantau ASEAN, pastinya menjadi bahan perkongsian kerana selama ini kita juga difahamkan bahawa Singapura sering menjalankan latihan dan mengunakan Fasiliti untuk latihan ketenteraan di kedua-dua negara tersebut.

Oleh itu, Singapura harus diperingatkan agar menghormati negara ASEAN yang lain. Setiap negara ASEAN wajar memberikan tekanan agar Singapura tmenghormati kawasan sempadan dan tidak sewenang-wenangnya menceroboh negara jiran.

Solat Sebagai Satu Langkah Untuk Memakmurkan Bumi Kelantan


Langkah Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat membawa usul ke Dewan Undangan Negeri untuk memperkenalkan menjadikan solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat serta pengambilan baru kakitangan awam telah disambut baik oleh masyarakat Islam di negeri tersebut.

Rata-rata beranggapan ianya sebagai satu langkah terpuji dan menyokong saranan YAB TG Nik Abdul Aziz yang menyatakan solat itu sebagai "satu tanggungjawab yang wajib yang perlu ditunaikan oleh orang Islam dan mereka yang tidak menunaikan rukun itu mempunyai masalah di dalam hati, iaitu kelemahan di dalam nilai akhlak dan moral."

Mungkin di dalam soal perlaksanaannya terdapat sedikit kesulitan namun ia tidak sepatutnya menjadi halangan besar untuk merealisasikan langkah terpuji itu.

Menurut YAB TG Nik Abdul Aziz cadangan untuk syarat menunaikan solat itu akan dijadikan sebagai satu kemestian dalam memegang jawatan sama seperti syarat kelayakan mesti lulus Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan.

“Saya akan mencadangkan di dalam dewan sebagai syarat wajib untuk memilih jawatan ketua kampung, tok penghulu, pemimpin dan kakitangan awam. Mereka mesti menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat.

“Syarat ini bagi memastikan mereka yang dipilih adalah mereka yang menjaga akhlak mereka supaya menjauhi daripada elemen rasuah dan tidak bermoral,” katanya kepada pemberita semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12 berhenti rehat, di sini hari ini.

Beliau mengulas soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, Muhamad Mustafa mengenai langkah kerajaan negeri bagi mengatasi gejala meninggalkan solat khususnya solat Jumaat dan sejauh mana penguatkuasaan undang-undang terhadap isu itu.

Kita menyokong penuh langkah kerajaan negeri Kelantan tersebut kerana ia merupakan satu usaha untuk mengjak manusia supaya benar-benar menjadi Kelantan sebagai sebuah negeri di bawah tadahan hidayah dan barakah daripada Allah s.w.t.

Ini kerana solat merupakan satu ibadah yang paling utama dari ibadah-ibadah yang lain seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani).

Aspek keberkatan ini sesuai dengan penegasan Allah di dalam surah al-Mukminun, ayat 1-2, bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”

Dan fimanullah di dalam Surah Thaaha ayat 132 yang bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

Mendirikan masjid tetapi tidak mendirikan solat adalah satu kecacatan yang paling besar menimpa umat Islam.

Saranan MB Kelantan tersebut juga perlu dilihat sebagai satu langkah untuk memakmurkan negeri dan rakyat Kelantan khususnya supaya kembali beriman kepada Allah s.w.t. setelah sekian lama negara dan umat Islam negara ini dipesongkan dengan kehidupan yang jauh daripada sistem kehidupan Islam yang menegakkan syiar Islam tetapi tidak kepada "pengisian" syiar Islam itu sendiri.

Firmanullah di dalam Suarh Al-A'raf ayat 96: "Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."

Pakatan Rakyat kemuka usul undi tidak percaya


Pakatan Rakyat telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi serta jemaah menterinya.

Menurut Ketua Pembangkang Parlimen ke-12, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ia adalah ekoran kegagalan dan kelemahan Abdullah serta kabinetnya dalam menjalankan urus tadbir negara selain terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan.

"Kemenangan tipis BN telah dicapai dalam pilihan raya umum lalu melalui manipulasi SPR dan pembohongan yang tidak bermaruah," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini selepas diiringi wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat lain setelah menghantar surat kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat bagi mengemukakan usul tersebut.

Malah tambahnya, harga minyak telah dinaikkan secara mengejut selepas pilihan raya umum meskipun Timbalan Perdana Menteri telah berjanji tidak akan menaikkannya semasa melancarkan manifesto BN.

"Negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat juga telah dianaktirikan bagi memperlihatkan sikap BN yang bertentangan dengan semangat demokrasi dan federalisme.

"Ahli-ahli Parlimen BN yang bertindak menolak sikap pimpinan mereka yang tidak bertanggung jawab diugut dan dipaksa supaya tidak bersuara," katanya.

Oleh itu tegasnya, perkembangan ini mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan terhadap Abdullah dan kabinetnya.

Rakyat katanya, dilanda beberapa krisis besar seperti harga minyak yang terlalu membebankan sehingga menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan yang lain ditambah dengan terhakisnya kepercayaan terhadap institusi polis, peguam negara dan badan kehakiman.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) berharap usul ini akan diterima pada hari Isnin nanti.

Manakala, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar pula menjelaskan bahawa usaha ini adalah merupakan tindakan yang dilakukan secara berterusan Pakatan Rakyat bagi memulihkan pentadbiran negara ini.

2 Jam Bersama Akhi Hayy


"Selepas dikejutkan dengan persembahan Konsert ganas bersama kumpulan underground di Stadium Kelana jaya pada 6 Julai lalu.Konsert tersebut telah mendapat bantahan yang menyeluruh.
Kini Dari Terengganu dibawakan satu konsert altenativ bersama Penyanyi yang semakin popular dewasa kini.
Dari Pekan Batu 6, Kuala Terengganu.Dibawakan artis Onthe Ground 2 jam bersama Ustaz Akhil Hayy rawa.

Program adalah seperti Berikut :-

Tarikh : 10 Julai 2007
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Pekan Batu Enam, Kuala Terengganu, Terengganu.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk Hadir sila ikuti live tv atau radio di

www.terengganukini.net
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .