Ikuti Blog ini

Mat Sabu: Najib, Kalau Hang Tak Tau, Elok Hang Diam !!


Najib dan UMNO serta semua komponen BN tidak boleh lagi mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya terhadap parti PAS sejak pasca Muktamar PAS ke-57 yang berakhir minggu lalu.

Jika dulu, Najib mempunyai seteru yang dikelilingi oleh pemimpin yang agak mesra UMNO. Sekarang tidak lagi kerana barisan pimpinan PAS yang mendukung Tuan Guru Presiden PAS adalah terdiri daripada pejuang yang sanggup mati untuk berdepan UMNO. Bukan pemimpin yang kepingin jawatan menteri semata-mata.

Boleh saja kalau pimpinan Pakatan Rakyat nak jadi menteri dengan niat dan harapan agar negara ini dipimpin secara adil, berhemah dan mengutamakan kebajikkan rakyat. Tetapi menjadi menteri itu tidak semestinya bukan di bawah regim UMNO yang penuh retorik dan tidak pernah ikhlas dalam menjamin keselesaan rakyat. Yakinlah bahawa kali ini rakyat memilih untuk berani sepenggal daripada terus menderita di bawah pemerintah sedia ada, dengan memberi laluan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mengurus kerajaan.

Berbalik kepada cerita Najib yang menyelam sambil minum air di Kazakhstan. Dari Kazakhstan Najib melontar kenyataan seperti di bawah;
Najib dalam laporan media dari Astana, Kazakhstan menyifatkan Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan Membangun Negara Berkebajikan hanya untuk hadapi PRU13.

Pertama, Najib mengakui bahawa PAS dan Pakatan Rakyat bersedia dengan tawaran kepada rakyat untuk mendirikan sebuah Negara Berkebajikan.
Kedua, Najib tidak sedar bahawa ini adalah kebajikan itu adalah tuntutan dalam sebuah negara Islam. Oleh demikian, pendekatan negara Islam yang dilaungkan oleh PAS selama ini adalah merangkumi sebuah negara berkebajikan.

Justeru, sebagai pemimpin nombor dua PAS yang baru, yang sangat tidak mesra UMNO, yang kalau matinya sepuluh kali dan hidup kembali pun, tidak akan menyertai parti legasi penjajah ! Mat Sabu melakukan smash terus dari Malaysia sampai Kazakhstan dengan kenyataan;

Konsep Negara Berkebajikan telah diwujudkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ketika Baginda mentadbir Madinah sebagai sebuah Negara Islam.

"PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja.

"Nampak sangat Najib tidak tahu di dalam hal ini, saya kasihan, lebih baik beliau diam sahaja dalam perkara yang beliau tidak tahu.

Bersyukurlah kerana kita mempunyai barisan terbaik dari PAS menjelang selekoh terakhir dalam gerakan menumbangkan Barisan Nasional. Kita juga ada movement massa anak muda melalui SAMM.

Ayuh bersama arus besar ini untuk menumbangkan penguasa angkuh! Peluang 50 tahun sekali jangan dilepaskan. Penjajah harus dihambat dan dibuang jauh-jauh, begitu juga dengan pembawa legasinya.


EDYES @ edyesdotcom

Karpal nasihatkan Dr M supaya bertaubat


Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.

NONEKatanya, Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.

“Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat,” katanaya.

“...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.”

Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.

Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatkan lebih rapat dengan DAP.

mahathir blog isa 300909Mahathir menulis Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

"Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya.

"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya.

NONEMengulas tulisan itu, Karpal berkata Mahathir juga tidak harus lupa bahawa sekitar 2001 di perhimpunan Gerakan, mantan perdana menteri itu telah berkata Malaysia adalah sebuah "negara Islam".

“Kenyataan di blognya itu tak perlu kerana dia sudah berkata demikian, kali pertama pada 2001, kecuali dia sudah lupa,” kata Karpal.

Beliau juga mengalu-alukan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membawa Malaysia ke sebuah negara berkebajikan jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. -M'kini

Umno bakal diharamkan oleh ROS ?



KUALA LUMPUR, 8 Jun — Seorang ahli Umno yang dipecat tahun lalu kerana melanggar perlembagaan parti telah memfailkan kes terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam untuk mendapatkan balik keahliannya — kes yang mengingatkan kembali krisis 1987 dalam parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Seorang ahli perniagaan dari Kelantan Amran Abdul Rahman, yang pernah menjadi ahli Umno selama 14 tahun, mencabar RoS untuk menunjukkan bukti bahawa cawangan-cawangan di bahagian Tanah Merah telah didaftarkan secara sah, dan jika tidak, agensi itu harus mengisytiharkan Umno Kelantan haram, satu langkah yang akan membawa kepada pembatalan pemecatan beliau daripada parti.

Amran, 47, merupakan setiausaha Umno bahagian Tanah Merah ketika beliau dilucutkan keahlian pada 1 Mac 2010 mengikut Perkara 20.7 perlembagaan parti kerana membawa ketua bahagiannya Datuk Ikmal Hisham ke mahkamah.

Ekoran krisis kepimpinan 1987 yang menyaksikan parti itu diisytiharkan sebagai haram, satu perlembagaan baru dirangka selepas penubuhan Umno Baru, sekali gus melarang ahlinya membawa sebarang pertikaian ke mahkamah.

Dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider selepas memfailkan kesnya, Amran berkata, isu utama ialah impak ke atas parti itu di negeri yang ditadbir PAS ekoran pemilihan bahagian 2008.

Umno mengadakan pemilihan pusat awal 2009.

“Isunya ialah 190 perwakilan yang menghadiri perhimpunan yang memilih anggota Majlis Kerja Tertinggi pada 2009 adalah haram,” katanya sambil menambah, perpecahan dalam parti Melayu itu akan menjejaskan peluangnya untuk mendapatkan balik Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Dalam permohonannya, Amran berkata: “saya percaya bahawa responden (RoS) telah mendaftarkan Umno Baru di bawah Seksyen 7 akta tersebut (Akta Pertubuhan 1966) dan Sijil Pendaftaran telah dikeluarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 8 akta tersebut.

“Saya juga percaya bahawa peruntukan Seksyen 12 akta tersebut menyatakan bahawa kesemua cawangan yang hendak ditubuhkan mesti mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan,” katanya.

Amran menambah, beliau setelah dinasihatkan oleh peguamnya percaya bahawa peruntukan Seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa cawangan yang ditubuhkan tanpa kebenaran responden adalah pertubuhan haram.

justeru Amran memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan RoS yang menafikan aksesnya kepada dokumen-dokumen mengenai 126 cawangan dan 14 bahagian di Kelantan, dan juga perintah mahkamah mengarahkan RoS membekalkan maklumat yang diperlukan.

Peguamnya, Adlan Hadi Mohamed Yusof menjelaskan, di bawah Seksyen 10 Akta Pertubuhan mana-mana individu ada hak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berhubung satu-satu pertubuhan yang didaftarkan.

Terdapat 131 cawangan Umno di Kelantan.

Menurut Amran, daripada jumlah itu hanya lima yang sah manakala yang baki termasuk cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai tidak pernah didaftarkan.- TMI

Mengapa Umno menggelupor dengan negara kebajikan

TEMERLOH, 8 Jun: Mengapa Umno menggelupor dengan ‘negara kebajikan’? Ia adalah kerana PAS menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan Umno BN untuk menjaga rakyat marhaen.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas sikap Umno dan medianya yang terlalu melampau dalam menunjukkan kebimbangannya dengan negara kebajikan itu.

(Gambar: Presiden PAS berucap ketika membentangkan gagasan negara kebajikan di Muktamar PAS ke 57)

“Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah ‘negara kebajikan’ ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.

"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak,” nukil Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ni.

Semenjak Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara kebajikan semasa ucapan dasarnya di Muktamar PAS ke 57, pimpinan Umno dan medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

“Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam,” kata Tuan Ibrahim (gambar).

Istilah ‘negara kebajikan’ yang dilaungkan PAS, kata beliau telah berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya ‘rakyat dahulu’ menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah ‘negara kebajikan’, Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

“Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.

"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan ‘Umno kecewa PAS tolak perpaduan’ dan sebagainya,” terang beliau. -Hrkh

PAS: M'sia negara diktator bukan negara kebajikan

mat sabuMalaysia yang ada sekarang jauh daripada sebuah negara berkebajikan tetapi lebih mirip negara di bawah pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat dan memperkayakan pemimpin serta kroni, kata timbalan presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Malaysia di bawah teraju Umno sudah pun menjadi negara berkebajikan sebagai amat dangkal.

“Yang ada sekarang ialah yang kaya bertambah kaya, rasuah berleluasa, penindasan rakyat berlaku. Ini bukan negara kebajikan, ini negara diktator,” kata Mohamad (atas, kiri) ketika diwawancara oleh TV Selangor.

Menurut beliau tanggapan Najib dan Muhyiddin bahawa pembinaan prasarana, pemberian subsidi tertentu dan penyediaan projek oleh kerajaan melengkapkan syarat untuk Malaysia dipanggil negara berkebajikan menzahirkan kecetekkan minda mereka.

Semua negara di dunia adalah negara kebajikan?

“Negara yang buat projek untuk rakyat semata-mata tidak boleh dianggap negara kebajikan. Sesiapapun yang memerintah akan buat projek.

NONE“Kalau Umno anggap negara kebajikan adalah kerajaan yang buat projek semata-mata, maka semua negara di dunia ini adalah negara kebajikan,” kata Mohamad.

Beliau berkata negara berkebajikan bererti kerajaan tidak mengamalkan rasuah atau penyelewengan kuasa, serta kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat dan bukan dikaut untuk memperkayakan pemimpin, ahli keluarga dan kroni mereka.

Menurut Mohamad Najib dan Muhyidin jelas gusar dengan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat sehingga membuat tuduhan melulu terhadap hala tuju PAS.

NONE“Dia bimbang dengan konsep negara kebajikan ini boleh menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Ini yang dia bimbang.

“Tetapi kita tahu pemerintahan Umno jauh daripada konsep mendirikan negara berkebajikan,” katanya.

Mustahil PAS bersama Umno

Dalam wawancara itu, Mohamad juga menegaskan bahawa PAS tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan Umno BN selain hubungan sesama Islam dengan kepimpinan parti itu.

umno 65th anniversary 110511 leaders waving flagsKatanya, walaupun mungkin Umno masih mengimpikan untuk bersama-sama PAS, parti itu kini bersama Pakatan Rakyat yang sealiran pendirian dengannya dalam banyak perkara.

"Umno adalah musuh politik kita. Jadi kita bersama dengan Pakatan Rakyat. Musuh politik, bukan musuh peribadi.

"Jadi kalau mereka (Umno) buka pintu untuk kita berunding dan bekerjasama, memang tak adalah. Kita memang bersama Pakatan Rakyat. Hubungan individu dengan pemimpin Umno, hubungan peribadi, itu biasalah, kita sesama Islam. Tetapi dalam politik, kerjasama tidak. Kita bersama Pakatan Rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa pintu Umno masih terbuka kepada PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan.

umno pas 180708Malah kenyataan Muhyiddin itu turut disokong ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mengajak PAS melupakan memori silam antara kedua-dua parti itu.

"Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?" kata Ahmad yang dipetik dari Mstar Online.

Hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu terputus pada 1977. -M'kini

Basah kuyup demi menjalankan tanggungjawab - Syabas Jab. Amal



Saya ke Taman Melewar pada hari akhir sebelum saya pulang, hujan lebat telah membasahi Taman Melwar dan Greenwood. Gambar ini sempat saya rakam bagi menunjukkan bertanpa komitnya Jabatan Amal dalam menjalankan tugas. Syabas dan tahniah!





Gambar dirakam pada 5/6/2011 jam 4.01 petang

Jangan jadi macam ini, kotmit juga dalam menjalankan kerja (agak aje..) tanpa 'alas dalam' selamba aje di dalam hujan lebat!!


Pemuda Dungun
http://lensahandphone.blogspot.com

Umno dah hilang jantan

Umno terkencing dalam seluaq bila tengok muka muka sasa nih... kahkahkah...

Lantak la orang nak kata apa pun, kemenangan kumpulan profesional ka ataupun kekalahan tuk golongan ulama.... yang penting Pas telah berjaya merayakan demokrasi dalam parti. Pas sekali lagi telah menunjukkan kematangan untuk memilih pasukan terbaik bagi mengetuai cabaran menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Umno? Jangan harap laa... langsung tak bagi hak kat ahli untuk bersuara dengan bertindak untuk tidak mengadakan mesyuarat agung dan pemilihan parti pada tahun ni... kahkahkah... memang sah dah hilang kejantanan dah Umno nih... kahkahkah...

Syabas pada para perwakilan Pas yang telah memilih calon-calon berkenaan yang punyai ketokohan untuk memacu Pas menghadapi PRU-13 tanpa melunturkan azam dan matlamat perjuangan parti. Semua yang dipilih sebenarnya sebati dengan perjuangan Pas – Mohamad Sabu, Husam dan yang lain-lain adalah orang lama yang bergerak sealliran dengan liku-liku perjuangan Pas.

Mereka jugak adalah orang lama dalam parti yang tentu amat paham sentimen akar umbi Pas. Mereka jugak dilihat amat rapat dan punyai sifat mesra untuk berkerjasama dalam kerangka Pakatan Rakyat bagi mencapai matlamat Pas membangunkan negara berkebajikan yang didokong kuat dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat yang turut dipersetujui oleh DAP.

Lalu gandingan yang dibentuk oleh para perwakilan Pas adalah gandingan terbaik untuk misi menghalau dan menghumban Umno ke laut pada PRU ke 13 nanti. Sebuah misi yang mampu mengubah landskap politik Malaysia dan menjanjikan politik berkebajikan yang didahagakan oleh semua rakyat...salehudin

Pemain Bolasepak Wanita Iran dihambat keluar di Amman. Apa kata Masyitah ???


AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.

Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.

Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.

Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, "Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam."
"Berdasarkan ketetapan FIFA, dilarang menutupi leher dan telinga ketika bertanding, namun Persatuan Bola sepak Kebangsaan Iran menyatakan bahwa pihaknya telah mendapat persetujuan dari FIFA dua tahun lalu bahwa Team Wanita Iran itu dapat bermain dengan tetap mengenakan jilbab." Team bolasepak wanita Iran berada dalam ranking terbaru FIFA naik dua tangga dikedudukan 51 dunia.

Setelah pembatalan tersebut, team tersebut segera meninggalkan Amman menuju Teheran. Team Iran itu menduduki tangga pertama dan telah bersedia untuk memasuki babak kedua. Ketua Persatuan Kebangsaan Bolasepak Iran, Ali Kaffashian, menyatakan sangat sedih dengan peristiwa tersebut dan menyatakan, pihaknya akan merujuk hal tersebut kepada FIFA. Kaffashian menegaskan bahwa Iran sebelumnya telah mendapat persetujuan dari ketua FIFA agar para pemainwanita Iran dapat tampil dengan mengenakanpenutup kepala khas untuk menjaga nilai-nilai Islam.


Ish mana pergi Masyitah ni? Senyap aje dok makan gaji Menteri. Apa dia buat? Takkan makan gaji buta aje!.. Apa agaknya kata Masyitah jika ditanya pandangan beliau. Apakah harus wanita membuang pentup kepala pemain tersebut dan mendedahkan aurat demi meneruskan permainan untuk mengharumkan nama Negara. Sebelum ini beliau pernah berfatwa harus apabila Malik Mydin yang berenang menyeberangi Selat Inggeris terpaksa meninggalkan solat demi mengharumkan nama Malaysia Boleh. Bagi beliau meninggalkan solat itu perkara kecil dan remeh berbanding nama Negara.


Apakah tindakan kekal untuk berpakaian sebagai muslimah dan kekal menjaga maruah yang dipilih pemain bolasepak wanita Iran itu satu tindakan bodoh? Bagi setengah orang mungkin Ya. Tetapi itulah nilai yang dipertahankan oleh pihak Iran. Syabas dan tahniah diucapkan. Yang banggang tu… si pembantah tu ingat dari Negara kapir. Tetapi dari Negara Bahrain yang rakyatnya pakai jubbah siang & malam. Dan kenapa pula perlu disyaratkan membuka aurat untuk para pemain? Yelah!!! Sukan seperti ini dirangka undang-undang dan peraturan oleh Yahudi & Nasara. Ada matlamat dan kehendak mereka. Bagi mereka yang sanggupmengikuti kehendak mereka, maka terkorbanlah nilai-nilai agama Islam itu sendiri. Sama seperti Negara Eropah hari ini. Mereka mengenakan denda kepada yang mengenakan jilbab tetapi tidak bagi yang berbogel.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Kabinet PRU ke-13 PAS diterima rakyat?

Kali ini agak lama saya tidak menulis dalam akhbar Siasah ini. Jika saya menulis, tentu saya tidak akan lari dari menyentuh tentang pemilihan PAS. Seingat saya, hanya satu artikel sahaja saya menulis tentang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 dan Pemilihan PAS secara sepintas lalu sahaja.

Sekarang ini semua pihak termasuk semua parti-parti politik mula sibuk membuat ramalan bilakah tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan. Malah sesetengah parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang telah menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti masing-masing kecuali PKR (akhir tahun 2010) dan PAS (pada 3-5 Jun, 2011) untuk membuat persiapan menghadapi pilihanraya tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengiyakan atau menafikan akan mengadakan PRU ke-13 pada 11.11.11 tapi masih berlegar kepada permainan angka seolah-olah dia cuba bermain teka-teki berdasarkan angka-angka tertentu mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Najib dalam temubual dengan sebuah rangkaian radio tempatan yang disiarkan secara langsung baru-baru ini menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya. Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Diantaranya Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Sementara, ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Analisa Pemilihan PAS

Pasca Pemilihan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu media ketika diminta mengulas tentang keputusan pemilihan PAS 2011 bahawa beliau telah mendapat kabinet pilihanraya. Kita akan lihat sama ada kabinet PAS kali ini yang penuh dengan professional menggantikan ulamak akan memaukau rakyat atau tidak untuk memilih PAS menggantikan UMNO dalam PRU-13 nanti untuk menuju ke Putrajaya?

Seperti dilaporkan dalam HarakahDaily, “Tengok kepada AJK PAS Pusat, lapan di kalangan ulamak, dua doktor, dan selebihnya jurutera dan pemimpin masyarakat,” katanya yang ditemani timbalan presiden yang baru, Mohammad Sabu dan tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Dalam pemilihan kali ini, satu kejutan telah dilakukan oleh perwakilan PAS bilamana mereka menobatkan Hj. Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang secara tidak langsung memecah rekod kepimpinan PAS apabila beliau menjadi timbalan presiden pertama dari kalangan bukan ulama selepas konsep kepimpinan ulama diperkenalkan PAS pada tahun 1983.

Mohamad menang pada pemilihan kali ini apabila mendapat 420 undi berbanding Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharudin Mat Isa (224). Pada pemilihan 2009, Nasharudin mendapat 480 undi diikuti Husam dengan 281 undi dan Mohamad 261 undi.
Jika dilihat pada kedua-dua keputusan pertandingan Timbalan Presiden ini, ternyata Husam seorang strategis politik yang hebat, bila kawasan Kubang Kerian yang dipimpinnya mencalonkan Mohamad Sabu, saingannya untuk kerusi Timbalan Presiden pada 2009 sebagai calon Timbalan Presiden pada kali ini dan beliau hanya bertanding Naib Presiden di saat-saat akhir.

Ternyata percaturan Husam dan Mat Sabu berjaya kali ini berbanding dengan pemilihan 2009. Pada saya tidak susah untuk perwakilan untuk mengembalikan beliau semula kepada salah satu daripada 3 kerusi Naib Presiden dan meletakkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden, bila perwakilan kerana mereka “keliru” sama ada untuk memilih Nasharuddin Mat Isa atau Tuan Ibrahim untuk meneruskan tradisi yang dipegang sebelum ini.

Subky Latif, seorang pengamat politik terkenal tanahair ketika mengulas perkara ini menyebut, Mohamad Sabu umpama akar selepas rotan (ulama yang sesuai) tidak ada tetapi ‘akar ini akar tunjang yang menjalar merata’. Katanya, “Ulama tak menang kerana tidak ada yang sesuai umpama rotan tidak ada, jadi akar yang menjadi pilihan…tetapi Mohamad Sabu ini umpama akar tunjang yang cabangnya merayap merata,”

Bagi kerusi Naib Presiden pula, Salahudin Ayub mendapat 753 undi, Husam Musa (660), Mahfuz Omar (616), Idris Ahmad (491), Nik Mohd Amar (321) dan Nizar Jamaluddin (217). Kehadiran Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS dan Mohd Amar Nik Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan) serta Mohd Nizar Jamaluddin (bekas Menteri Besar Perak) tidak cukup untuk menyakin perwakilan bagi meletakkannya sebagai Naib Presiden PAS.

Mohd Amar juga tidak bernasib baik kerana masih ada Husam Musa juga calon dari Kelantan. Beliau dilihat masih dibelakang Husam bagi politik PAS peringkat nasional. Jika tiada Husam,yang turut bertanding kerusi Naib Presiden, peluang beliau mungkin lebih baik.

Walaupun Idris Ahmad seorang ulamak muda yang dinamik serta dilihat seorang yang ‘perfom’ sebagai Ketua Penerangan PAS, beliau gagal untuk mengikut jejak bekas Ketua Penerangan PAS apatah lagi bagi menyaingi kewibawaan Datuk Mahfuz Omar, yang mempertahankan kedudukan Naib Presiden bagi penggal kedua.

Sementara Sallehuddin Ayub pula dilihat sebagai ‘Mr nice guy’ yang berjaya memukau perwakilan PAS setelah Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat tidak dapat mempertahankan prinsip awalnya untuk tidak bertanding kerusi Timbalan Presiden dan hanya mempertahankan kerusi Naib Presiden yang telah disandangnya.

Pemerhati politik melihat, Ir Nizar telah melepaskan peluang keemasannya untuk mencuba kerusi menjadi Naib Presiden PAS ketika popularitinya memuncak pada pemilihan 2009. Pada tahun itu, jika beliau menyertainya, peluangnya adalah lebih baik dari pada 2011 ini ketika ahli PAS telah melupai kehebatan bekas Menteri Besar Perak tersebut.

Sementara bagi 18 kerusi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013 tiada muka baru kecuali Abdul Wahid Endut, Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam serta Ustazah Nuridah Salleh, bekas Ketua Muslimat PAS. Keputusan penuh adalah seperti berikut :1) Mazlan Aliman (804), 2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765), 3) Datuk Kamarudin Jaafar (739), 4) Hanipa Maidin (735), 5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721), 6) Dr Zulkefly Ahmad (702), 7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651), Khalid Samad (643), 9) Abdul Ghani Shamsuddin (579), 10) Amiruddin Hamzah (576), 11) Abdul Wahid Endut (556), 12) Abu Bakar Chik (527), 13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470), 14) Dr Siti Mariah Mahmud (445), 15) Datuk Mahfodz Mohamed (449), 16) Datuk Hassan Ali (437), 17) Abdul Ghani Abd Rahman (430), 18) Nuridah Salleh (416) -BO

Ceramah Israk & Mikraj di Masjid Bandar Bukit Puchong


Salam,

Insya-Allah, Timbalan Mursyidul Am akan hadir di Masjid Bandar Bukit Puchong.
Bersempena dengan sambutan Isra' & Mi'raj, ana selaku Pengarah Program ingin mewar-warkan program diatas seperti berikut:

Tarikh: 28 Jun 2011 (Selasa malam Rabu)
Masa: Selepas solat Maghrib
Tempat: Masjid Bandar Bukit Puchong

Harap dapat masukkan slot ini kedalam diari tuan/ puan. Juga mohon sebarkan maklumat ini.

Sekian. Terima kasih.
Azizul Azuan Sahrum
Pengarah Program

Gelombang Reformasi


Kerajaan Rakyat l KUWAIT: Gelombang reformasi politik yang berlaku di Timur Tengah sebenarnya tidak berlaku dalam sekelip mata kerana banyak negara, terutamanya negara ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sudah lama mengambil langkah progresif ke arah demokrasi dan kebebasan.
Demikian dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyampaikan ucaptama di majlis Persidangan Pembiayaan Kewangan Islam di Kuwait pagi tadi.
“Mereka yang berfikir kononnya gelombang reformasi politik yang melanda rantau ini muncul secara tiba-tiba sahaja perlu ingat bahawa banyak negara Timur Tengah, terutamanya GCC, sudah lama mengorak langkah ke arah demokrasi dan kebebasan,” kata Anwar.

Malah, beliau sendiri sudah pernah menyeru perkara yang sama sewaktu berucap pada forum U.S-Muslim World di Doha hampir lima tahun dahulu, kata Anwar.
Berucap lebih lanjut, Anwar berkata perubahan yang dicapai daripada kehadiran gelombang itu akan lebih bermakna sekiranya ia mengukuhkan demokrasi dan mencambahkan perubahan-perubahan lain yang diingini.

THE WINDS OF CHANGE


“Untuk perubahan ini jadi lebih bermakna, ia perlu mengukuhkan perjuangan demokrasi dan bukan melemahkannya, menambahbaik tata kelola dan bukannya membenarkan rasuah dan kronisme.
“Komitmen kepada perubahan ini juga perlu menambah baik pertumbuhan ekonomi dengan komitmen yang jelas untuk memastikan keadilan ekonomi dan pengagihan pendapatan yang sama rata,” kata Anwar.
Pada masa yang sama, kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir juga mengingatkan kita bahawa dalam sebuah masyarakat demokratik, kuasa dan autoriti mestilah berasaskan undang-undang, kata Anwar.
“Ketelusan dan keterbukaan yang lebih meluas perlu dipromosikan dalam pentadbiran sesebuah negara. Kerana itu, sebahagian negara anggota GCC sudah memulakan inisiatif sebagai langkah pertama dengan mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil,” kata Anwar.
Dalam ucapan yang sama, Anwar turut sempat menyentuh tentang kewangan Islam berasaskan prinsip syariah yang lahir daripada konsep Maqasid Syariah yang hangat dibincangkan akhir-akhir ini di Malaysia.
“Keperluan pendekatan menyeluruh bermakna Muslim hari ini perlu mengintegrasikannya ke dalam semua aspek kehidupan dalam satu sistem yang adil dan saksama.
Dalam hal ini kita perlu memberikan perhatian khusus kepada kepentingan menyokong sistem keluarga yang kuat, pendidikan, dan memelihara alam sekitar mahu pun membasmi kemiskinan atau pun menyelesaikan sebarang ketidakadilan dalam masyarakat,” kata Anwar.
Anwar juga percaya bahawa sistem kewangan Islam mampu membawa pembaikan kepada pentadbiran sesebuah negara.
“Masanya sudah tiba untuk kebangkitan satu sistem kejuruteraan Islam global yang akan memaknakan piawaian tertinggi pentadbiran korporat, akauntabiliti, dan ketelusan,” kata Anwar

NAH TENGOK NI...tulisan Jawi Islam Hadhari...



Semenjak UMNO mengambil alih semula kerajaan di Terengganu, banyak usaha-usaha agama dan syiar(Islam) telah dilakukan bagi menandingi hati rakyat.terutama dalam hal ehwal agama islam ,isu disini ialah mengenai Singboard ,yang dipasang dijalan raya di negeri Terengganu . Di atas ada dua perbezaan singboard yang dipasang di jalan raya dan yang berwarna hijau dipasang semasa era pemerentahan Pas dan yang berwarna biru di pasang di bawah pemerentahan umno .Tetapi yang berwarna biru itu sekali pandang memang tak ada cacat celanya.Tetapi bila anda pandang betul betul memang ada kesilapan dari segi makna. Walaupun nampak remeh tapi kesilapan bergini sepatutnya tak berlaku.

Ini papan tanda zaman PAS( bawah)





dan ini pula zaman UMNO (bawah)



Perhati betul-betul perbezaannya, sudah pasti anda tahu bahawa terlalu jahil UMNO ini. Terlalu bodoh agamanya!! Inilah mungkin Islam Hadhari!
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .