Ikuti Blog ini

Lebih 15,000 sertai HKR Pulau Pinang


NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awan Jadi, malam ini.

Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air.

Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu. -Hrkh

Sebab Inilah Ustaz Azhar Tak Datang Ke Himpunan Rakyat Terengganu..




Orang ramai bertanya mengapa Ustaz Azhar (daei sejuta umat) tidak dalam program PGU6.0 peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Paka, Dungun?.

Orang ramai risau dan takut takut Ustaz Azhar yang disayangi oleh umat Malaysia, tak kira umur dan status dan sebagai ikon untuk genarsi muda mudi. Orang ramai takut ustaz Azhar menyeberang sebelah sana (UMNOlah).

Menjadi kebiasaan setiap program besar PAS , nama ustaz Azhar Idrus menjadi ikon dan sumber inspirasi perjuangan PAS dan anak anak muda mudi. Walaupun kelibat ustaz Azhar tidak hadir, PGU6.0 juga berjaya dan mencapai matalmat.


Rata rata pengunjung PGU6.0, terutama anak anak muda dan belia serta beliawanis kurang menyegat dan kurang garam serta adunannya.

Kami ajukan kepada orang kuat PGU6.0, ketiadaan ustaz Azhar dalam siri program mega terutama PGU di Paka , Dungun. Jawapam yang kami terima ustaz Azhar telah ada satu temu janji .

Mungkin juga jawatankuasa PGU6.0 tidak bincang dengan ustaz Azhar terlebih dahulu sebelum dilaksanakan PGU6.0 Paka. Jika itu jawapan yang diberi kami anggap tidak munasabah dan tidak cerdik jawapan dari pehak penganjur.

PGU 6.0 Paka Dungun Terengganu adalah satu satunya Progaram yang paling berjaya jika diambil kira jumlah kehadiran orang ramai dianggarkan 60,000 orang. Syabas kepada ketua dan Timbalan Program PGU.6.0 iatu suadar Haji Ariffin dan Haji Hanafiah Mat.

Kami sebagai pemerhati serta melihat mood orang ramai malah kami bertanya secara rawak, jawapan yang diberi BN/UMNO Terengganu tergugat yang amat sangat PRU13. Jika menang pun hanya sekadar majoriti yang kecil dan sukar memerintah.

Kami juga bertanya kumpulan UMNO yang hadir dalam PGU6.0, peluang PAS Terengganu cerah jika pengundi pengundi hantu tidak boleh mengundi, tapi jika pengundi-pengundi tersebut boleh mengundi dan berjaya diuruskan oleh SPR dan JPN serta kerjasam BN/UMNO Terengganu peluang PAS Terengganu sedikit sukar.

Untuk rekod pengundi pengundi hantu telah sedia ada dalam daftar mengundi SPR tahun PGU 2008 yang telah diurus sedia oleh UMNO Terengganu dengan tujuan untuk merampas kembali dari tangan PAS."

Sumber sini

Saya hadir kerana didakwa sakit berat -TG Nik Aziz


DUNGUN: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dia gagahkan dirinya datang ke himpunan PAS Ganti Umno (PGU) di sini kerana didakwa 'sakit berat' oleh Umno.

"Saya hadir di PGU Terengganu sebab ada orang telefon setiausaha saya kata Umno kata Nik Aziz sakit berat.

"Saya kata, 'Ini kena pergi ini'. Alhamdulilah saya dapat hadir," kata Tuan Guru Nik Aziz ketika berucap merasmikan perhimpunan ini pagi tadi.

PGU ke 6 berjalan di Kuala Paka mulai pagi tadi hingga malam ini.

Semalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Terengganu berjalan di tempat yang sama.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan  Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu antara tertamu utama yang berucap dalam himpunan malam tadi.

Malam ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Abdul Hadi Awang dan bekas timbalan menteri, Datuk Yahya Lampong antara tetamu utama yang akan berucap. -Hrkh

10 Taktik Kotor UMNO/BN Yang Rakyat Wajib Ketahui


Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon membongkarkan 10 taktik kotor UMNO/BN untuk terus berkuasa di tanahair kita. Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) merupakan satu persimpangan sejarah penting bagi semua rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan keangkuhan kuasa UMNO/BN lebih daripada 55 tahun.

Keinginan rakyat berjuang untuk perubahan di Malaysia semakin kuat. Rakyat mahu selamatkan Malaysia daripada masalah politik, ekonomi, sosial serta pendidikan yang kian hari kian serius. Kehidupan rakyat juga dalam keadaan yang susah di mana beban yang semakin berat.

Dalam PRU13, sebanyak 13,052,374 pengundi yang akan menentukan masa depan negara kita. Samada negara kita akan mengembalikan hak kepada rakyat, banteras rasuah dan menubuhkan Malaysia yang baru yang berasaskan dengan prinsip kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Sebagai seorang pengundi yang bijak maka perlu didedahkan dengan pelbagai maklumat yang tepat. Oleh itu, semua pengundi perlu mengetahui 10 taktik kotor yang seringkali dipergunakan oleh UMNO/BN sejak dulu lagi agar tidak tertipu lagi.

Taktik KOTOR 1: Tidak Berupaya Bezakan Negara dan Parti.
Sebagai balasan perjuangan kemerdekaan, UMNO/BN telah rampas tanah rakyat dengan terang-terang. 24 keping tanah komersial di Selangor telah dijual dengan RM1 persegi menunjukkan keangkuhan kuasa yang ada pada UMNO/BN.

Taktik KOTOR 2: Salahguna Kuasa Untuk Kepentingan Politik.
Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan menuduh Menteri Dalam Negeri campur tangan politik ke atas pasukan polis. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dipergunakan untuk menyiasat badan bukan kerajaan NGO SUARAM yang menfailkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menukar dan memindah kakitangan awam di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat untuk menjejaskan urus tadbir kerajaan negeri. Semua adalah contoh salahguna kuasa yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Taktik KOTOR 3: Politik Perkauman.
Walupun negara telah merdeka lebih 55 tahun, tetapi UMNO/BN masih mewarisi politik ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh penjajah British. Dengan politik perkauman sempit seperti kuasa orang Melayu tergugat dan Insiden Mei 13 mungkin berulang yang dibawa oleh PERKASA dan Pemuda UMNO, maka konsep 1 Malaysia hanya menjadi satu slogan kosong yang tidak bermakna sahaja.

Taktik KOTOR 4: Politik Wang.
Presiden MCA Chua Soi Lek menyatakan bahawa politik wang bukan rasuah. Keluarga PM Najib Razak terlibat dalam projek Kementerian Pertahanan yang melibatkan sebanyak RM100 juta. Ketua Menteri Musa Aman yang terlibat secara langsung dalam RM40 juta wang seludup. Kesemua ini hanya merupakan sebahagian kecil politik wang dan rasuah UMNO/BN. Kredibiiti dan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bankrap.

Taktik KOTOR 5: Penipuan dalam Pilihanraya.
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) didapati adalah ahli UMNO. Senarai pengundi yang tidak bersih serta mempunyai pengundi hantu. Media tidak bebas, masa kempen terlalu singkat serta peraturan yang berat sebelah. Walaupun BERSIH 2.0 telah mendesak kerajaan untuk menjalankan reformasi sistem pilihanraya tetapi tiada perkembangan yang positif.

Taktik KOTOR 6: Akta Zalim Menindas Hak Asasi.
Walaupun PM Najib Razak berjanji untuk mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), tetapi diganti dengan dua akta yang terus membenarkan kerajaan membuat penahanan tanpa perbicaraan. Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Perhimpunan Aman adalah akta-akta zalim yang dijadikan alat kepada UMNO/BN untuk mencabuli hak asasi rakyat.

Taktik KOTOR 7: Menguasai Media dan Putar-Belit.
Utusan Malaysia, TV3 dan RTM yang dikuasai oleh UMNO/BN telah menjadi alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat. Liputan yang berat sebelah serta putar-belitkan sesuatu isu telah menyebabkan media massa tersebut hilang kredibiliti dan profesionalisme. Media massa tersebut juga tidak berupaya membuka minda masyarakat umum.

Taktik KOTOR 8: Fitnah dan Aibkan Pembangkang.
Tuduhan fitnah yang sering dibuat oleh UMNO/BN ke atas Pakatan Rakyat seperti hasut rakyat guling kerajaan melalui demonstrasi atau belajar dari Arab Spring, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Peserta demonstrasi didakwa membawa senjata atau menyerang polis adalah taktik kotor UMNO/BN yang tipikal.

Taktik KOTOR 9: Budaya politk samseng dan ganas.
Banyak ceramah umum Pakatan Rakyat telah diganggu dan diserang oleh penyokong UMNO/BN. Politik samseng seperti baling batu, rosakkan banner, bakar bendara parti serta SMS ugutan sering diamalkan oleh UMNO/BN yang tidak berani untuk berdebat atau berhujah. Puak samseng tersebut masih bermaharajarela sampai hari ini.

Taktik KOTOR 10 Alih Fokus dan Tipu Helah.
Apabila ditentang kuat oleh masyarakat sivil seperti BERSIH 2.0 dan Himpunan Hijau, UMNO/BN akan mengalih fokus untuk meredakan bantahan daripada masyarakat umum. Dalam isu Lynas, kerajaan UMNO/BN sanggup menipu rakyat dengan menyatakan produk sisa radioaktif akan dihantar keluar ke luar negera walaupun dilarang oleh Waigani Convention. Kesemua ini adalah tipu helah UMNO/BN.

Oleh itu, AMK menyeru kepada semua pengundi khasnya pengundi baru mesti mengetahui 10 taktik KOTOR UMNO/BN. Jangan kita terpedaya dengan manfaat segera yang berjangka masa pendek atau terperangkap oleh UMNO/BN yang telah pecah amanah yang diberikan oleh rakyat.

Marilah kita bersatu untuk menolak politik perkauman dan UMNO/BN untuk mendirikan sebuah Malaysia Baru yang bebas, adil dan demokrasi.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

WOW! Presiden Perkasa Kata Umno Dan PAS Khianat Padanya?


Hahaha...

Biar betul apa yang ahli parlimen Pasir Mas ni kata?

Aku yang silap atau dia yang tak betul?

Sungguh, Ibrahim Ali kata dia kena main dengan Umno dan dengan PAS.

Pasal apa pulak dia kata PAS main dia pulak?

Bukan ke PAS dah bagi nyawa politik dengan letakkan dia bertanding atas tiket parti Islam sampai menang dan lepas tu keluar jadi katak?

Kat Umno pulak, dia kata dia jadi mangsa kena pecat dari jawatan ketua bahagian.

Ye laa, dah bertanding atas tiket parti lawan, mesti laa Umno buang dia ye tak?

Takkan simpan dia lagi buat hape, ngabihkan boreh je!

Lepas tu dia kata PAS yang jumpa dia suruh dia bertanding pakai lambang PAS, bukan dia yang menyembah PAS merayu mintak bertanding.

Setakat pemahaman saya, Ibrahim yang datang jumpa Tuan Guru Nik Aziz mintak bertanding dan Tuan Guru kata tak apa, kita bagi peluang.

Tup-tup, dia boleh spin kunun PAS yang terdesak nak letakkan dia kat Pasir Mas pada pilihanraya umum 2008.

Jadi, bila masa pulak PAS khianat Ibrahim Ali?

Ibrahim yang tipu penduduk Pasir Mas hinggakan pengaruh PAS sedikit tercalar bila Ibrahim keluar dan buat Perkasa bila dapat jadi ahli parlimen.

Masihkah anda mahu percaya kat katak lompat tersohor ni?

Kah kah kah...

JALAN PULANG

Ibrahim Ali menuduh kedua-dua parti terbesar orang Melayu iaitu Umno dan PAS telah mengkhianati beliau  kerana cemburu dengan kehebatannya.
Berikutan itu, Presiden Perkasa itu akan tetap  mempertahankan kerusi parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.

Beliau menang atas tiket PAS tetapi kemudian meninggalkan parti itu untuk menjadi wakil rakyat bebas.
Ibrahim mengatakan Umno mengkhianatinya  kerana memecat beliau dari jawatan ketua bahagian
Dakwanya, Umno memecat beliau ekoran berlaku persempadanan semula kawasan parlimen.
“Umno telah melukakan hati saya…dia pecat saya tanpa sebab.
“MT (majlis tertinggi) dalam mesyuarat mengatakan tidak ada ketua bahagian yang dipecat tetapi saya seorang dipecat,“ kata Ibrahim selepas perhimnpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa hari ini.
Mengenai PAS, Ibrahim berkata, menjelang pilihanraya umum 2008 pemimpin parti itu datang berjumpanya kerana mahu bekerjasama.
PAS, kata Ibrahim mahu bekerjasama dengannya kerana beliau ramai penyokong terutama di Kelantan.

Katanya, jasa beliau kepada PAS lebih banyak dari yang diberikan parti itu.

“PAS hanya memenangkan saya seorang tetapi penyokong saya memberi kemenangan yang banyak kepada PAS.

“Orang PAS tidak senang hati dengan saya kerana saya bersikap terbuka dan berani menegur.

“Saya jadi mangsa cemburu…apa yang saya buat hebat,” kata beliau lagi.

GEMPAR!! Gara-gara menyokong PAS, Pegawai Polis ini diugut dan ditukar ke Sarawak..

Selama ini kita hanya mendengar ada anggota Polis yang menyokong Pakatan Rakyat namun begitu apa yang kita lihat tindakan mereka adalah sebaliknya.

Cuma setelah bersara barulah mereka berani secara terbuka menyatakan pendirian mereka padahal Artikel 10 jelas menyatakan rakyat Malaysia BEBAS memilih dan menyokong mana mana PART POLITIK yang mereka suka.

Dan mereka yang bertugas sebagai anggota Polis juga adalah sebahagian dari rakyat Malaysia oleh itu mereka tidak dikecualikan dari artikel 10 itu.

TETAPI kini.. seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah anggota Polis dengan beraninya menyatakan pendiriannya menyokong Pakatan Rakyat dan akibatnya beliau telah menerima ugutan.

Dari apa yang ditulis di laman FaceBook miliknya beliau mendakwa telah sekali lagi diugut oleh pihak atasannya dengan ugutan akan ditukarkan ke Sabah atau Sarawak jika terus menyokong Pakatan Rakyat, surat ugutan itu telah diletakkan di atas mejanya.

Walaubagaimanapun beliau bertegas tidak akan berganjak walau seinci pun pendiriannya terhadap sokongan saya kepada Pakatan Rakyat khususnya parti PAS,,,walau diugut bunuh sekali pun.

Tambahnya lagi “tahniah kepada boss dibalai tempat saya bertugas kerana sedia memuaskan nafsu menteri dalam negeri,,”


Tambahnya lagi “ Jangan saudara-saudara semua ingat kami makan dengan PDRM kami takut untuk bersuara, kami juga ada hak sebagai rakyat Malaysia.. cukuplah kami semua sudah tidak mahu jadi anjing Barisan Nasional”

Dengan secara terbuka beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menolak UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti…


TAHNIAH diucapkan kepada beliau kerana berani dan tegas dalam menyatakan pendiriannya meskipun ada risiko yang bakal dihadapinya selagi UMNO/BN kekal berkuasa..

Namun begitu sebagai seorang yang berugama Islam, kita sewajarnya berpegang kepada "Hidupku, Matiku dan juga Rezekiku hanya Allah yang menentukan.. bukannya pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang tentukan"..

Kan aku dah kata... Jangan label Polis sebagai Anjing UMNO... bukan semua suka dengan pemimpin-pemimpinUMNO tu..


By the way.. ini link FB Noshashimah ( SINI )

Kenyataan Karpal Ni Pasti Menyakitkan Hati Pemimpin Dan Pencacai Umno..



Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyatakan penghargaan secara terbuka ke atas kerjasama PAS dalam Pakatan Pakatan Rakyat.
Karpal menyifatkan PAS sebagai "sekutu penting" yang "berprinsip tegas" walaupun kadang kala berbeza pandangan dengan DAP.

"PAS adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat. Kita mungkin ada pandangan berbeza dengan PAS tetapi PAS adalah parti yang berprinsip tegas dan parti yang DAP sangat percayai di samping
PKR," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian DAP yang menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

"DAP menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia," kata Karpal ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini. ~mkini

KANTOI! Mengapa Najib Altantuya Terbang Ke Sabah Senyap-Senyap?


Perdana Menteri, Najib Altantuya dijadualkan melawat Sabah dua kali bulan ini, dalam apa yang dianggap sebagai usaha semakin terdesak untuk mengekalkan cengkaman kerajaan campuran itu yang kelihatan seperti negeri pertempuran utama menentukan hidup atau mati karier politiknya.

Najib dijangka tiba di Sandakan esok (15 Disember) untuk merasmikan kongres tahunan rakan kongsi Barisan Nasional (BN) Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP), pada hari berikutnya.

Pada 28 Disember pula, Najib Altantuya dijangka melawat parlimen luar bandar di Pensiangan di mana satu lagi komponen BN kecil, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), mengadakan mesyuarat agung tahunannya sendiri.

Najib Altantuya yang juga presiden Umno dan pengerusi BN, dijangka bertemu dengan masyarakat Kristian di Sandakan semasa lawatan hujung minggu beliau, dalam usaha untuk memantapkan kedudukan BN di kalangan masyarakat yang terpinggir menjelang sambutan Krismas pada 25 Disember.

Beliau juga dijangka akan diraikan pada perhimpunan yang sama apabila dia melawat Pensiangan pada 28 Disember mana PBRS presiden, Joseph Kurup, juga dikatakan akan menghadapi satu tugas yang sukar untuk mengekalkan kerusi itu untuk BN.

Pada tahun 2008, Kurup memenangi kerusi Pensiangan tanpa bertanding apabila pencabar beliau dari KEADILAN, Danny Andipai, gagal dalam keputusan kontroversi telah dinafikan peluang untuk memfailkan kertas pencalonannya.

Kurup dan isteri beliau Melinda hampir tidak boleh melarikan diri dari orang ramai yang marah di pusat penamaan calon di mana beliau telah sedia untuk ditumbuk pengundi yang marah dengan keputusan berat sebelah pengurus pilihanraya parlimen itu.

Beberapa penganalisis menyedari lawatan Perdana Menteri kali ini seolah-olah tiada publisiti mengenainya begitu jauh sama ada oleh media tempatan atau-organ kerajaan rasmi, Jabatan Penerangan, dan ramai ahli politik dalam parti pemerintah berkata mereka menyedari Najib Altantuya akan terbang ke negeri ini.

Sekiranya sah, ia merupakan perjalanan ketujuh Najib Altantuya ke Sabah tahun ini. 

Kali terakhir perdana menteri melawat negeri ini adalah pada bulan Oktober semasa lawatan ke Penampang dan Ranau.

Tidak pernah seorang perdana menteri dalam sejarah melawat Sabah banyak kali selain Najib Altantuya dalam satu tahun, hatta perdana menteri paling lama berkhidmat selama 22 tahun, Mahathir Mohamad.

Begitulah penguasaan campuran pimpinan Umno dan BN pada satu masa bahawa Mahathir telah pun diketepikan perkaitan bilangan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak dalam pengiraan beliau untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Semua ini berubah apabila undi Melayu di Semenanjung akhirnya dibahagikan separuh antara BN dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 2008. -Jalan pulang

Himpunan 1 Juta: Rakyat yakin BN tumbang PRU13


DUNGUN: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terus menyeru rakyat turun ke Himpunan 1 Juta Umat di Kuala Lumpur pada 12 Januari depan bagi menyatakan tuntutan mereka.

Bercakap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran PGU, Paka dekat sini malam ini, Mohamad berkata, pada himpunan tersebut, rakyat akan menuntut pilihan raya dan bersih dan adil.

Tuntutan ini katanya kerana rakyat yakin kerajaan Umno BN mampu ditumbangkan dalam pilihan raya umum ke-13 jika pilihan raya dijalankan secara telus.

"Semua NGO oren, merah, hijau dengan tuntutan masing-masing dan kita gabungkan dengan Bersih untuk menuntut pilihan raya bersih.

"Kita akan nyatakan segala tuntutan dan perhimpunan akan berlangsung aman tanpa gas pemedih mata," katanya.

Mohamad berkata, sewajarnya rakyat berasa marah terhadap sikap kerajaan Umno BN yang menzalimi mereka.

Sebagai contoh katanya, akibat sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang gemar berhutang, kerajaan terpaksa mencari duit melalui syarikat swasta.

"Najib hero buat hutang. Yang dia tahu pagi raya menari.

"Hutang yang begitu banyak anak cucu kitalah yang akan bayar.

"Patutnya kerajaan cari duit tapi dia guna syarikat swasta cari duit.

"Contohnya AES yang dibayar kepada syarikat kroni Umno dan MCA," katanya. -Hrkh

Zahid Hamidi, Mahathir Hadir Semata-Mata Mahu Lihat Rosmah Lancar Kapal TLDM

Kaduk naik junjung..itulah ayat paling sesuai untuk rosmah mansor. Mungkin tiada sebuah negara pun di dunia, isteri pm berlagak macam pm. Rakyat dah naik muak dengan gelagatnya.

Terbaru rosmah lancar kapal TLDM dan hanya di perhatikan oleh menteri pertahanan, zahid hamidi, mahathir dan siti hasmah. Negara ni sudah jadi cacamarba angkara suami isteri ni.
BANTING 14 Dis - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini telah menamakan seterusnya melancarkan Kapal Latihan Gagah Samudera di Limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang.Kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diberi nama Gagah Samudera sebagai kesinambungan kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera dimana 'samudera' merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM.

Kapal Latihan Gagah Samudera ini mempunyai spesifikasi 75.9 meter panjang dengan berat metrik 1366 tan metrik serta mampu menempatkan seramai 47 orang krew dan 60 pelatih pada setiap kali pelayaran.  Turut hadir pada majlis penamaan & pelancaran kapal latihan tersebut ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Pengerusi Eksekutif NGV Tech Sdn Bhd, Datuk Zulkifli Shariff.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Datuk Sri Abdul Aziz Jaafar dalam ucapannya berkata, Gagah Samudera merupakan kapal pertama daripada dua buah kapal yang diperolehi oleh kerajaan Malaysia melalui kontrak perolehan dengan NGV Tech.  "Selain itu, kapal latihan ini juga telah menggunakan kepakaran & kemahiran anak-anak tempatan dengan kerjasama daripada syarikat Daewoo Shippbuilding dan Marine Engineering (DSME) dari Korea Selatan.

"Kejayaan ini secara tidak langsung membuktikan kebolehan tinggi syarikat NGV Tech di Sijangkang ini, sekaligus mencerminkan perkembangan industri pembuatan kapal negara semakin kukuh bertapak," katanya lagi.Selain itu, kapal latihan yang kedua akan dinamakan dan dilancarkan pada hujung bulan Januari tahun hadapan. ~klpos
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .