Ikuti Blog ini

Nik Aziz pertahan wartawan Iraq baling kasut ke arah Bush




KOTA BHARU -
Keberanian wartawan Iraq, Muntazer al Zaidi membaling kasut ke arah George W Bush turut dipertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya puji wartawan yang lempar kasut kerana telah menggunakan ruang yang ada untuk menentang perbuatan mungkar.


"Hak bagi mencegah mungkar boleh dilakukan menggunakan tangan, lidah, hati atau kasut seperti dilakukan wartawan di Iraq.

"Bagi mereka yang pandai melukis boleh guna kartun dan bagi mereka yang tiada kaedah lain bolehlah guna kasut," katanya selepas seminar anjuran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Dewan Teratai semalam.


Baru-baru ini seorang wartawan penyiaran Iraq membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat pada satu sidang media ketika lawatan perpisahannya ke Iraq pada 14 Disember lalu.

Ekoran insiden itu wartawan terbabit ditahan pihak berkuasa Iraq. Bagaimanapun tindakan beraninya mendapat sokongan pelbagai pihak di seluruh dunia.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan membaling kasut ke arah Presiden Amerika merupakan tanda penentangan terhadap kemungkaran dan penganiayaan yang dilakukannya terhadap masyarakat dunia.

"Langkah yang diambil wartawan terbabit adalah jelas mewakili masyarakat Iraq yang telah ditindas penjajahan Amerika Syarikat dan ia merupakan satu tindakan bijak," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, tindakan kerajaan BN melalui Jabatan Pembangunan mewujud kembali Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) di Kelantan akan merosakkan perpaduan rakyat.


"JKKP lah yang menyebabkan manusia berpecah belah, di Kelantan sepatutnya rakyat berada di bawah satu parti dan parti lain tak perlu masuk campur.

"Kami dah ada penghulu dan penggawa, apa kerja nak tubuh JKKP lagi.. mulut pemimpin mereka hari-hari kata nak bersatu, tetapi mereka inilah yang menjadi punca berpecah belah," katanya.

Baru-baru ini Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Yahaya Mohamad dilaporkan berkata, JKKP akan ditubuh bagi merancang projek kerajaan persekutuan di setiap mukim.


MUSLIMEEN UNITED TUJUKAN LAGU INI KEPADA SEMUA PEJUANG ISLAM YANG AKAN BERANGKAT KE P036 KUALA TERENGGANU.







Antara Kelab Penyokong PAS (KKP) dan DAP



Melihat kepada iklim politik Malaysia kebelakangan ini, masyarakat bukan Islam tidak lagi ragu-ragu untuk menyatakan sokongan terhadap PAS. Ini jelas dapat dilihat semasa piliharaya ke-12, Mac lalu. PAS tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti yang mengancam masyarakat bukan Islam.

(Walaupun UMNO lah yang sebenarnya menjadi batu penghalang utama orang bukan Islam untuk mengenali PAS). Tulisan kali ini penulis ingin melontarkan pandangan tentang peranan KKP dan DAP dalam kemenangan Islam (PAS).


Seperti kita sedia maklum, penglibatan DAP merupakan persefahaman Pakatan Rakyat atas dasar menegakkan Negara Berkebajikan. Maka atas dasar itu PAS bersedia menerima DAP dan DAP juga bersedia menerima PAS. Walaupun DAP agak sangsi dengan pendirian PAS terhadap isu Negara Islam, namun PAS jelas menunjukkan komitmen terhadap persefahaman ini.

(hakikatnya negara Islam itulah negara berkebajikan..) Walaupun kadangkala gelagat pemimpin DAP yang agak lantang menentang perlaksanaan hukum ’hudud’, namun sebagai rakan pakatan, PAS tidak mudah melatah. Mungkin penentangan ini adalah kerana kurangnya pemahaman mereka terhadap hukum tersebut dan kedudukan mereka sebagai bukan islam. Tetapi bagaimana pula UMNO yang menganut agama Islam menentang hukum tersebut?

KKP juga sama seperti DAP yang mana terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang telah memilih PAS di dalam pilihanraya baru-baru ini. Namun yang membezakan KKP dan DAP ialah KKP dapat menerima perlembagaan PAS. KKP tidak menentang pembentukan negara Islam, malah menyokong penubuhan negara Islam. Jelas bahawa KKP berada di belakang PAS di dalam memperjuangkan isu tersebut.


PAS perlu agresif dalam membina kelab penyokongnya sendiri


PAS sebagai sebuah gerakkan Islam perlu memperkasakan kedua-dua komponen ini. Malah tumpuan harus diberikan kepada KKP. Oleh yang demikian, cadangan untuk menjadikan KKP sebagai salah satu dewan di dalam PAS merupakan satu cadangan yang ada asasnya. Penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS pada 16 Nov baru-baru ini, merupakan langkah bijak bagi merapatkan lagi hubungan antara KKP dengan Dewan Pemuda. Diharapkan selepas ini pelbagai aktiviti dan program dapat dirancang untuk dilaksanakan bersama.

Seterusnya penulis berpendapat kenyataan akbar perlu diadakan berkaitan sokongan penuh dari KKP tentang isu-isu berkaitan hukum syari'ah, hudud dan negara Islam. Tunjukkan kepada UMNO, kalau mereka tak sokong perlaksanaan syari'ah, KKP sokong!

Akhirnya penulis berpandangan, PAS perlu mengukuhkan KKP dan mempertingkatkan persefahaman dengan DAP.

Pendedahan Isu Penyelewengan, Buat Ramai Pemimpin Dan Puak-Puak Blogger Upahan UMNO Pahang Kini Bagaikan Cacing Kepanasan !!


KUANTAN - Pendedahan dan pembongkaran yang dibuat oleh Pahang Daily Online mutakhir ini, telah menyebabkan pemimpin UMNO Pahang "bagai cacing kepanasan" kini. Mereka saling tuduh menuduh, siapakah yang telah menjadi "talam dua muka" dan "talibarut" yang mendedahkan rahsia mereka itu selama ini. Bagi mereka, apa yang dilakukan oleh PDO amat tidak disenangi. Bahkan, mereka kini sedang berusaha untuk mendakwa blog ini di mahkamah. Semua ini adalah usaha terencat UMNO Pahang bagi menghalang suara rakyat untuk terus berkumandang. Bagi mereka, apa yang didedahkan oleh PDO adalah berunsur fitnah semata-mata dan langsung tidak benar. Itu kata mereka, namun rakyat Pahang lebih bijak menilai segala apa yang berlaku sebenarnya. Mereka sudah terlalu lama ditipu dan diperkotak-katikkan oleh kerajaan negeri pimpinan UMNO dan BN. Justeru itu, seperti yang kami war-warkan selama ini, bahawa sudah tiba masanya "pahlawan rakyat" akan bangkit bagi membela mereka. Rakyat tidak harus ditipu dan tertindas buat selamanya. Inilah yang menggusarkan pemimpin UMNO Pahang kini. Mereka cuba mengenalpasti siapakah yang menjadi dalang disebalik kelantangan Pahang Daily Online.


Mereka juga cuba menjejaki krew-krew kami yang turut berada didalam pejabat Menteri Besar dan UMNO Pahang sendiri. Bahkan, mereka juga sudah mula gusar dengan YB-YB dan ahli exco sendiri yang dipercayai telah mendedahkankan rahsia kepada kami selama ini. Inilah yang dikatakan takdir, "kawan menjadi lawan", maka itu pemimpin UMNO Pahang harus berhati-hati dalam tindakan mereka. Kerana banyak lagi fail-fail sulit akan dibongkar dalam masa terdekat ini. Mereka ini harus ingat bahawa "negeri Pahang ini bukab bapak mereka punya!!" Nampaknya blogger-blogger UMNO Karat semakin "berselera" membelasah PDO sejak akhir-akhir ini. Isu pokok yang didedahkan pasal penyelewengan oleh anak syarikat kerajaan negeri Pahang kebanyakkan dijawab dengan dan alasan-alasan yang direka-reka untuk menutup fakta sebenar yang kami dedahkan. Pahlawan siber mereka seperti Pak Tam dan Anak Pahang Jati nampak benar-benar "mempertahankan segala penyelewengan" yang berlaku. Pendedahan kami berhubung dengan kes seperti Astana, Mentiga dan lain-lain lagi dijawab dengan alasan yang dianggap "konkrit" tetapi sebenarnya "hipokrit".



Mat Sabu 'Tak Kisah' Jika Tidak Terpilih Sebagai Calon

ALOR STAR - Naib Presiden PAS Mohamed Sabu hari ini berkata beliau tidak kecewa jika tidak terpilih sekali lagi sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, apa yang lebih penting ialah calon yang bertanding pada pilihan raya kecil parlimen itu kelak adalah dari PAS.

"Nama calon belum umum lagi dan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dah maklum calon PAS akan diumum pada 1 Januari ini dan kita tunggu la, tapi jika saya tak terpilih pun tak apa".

"Saya tak kisah kerana yang penting calon adalah dari PAS dan kita sokong siapa sahaja dari PAS", kata beliau kepada Bernama di sini.

Pilihan raya kecil parlimen itu diadakan pada 17 Januari depan ekoran penyandangnya Datuk Razali Ismail meninggal dunia pada 28 November lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, calon Barisan Nasional (BN) Razali, mengalahkan Mohamed yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan majoriti 648 undi.

Nama Mat Sabu sebagai calon PAS disebut oleh Menteri Besar Kelantan yang juga penasihat Dewan Ulama PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu naib presiden PAS itu diberi peluang bertanding di kawasan parlimen yang sama.

Mohamed berkata, kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya adalah pandangan peribadi beliau dan kuasa untuk memilih calon adalah diputuskan oleh mesyuarat yang dipengerusikan oleh presiden.

Semalam Abdul Hadi berkata, PAS telah mengenalpasti bakal calon dari parti itu yang merupakan seorang profesional dan disukai rakyat.

Katanya, bagaimanapun PAS akan mengumumkan nama calon itu pada 1 Januari depan iaitu lima hari sebelum hari penamaan calon.

Desas-desus mengatakan kenyataan Hadi seolah-olah merujuk kepada calon tempatan dan Mat Sabu bukan calon pilihan.



Abu Zahar diura-ura sertai PAS


Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Abu Zahar Hashim - yang digantung tiga tahun susulan mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - dijangka menyertai PAS esok.

Ketua Pemuda Umno bahagian itu, Nor Azman Mohd Nor berkata, berita kemasukan Abu Zahar tersebut sudah tersebar dalam kalangan ahli-ahli Umno bahagian.

"Beliau keluar Umno kerana kecewa setelah digantung jawatan ketua bahagian selama tiga tahun oleh Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini," katanya ketika diminta mengulas desas-desus tersebut.

Abu Zahar digantung jawatan tersebut awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Difahamkan bekas kapten itu akan menyerahkan borang menyertai PAS dalam satu majlis di di sebuah hotel di Ampang, pagi esok.


P 36 : calon diumum di stadium negeri..


 Kelewatan PAS mengumumkan calon nampaknya menimbulkan berbagai bagai reaksi dari pelbagai pihak. Kenyataan awal bahawa calon PAS akan diumumkan pada 21hb Disember 2008 , akhirnya ditunda kepada 1hb Januari 2009. Tetapi ada sesuatu yang menarik dari penundaan tarikh ini.

Pengumuman tersebut akan diadakan di stadium negeri dan akan dibuat secara besar besaran. Demikian menurut kenyataan Tok Guru Presiden yang juga turut menyatakan PAS sudah menerima nama calon yang dicadangkan oleh negeri.

Ini bermakna nama calon sudah ada, dan pengumumannya akan dibuat pada 1hb Januari 2009 secara besar besaran di Stadium Negeri.Stadium Negeri ialah sebuah tempat yang dimiliki olih kerajaan negeri.Selama ini PAS langsung tidak ada peluang menggunakan tempat tempat seperti ini.Tetapi nampaknya PAS Terengganu sudah memecah tradisi di mana sebelum ini ijtimak PAS negeri telah berlangsung di Dewan Sri Amar, Kemaman dan kali ini pada acara yang lebih bermakna serta bakal memberi kesan besar akan berlangsung di Stadium Negeri.

Sekali gus ianya menolak segala spekulasi bahawa PAS berdepan dengan masalah dalaman kerana semuanya sudah disepakati dan gerak kerja pilihanraya juga sudah dilancarkan.Olih itu nama calon yang menjadi kontraversial selama ini bukanlah isu yang penting lagi.Begitu juga tidak perlu ada perasaan kecewa dari mana mana pihak yang menyokong PAS/PR.

PKR juga telah memulakan gerak kerja pilihanraya mereka sendiri.Segala dakwaan dari pihak pihak tertentu bahawa PKR mahukan calon mereka bertanding sudah dijawab dengan jelas.

Kini usaha tertumpu kearah menjayakan PKR ini dengan licin dan jaya.Segala perancangan termasuk dari PAS luar Terengganu sedang digerakkan.Masing masing sudah tidak gusar dengan isu calon yang bakal diumumkan pada hari yang dijangka cukup bersejarah bagi PAS Terengganu khasnya dan PAS Malaysia serta PR amnya.

Dengan itu juga polimik mengenai calon sudah dianggap selesai.Tidak ada lagi keraguan mengenai keupayaan PAS Terengganu dalam menjayakan PRK kali ini.Sehubungan itu, kerjasama dan sokongan dari saudara dan sahabat PR semua amatlah dinanti dan dialu alukan.Insya Allah, jumpa di Kuala Terengganu untuk satu wadah perubahan dan perjuangan antara kebenaran dengan kebathilan.

Takbir........"

Mari Kenali Hukum Hudud






Mahkamah Tinggi arah Utusan bayar RM120,000 kepada Mahfuz



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Utusan Melayu Berhad dan bekas Ketua Pengarangnya, Datuk Khalid Mohd membayar ganti rugi sebanyak RM120,000 kepada ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar (gambar).

Arahan itu dikeluarkan selepas mahkamah mendapati akhbar tersebut dan Khalid bersalah kerana melakukan fitnah terhadap Mahfuz.




Wan Farid tewas sebelum bertanding

“Peteh UMNO Peteh”



Wan Farid akan ditentang atau dengan lain perkataan tradisi Peteh UMNO Peteh kini sudah bermula sebelum hari penamaan calon. Wan Ahmad Farid adik kepada Wan Hisham Dato' Wan Salleh akan dipeteh hebat dan akan ditamatkan riwayat politiknya bukan oleh Pas tetapi oleh penyokong UMNO/BN sendiri .

Ini adalah kerana:

1. Penyokong UMNO masih lagi marah dan terasa hati angkara sikap Wan Farid yang langsung tidak membantu semasa PRU12 baru-baru ini. Sama seperti Dato' Man Bakar yang telah pun dihukum penyokong dalam pemilihan baru-baru ini.

2. Penyokong Senator Nordiana juga berdendam kesumat dengan Wan Farid yang dipercayai dalang atau penyebab kepada tamatnya jawatan senator Nordiana.

3. Wan Farid bakal berhadapan dengan penyokong bekas ketua lamanya Roslan Haji Awang Chik yang sedang sabar menunggu permainan untuk peteh Wan Farid nanti.

4.Team Dato' Che Mat Jusoh juga sedang menunggu wisel permainan untuk peteh Wan Farid kerana menaja Mohd Sabri Alwi da;l;am pertandingan jawatan dalam Umno Bahagian Kuala Terengganu.

5. Peringkat tertinggi dan proses pemutihan pimpinan Ahmad Said hanya menunggu masa sahaja untuk putihkan Terengganu daripada anasir Idris Jusoh sebagaimana berlakunya nasib malang terhadap Wan hisham abangnya yang berkubur di Ladang.

6. Mohad Sabri Alwi tidak terpilih untuk menjadi calon DUN dan P36 dan melihat dirinya lebih berpengaruh daripada Wan Farid kini sedang mengatur langkah untuk membantu menamatkan jangkahayat politik Wan Farid sebelum wisel permainan bermula.

Tradisi "Peteh UMNO Peteh" kini bermula.

Tidak Menjadi Masalah !

http://buletinonline.net/images/berita15/pru.jpg
Kuala Terengganu - PAS tidak melihat pencalunan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Senator Dato’ Wan Farid Wan Salleh sebagai satu halangan kepada usaha PAS untuk menang pada pilihanraya kecil parlimen KualaTerengganu yang akan diadakan pada 17 Januari depan.

Pengarah Operasi Jawatankuasa Induk Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Dato’ Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika ditanya oleh para wartawan di Markaz Tabiah Kuala Terengganu, Kuala Ibai dekat sini kelmarin.

“Jentera kita ada dua peringkat, yang pertama peringkat pusat, pengarahnya YB Timbalan Presiden, pengarah operasinya saya sendiri,

“jentera kerja dibawah saya ada 38 portfolio, selain ada jentera kerja peringkat tempatan, yang pertama kita (PAS) disokong oleh Pakatan Rakyat, kedua jentera dari negeri-negeri dan yang ketiga dari DUN-DUN (dalam negeri Terengganu,”katanya.

Menurut beliau sehingga kini sebanyak 182 unit rumah telah disewa dan disediakan untuk tetamu-tetamu yang menjadi jentera sokongan kepada jentera pilihanraya PAS Terengganu.

Apabila diminta pandangan tentang calun Barisan Nasional Dato’ Wan Farid, beliau berkata, sebagai seorang yang pernah menjadi Timbalan Menteri kerajaan pusat, Wan Farid gagal membawa apa-apa perubahan kepada warga Kuala Terengganu.

“Kita (PAS) melihat kita boleh lawan dia (Wan Farid), dia pernah dilantik senator, dia baru dilantik (semula) menjadi senator dalam Sidang DUN baru-baru ni,

“selain itu dia (pernah menjadi) Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri, tetapi tidak ada perubahan kepada Terengganu, hasil kepada rakyatnya tidak ada walaupun dia pegang jawatan Timbalan Menteri,”kata Dato’ Wan Mutalib.



Bersama Juara Akademi Nasyid Di P036

 Juara Akademi Nasyid TV9, Saudara Azhan Atan, akan menemui peminat beliau di Kuala Terengganu [P036].


Setelah 3 minggu berada di Akademi Nasyid, maka pada Konsert terakhir pada malam 30 Ogos 2008, Undian SMS dan markah dari Juri telah memartabatkan dan menaikkan imej Pejuang Seni Islam Azhan Atan sebagai Juara Akademi Nasyid yang pertama. Syukur Alhamdulillah...


Kini Azhan Atan akan bersama peminat di Pusat Khidmat PAS Batu Buruk, Perkarangan letak Kereta Pasaraya Mydin Kuala Ibai, Kuala Terengganu.


Beliau hadir memenuhi undangan Pemuda Dun Batu Buruk dan Nisa' Negeri Terengganu bagi menjayakan malam kesenian Islam.


Tarikh : 23 Disember 2008-selasa

Masa : 9.00 Malam


Semua dijemput hadir ramai-ramai









Pulau Pinang Negeri Pertama Laksana Hudud?

”Andai Fatimah sendiri mencuri, pasti akan aku potong tangannya.” Begitulah lebih kurang kata kata yang diungkapkan oleh seorang yang diiktiraf sebagai manusia paling berpengaruh pernah wujud di mukabumi sebagaimana telah disebut oleh pengkaji barat, Michael H. Hart di dalam buku beliau iaitu, The 100: A Ranking of Most Influencial Persons In History; manusia yang dianggap hamba Allah yang paling agung oleh umat Islam. Itulah kekuatan yang ada pada syariat Islam yang diyakini oleh manusia pilihan Allah, yang dipilih untuk menyampaikan Risalah.


Tidak semena mena persoalan hudud kembali hangat. Ia berpunca daripada apa yang dikatakan perangkap yang dipasang oleh Khairy Jamaludin kepada Dato Husam Musa semasa Wacana Perdana di Kelantan dua hari lepas. Sekarang ia timbul untuk menjadi senjata bagi menakutkan hampir 9000 pengundi cina di Kuala Terengganu. Seolah olah UMNO atau BN tidak yakin dengan kekuatan mereka untuk meraih undi undi Melayu, lantas sanggup menjadikan hukum hudud bahan persendaan dan permainan politik untuk kesekian kalinya..


Ianya juga untuk menimbulkan keresahan kepada golongan yang cuba untuk menyokong Pakatan Rakyat, dengan cubaan menonjolkan kerapuhan Pakatan Rakyat yang menganut pelbagai ideologi politik itu. Kerapuhan yang digambarkan oleh Khairy bagaikan retak menunggu belah. Benarkah begitu?


Sebagaimana diterangkan oleh Dato Husam Musa, perlaksanaan hudud adalah satu juzuk daripada apa yang diperjuangkan oleh PAS. Beliau sendiri berasa bangga dan bukannya rasa tersepit untk menyatakan komitmennya bahawa Pas akan terus berusaha memastikan perjuangan untuk melaksanakannya diteruskan. Memahamkan masyarakat bukan islam adalah intipatinya. Bahkan memahamkan masyarakat Islam sendiri akan tanggungjawab mereka untuk meyakini keluhuran perlembagaan ini adalah terlebih lagi dititikberatkan. Manakala perlaksanaannya tertakluk kepada persetujuan bersama parti parti komponen.


Umat Islam perlulah meyakini bahawa dosa mereka hanya boleh terampun bila mereka dihukum dengan mengikut hukum jenayah islam. Manakala masyarakat bukan Islam pula memahami bahawa undang undang ini adalah pilihan kepada mereka. Penekanan hudud tidak dibuat secara agresif oleh pimpinan PAS khususnya dalam kerajaan Pakatan Rakyat kerana penyokong dari kalangan bukan Islam baru mula ingin berjinak dengan ahli PAS. Seumpama serang lelaki yang bakal memeluk Islam ditakutkan dengan berkhatan, maka begitulah juga penekanan hukum hakam dalam Islam, yang dahulu akan didahulukan.


Yang pasti banyak lagi ketidakadilan yang perlu dibanteras, seperti perlaksanan DEB yang tidak mengambilkira orang orang miskin dari kalangan masyarkat bukan melayu. Maka keutamaan yang dittitik beratkan adalah memastikan keyakinan rakyat bahawa Pakatan ini boleh memerintah Malaysia tanpa ada masalah yang besar. Persoalan yang dilontarkan seolah olah menunjukkan keyakinan bahawa ianya satu perkara yang bakal dan boleh berlaku.


Bila Ketua Menteri Pulau Pinang ingin menjadikan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai rujukan dan ikutan, maka saya pasti beliau akan menjumpai sangat banyak kelebihan bila syariat Islam dilaksanakan. Sekiranya bila mula mengkaji, saya yakin dan pasti beliau akan menemui sinar kebenaran itu. Dan saya tidak pula pelik sekiranya beliau akan mendahului Kelantan dalam perlaksanaan undang undang syariah ini. Keazaman yang membawa kemenangan sejati.

Wassalam
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .