Ikuti Blog ini
SIAPA BAKAL KETUA ULAMA' UMNO HAA ? CALON-CALONNYA..! , at 16.10.09,
- Siapalah agaknya yang bakal menjadi Ketua Ulama' UMNO yang pertama..? Jika Cadangan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor itu diterima, maka berlakulah lobi-melobi antara para ulama' UMNO (ada ke.?) untuk merebut jawatan baru itu.
- Setakat ini kita tidak nampak sama ada di dalam barisan kabinet 1 Malaysia Najib dan dalam MT UMNO sendiri yang berlatarbelakangkan agama. Zahid Hamidi..? Poorah
- Kita cadangkan agar semua mufti-negeri negeri menjadi AJK Dewan Ulama' UMNO. Ketuanya Mohd. Noh Gadut.
- Pak Lah pun boleh sebab bukankah dia cucu ulama' ?
- Atau pun susah-susah sangat, bagi saja kepada Najib 1 Malaysia tu. Sesuai dengan slogan 1 Malaysia semua jawatan bersatu di bawahnya.
- Khairy gangster pun boleh.
- 1 Malaysia buleeeyy
KUALA LUMPUR: Umno Pulau Pinang mencadangkan supaya parti itu menubuhkan Dewan Ulama Umno serta mempergiatkan usaha untuk mendekati golongan agamawan.
Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, langkah sedemikian perlu bagi memberi peranan yang khusus kepada golongan ulama Umno untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan hal-ehwal agama Islam.
"Kita perlu dekati golongan agamawan, kalau perlu, kita wujudkan Dewan Ulama Umno," katanya.
Jelas beliau, ulama Umno boleh memainkan peranan dalam soal keagamaan kerana agensi-agensi agama rasmi sedia ada mengambil sikap 'jalan selamat' dengan enggan mengulas mengenai beberapa isu yang ditimbulkan.(mstaronline)
Timbalan Al Mursyidul Am Telah Pulih , at 16.10.09,
Ketua Pemuda Pas Pusat
Ust. Nasaruddin Tantawi
KENYATAAN MEDIA : Kenapa Ganesan dikatakan Speaker haram ? , at 16.10.09,
Krisis di Perak nampaknya semakin bercelaru dan berlarutan sehingga kesaat ini akibat dari kedegilan pemimpin UMNO dan BN yang masih menafikan hak rakyat untuk memilih semula apabila diberikan satu lalauan setelah pembubaran DUN di Perak. itulah langkah yang paling baik untuk menyelesaikan masalah namun UMNO dan BN tetap mempertahankan "barang curi"(negeri Perak) sebagai haknya, siapa akan percaya ?
Saya suka untuk menjawab dakwaan Ganesan bahawa dia adalah speaker Perak yang sah , beliau mendakwa dlantik pada 7 Mei dengan sokongan suara majoriti dewan, melucutkan jawatan Sivakumar daripada jawatan Speaker dan mendakawa melantiknya sebagai pengganti. Inilah dakwaan bohong yang mesti dijawab sengan segera seperti berikut :-1. Usul untuk melucutkan jawatan Speaker sebenarnya dikemukakan kepada Speaker yang ingin dilucutkan iaitu Sivakumar sendiri dan mengikut peruntukan yang terdapat dalam peraturan tetap dia mempunyai kuasa mutlak untuk menolak apa-apa usul termasuklah usul berkenaan. Pada 6 Mei 2009 Sivakumar telah mengeluarkan notis bertulis menolak usul tersebut.
Dengan itu segala usul yang berkaitan dengan usul memecat dan melantik Speaker yang baru adalah terbatal dan tiada dalam agenda, melainkan agenda jahat BN dan UMNO untuk menncapaikan hasrat jahatnya walaupun sekali lagi melakukan tindakan yang melanggar undang-undang.
Berarti persidangan Dewan pada 7 Mei hanya titah perasmian oleh DYTM Raja Muda Perak dan setelah itu penangguhan dewan dan tidak ada agenda pelucutan dan pelantikan Speaker baru.
2. Kerana sudah tersangat terdesak dengan arahan dan tindakan Speaker yang menghalau 10 orang ADUN yang telah digantung oleh jawatan Kuasa Hak dan kebebasan, dalam keadaan itu adalah prosuder biasa yang dijalankan oleh Speaker Sivakumar menyusun kedudukan dewan sebelum kembali ke Bilik Diraja mempersilakan DYTM Raja Muda Perak untuk merasmikan dewan.
Disitulah kekecohan yang berlaku dan saya tegaskan bahawa sesunggunya dewan belum lagi bermula, namun BN bertindak seperti "basuh dulu baru berak" dengan kononnya melucutkan jawatan Sivakumar dan melantik speaker haram Ganesan.
Tindakan kebudak-budakan inilah yang sedangkan dipertahankan oleh ganesan dan BN, dan hanya orang yang tidak cerdik sahaja yang akan percaya dengan dakwaan itu.
Kemuncak dari itu bila DUN Perak pada suatu masa mempunyai 2 Speaker, akhirnya Speaker yang sah di angkat keluar oleh "samseng" upahan yang dibawa dari luar bagi menjayakan niat jahat BN tersebut.
3. Kalaupun diandaikan perlucutan jawatan Sivakumar berlaku dan perlantikan Ganesan sah, manakah minit perjalanan yang dipanggil penyata rasmi yang boleh mebuktikan Ganesan telah dilantik dengan sempurna termasuklah upucara mengangkat sumpah.
Dengan ini saya mengesahkan bahawa ganesan tidak melaksanakan upucara mengangkat sumpah yang sepatutnya seperti yang di nyatakan dalam Perakra 5.(1) Perintah-perintah Tetap DUN Perak iaitu :-
"Sumpah yang hendak dilafazkan mengikut seperti yang disebutkan dalam perenggan (1) Fasal xlvii bahagian I. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak hendaklah dijalankan oleh Setiausaha Dewan dan tiap-tiap kali yang mengangkat sumpah hendaklah menurunkan tandatangan dalam sebuah buku yang akan disimpan bagi tujuan itu oleh Setiausah Dewan"
Saya mengesahkan Setiausaha Dewan pada masa itu, Abdullah Antong Sabri tidak berada di tempat sidang haram melantik Speaker dan dihadapan siapakah lafaz sumpah itu dilafazkan? Melainkan BN akan berbohong mengatakan Abdullah Antong berada disitu semasa sumlah diadakan.
Demikianlah 3 alasan saya bahawa Ganesan adalah speaker haram yang sekarang ini menyamar sebagai speaker , dengan itu saya mendesak supaya beliau dengan segera berundur dan mengosongkan pejabat Speaker yang didudukinya kerana ianya adalah harta rakyat yang telah disalah guna.
Sekian terima kasih....
Kenyataan media/ 16 Okt. 2009
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak pakatan Rakyat/
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak.
“Jika saya kata ...mara... nescaya mereka mara , at 16.10.09,
KUANTAN — “Jika saya kata ...mara... nescaya mereka mara tetapi memandadangkan strategi kita elakkan provokasi, saya kata kepada mereka (Pemuda PAS)...undur...maka mereka undur,” cerita Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan at-Tantawi.
Beliau menceritakan pendekatan yang beliau ambil dalam pilihan raya Kecil bagan Pinang, selepas berdepan dengan provokasi para juru kempen Umno.
Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang telah berakhir pada Ahad, 11 Oktober yang lalu dengan kemenangan berpihak kepada BN. Pilihanraya kecil ini juga telah menyaksikan berlakunya beberapa insiden pergaduhan dan kekasaran yang tidak diingini.
Bagi Nasrudin, yang telah merasai dan melalui pengalaman berpilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil sejak 1985 lagi, Bagan Pinang adalah paling bersejarah baginya kerana menjadi medan pilihanraya yang paling kotor dan tercemar akibat aksi-aksi ganas dan provokasi melampau.
Ujar Nasrudin, ia tidak menghairankan jika berlaku dua puluh atau tiga puluh tahun dahulu, seperti banyak diceritakan oleh veteran-veteran politik kepadanya, kerana ketika itu tahap pendidikan politik sememangnya rendah.
Tetapi keluh Nasrudin, amatlah malang selepas setengah abad merdeka dengan kebanyakan rakyatnya berpendidikan, apatah lagi dengan kewujudan universiti dan graduan yang melata, tahap pendidikan politik rakyat Malaysia masih sama seperti dahulu.
Sepatah kata Nasrudin, kita masih menggunakan hujah kekuatan, bukan kekuatan hujah!
Bagi pihak PAS, Nasrudin amat berharap yang partinya akan dapat melakukan sesuatu selepas ini dalam menghindari sebarang keganasan dari berlaku sewaktu pilihanraya. Kepada lawannya, iaitu Umno dan BN, Nasrudin sempat menyeru, selaku parti pemerintah, mereka sepatutnya mampu bertindak secara lebih positif dalam menyediakan medan politik yang lebih tenang, aman, sejahtera dan harmoni.
Nasrudin tegas dengan komitmennya untuk menyediakan satu suasana politik yang lebih matang, berhemah dan berhikmah, maka ahli-ahli PAS selepas ini akan sentiasa diingatkan supaya mengelakkan diri dari terpengaruh dengan sebarang bentuk provokasi.
Nasrudin memahami yang ini tidak mudah, bahkan lebih sukar dari menahan diri untuk tidak mencetus provokasi. Lalu Nasrudin mengakui ada segelintir petugas PAS yang terpengaruh dengan asakan provokasi dan bertindak-balas.
Namun secara keseluruhannya Nasrudin begitu berbangga dengan majoriti petugas PAS yang sentiasa mematuhi arahan pimpinan biarpun dalam keadaan yang tegang. Kelat wajah mereka bila diminta berundur, tetapi mereka berundur juga. Petugas yang sama yang Nasrudin percaya kalau diminta mara, nescaya mereka akan mara tanpa takut sebarang mara bahaya.
Untuk mengelak dari keadaan ini berulang lagi pada masa hadapan, semua pihak ujar Nasrudin, sama ada dari BN atau dari Pakatan Rakyat harus mengambil Bagan Pinang sebagai bahan muhasabah bagi dinilai secara bijak dan terperinci.
Keamanan yang kita ingini setiap kali munculnya pilihanraya tidak akan tercapai seandainya pihak-pihak yang terlibat tidak mendepaninya secara matang, tambah Nasrudin lagi.
Keperluan ini, terang Nasrudin amatlah penting, lebih-lebih kepada PAS sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam. Akhlak Islam haram untuk dipertaruhkan semata-mata hanya mahu memenangi sebuah pilihanraya.
Mengulas tentang kalah-menang dan pergaduhan di Bagan Pinang, Nasrudin merumuskan kemenangan yang didasari kekerasan adalah kemenangan yang tidak bermoral, sebaliknya kekalahan akibat penindasan dan penganiayaan adalah kalah yang bergaya.-Malaysian Insider