Ikuti Blog ini

Sambutan Merdeka Di Selangor: Anwar Tuntut PRU13 Bersih & Adil


Sebangsa, Senegara, Sejiwa di Selangor meriah

SHAH ALAM: Sambutan hari kemerdekaan ke-55 tahun peringkat Negeri Selangor meriah apabila lebih dua ribu rakyat negeri ini membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi.

Sambutan yang bertemakan Sebangsa, Senegara, Sejiwa telah dapat memenuhi semangat perpaduan serta keharmonian apabila pelbagai kaum tanpa mengira agama serta umur hadir untuk menyambut ambang kemerdekaan.

Dalam masa yang sama sambutan itu juga telah dimeriahkan dengan perbarisan 53 kumpulan dan 7 kumpulan pancaragam dari sekolah-sekolah di Selangor.

Manakala barisan kepimpinan Pakatan Rakyat terdiri daripada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri juga turut hadir memeriahkan sambutan tersebut.

Selain itu juga keseluruhan barisan exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) juga hadir termasuk kakitangan kerajaan yang lain.

Sambutan yang bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan disusuli dengan perbarisan serta persembahan tarian tradisional sebelum ucapan daripada pemimpin utama negeri dan Pakatan Rakyat.

Tepat jam 12 malam, Menteri Besar Selangor telah melaungkan 'merdeka' sebanyak tujuh kali disertai dengan percikan bunga api di ruang udara bandar Shah Alam.

Sementara itu, kontijen dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinobatkan sebagai johan pada acara perbarisan dengan membawa pulang wang tunai RM2,500.

MBPJ mengenakan seragam pasukan keselamatan pada waktu zaman pemerintahan Inggeris itu telah menarik minat mereka yang hadir kerana berjaya mengembalikkan nostalgia pasukan keselamatan sewaktu zaman menuntut kemerdekaan. -HD

Mesej Merdeka: Anwar tuntut PRU13 bersih dan adil

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat (PR) mahukan pilihan raya yang bersih dan adil, dan sehubungan itu, menyeru agar tidak ada sebarang "unsur penindasan" dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Berucap pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat Selangor di sini malam tadi, Anwar berkata, pilihan raya umum mestilah bersifat adil seperti yang pernah dituntut oleh Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

"Saya seru agar PRU13 nanti tiada unsur penindasan. Jadi ia mesti bersih dan adil. Inilah kebebasan sebenar yang kita mahu," katanya pada sambutan yang diadakan Dataran Kemerdekaan di sini.

Tambah beliau, kemerdekaan negara merupakan satu kebebasan yang harus dihayati oleh setiap rakyat Malaysia.

"Rakyat Malaysia harus tahu yang penjajahan dan unsur imperialisme merupakan unsur penindasan yang perlu dielakkan terutama sekali dalam PRU13," tegasnya.

Beliau yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor berkata, erti kemerdekaan harus dihayati oleh generasi muda.

"Saya menyeru agar generasi muda negara ini menghayati erti kemerdekaan negara kerana budaya menghayati semangat merdeka harus ditentukan oleh rakyat sendiri," katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertekad untuk memperoleh kemenangan dalam PRU13 dan itu sebabnya kerajaan-kerajaan negeri pimpinan (PR) iaitu Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah bersetuju menggunakan Sebangsa, Senegara dan Sejiwa sebagai tema menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini.

Menurut Khalid, tema ini wajar disebarkan sebagai usaha menggalakkan bukan saja rakyat di negeri pimpinan PR, tetapi semua negeri lain agar sentiasa bersama dan bekerjasama untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu.

"Setiap warga negara juga wajar sama-sama menikmati hasil sumber negara ini, bebas bergerak dan bersuara sebagai rakyat yang sudah merdeka tanpa dikurangkan hak semata-mata perbezaan kaum,agama atau fahaman politik," katanya semasa.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang apabila berlaku ketidakadilan dari segi ersamaan hak terhadap negeri-negeri dipimpin PR.

"Kita dapat lihat berlaku keadaan yang tidak adil apabila Kelantan tidak mendapat hak mereka sendiri dan sering gagal menerima bantuan daripada Kerajaan Pusat," katanya.

Beliau turut menegaskan yang rakyat Malaysia berhak mendapat layanan adil dan sama rata dalam menikmati limpahan daripada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara tanpa sebarang diskriminasi.

"Saya turut bersyukur kerana walaupun pembangunan negeri PR dinafikan oleh Kerajaan Pusat, namun ekonomi dan pembangunan negeri di bawah pimpinan PR menunjukkan peningkatan dari segi rizab negeri dan nilai pelaburan," ulasnya.

Sebanyak 56 kontinjen menyertai perarakan pada sambutan malam tadi, terdiri daripada badan kerajaan negeri, badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan di negeri Selangor.
-SH





Kerajaan PAS Kelantan dapat dipertahankan


KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan dapat dipertahankan pada Pilihan raya Umum ke-13 berikutan prestasi meningkat kerajaan itu sejak 22 tahun lalu.

Penasihat Darussalam, Datuk Ismail Kamus, memberitahu keadaan lebih meyakinkan berikutan pihak lawan, Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin merudum sehingga gagal menawan hati rakyat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan itu selepas pertemuannya dengan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan santai itu diadakan di JKR 10 petang semalam.

“Insya Allah kita yakin rakyat Kelantan akan memilih perjuangan Pakatan Rakyat berbanding BN di Kelantan dan akan terus mengekalkan kedudukan kerajaan negeri yang ada hari ini,” ujarnya.

Sambungnya, pada masa yang sama pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja di Kelantan berada pada kedudukan yang baik, sebaliknya di negeri lain.

Jawatankuasa Darussalam seramai 15 orang mengunjungi pimpinan peringkat negeri untuk bertanya khabar khususnya sempena Aidilfitri ini.

“Kami rasa syukur sebab pimpinan kita alhamdulillah sihat,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Tuan Guru menegaskan tidak ada sebab lagi rakyat ingin menolak pentadbiran kerajaan Kelantan hari ini kerana bebas dari gejala rasuah.
Katanya, pentadbiran yang rasuah, zalim sudah tentu ditolak rakyat.

“Jadi rakyat Kelantan yang sememangnya pandai menilai sejak sekian lama dapat membuat pilihan yang baik dan tepat nanti,” ujarnya. -Hrkh

PANAS: Depa nak kacau Pak Samad pulak...

Pak Samad isytihar 'Janji Demokrasi' berjaya

Tidak cukup dengan larangan polis, Dataran Merdeka malam ini ditutup untuk sebarang aktiviti, sekali gus menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan "Janji Demokrasi" mereka.

Bagaimanapun, tidak jauh daripada itu, di Jalan Sultan, sekumpulan aktivis dan penduduk yang menentang pembinaan MRT di kawasan mereka sudah mula berkumpul.
Di Shah Alam pula, kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat juga berkumpul untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dengan cara mereka tersendiri dengan tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

DATARAN Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam perhimpunan di malam ini.
"Tiada kejadian yang tidak diingini malam ini. Itu kita akan siasat kemudian (jika langgar undang-undang)," katanya mengulas bacaan puisi Pak Samad sekitar jam 11.45 malam berdekatan bangunan DBKL.
Katanya, tiada tangkapan dibuat, kecuali terhadap dua remaja yang didapati membakar mercun.

Jumlah kekuatan anggota yang bertugas malam ini adalah seramai 205 orang dari Dang Wangi dan Bukit Aman, katanya.

Pak Samad isytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta.

Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.
"Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting. 
"Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya.
Malaysiakini menganggarkan sebanyak 10,000 orang hadir.- M'kini

[VIDEO] Janji Bersih Berjaya, PR Ke Putrajaya Hampir Pasti Jadi Kenyataan (updated)



Peserta Non Muslim Janji Bersih Kibar Bendera PAS..








Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam , demikian lapor harakahdaily.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka.

Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana.

"Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara.

"Pengorbanan dan sumbangan tentera dan polis serta rakyat menentang komunis dan penjajahan perlu mendapat dokongan semua," kata Anwar dalam ucapannya.

Sementara itu malaysiakini melaporkan Pak Samad mengisytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta.

Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.

"Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting.

"Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya.

Themalaysianinsider pula melaporkan Pak Samad dilihat menangis selepas membaca puisi tersebut.

Sejurus selesai membacakan puisi berkenaan, peserta yang majoritinya berbaju T kuning turut melaungkan janji demokrasi.

Sementara menanti detik 12 malam sambutan ambang Kemerderkaan, peserta turut melaungkan “Merdeka”, “Bersih” dan juga turut menyanyikan lagu “Tanggal 31”.

Keadaan di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dengan pihak polis turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan.

Situasi bertukar sedikit tegang apabila sekumpulan Mat Rempit mula membuat bising di lokasi peserta perhimpunan berkenaan berkumpul akibat laluan yang tertutup.

Keadaan bagaimanapun terkawal beberapa minit kemudian selepas ada di antara peserta yang membuka laluan dan menjaga lalulintas untuk membolehkan kumpulan penunggang motosikal tersebut melepasi lokasi perhimpunan Gabungan Janji.

Terdapat juga segelintir peserta yang dilihat membakar mercun dan bunga api sebaik sahaja tepat jam 12 malam.

Perhimpunan tersebut juga tamat sejurus pemimpin-pemimpin mereka melaungkan “Merdeka”, dan mereka kemudiannya meninggalkan lokasi perhimpunan berkenaan.

Keadaan di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagaimanapun masih lagi dalam keadaan terkawal dengan pihak polis dan penguasa DBKL turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih seperti pembersihan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, kempen pilihan raya sekurang-kurangnya 21 hari, akses media yang adil kepada semua, pihak kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

JANJI DEMOKRASI (AMBANG MERDEKA 2012)

Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning -- diri kita yang sejati --
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: "Janji Demokrasi!"
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!

Pak Samad
28 Ogos 2012









BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!!......MENGAPA BUDAK INI TAK MAU BERSALAM DENGAN ROSMAH MANSOR???


BIAR GAMBAR BERBICARA

Suasana yang dirakam di rumah terbuka Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya semalam.

Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan

(Orang ramai berbaju kuning di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka)

KUALA LUMPUR: Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka.

Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana.

"Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara.

"Pengorbanan dan sumbangan tentera dan polis serta rakyat menentang komunis dan penjajahan perlu mendapat dokongan semua," kata Anwar dalam ucapannya.

Berikut adalah gambar-gambar mereka. -Hrkh


(Berhampiran Dataran Merdeka)

(Di Dataran Merdeka)

(Berhampiran Dataran Merdeka)

(Mohamad Sabu di Dataran Merdeka)

(Datuk Samad Said antara yang mendapat tumpuan di Dataran Merdeka)

(Polis membuat sekatan di Dataran Merdeka)

(Tan Sri Khalid berucap di Stadium Shah Alam)
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .