Ikuti Blog ini
Minyak naik lagi - Rakyat didahulukan, minyak dinaikkan. ,Isnin, Ogos 31, 2009 at 31.8.09,
Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.
Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.
LovePerak : Undilah Barisan Nasional, Rakyat didahulukan, minyak dinaikkan.
Perutusan Kemerdekaan 52 Tahun Malaysia oleh Presiden PAS , at 31.8.09,
Perutusan Hari Kemerdekaan Negara Ke-52 Presiden PAS
Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.
Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.
Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.
Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.
Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.
Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta’ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.
Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.
Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.
Dan ‘obor’ kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi’e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub’ie yang terkenal.
Kata Rubie, ”Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT”. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat”.
Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.
Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.
Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.
PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.
Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini.
Sekian, Wassalam
ERTI KEMERDEKAAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM , at 31.8.09,
Rakyat Nilai SPR Selasa Ini , at 31.8.09,
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.
SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.
"Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi.
Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau.
Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif - dari Umno-BN - digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUNtanpa kebenaran Speaker.
Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.
Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.
Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.
Sejak Pilihanraya Umum yang lalu, negara telah mengharungi lapan kali pilihanraya kecil dan daripadanya, tujuh telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. BN hanya memenangai satu iaitu di Batang Ai sarawak.
UMNO BN telah lama mengelak untuk berpilihanraya kerana mengetahui arus kebangkitan rakyat semenjak pilihanraya umum ke 12 tahun lalu tidak memihak kepadanya, apa tah lagi parti-parti komponen BN terutama MCA, MIC dan PPP kini sedang menghadapi kemelut dan krisis yang parah yang memungkinkan kekalahan teruk BN di dalam mana-mana pilihanraya kecil ketika ini.
Nizar: Sidang DUN Perak tetap diadakan Rabu ini, Sivakumar Speaker yang sah , at 31.8.09,
Nizar: Sidang DUN Perak tetap diadakan Rabu ini
Sivakumar merupakan Speaker sah, tiada pihak harus halangnya
PETALING JAYA: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan tetap diadakan Rabu ini walaupun disifatkan sebagai tidak sah oleh Speaker diiktiraf Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
“Sidang DUN Perak akan diadakan seperti yang telah ditetapkan dan sebagaimana notis yang telah dikeluarkan sebelum ini,” kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.
Jelas Nizar, sidang DUN akan tetap diteruskan sebagimana telah dimaklumkan oleh V. Sivakumar “selaku Speaker yang sah” dalam notisnya.
“Sivakumar merupakan Speaker yang sah. (Datuk) Ganesan bukan Speaker,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang.
Oleh itu kata Nizar, Ganesan tidak boleh menghalang mana-mana ADUN daripada menghadiri sidang kali ini.
Ketika ditanya kemungkinan akan ada usaha menghalang sidang yang dimaksudkan itu sebagaimana pernah disaksikan 3 Mac lalu, Nizar memberitahu, usaha sedang diambil oleh Sivakumar untuk mengelakkan suasana sedemikian.
“YB Sivakumar sudah memohon kepada mahkamah agar dikeluarkan satu perintah bagi menghalang mana-mana pihak eksekutif daripada mengadakan halangan,” katanya.
Permohonan itu telah dibuat baru-baru ini dan diharap keputusan akan diperoleh Selasa ini, katanya lagi.
Semalam, Datuk R. Ganesan, Speaker yang diiktitaf Barisan Nasional (BN) berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.
Ganesan menegaskan, tindakan Sivakumar yang juga ADUN Tronoh memanggil sidang itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.
Menurut Nizar, notis untuk mengadakan sidang DUN perlu dikeluarkan 14 hari sebelum persidangan dan ia “telah diterima lebih awal daripada itu.”
Pada Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan notis sidang DUN tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).
Bagaimanapun ia dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok berhampiran DUN.
Merdeka!!! , at 31.8.09,
Perutusan Hari Kemerdekaan oleh YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Bin Jamaluddin
Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dalam perutusan kemerdekaannya kepada PerakExpress menekankan supaya rakyat Malaysia - secara amnya dan rakyat Perak secara kususnya - untuk cuba membebaskan diri masing-masing dari belenggu penjajahan minda yang disebarkan oleh barat melalui fahaman assabiyyah.
Katanya, “dalam kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 52 ini, hendaklahkita bebaskan (diri kita) dari penjajahan yang ke dua. Pejajahan yang pertama ialah apabila negara kita dijajah oleh orang asing khususnya dari negara barat, tetapi hari ini masih lagi kita dalam suasana dijajah pemikiran oleh puak-puak barat melalui Umno/Barisan Nasional (UBN).”
Sila lihat video untuk perutusan penuh.
“Adakah Allah Ta’ala tidak tahu politik, tidak tahu ekonomi dan tidak tahu hal-hal manusia ?” ,Ahad, Ogos 30, 2009 at 30.8.09,
KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Allah SWT telah memberikan amaran yang keras didalam kitabNya al-Quran, sesungguhnya manusia akan mengalami kehidupan yang pincang sekiranya meninggalkan hukum-hukum-Nya.
Beliau berkata, tujuan Allah Ta’ala menurunkan al-Quran adalah sebagai petunjuk kepada manusia seluruh alam, dalam semua perkara yang berkait dengan urusan manusia.
“Apa yang kita lihat hari ini kes gejala-gejala sosial, jenayah yang semakin merebak, rasuah berleluasa, kemelesetan ekonomi melanda Negara dan kemusnahan politik.
“Semua itu berpunca kerana manusia mencari petunjuk yang selain daripada al-Quran,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Jamaie anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Negeri Terengganu, di sini semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan masyarakat Melayu bahawa al-Quran bukan sekadar hanya untuk dibaca bagi mendapatkan pahala semata-mata.
Katanya, ia adalah kerana al-Quran merupakan panduan lengkap kehidupan dalam semua urusan termasuk cara hidup, makan minum, berpakaian, rumahtangga, bermasyarakat, berpolitik dan berekonomi.
“Orang Melayu bila sebut politik mereka anggap tidak ada kena-mengena dengan agama.
“Dan banyak di kalangan masyarakat kita (Melayu) ingat al-Quran hanya untuk dibaca dan mendapat pahala sahaja.
“Adakah Allah Ta’ala tidak tahu politik, tidak tahu ekonomi dan tidak tahu hal-hal manusia,” soalnya.
Justeru itu, Ustaz Abdul Hadi menjelaskan ibadat puasa sebenarnya mengajar umat Islam bertaqwa kepada Allah SWT.
Maka, katanya selepas bulan Ramadan ini akan diuji sejauh mana umat Islam dapat mengikuti al-Quran dalam membina peribadi muslim.
Hadir sama pada majlis tersebut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS negeri, To’ Puan Seri Hajah Zainab Awang, Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS negeri Terengganu, Abdul Haris Malek dan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Sapinah Jusoh.
Noh Omar Pergi Sekolah Agama Tak..? , at 30.8.09,
Kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Noh Omar yang berjanji akan membantu penduduk Seksyen 23, Shah Alam untuk mendapatkan perintah injuksi daripada mahkamah dilihat sebagai menipu rakyat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, tindakan Noh itu dilihat sebagai tidak sensitif terhadap keperluan orang bukan beragama Islam dan orang Islam itu sendiri.
Noh Omar ni dulu sekolah agama kat mana yea...? Mungkin di The Summit kot... pasal tu berdenggung semacam jer...
DS Nizar : Tokoh yang berwibawa , at 30.8.09,
Nizar membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin yang sangat berkemampuan.Cakapnya berisi dan teratur.Penuh semangat dan berkeyakinan.Bijak berbicara dengan menggunakan pelbagai bahasa , lancar dan faseh sebutannya jelas dan lancar walaupun tanpa menggunakan teks ucapan sebagaimana pemimpin -pemimpin lain.
Inilah kelebihan kehebatan DS Nizar - seorang tokoh Pakatan Rakyat yang punya kewibawaan dan integriti yang kalau mahu dibandingkan dengan Zambry .... jauh panggang dari api.
Tapi Zambry tu tetap degil orangnya, tetap mahu mendekatkan dirinya dengan api...tengok apa sudah jadi dengan dirinya...alahai!
PERANGAI PELIK MINGGU INI - DIA ANJUR KEMUDIAN DIA KUTUK PULAK , at 30.8.09,
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan tersebut tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum.
"Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara," kata Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN, dalam satu kenyataan hari ini.
"Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan.
Ketua Pemuda UMNO Selayang..? dok sebok hal dekat Shah Alam apahal..?
Tengok dalam rakaman video dekat bawah... mamat ni yang pakai baju kaler merah kusam sebelah kiri... (diakhir rakaman)...
Sempena merdeka...Rakyat Didahulukan , at 30.8.09,
Pas tunggu kemenangan ke-8
SHAH ALAM - Pas akan memastikan momentum kemenangan Pakatan Rakyat (PR) akan berterusan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil di kawasan tersebut diadakan dalam masa terdekat.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, menjadi hasrat parti itu mahu melihat Barisan Nasional (BN) tumbang buat sekian kalinya setelah mengharungi lapan pilihan raya hanya sekali kemenangan.
“Pas tidak meminta pilihan raya itu, kerana kesilapan yang dilakukan wakil rakyat BN, kemungkinan terjadi pilihan kecil ada.
“Pas akan memastikan kerusi ini akan bertukar milik dari BN dan akan menjadi kekalahan yang kelapan buat parti itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas persiapan parti itu bagi menghadapi pilihan DUN Kota Siputeh jika SPR menetapkan pilihan raya kecil diadakan berikutan ketidakhadiran wakil rakyatnya dalam dua persidangan DUN Kedah.
Sebelum ini, SPR memutuskan pihaknya akan mengumumkan status kerusi itu sejurus tamat pilihan raya Permatang Pasir 25 Ogos lalu.
Salahuddin berkata, pihaknya kini sudah memperkemaskan jentera-jentera parti di kawasan itu dan hanya menunggu keputusan SPR.
“Yang jelas ‘mood’ rakyat akan berterusan di DUN Kota Siputeh, ia jelas mesej yang disampaikan Datuk Seri Najib, termasuk gagasan 1 Malaysia tidak diterima rakyat,” katanya.
Pada pilihan raya umum lalu, Datuk Abu Hasan mewakili (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon Pas, Ismail Wan Teh.
Setelah 26 Tahun, Baru Puak Umno Melalak!!!! ,Sabtu, Ogos 29, 2009 at 29.8.09,
Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api. "Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pula mengecam tindakan pihak yang menconteng dinding dan saluran paip dengan perkataan ‘Khalid Rodziah Pengkhianat Bangsa’ di sekitar kawasan pejabat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail di Seksyen 23, semalam.“Kalau UMNO tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng,” demikian kata Khalid seperti yang tercatat di blognya.
Pengerusi jawatankuasa, Mahyuddin Manaf berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam. "Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23."
Isa: Ada beberapa soalan kepada malaun-malaun umnGok ni;
1) Setelah 26 tahun penduduk Seksyen 19 menyuarakan isu kuil ini, mengapa kerajaan BeEnd yang memerintah sebelum ini tidak mengambil tindakan. Apa yang Muhammad Taib, Abu Hassan dan Khir Toyo buat selama mereka menjadi Menteri Besar Selangor dulu.
2) Di mana menghilangnya suara Mahyuddin Manaf sebelum ini? Kenapa tidak berdiri bersama-sama penduduk Seksyen 19 yang membuat bantahan sebelum ini.
3) Pemimpin mana yang mengajar Mahyuddin Manaf dan puak UmnGok semua menjadi biadap? Bukankah Pemimpin UmnGok sendiri? Siapa dalang di sebalik provokasi ini?
4) Walau seteruk mana sekalipun pihak PR membuat demonstrasi, tak ada pula sampai menconteng dinding dan paip/saluran air. Adakah kerja-kerja vandalisme ini salah satu didikan dan ajaran dalam parti UmnGok? Bodoh piang punya makhluk...
Cukuplah empat soalan kepada puak umnGok jahiliyah yang buta sejarah bermulanya kawasan perumahan Seksyen 19 ini. Melalak macam anjing kurap untuk meraih simpati.
Kalau korang nak tambah soalan cepumas kat puak munafikun ni, korang tambahlah...
Semenjak umnGok mula pandai berdemonstrasi ni... apa yang diorang rasa agaknya yeaaaaa...? Dan yang aku paling getik sekali ialah kenyataan Mahyuddin Manaf, Jika dikaitkan dengan isu arak... apa yang puak bangsat ni buat apabila arak dijual dalam kawasan 80% penduduk beragama Islam? Tak pula diorang membantah..., sekarang ni baru nak bercakap dan nampak adanya ramai penduduk Islam...???? Beruk pun garu kepala kalau pandai membaca kenyataan mangkuk ni.
Eeee.... gelinya aku dengan sikap cakap tak serupa bikin puak umnGok ni....
UMNO Kena Petaka Lembu , at 29.8.09,
Harapan menggunung untuk mendapat pengiktirafan terhadap pelan dan perbuatannnya sebaliknya kutukan dan ejekan serendah-rendahnya yang diterima. Begitulah apa yang terjadi dengan setiap sentuhan Umno sekarang. Sentuhan kecundang penuh dengan kemusnahan.
Kalau tidak kekalahan yang diterima, malapetaka berpanjangan menjelma. Itulah yang terjadi kepada segala pelan segala tindakan tidak kira daripada penyokong mahu pun pendokong Umno kebelakangan ini.
Sikap Kluk Klek macam Lok Lik ini dilabelkan sebagai “Dok Makang sSamang” di Terengganu Lening. Lembu tidak bodoh, tetapi yang bodohnya ialah perbuatan penyokong Umno yang sangka mereka mengheret kepala lembu membangkang pembinaan kuil adalah satu perbuatan cerdik.
Kalau di PRK Permatang Pasir, Umno menggunakan Adun PKR untuk berkempan. Sebaliknya di seksyen 19 dan 23 Umno menggunakan kepala Lembu pulak sebagai bahan kempen. Tak ade ke menteri yang mahu kemuka dan menafikan pembabitan Umno dalam menggunakan kepala lembu untuk kepentingan parti?
Kalau demonstrasi itu dilakukan oleh kumpulan pembangkang, sebelum keluar rumah polis sudah pun bertindak. Kenapa polis hanya memerhatikan sahaja mereka yang memperbodohkan diri melakukan demonstrasi sehingga Perdana Menteri terpaksa campur tangan dengan mengarahkan ketua Polis Negara mengambil tindakan segera. (Pecah Bol, maknanya tangkapan semasa demonstrasi sebelum ini, inikah yang berlaku)
Tidakkah seeloknya sebelum sesuatu tindakan bersabit agama Hadhari terlebih dahulu dirujuk kepada pihak berwajib? Apa guna melantik Tun Abdullah Badawi sebagai Penasihat IKIM jika nasihat beliau dalam bab-bab lembu. Atau pun menghubungi Mantan Tun Dr M yang penah bersembahyang di dalam Kaabah untuk meminta syafaatnya mengenai perbuatan ini?
Sekarang yang bodoh bukannya lembu tetapi Umno.[SinarHairan]
Same tapi tak serope , at 29.8.09,
Kala diperati dan diteliti kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri yang sorang dari Perak sorang lagi dari Kedah ni perlakuan deme macam adik beradik, muka pulak memang seiras macam adik beradik, boleh berpakat pulak tu keluar dari PR
Diantara persamaan di antara mereka berdua ialah seperti berikut:
1.ADUN menang atas tiket PKR
2. Bekas Pekerja Pos Malaysia Berhad
3.Katak Lompat dari PKR ke Bebas ( UMNO yang sebenornye)
4. Melompat sebab nak pejuangkan ketuanan Melayu????
5.Seekor bernama Jamaludin bin Mohd Radzi dan seekor lagi Mohd Radzi bin Salleh
6. Kedua-duanya Bekas Exco Kerajaan Negeri
7. Antara alasan mereka melompat adalah kerana hilang kepercayaan mereka kepada pimpinan tertinggi PKR dan perjuangan PKR telah menyimpang dari landasannya.
Ate che kome senaraikan ape lagi persamaan deme berdue, ape yang terpikior oleh teman lepaih ni PKR ataupun Pakatan Rakyat kene fikior berjuta kali kala nak mencalonkan bekas pekerja dari Pos Malaysia Berhad, sebab udah dua ekor katak lompat adalah berasal dari sane. Biole lepaih ini Pakatan rakyat memilih calon yang punya intergriti dan berkarisma, jangan lagi main tangkap muat aje.
Keme orang bawahan dan rakyat marhaen ni kala boleh yor le pimpinan kami macam Dato Seri Ir Nizar ke atau Lim Guan Eng atau paling tidak macam Dr. Lolo ke atau Saifudin Nasution ke. Nak mintak calon macam Tok Guru Nik Abdul Aziz, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi memang kate orang German "impossible".
Agaknye ape yang menyebabkan deme dan rakan-rakan katak lompat yang sewaktu dengannye melompat masuk ke dalam kem UBN adalah macam lagu di bawah ni:
lompat si katak lompat.....
lompat lah tinggi tinggi
lompat lah belah sini
dapat duit berguni-guni
lompat si katak lompat
lompat lah tinggi-tinggi
dah dapat duit berguni-guni
boleh mike semue tambah bini
he he
Kalau Berani Rampas Secara Demokrasi, Tak Payah Main Api Perkauman Seperti Ini , at 29.8.09,
Jika Umno nak sangat merampas kembali kerajaan Selangor, ambillah secara demokratik. Ambik balik dalam pilihan raya. Janganlah sesudah digunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apa yang dihajatkan tak tercapai, api perkauman pula hendak dinyalakan.
Janganlah apabila model rampasan kuasa di Perak tidak boleh digunakan di semua tempat, nak dinyalakan pula api perkauman.
Jangan main politik 2009 macam main politik 1969. Semua orang tahu siapa yang cetuskan rusuhan 13 Mei 1969. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lagi tau. Lihat bukunya, sebelum dan sesudah 13 Mei.
Kelantan perluas tazkirah guna stesen radio ,Jumaat, Ogos 28, 2009 at 28.8.09,
Ianya sebgai usaha kerajaan negeri menyebar luaskan dakwah kepada masyarakat khasnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dapat mengikuti siaran itu.
Menurut Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan negeri Kelantan Abdul Rahman Yunus, tazkirah akan disampaikan oleh pimpinan negeri termasuk Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Speaker Dun Ustaz Nasruddin Daud, Exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan negeri dan juga Ketua Polis Negeri.
Siaran tazkirah tersebut dapat diikuti setiap hari sepanjang Ramadhan pada jam 7.30 pagi, 2.00 petang, 4.00 petang dan 7.05 petang pada frekuensi 90.6 MHz di Kelantan, 102.00 MHz di Terengganu dan 95.1 MHz di Pahang.
Abdul Rahman juga berkata sebelum ini siaran tazkirah tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya melibatkan Menteri Besar Kelantan sendiri apabila pihak Urusetia kerajaan negeri menerima panggilan talipon dari seluruh negeri.
"Saya berharap penduduk di negeri ini mengambil kesempatan untuk mendengar program tazkirah yang disampaikan oleh pimpinan kerajaan negeri sempena bulan Ramadhan ini," ujar beliau.
Dalam perkembangan lain, seramai 60 warga miskin Kota Bharu telah dipilih oleh Jawatankuasa Pembangunan Masjid Kota Darulnaim untuk menerima sumbangan RM100 setiap orang bagi meringankan beban sempena bulan Ramadhan.
Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa masjid tersebut Ir.Mohd Ariff Fahmi Abdul Rahman ketika ditemui di majlis Perasmian Sambutan Ihya Ramadhan peringkat Kompleks Kerajaan negeri Kelantan berkata, seperti di tahun-tahun lepas, masjid yang terletak dipinggir pagar komplek kerajaan negeri tersebut akan menyediakan program tazkirah pada setiap hari bermula jam 12 tengahari dan berharap kakitangan kerajaan dapat mengambil menafaat tersebut.
Perasmian Ihya Ramadhan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat,turut hadir,Setiausaha Kerajaan Negeri,Dato'Aiseri Ilias,Pegawai Kewangan Negeri Mohd Faudzi Mat Jusoh, Exco negeri,Wakil-Wakil Rakyat, Ketua jabatan dan kakitangan kerajaan negeri dan swata.
Dato'Aiseri Ilias ketika berucap berkata kakitangan kerajaan dari peringkat tinggi hingga bawah seharusnya memainkan peranan penting dalam masyarakat setempat iaitu seperti melibatkan diri dengan aktiviti masjid maupun masyarakat tempatan.
"Saya yakin kakitangan kerajaan negeri Kelantan dapat melakukan aktiviti harian yang baik kerana mereka ini juga sedikit sebanyak mempunyai pengaruh dalam masyarakat," katanya.
Sementara itu Tuan Guru semasa menyampaikan tazkirah pertamanya berharap pada tahun ini rakyat negeri ini dapat menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan meraikan Al-Quran kerana Al-Quran telah diturunkan pada bulan yang mulia ini.
"Kita sering menyambut puja umur (hari lahir) manusia seperti isteri,anak-anak kita, Pemimpin Negara kita juga sambut hari kelahiran Nabi Muhammad saw, oleh itu bulan Ramadhan ini kita pakat-pakat (ramai-ramai)sambut kedatangan Al-Quran iaitu dengan membacanya seberapa banyak yang boleh,bertaddarus maupun mentafsirkannya," kata beliau.
Beliau juga berharap perubahan perlu diadakan di setiap masjid negeri ini iaitu dengan menyediakan imam-imam atau penceramah agama dari pelbagai kaum seperti kaum Tionghua dan India.
"Kalaulah kaum ini juga diterima sebagai penceramah di masjid-masjid,nescaya kita akan lebih memahami masalah kaum mereka dan ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama kaum di negeri ini," katanya lagi.
Nik Aziz juga berkata tanggapan orang ramai yang mengatakan bulan Ramadhan hanya untuk berpuasa sahaja perlu dikikis kerana Ramadhan meliputi pelbagai program yang sudah diatur oleh Allah swt seperti setiap amalan dilipat gandakan ganjarannya, perbanyakkan sedekah,melakukan amalan solat sunat,membaca Al-Quran dan pelbagai lagi perkara yang berfaedah.
Bagi memperkemaskan lagi institusi masjid, beliau berkata jawatankuasa Masjid perlu menjemput rakan-rakan dari kaum lain yang belum Islam seperti di majlis sambutan Maulidurrasul,Israk Mikraj,Sambutan Awal Muharram yang sering diadakan di masjid.
"Mereka ini memerlukan pendedahan yang sebenarnya terhadap kemurnian agama Islam yang tidak mengamalkan sebarang keganasan, bila mereka ada bersama,mereka akan dapat melihat dengan jelas keadaan yang sebenar berlaku di masjid,Masjid bukan hanya tempat bersembahyang semata-mata,"katanya lagi.
Majlis berkenaan dihadiri lebih 300 orang termasuk dari masyarakat India dan Tioghua.Kemana menghilangnya program Ehya Ramadhan di Perak? , at 28.8.09,
Program yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaludin bermula pada 15 Ramadhan sehinggalah berakhirnya Ramadhan.
Acara akan dimulakan dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai, solat Maghrib, Isyak dan bertarawih secara berjemaah.
Selepas selesai bersolat tarawih, majlis tazkirah pula menyusul yang disampaikan oleh
penceramah-penceramah yang diundang khas dari seluruh pelusuk negara. Diantara penceramah yang hadir pada tahun lalu ialah Ustaz Nasaruddin Daud, Ustaz Halim Hassan, Ustaz Datuk Mohd Nor Mansor Al-Hafiz, Ustaz Kamal Ashaari, Ustaz Nor Azli Musa, Ustaz Dr Badrul Amin dan beberapa penceramah yang lain.
Program ini berjaya menarik kehadiran ratusan penduduk Ipoh untuk bersolat berjemaah walaupun sekadar di bawah khemah dan berlantaikan papan dan tikar namun setiap malam para hadirin semakin ramai yang datang ke sini untuk berjemaah.
Pihak penganjur juga menyediakan segala kemudahan untuk berwudhuk, tandas, juadah berbuka (moreh), dan sistem siaraya yang begitu baik. Daripada segi keselamatan pula, pasukan Unit Amal Pas Ipoh berjaya memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Rata-rata para jemaah yang datang amat berpuas hati dan menaruh harapan yang tinggi agar program ini dapat diadakan setiap tahun.
Tetapi itu semua kini hanyalah tinggal kenangan. Segala-gala perancangan yang membawa masyarakat negeri Perak mendekati dan menghayati erti sebenar Ramadhan telah lenyap dengan rampasan kuasa yang zalim.
Tahun ini tiada langsung kedengaran program yang seakan ehya Ramadhan dianjurkan kerajaan bn perak di mana-mana pun.
Rakyat tidak disatukan lagi didalam program yang mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini. Tiada lagi usaha untuk mendekatkan rakyat dengan Maha Pencipta.
Adakah anda tidak merasa bersalah kerana telah menghilangkan program ibadah daripada masyarakat Ipoh? Bersediakah anda untuk menjawab dihadapan Allah kenapa program agama dilenyapkan daripada masyarakat?
Saya tinggalkan persoalan itu untuk renungan kita semua.
Wallahu a'lam.
Rakyat makin jelak dengan dakyah,tipu helah Umno-BN , at 28.8.09,
KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Kemenangan mutlak buat Pakatan Rakyat. Rakyat makin matang dan tidak tertipu dengan dakyah Umno-Barisan Nasional (BN). Walaupun berdepan dengan pelbagai tipu helah dan taktik kotor BN, namun kemenangan jelas berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Pilihan raya kecil Permatang Pasir yang telah meletakkan Ustaz Mohd Salleh Man sebagai Adun yang sah membuktikan rakyat terutama pengundi di kawasan tersebut mulai muak dengan permainan politik yang kotor oleh Umno-BN.
Rakyat mulai sedar dan memberi mesej jelas kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa corak dan gaya yang dibawa melalui kepimpinannya bukan lagi sebagai 'candu' yang ditagih oleh rakyat.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penolakan demi penolakan rakyat terhadap Umno dalam siri pilihan raya kecil sebagai isyarat mereka tidak menerima dasar kebangsaan parti itu.
Ketika mengulas kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir beliau berkata, salah satu punca kekalahan Umno di DUN berkenaan ialah dasarnya yang bercanggah dengan Islam.
"Penolakan-penolakan yang begitu banyak terhadap Umno ni satu daripada sebabnya berpunca daripada dasar yang dibuat parti Umno. Parti yang memerintah sekarang ni tak betul dengan dasar Islam.
"Kelantan telah hampir 20 tahun guna dasar Islam dengan segala praktikalnya. Alhamdulillah dapat penerimaan daripada semua bangsa dan agama," ujar Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas mesyuarat exco di pejabat setiausaha kerajaan baru-baru ini.
Dalam pada itu, penolakan demi penolakan serta kemenangan berturut-turut yang diperolehi Pakatan Rakyat dalam siri pilihan raya kecil adalah mesej dan amanat jelas untuk Najib dan barisan kepimpinannya dalam Umno-BN bahawa politik perkauman dan pembunuhan karektor tidak lagi menjamin peratusan undi bagi mereka.
"Meskipun berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, jelas kemenangan ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan Umno-BN yang memecahbelahkan,"jelas Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan semalam.
Isu pengkhianat bangsa yang ditonjolkan oleh pimpinan BN-Umno jelas memakan diri sendiri apabila rakyat terutamanya pengundi di Permatang Pasir memberikan undi yang tidak berbelah bagi terhadap calon PAS, Ustaz Salleh Man.
Rakyat sudah boleh menilai siapa pengkhianat sebenar apabila Anwar dalam siri ceramah dan kenyataan media mendedahkan isu penjualan tanah bangsa kepada tauke judi seperti di Genting Highlands.
Bagi diri Anwar, kemenangan dalam pilihan raya ini jelas menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat.
"Ia juga hasrat mereka (rakyat) yang sentiasa bergelora mahukan perubahan dan melihat masa depan Pakatan Rakyat yang lebih gemilang,"katanya.
Apa yang jelas kemenangan di Permatang Pasir adalah tamparan hebat kepada pimpinan Najib.
Ini disebabkan dalam tempoh 144 hari sebagai Perdana Menteri keenam, rakyat mula melihat dan jelak dengan gaya yang ditunjukkan Najib dan menolak politik perkauman yang cuba dimainkannya.
"Pengundi di Permatang Pasir memberikan sokongan jelas kepada Pakatan Rakyat walaupun Umno-BN melalui kempen terdesak mereka cuba memainkan isu perkauman dan agama,"jelas Penasihat dan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang dalam blog peribadinya baru-baru ini.
Walaupun Umnno-BN cuba untuk menjadikan Permatang Pasir sebagai 'Manek Urai' yang didakwa sebagai 'kalah tetapi menang' namun, secara realitinya ia tetap sebagai satu kemenangan mutlak Pakatan Rakyat yang 'membelasah' 7-0 dalam siri pilihan raya kecil sejak tsunami pilihan raya ke-12 lalu.
Pilihan raya kecil Permatang Pasir yang merupakan pilihan raya kali kelapan diadakan selepas pilihan raya umum pada 2008. Ianya menyaksikan kekalahan Umno BN buat sekian kalinya dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4551 undi.
Calon PAS Ustaz Salleh Man mendapat 9618 undi manakala calon BN, Rohaizat Othman mendapat 5067 undi.
BN hanya menang di DUN Batang Ai sementara di DUN Penanti, mereka tidak meletakkan calon.
Dalam lapan pilihan raya kecil iaitu tiga parlimen dan lima DUN yang ditandingi jelas menyaksikan rakyat menolak Umno BN walaupun pimpinan parti itu tetap mengatakan bahawa mereka masih diterima rakyat.
Bermula di Parlimen Permatang Pauh, menyaksikan Anwar mendapat majoriti yang besar iaitu sebanyak 15,671 undi mengalahkan calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah.
Di Parlimen Kuala Terengganu pula, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi menewaskan calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Seterusnya tiga pilihan raya kecil yang berlangsung serentak iaitu di Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai menyaksikan Pakatan Rakyat menang dua daripadanya.
Di Bukit Gantang,Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengalahkan calon BN, Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi. Di Dun Bukit Selambau pula calon PKR S.Manikumar mengalahkan calon BN, Dato' S.Ganesan dengan majoriti 2,403 undi.
Manakala BN hanya menang di Dun Batang Ai apabila calonnya Malcom Mussen Lamoh mengalahkan calon PKR Jawah Gerang dengan 1854 undi.
Atas pelbagai alasan, BN membuat keputusan tidak meletakkan calon di DUN Penanti. Seterusnya di Dun Manek Urai, calon PAS tetap berjaya menewaskan calon BN walaupun hanya dengan majoriti 65 undi.Selepas MCA, MIC Pula Retak Menanti Belah , at 28.8.09,
Sekarang Siapa Mau Saya Angkat Tangan...?????
Apa yang berlaku di dalam MCA dan MIC menunjukkan BN sebagai parti yang retak menanti belah, dan UMNO kini terkai-kapai sendirian. Itu akibat dari kecelupran Muhyiddin yang menuduh parti orang lain retak menanti belah, sedangkan BNlah kini yang menghadapi masalah itu.
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata, beliau telah memutuskan hubungan dengan anak didiknya, Datuk S Sothinathan yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden parti itu pada 12 September ini.
"Saya tidak akan menerima beliau kerana beliau telah membelakangkan hasrat saya (dengan bertanding jawatan nombor dua)," katanya yang sekaligus menamatkan spekulasi beliau kemungkinan akan menerima Sothinathan selepas pemilihan parti.
"Saya tidak pernah mengiktiraf atau menyokong beliau. Saya meminta beliau supaya menyokong penyandang jawatan timbalan presiden Datuk G Palanivel, tapi beliau tidak dengar cakap saya," katanya.
Samy Vellu berkata, Sothinathan telah mengelirukan perwakilan dengan memberitahu cerita yang berlainan kepada orang yang berlainan bagi meraih undi.
"Saya yang membawa beliau ke dalam parti ketika beliau hanyalah kakitangan Koperasi Pekerja Jaya.
"Beliau telah lupa dan sekarang, apabila beliau berjumpa dengan orang-orang yang tidak menyukai saya, beliau memberitahu mereka supaya mengelak daripada saya.
"Tapi apabila beliau bertemu dengan penyokong saya, beliau memberitahu mereka yang saya seperti bapanya dan oleh itu, mereka (penyokong saya) perlu mengundi beliau," katanya.
Sothinathan, 49, penyandang jawatan naib presiden akan mencabar Palanivel dan bekas timbalan presiden, Datuk S Subramaniam bagi jawatan timbalan presiden.
Samy Vellu, yang mengiktiraf Palanivel untuk terus memegang jawatan itu berkata, politik bukan satu permainan.
"Tidak ada ruang untuk orang yang tidak serius dan memandang mudah ahli-ahli yang lain," katanya.
Samy Vellu berkata, beliau adalah orang yang melantik Sothinathan sebagai setiausaha agung parti yang membolehkannya berhubung rapat dengan perwakilan dan pengerusi cawangan.
"Saya tidak harap beliau (Sothinathan) menghargai tetapi saya tidak mahu beliau memperdaya perwakilan dan ahli-ahli parti dengan mempercayai yang beliau adalah orang Samy Vellu.
"Beliau adalah beliau yang sekarang kerana saya. Tanpa saya, beliau tidak akan menjadi Ahli Parlimen Teluk Kemang, seorang Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri.
"Beliau menjadi seseorang hari ini kerana saya dan hari ini, beliau menggunakannya (kedudukan) untuk mencemarkan nama dan kerja-kerja yang saya lakukan untuk parti," katanya.
Samy Vellu berkata, beliau mahu membina ahli-ahli pasukan dalam MIC namun Sothinathan ingin menjadi bekerja sendirian.
"Apa yang saya tahu, apabila orang yang saya didik menipu saya, saya akan menyingkirkannya dari fikiran saya dan ramai ahli-ahli MIC dan pengerusi cawangan tahu tentang ini," katanya.
Bos TV3 Pengampu No 1 !!! Cium tangan Bik Mama !!! , at 28.8.09,
Pernah tengok orang kipas tahap gaban? Pernah tengok orang ’suck-up’ tahap taliban? Pernah tengok tv dan rasa macam nak gila meroyan?
Bukan muhrim dia. Bukan sanak sedara dia, jauh lagi kakak atau mak dia. Bukan hari raya nak cium mintak maaf. Dia cuma bini kepada seorang lelaki yang berjawatan perdana menteri. Jadah hapakah Dato Farid TV3 salam cium tangan sampai ke tahap gila begitu rupa?
Ahmad Said Kecewa, ADUN BN ‘Protes senyap’ , at 28.8.09,
KUALA TERENGGANU – Tindakan kesemua wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil bahagian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 25 dan 26 Ogos baru-baru ini dilihat sebagai ‘protes senyap’ terhadap Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.
(Gambar - kerusi ADUN BN kosong semasa bantahan 'memulaukan' sidang DUN April lalu) Satu sumber memaklumkan, krisis ‘dalaman’ UMNO-BN Terengganu semakin parah malah sukar diubati lagi.
Jika persidangan DUN Terengganu pada April 2009 lalu mereka (ADUN BN) mengambil tindakan memboikot tetapi kali ini semuanya senyap membisu.
Adun-adun BN terbabit yang sebelum ini ‘berkokok’ bagaikan ayam sabung diluar Dewan, sebaliknya menjadi lesu ibarat ‘ayam berak kapur’ dalam Sidang DUN.
Mereka (Adun BN) langsung tidak mengemukakan sebarang soalan lisan atau bertulis tdan tidak mengambil bahagian dalam perbahasannya selama dua hari tersebut.
Dari 24 orang ADUN hanya wakil Permaisuri, Abd Halim Jusoh yang mengemukakan satu soalan sahaja pada hari pertama persidangan 25 Ogos 2009.
Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan wakil rakyat BN yang bersikap demikian.
Ditanya mengenai ketiadaan penyertaan wakil rakyat BN dalam mengemukakan soalan dan sesi perbahasan, Ahmad berkata beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak berupaya mengawalnya.
“Saya nak buat macam mana, saya bukan ada ‘remote control’ boleh kawal, biarlah rakyat menilainya.
“Mereka itu wakil rakyat, dewan (DUN Terengganu) bersidang tiga kali setahun. Jadi inilah masanya mereka (ADUN) kemukakan masalah dan perjuangkan hak kawasan masing-masing,” jelasnya pada siding akhbar di Tingkat 16, Wisma Darul Iman, 26 Ogos lalu.
Katanya, perbincangan telah diadakan bagi menyelesaikan masalah kemelut politik yang berlaku tetapi tidak dinafikan ada Adun-adun yang ‘berkeras’ serta enggan menyokong kepimpinannya sebagai Menteri Besar Terengganu.
“Dulu mereka tidak puas hati saya jadi Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu dan kita ganti dengan Dato’ Hishamuddin pun tidak selesai masalah.
“Mereka tidak puas hati ‘Pok Rosli’ (Dato’ Rosli Mat Hasan) jadi Setiausaha Perhubungan dan kita tukar kepada orang lain pun tidak selesai masalah.” ujarnya.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Terengganu menyifatkan masalah tersebut sukar diselesaikan sekiranya wakil rakyat itu sendiri tidak mahu selesaikan.
“Saya sendiri berusaha sedaya upaya untuk menjernihkan kembali keadaan politik negeri ini termasuk melakukan rombakan semula Umno Terengganu.
“Sebab itu, saya kata ini bukan soal saya tetapi soal mereka (wakil rakyat) dan saya rasa mereka tidak ramai. Ada tiga atau empat orang yang masih berkeras lagi,” jelasnya.
Sementara itu, Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyifatkan tindakan Adun BN yang tidak mengambil bahagian itu sebagai ‘protes senyap’ kepada Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said.
Kesemua wakil PAS mendapat pujian kerana berjaya mengemukakan banyak soalan lisan dan bertulis serta mengambil bahagian setiap kali ada perbahasan usul pada sidang Dun Terengganu kali ini.
Bahkan, langsung tidak ada gangguan seperti sebelum ini yang masing-masing cuba menunjukkan ‘jaguh’ berbahas di dewan tersebut.
Antara Adun-adun BN yang sebelum ini kuat ‘berkokok’ iaitu Adun BN Ajil, Dato’ Rosol Wahid, Dato’ Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan (Jabi), Zawawi (Kuala Berang), Mohamad Ramli Nuh (Tepoh) serta beberapa orang lagi mengambil sikap ‘protes senyap’.
MCA Retak Menanti Belah, Khabarkan Kepada Muhyiddin ,Khamis, Ogos 27, 2009 at 27.8.09,
Sejurus selepas dimaklumkan beliau akan dipecat, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyeru ahli MCA bangkit dan melawan apa yang beliau sebutkan sebagai usaha dalaman menghancurkan parti perkauman itu.
Chua dilaporkan sebagai berkata beliau yakin MCA akan mati sekiranya akar umbi parti itu tidak menzahirkan bantahan mereka kepada pimpinan tertinggi.
Timbalan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dilucutkan keahliannya malam semalam atas tuduhan mencemar imej parti dengan skandal seks beliau. Chua dalam blognya mempersoalkan tindakan jawatankuasa displin yang menghukumnya selepas 21 bulan skandal itu berlalu.
Chua berkata tindakannya memikul tanggungjawab perbuatan itu dengan melepaskan semua jawatan parti dan jawatan kerajaan adalah tidak mencukupi buat jawatankuasa displin parti. Namun bagi Chua, pemecatan beliau bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Presiden MCA Ong Tee Keat mahu kerjaya politik beliau ditamatkan.
Chua, yang berkhidmat sebagai pengerusi bahagian MCA sejak 1985, dilucutkan keahlian selepas jawatankuasa displin parti perkauman itu menyorot kembali rakaman sulit perselingkuhan beliau dengan seorang wanita pada penghujung tahun 2007.
Pada Januari 2008, Chua melepaskan semua jawatan yang disandang sebagai hukuman kepada perbuatan beliau. Namun pemilihan parti MCA Oktober tahun lalu menyaksikan Chua di lantik ke Timbalan Presiden MCA selepas meraih sokongan kuat dari akar umbi.
Perseteruan antara Chua dan Presiden Ong Tee Keat bermula sejak itu, dan Ong dilihat sebagai dalang kepada pemecatan ini.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Lee Boon Chye berkata perpecahan dalaman MCA semakin parah dengan pemecatan Chua Soi Lek. Ahli Parlimen Gopeng itu menambah beliau tidak yakin kemelut dalaman ini akan surut dalam masa singkat.
"Apa yang berlaku menunjukkan perpecahan yang serius dalam MCA. Pasca PRU12 sehingga ke hari ini, MCA masih bercelaru dalam keadaan berpecah-belah. Dengan kemelut ekonomi, wabak H1N1, skandal itu dan ini, MCA dilihat tidak mampu menumpukan perhatian dan sumbernya kepada memajukan hasrat rakyat. Sebaliknya, mereka bercakaran dan berebut kuasa," kata Dr Lee.
"Perpecahan ini juga di dorong oleh keputusan PRU12 sehingga ke PRK Permatang Pasir baru-baru ini, yang menunjukkan masyarakat Cina menolak MCA," kata Dr Lee.
Ong menafikan sebarang hubung-kait dengan pemecatan ini, namun persepsi rakyat adalah Ong telah mendorong jawatankuasa displin untuk menyiasat semula Chua meskipun si pengadu telah menarik-balik aduannya.
Chua dalam jawab balasnya berkata pertelingkahan antara beliau dan Ong tidak boleh lagi dilihat sebagai isu peribadi. Chua dalam blognya menulis Ong telah gagal memulihkan kedudukan MCA yang hilang hala-tujuan dan hilang sokongan masyarakat Cina pasca PRU12 lalu.
Chua menambah keputusan PRK Permatang Pasir menunjukkan bagaimana masyarakat Cina telah menyisihkan MCA. Beliau berkata sekiranya akar umbi MCA bangkit, maka kejatuhan parti perkauman itu dapat diselamatkan.
Seolah-olah menyahut seruan Chua itu, akar umbi MCA mula menggerakan kempen memanggil persidangan tahunan tergempar, atau EGM, untuk menyingkirkan Ong.
Dikepalai Pengerusi pro-tem Kempen Selamatkan MCA, Datuk Theng Book, matlamat EGM ini adalah untuk membatalkan pemecatan Chua, serta mengadakan undi tidak percaya terhadap Ong selaku Presiden.
Dalam masa yang sama, lima bahagian MCA Perak menyeru supaya Ong digantung atas dakwaan menerima sumbangan RM10 juta ringgit dari Pengerusi Kelab Penyokong BN, Tiong King Sing.
BN HILANG PUNCA, RAKYAT TETAP SOKONG PR , at 27.8.09,
Guna Polis dan Askar rakyat tak heran
Guna ugutan rakyat tak takut
Guna penipuan tak berkesan
Guna penyelewengan rakyat tak tertipu
Guna rasuah rakyat ambil tapi tak pangkah
Guna TV rakyat tak tengok
Guna radio rakyat tak dengar
Guna kain pelekat rakyat tak pelik
Guna barang makanan rakyat ambik
Guna kenduri rakyat makan
Undi tetap PR
BN semakin hilang punca dan menjadi tak keruan. Insya Allah PR akan semakin gagah dan bersedia mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia.