Ikuti Blog ini

Ir. Nizar Jamaludin Calon yang direstu




















Sebaik sahaja Tuan Guru Dato' Seri Presiden PAS mengumumkan YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir. Nizar Jamaludin sebagai calon Pilihanraya kecil P.059 Bukit Gantang bagi mewakili PAKATAN Rakyat , saraf UMNO dan BN mula bergerak memainkan 2 isu penting

Pertama isu "sembah derhaka" dan kedua isu "restu"

Saya percaya akan ada pihak - pihak tertentu akan menyebarkan surat sembah derhaka dari YAB Ir. Nizar Jamaludin kepada Tuanku Sultan Negeri Perak tempoh lalu .

Mereka pastinya akan memutar belitkan istilah derhaka dan berniat untuk menghakis kepercayaan rakyat khasnya orang melayu kepada YAB Ir. Nizar Jamaludin selaku calon PAKATAN dalam pilihanraya kecil kali ini .

Sementara hari ini Mstar telah mainkan isu kononnya calon PAKATAN di Bukit Gantang tidak mendapat restu YAB Al Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz .

Mereka merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa beliau asalnya tidak bersetuju YAB Menteri Besar Perak itu bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang .

Saya petik kata - kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz setelah diwawancara oleh wartawan Harakah dan telah disiarkan dalam harakah daily .

"Saya terharu disebabkan khianat pemimpin Umno terhadap Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin menyebabkan orang Cina dan India turut sama menangis . "Saya sendiri tengok mereka menangis selepas peristiwa rampasan kuasa berlaku Febuari lalu," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta reaksinya terhadap Menteri Besar Pakatan Rakyat dicalon bertanding di parlimen Bukit Gantang.


Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, keputusan bersama pemimpin tertinggi parti perlu diterima semua pihak.


"Saya juga akur terhadap keputusan tersebut biar pun pada awalnya bimbang pengaruh Nizar boleh hilang apabila memegang dua jawatan penting di negeri dan pusat . "Saya takut berulang seperti kes dialami Dato' Asri Muda dahulu yang juga menerajui dua jawatan. Tetapi sekarang nampaknya zaman dah berubah, jadi saya restulah keputusan tersebut.


"Saya juga ada telefon kepada pemimpin PAS di Kuala Lumpur dan minta kirim salam kepada Nizar," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.


Semoga Allah memberikan kemenangan hatrik kepada PAKATAN dalam pilihanraya kecil kali ini terutama bagi mengajar kezaliman UMNO dan BN yang semakin menjadi - jadi menjelang era baru kepimpinan Datuk Najib selaku pemerintah kelak . Terbaru isu penggantungan Permit Harakah dan Suara Keadilan untuk menyekat maklumat alternatif dari sampai ke pengetahuan rakyat .

Tiba masanya rakyat benar - benar perlu manafaatkan kuasa dan peluang yang ada pada mereka untuk memberi pukulan TKO kepada UMNO dan BN .

Kurang ajar sungguh UMNO dan BN .


Saya restui Nizar tanding di Bukit Gantang - Mursyidul Am PAS

Nik Aziz: “Saya restui Nizar tanding di Bukit Gantang”



KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau merestui pemilihan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak pada 7 April ini.


“Saya sudah hubungi Nizar dan merestui pencalonan beliau untuk bertanding,” katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Ashok K. Kantha di sini hari ini.


Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan agar Mohammad Nizar bertanding bagi kerusi itu berdasarkan pengalaman bekas Presiden PAS, Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda, yang pernah memegang satu kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu kerusi Parlimen secara serentak menyebabkan pengaruh Allahyarham dan PAS semakin menurun kerana tidak mampu memberi khidmat dengan baik.


“Tetapi bila memikirkan suasana sudah berbeza pada zaman Datuk Asri dan sekarang, jadi tidak ada masalah untuk saya merestui Nizar,” katanya.


Mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan, selama tiga bulan berkuatkuasa sertamerta, Nik Aziz mengajak rakyat supaya memulau semua akhbar arus perdana sebagai satu tindak balas.


“Kalau dia gantung akhbar pembangkang, kita pun gantunglah akhbar dia.


“Kerajaan kena ingat gantung akhbar pun kita ada Internet dan SMS yang boleh membantu kita,” katanya.




Undilah PAS…. Berubah Untuk Kemenangan Rakyat

undilah-pas

Undilah PAS…. Berubah Untuk Kemenangan Rakyat




Mana Nak Letak Muka Bakal PM Kita Ni.. Seluruh Dunia Dah Tahu

NAJIB RAZAK DAN KEMATIAN ALTANTUYA, Forum Magazine Jakarta, March 15

Calon Perdana Menteri Malaysia diperkirakan terlibat dalam kematian wanita jetset asal Monggolia Altantuya karena kasus komisi pembelian kapal selam Angkatan Laut Malaysia

Malaysia today



Mana Nak Letak Muka Bakal PM Kita Ni…. Seluruh Dunia Dah Tahu



Kalu setakat curi telur ayam kat kampung tu, bolehlah kita tutup… buat-buat senyap ke… paling tidakpun bincang dengan tok penghulu… bayar balik harga telur ayam tu…


Ini kes besar… seluruh dunia dah tahu..dah heboh dalam akhbar-akhbar luar negara… tak kan nak buat tak tahu je… mana boleh nak buat senyap-senyap… bangkai gajah lagikan berbau inikan pula lebih besar dari bangkai gajah…


Jangan gantung, saman Harakah jika salah lapor!

Jangan gantung, saman Harakah jika salah lapor!

KUALA LUMPUR - Jika benar terdapatnya laporan yang salah, pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Harakah tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar.


Kementerian Dalam Negeri (KDN) tegas beliau tidak sepatutnya bertindak bagi pihak lain dan mengambil tindakan yang tidak sepatutnya terhadap Harakah.


"Jika Harakah ada laporkan berita yang salah, pihak atau individu yang berkenaan sepatutnya mengambil tindakan undang-undang iaitu menyaman Harakah.


"PAS kesal dengan sikap KDN yang mengambil tindakan bagi pihak orang lain dan ini merupakan satu tindakan yang mencabuli kebebasan media," tegas beliau dalam satu sidang media bersama Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua di lobi Parlimen pagi tadi.


Mahfuz juga menegaskan dalam syarat-syarat permit yang diberikan oleh KDN tidak terdapat peraturan mengatakan Harakah perlu dijual kepada ahli-ahli parti.


Tindakan pengantungan Harakah dan Suara Keadilan ini tegas Mahfuz merupakan satu tindakan terdesak kerajaan BN menjelang pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.


"Apa yang dilakukan ini adalah cubaan untuk meyekat rakyat daripada memperolehi maklumat sebenar menjelang pilihanraya kecil di tiga-tiga tempat tersebut," tegas Mahfuz.


Sementara itu Ketua Penerangan KeADILan, Tien Chua menegaskan pihaknya kesal dengan tindakan yang dibuat oleh KDN tetapi akan tetap meneribitkan Suara Keadilan seperti biasa.


Beliau menegaskan tindakan terbaru KDN ini telah mendapat bantaha banyak pihak termasuk dari kalangan NGo-NGO yang memperjuangkan kebebasan media dan hak asasi manusia.


"Kita akan teruskan walaupun tanpa permit dan pelbagai cubaan untuk menyekat penyebaran maklumat kepada rakyat.


"Dalam konteks sekarang, ada pemilihan (Umno), pilihanraya kecil, peralihan kuasa (perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Razak), pihak berkuasa cuba menutup ruang penyebaran maklumat," tegas Tien Chua.


Beliau juga menegaskan tindakan kerajaan terhadap dua akhbar pembangkang berpengaruh ini "hanya permulaan" untuk kawalan yang ketat terhadap media.


Terguriskah hati DYMM Sultan Mizan untuk kali ke 2 ? Kerajaan negeri mesti peka....



Kenapa? Kenapa? Dan Kenapa ini boleh terjadi lagi? Ekoran daripada acara LARIAN JAMBATAN BANDARAYA KT yang berlangsung pada 21 MAC 2009, jam 7.30 PAGI
Di TAMAN AWAM BATU BUROK, KUALA TERENGGANU baru-baru ini mengejutkan ramai pihak termasuk kerabat.

Persoalannya ialah, sejak bilakah Jambatan Sultan Mahmud telah ditukar kepada Jambatan Bandaraya oleh pentadbiran Ahmad Said?

Tidak serik-serikkah BN Terengganu atau paling tidak belajar daripada insiden derhaka terdahulu mengenai “Kami Mahu Deris, Natang!!”???. Kini kenapa nama Jambatan Sultan Mahmud pulak ditukar kepada Jambatan Bandaraya? Tidakkah ianya bakal mengguris DYMM Sultan Mizan kali kedua? Susah sangat atau terlalu panjang kalau dinamakan acara tersebut sebagai “LARIAN JAMBATAN SULTAN MAHMUD BANDARAYA KT”. Letak nama asal Sultan barulah dapat dikatakan sebagai merakyatkan sukan. Tapi cara macam ni macam Ahmad Said mengajak rakyat bersekongkol untuk menderhaka sekali lagi kepada sultan.

Saya amat hairan kenapa pihak tertentu yang meluluskan nama tersebut tidak sedikitpun mengambil kira sensitivity yang bakal berlaku kesan daripada Penjenamaan Semula Jambatan Sultan Mahmud kepada Jambatan Bandaraya? Hussh ini kes berat dan pentadbiran Ahmad Said perlu segera perbetulkan perbuatan ini sebelum BN dan UMNO Terengganu dilabelkan sebagai parti anti Sultan kerana pisang yang ditanam sudah berbuah dua kali. Sedih hamba sahya dibuatnya.



Satu Lagi Cahaya Untuk Kerajaan Nizar - Hakim Ridwan Tarik Diri

Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim, hakim paling muda di Perak, menarik diri dari dua kes yang melibatkan krisis politik Perak.

Ridwan memutuskan demikian selepas mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya, kelmarin yang mengarahkan kes Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ia juga ekoran dari keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengembalikan kes-kes yang difailkan oleh tiga exco Pakatan Rakyat terhadap Speaker V. Sivakumar ke Mahkamah Tinggi Ipoh semula, yang menampakkan wujudnya kontroversi terhadap penghakimannya.

Hee Yit Foong, Osman Jailu and Jamaluddin Radzi, yang sekarang ini ahli bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), telah mencabar dakwaan Sivakumar yang mereka telah mengosongkan kerusi masing-masing.

Ridwan juga menarik diri dari saman Mentri Besar Haram Perak kerajaan BN Datuk Zambry Abd Kadir bersama enam anggota exconya yang mencabar penggantungan 12 hingga 18 bulan oleh Sivakumar yang disifatkan menerima perlantikan "tanpa mengikut undang-undang".

Peguam Sivakumar Chan Kok Keong menyatakan Ridwan telah mengumumkan keputusannya selepas menemui wakil-wakil dari Sivakumar dan para peguam ADUN BN di dalam kamar hakim.

Sehubungan itu, kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk sebutan kes dan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim, memutuskan 2 April ini sebagai tarikh sebutan.

Ridwan sebelum ini membenarkan permohonan peguam BN untuk merujuk saman mereka ke Mahkamah Persekutuan sekalipun para peguam Sivakumar telah mengutarakan bahawa undang-undang tubuh Perak telah digunakan secara salah di dalam permohonan tersebut.

Keputusan mahkamah apex yang berkuatkuasa serta merta bermakna Ridwan telah tersilap di dalam membuat tafsiran undang-undang.

Keputusan yang membolehkan Ridwan mendengar kes-kes sebelum ini telah menimbulkan keraguan banyak pihak kerana status juniornya.



Bila TV3, RTM, Berita Harian dan Utusan Malaysia Hendak Digantung?

Politik Machievelli yang menyatakan tujuan menghalalkan cara dipraktikkan lagi oleh Kerajaan BN.

Demi memastikan wajah busuk pemimpin-pemimpin BN terus tersembunyi dan tidak terbongkar menjelang 3 pilihanraya kecil, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengambil tindakan drastik dengan menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan.

"Memang benar kami (KDN) telah menggantung lesen kedua-dua akhbar itu berkuat kuasa hari ini. Kami bukan ingin menyekat kebebasan akhbar di negara ini tapi mereka masih lagi menerbitkan berita-berita yang tidak benar dan berunsur hasutan," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Apa berita yang tidak benar dan berunsur hasutan itu? Adakah membongkar kisah benar mengenai salah laku, rasuah dan pelbagai tindak tanduk pemimpin-pemimpin BN yang merosakkan imej Malaysia di luar negara dan dasar memporak porandakan ekonomi negara ini boleh ditakrifkan sebagai 'berita yang tidak benar'? Sampai bila 'kisah benar' akan dibaca oleh pemimpin-pemimpin kita sebagai 'tidak benar'? Sampai bila kebenaran akan disembunyikan di balik seurat benang? Sedarkah mereka bau busuk bangkai tidak dapat disembunyikan dengan nyiru tipis kerana akhirnya lambat atau cepat, rakyat akan tahu juga?

Dan 'hasutan' pula, media mana yang sering menghasut, bukannya menghasut dua kali seminggu tetapi hampir setiap hari? Media mana yang sentiasa menghasut dan melaga-lagakan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini jika bukannya RTM, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian? Media mana yang sentiasa berusaha mereka cipta cerita-cerita fitnah bagi menghasut rakyat membenci kerajaan negeri yang dikuasai PR jika bukannya RTM, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian?

OK lah jika Syed Hamid nampak Harakah dan Suara Keadilan memuatkan berita tidak benar dan menghasut. Apa boleh buat jika mata rabunnya hanya nampak begitu! Tetapi tidakkah dia juga nampak media seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian selalu membawa berita tidak benar? Jika hendak berlaku adil, Syed Hamid perlu juga menggantung permit akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia di samping menggantung juga siaran berita RTM dan TV3 yang acapkali tidak benar dan menghasut itu!!



UMNO Terkedu Bila MB Nizar Jadi Calon

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/02/mbperakku1.jpg
Kali ini UMNO terpaksa mengubah perancangan dan strategi mereka dalam PRK Bukit Gantang. Pengisytiharan MB Nizar sebagai calon PAS di Bukit Gantang menjadi igauan buruk buat UMNO. Puak-puak ini mungkin tak menyangka yang MB Nizar akan menjadi calon kerana nama yang kuat bertiup sebagai calon ialah Mat Sabu dan Ustaz Idris sebelum ini.


Pengisytiharan tersebut nyata memberi suntikan moral yang tinggi kepada PAS sebelum mengharungi PRK kali ini. Secara peribadi saya yakin PAS boleh mempertahankan kerusi ini kerana ' track record' MB Nizar sendiri. Ternyata UMNO kalah di pusingan awal apabila tak mampu menyahut cabaran awal apabila Zambry tidak di letak sebagai calon. UMNO tahu, sekiranya Zambry di letakkan sebagai calon mereka terpaksa mengusung keranda terlebih awal.

Pelbagai taktik yang licik akan dimainkan oleh UMNO semasa kempen tersebut. Saya yang bertugas pada 20 Mac lalu di UPU Trong terkena jugak tempias permainan kotor puak-puak yang tak bertanggungjawab apabila membuat provokasi dengan mengedarkan gambar Sultan Perak dan Mufti berbadan anjing di masjid-masjid. Adakah PAS yang memperjuangkan Islam sanggup berbuat demikian?Rakyat yang berfikiran waras boleh menilai sendiri siapa punya angkara.

Apabila Najib Razak mengumumkan tiada pembangunan "mee segera" dalam PRK kali ini, telahan saya semua ini hanyalah omongan kosong. Ternyata perkara ini benar apabila jalan yang menuju ke Pekan Trong telah diturap baru semasa saya melalui ke sana. Ternyata UMNO tidak mampu berubah dan tidak ingin langsung berubah. UMNO tidak langsung belajar dari pengalaman yang lepas. Pasti UMNO pupus selepas PRU ke 13 nanti. Sama-samalah kita tunggu....







Gambar majlis umum calon.

Dato' Seri Muhamaad Nizar jamaluddin, Calon PAS PRK Bukit Gantang.












Berikut ini adalah biodata ringkas YAB.DS. Muhammad Nizar Jamaluddin .



IR. HAJI MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN



PENDIDIKAN :
1.SM A.C.S KAMPAR
2.SM TEKNIK IPOH
3.NORWICH CITY COLLEGE OF SCIENCE TECHNOLOGY, U.K[ A – LEVEL ]
2.UNIV OF ASTON IN BIRMINGHAM, UK [ BSC MECH. ENG ]


PENGALAMAN PEKERJAAN:
1.PENGURUS PROJEK KPPD [ UDA ]
2.PENGURUS KANAN DAYA URUS SDN. BHD. [ UDA ]
3.PENGARAH URUSAN PEN – URUS HARTA S / R [ PDC PENANG ]
4.PERUNDING [ M/E] MECS ENGINEER


KEGIATAN MASYARAKAT:
1.PENGERUSI GABUNGAN MEMBANTAH KENAIKAN AIR PERAK
2.TIMB. SETIAUSAHA PPK


JAWATAN DALAM PAS :
1.Timbalan Pesuruhjya PAS Perak.
2.YANG DIPERTUA PAS KAMPAR

LAWAN TETAP LAWAN!!!ALLAH HU AKHBAR!!!REFORMASI!!!

Dato Seri Nizar HERO RAKYAT akan membawa GELOMBANG BARU DI P059

Rakyat datang memenuhi perkarangan padang...lebih ramai dari masa NAJIB umum calon !


Barisan pimpinan yang hadir malam tadi.

TGHH diapit oleh Ustaz Ahmad Awang dan YB Azmin di pentas utama. Majlis untuk pengumuman calon mula mahu diisytiharkan ketika ini.

Cahaya Untuk Kerajaan Nizar Tegak Semula Di Perak

Semalam, Mahkamah Persekutuan menetapkan bahawa isu mengenai takrif Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan perkara itu hanya boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan menerusi rayuan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan itu setelah membenarkan bantahan awal oleh Sulaiman Abdullah, peguam utama Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, bahawa Mahkamah Persekutuan tidak tertakluk kepada bidang kuasa untuk mendengar empat persoalan yang dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk ditentukan.

Mahkamah sepatutnya hari ini mendengar kes berhubung empat persoalan yang dibangkitkan dalam saman Mohammad Nizar yang mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Hakim Alauddin berkata panel lima hakim bersepakat bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk membuat perintah agar empat persoalan itu dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman kerana seksyen itu hanya terbatas kepada Perlembagaan Persekutuan dan bukannya perlembagan negeri.

Beliau kemudian mengetepikan semua perintah Mahkamah Rayuan pada 20 Mac lepas, dan mengarahkan agar kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan. Tiada tarikh ditetapkan.

Mohammad Nizar, 52, yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah selain untuk mendapatkan injunksi menghalang Dr Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.

Ini merupakan kali kedua keputusan hakim yang boleh memberikan harapan untuk Kerajaan Pakatan Rakyat Perak berkuasa semula. Kali pertama ialah bilamana penal hakim Mahkamah Rayuan menetapkan Sivakumar berhak untuk menggunakan Peguam persendirian.



Nizar berkampung di Bukit Gantang, Zambry bagaimana ?




Pengumuman DS.Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai Calon yang akan mewakili PAS dan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dilihat oleh banyak pihak sebagai pertaruhan suatu maruah yang telah dicalar malah "dilacurkan" oleh UMNO dan Barisan nasional Perak.

Kalaulah Najib dan Zambry sanggup merendah gelombang rakyat dan tsunami politik yang telah memihak kepada rakyat Perak pada 8 Mac 2008, saya cabar Najib dan Zambry untuk berkampung di Bukit Gantang bagi berdepan dengan rakyat tersebut bagi membuktikan kebenaran tindakan mereka.

Jangan jadi bacul untuk tanpil secara jantan dalam perkara ini. Berdepanlah dengan rakyat secara betul tanpa ada unsur sogokan, ugutan dan seribu macam penipuan yang lain. Walaupun kami tidak gusar menghadapi taktik kotor tersebut namun BN masih gusar dan gundah gulana kerana calon yang ditampilah oleh PAS cukup berwibawa dan sangat sesuai untuk mengajar BN dan "menghalau" pemimpin BN keluar dari Bukit Gantang.

Saya juga "merayu" Mohd Osman Jailu untuk balik berkempen bagi memastikan BN lebih cepat kalah. Selain itu saya juga yakin banyak "kasut" yang menunggu kepulangan Osman.

Satu laporan telah diterima dari satu UPU di DUN Changkat Jering mengatakan ada yang bergerak dari rumah ke rumah yang mempunyai anak berkerja di pejabat kerajaan. Ibu bapa telah diugut dengan katanya setiap undi akan dapat dipantau menggunakan steliet dan mereka mendakwa dapat tahu apa yang dipangkah.

Inilah bentuk penipuan dan "lawak bodoh" yang mahu mendapatkan sokongan dari rakyat yang sebetulnya sudah sangat benci kepada BN.

BUKIT SELAMBAU DAN GAS PEMEDIH MATA




ORANG RAMAI BERKUMPUL DI TEPI PADANG UNTUK MENGELAK DARI SEMBURAN ASAP GAS PEMEDIH MATA.


gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

BUKIT SELAMBAU -Ceramah DSAI yang belum sempat diadakan telah dihadiri oleh sebahagian besar pasukan keselamatan kerana tidak mendapat permit. DSAI yang dijangkakan berucap telah di sembur dengan air berasid dan kemudiannya gas pemedih mata bagi menyurai oarang ramai.

Ceramah yang sepatutnya dijalankan di taman awam cinta sayang itu berakhir dengan drama kejar mengejar antara pasukan keselamatan dan pasukan polis. Ini adalah kerana ada penyokong yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak berkuasa dan juga ada yang enggan bersurai untuk melihat kejadian yang berlaku.

Namun sekumpulan anak muda mula berkumpul di kawasan kedai secara beramai-ramai dan disinilah tercetusnya peristiwa di mana gas pemedih mata ditembak lebih 50 kali ke tengah padang bagi menyuraikan sekumpulan anak-anak muda yang berada di penjuru kiri dan kanan padang. Ini kali kedua semburan dan selepas itu penangkapan.
DSAI yang hanya 2 minit cuba memberi ucapan menggunakan "heler", setelah pihak berkuasa tidak membenarkan menggunakan pembesar suara , telah di sembur dan ramai yang bertempiaran.menurut sumber seramai hampir 50 ditahan.

Sumber PKR itu menjangkakan lebih 50 orang - termasuk pemimpin kanan PKR negeri, peniaga pasar malam dan penduduk setempat ditangkap.Pemimpin parti itu yang ditahan termasuklah senator Zamri Yusof, setiausaha negeri Hafiz Ali dan ketua staf pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob.Malah ada sumber yang menyatakan turut ditahan ialah Dat johari Abdul.Semasa ceramah turut berada ialah calon Bkt Selambau Manikumar,Yb Dato Johari Abdul.



SG.PETANI - Nampaknya ternyata kerajaan BN semakin "kecut dan takut" dengan suara rakyat yang bakal menenggelamkan keegoaan mereka dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan 7 April nanti.


Terkini, pihak polis terutamanya FRU dipercayai telah mengganas dan menyerang orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat Padang Awam Cinta Sayang dekat sini malam tadi. Polis dipercayai telah melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang orang ramai hadir dan mendengar amanat Anwar itu.


Selain gas pemedih mata, pihak polis juga dipercayai telah menggunakan meriam air "water canon" bagi tujuan tersebut. Ini menyebabkan orang ramai bertempiaran lari dalam keadaan ketakutan dan kecoh sekali. Kejadian itu berlaku selepas kira-kira lima mini Anwar memperkenalkan calon PKR bagi Kerusi DUN Bukit Selambau dalam pilihanraya kecil kawasan itu nanti. Lebih memilukan ialah pihak polis mengambil masa yang lama iaitu kira-kira dua jam sehingga 11.30 malam untuk menyerang orang ramai yang tidak berdosa itu.


Kami juga difahamkan seramai lebih kurang 50 orang telah ditangkap oleh pihak polis termasuk pemimpin tertinggi PKR negeri, para peniaga gerai dan penduduk setempat. Manakala itu antara mereka yang ditahan termasuklah Senator Zamri Yusof, Setiausaha Negeri Hafiz Ali dan Ketua Staf Pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob.


Selain kehadiran pihak FRU untuk menyerang orang ramai, pihak polis juga dipercayai telah mengadakan beberapa sekatan jalanraya untuk menghalang orang ramai hadir ke ceramah Anwar malam tadi. Difahamkan lebih 10 ribu rakyat setempat dan luar telah hadir beramai-ramai untuk mendengar ceramah Anwar malam tadi.


[Biarpun media membuat bermacam-macam provokasi kononnya calon PKR DUN Bukit Selambau tidak diterima kaum India di sana. Namun, kini ternyata mereka yang semakin ketakutan dengan "penangan pakatan rakyat" hingga terpaksa menggunakan pihak polis sekali lagi untuk menghalang rakyat daripada mendengar amanat Anwar Ibrahim. Apakah rakyat hanya mahu melihat sahaja adengan ini?


Atau, mungkin juga ini adalah satu petanda yang BN akan terus hancur dan ditolak rakyat seperti yang berlaku di Kuala Trengganu dan Permatang Pauh dulu. Sebenarnya, mereka langsung tidak mahu belajar dari kesilapan lalu. Mereka ternyata lupa bahawa "Suara Rakyat Suara Keramat" dan "Rakyat Hakim Negara". Jika inil;ah caranya mereka gunakan untuk menghalang kebangkitan rakyat, maka itu terbuktilah bahawa percaturan politik UMNO/BN kini sudah semakin tersasar dari matlamat perjuangan mereka sejak dulu, kini dan pasti selamanya].

BANTU... Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din (kiri) membantu seorang penyokong Pakatan Rakyat dan PAS yang terkena gas pemedih mata ketika tindakan Unit Simpanan Persekutuan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah malam tadi.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .