Ikuti Blog ini

Wang Ihsan Satu Pengkhianatan


TG Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya, tindakan kerajaan pusat hanya mahu beri wang ihsan adalah satu pengkhianatan, dan tidak akan teragak-agak untuk meminta rakyat adakan doa musnah pemimpin pusat.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan menegaskan beliau tidak akan menerima bayaran wang ihsan.

“Saya tidak akan terima wang ihsan. Saya akan beritahu kepada rakyat semua, pusat merampas, mencuri, menyamun harta Kelantan.

“Dan saya akan minta tolong rakyat semua doa supaya musnah pemimpin pusat,” kata beliau kepada pemberita selepas menerima rombongan ekspedisi PAS Batu di kediaman rasminya semalam.

Ekspedisi diketuai Yang Dipertuanya, Ishak Surin menyerahkan memorandum sokongan PAS kawasan tersebut terhadap usaha kerajaan negeri menuntut royalti petroleum. Kerajaan Kelantan membuat tuntutan tersebut pada awal tahun lalu.

“Kelantan menuntut hak kami secara Islam. Allah beri kepada kami logam di bumi Kelantan, balak permukaan Kelantan dan batu-batan di tanah Kelantan dan juga logam di laut yang kita panggil petroleum.

“Itu adalah hak Kelantan. Mana-mana orang ambil hak orang lain berdosa dunia akhirat. Di dunia dia dikutuk dan didoa musnah oleh semua rakyat Kelantan. Di akhirat kelak, dia akan dimamah oleh api neraka,” katanya
.

Nik Aziz menyifatkan pemimpin pusat sebagai pembohong besar apabila berdolak-dalik ketika membuat kenyataan tersebut sebagai mengarut dan putar belit seolah-olah kehidupan mereka bertuhankan duit.

“Mereka menyebut peringkat pertama Kelantan tiada hak. Diulang berkali-kali Kelantan tiada hak. Kemudian sekarang ini ada hak pula? Tapi dengan nama wang ihsan,” katanya.

Nik Aziz juga mempertahankan hasil pengeluaran minyak dari perairan pantai Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Katanya, bahan api tersebut tidak terdapat di Kuala Lumpur atau Putrajaya.

“Adanya duit petrol di khazanah pusat ini hasil daripada tuah bumi Kelantan… bumi Terengganu, Sabah dan Sarawak. Tiba-tiba mereka yang tiada minyak setitik ni kata hak dia.

“Kami yang mempunyai hak ini mereka kata tiada hak. Mengarut!” katanya. Mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husein kerajaan akan melantik beberapa wakil kerajaan Kelantan untuk menduduki jawatankuasa pembangunan wang ihsan, Nik Aziz berkata, itu perkara kedua.

“Itu masalah yang kedua. Pasti dulu nak runding ni, hendak bagi royalti atau ihsan kepada kerajaan Kelantan? “Kalau runding nak beri wang ihsan tak payah runding. Saya tak akan terima,” ujarnya.

Difahamkan kerajaan pusat akan membayar wang ihsan kepada Kelantan pada Mac ini. Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bertegas bahawa di bawah undang- undang rakyat Kelantan akan diberi wang ehsan bukan royalti.

“Yang penting rakyat Kelantan akan menerima habuan. Namanya berbeza kerana di bawah undang-undang rakyat Kelantan akan diberikan wang ihsan bukan royalti.

“Peruntukan tetap disalurkan,” kata beliau di sini malam tadi mengulas keengganan kerajaan negeri untuk menerima bayaran wang ihsan dari kerajaan pusat selain menolak rundingan dan pelantikan wakil kerajaan menduduki jawatankuasa pembangunan wang ihsan.

Kata Mustapa, kerajaan pusat mempunyai pendekatan 1 Malaysia untuk bermuafakat melibatkan kerajaan pusat dan negeri bagi menjaga hal-hal yang berkaitan kepentingan rakyat.

“Kita harap isu ini tidak dipolitikkan. Kita (kerajaan pusat) punyai niat ikhlas di mana kita merasakan penting wang ihsan ini disalurkan bagi menentukan keutamaan projek atau program yang wajar kita laksanakan untuk faedah rakyat di negeri ini.

“Kerajaan pusat akan berlaku adil, apa jua yang berhak diterima rakyat Kelantan, akan di salurkan,” katanya sambil menafikan dakwaan kerajaan negeri kononnya rakyat Kelantan dianiaya dalam isu berkenaan.

“Peruntukan tetap disalurkan, namanya wang ihsan. Jadi kita mahu supaya ada muafakat antara kerajaan pusat dan negeri demi kemanfaatan rakyat Kelantan,” katanya.

Sehubungan itu Mustapa menyeru kerajaan negeri tidak terus berkeras dalam hal ini dengan mengambil sikap berkonfrontasi memandangkan kerajaan pusat ikhlas membantu rakyat Kelantan melalui wang ihsan. - Mohd Zuharman


TV3 DAN TV 9 akan disaman oleh Haji Nizar



Hj Nizar telah meminta saya menghubungi peguam Hanipa Maidin bagi membincangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya yang terpalit akibat dakwaan TV3 DAN TV 9 kononnya Pegawai Khasnya telah ditahan oleh SPRM.

Para bloggers UMNO BN telah memainkan isu ini dan mendakwa kononnya Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO BNlah yang mengatur konspirasi ini menjelang keputusan Mahkamah Federal 9hb Februari ini.

Kalau itulah yang didakwa UMNO BN, memang sungguh BN UMNOlah perencana konspirasi ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun Pegawai Khas Hj Nizar yang ditahan oleh SPRM, mereka ada di Ipoh, di Pasir Panjang dan di Bukit Gantang.

Bekas Pegawai Khas YB Hj Nizar di pejabat MB dulu ada tiga orang, En. Amran, Muhammad K.Y Tiang dan Nadarajah. Pegawai Khasnya yang masih bertugas dengan beliau di Pasir Panjang En Hamidon, manakala Pegawai Khasnya di Bukit Gantang, En Saharuddin, En Fadzil dan En Zainuddin dan En Bashir. Semuanya dilantik oleh YB Dato' Seri Hj Nizar.

Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditahan, direman atau dihubungi oleh pihak SPRM. Jadi dakwaan tersebut adalah karut dan berniat jahat.

YB Dato' Seri Hj Nizar melalui peguamnya Hanipa Maidin dijangka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 dan TV9 bagi membersihkan namanya dan juga nama pegawai-pegawai khasnya. misbah

Yang hebat di parlimen, akhir tersungkur juga...betul punya sosial


Contoh teladan pemimpin umno yang patut diteladani yang mulia, berhibur sambil bersedekah di malam hari, amalan untuk bekalan di akhirat...hmmm umno dulu kini dan selamanya....

ADUN Triang Menitiskan Air Mata Mengenangkan kesahnya Dengan Presiden PAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita21/IMG_7967.JPGChukai, KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang, Pahang dari parti DAP, Encil Leong Ngah Ngah, menitiskan air mata apabila mengenangkan kesahnya dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

”Saya menangis bila ingat kesah dengan Tok Guru Hadi Awang, waktu itu sepuluh tahun lalu, Tok Guru pergi ceramah di tempat saya di Triang, semua orang Melayu, saya satu orang Cina,”katanya memulakan ucapan pada Majlis Makan Malam bersama Masyarakat Tionghua DUN Chukai, disini Sabtu lalu.

Menurutnya, pada waktu itu Umno berkempen dalam memperjuangkan ketuanan Melayu dan memburuk-burukkan orang Cina, khususnya DAP.

Katanya, Umno sedang bersiap sedia untuk membawa 10,000 orang pemudanya ke Kuala Lumpur, bagi menunjukkan kekuatan.

”Tok Guru Hadi Awang kata, dia jamin keselamatan orang Cina, dia kata kalau Umno bawa 10,000 orang pemuda untuk melakukan sesuatu kepada orang-orang Cina, beliau akan mengerahkan 10,000 pemuda PAS, melindungi orang Cina,”ujar Leong, dihadapan 150 orang Tionghua yang hadir pada malam tersebut.

Oleh itu, beliau berterima kasih kepada orang-orang PAS khususnya dalam kawasan DUN Triang.

”Orang-orang PAS banyak tolong saya, sejak mula-mula saya bertanding, orang PAS yang banyak tolong, tidak minta upah dengan saya walau satu sen pun,”terang Leong lagi.

Justeru beliau berharap Pakatan PAS dan DAP serta PKR akan kekal bersama Pakatan Rakyat, bagi masa depan Malaysia yang lebih baik.

”Pada tahun 1999, saya mula nampak satu harapan, saya kata harapan Malaysia masih ada, apabila pada tahun itu, semasa pilihanraya wanita (muslimat) PAS minta bendera DAP dan wanita DAP tidak takut pegang bendera PAS,”katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Penolong Setiausaha PAS Terngganu merangkap Pengarah DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat, ADUN Simpang Pulai, Cahn Ming Kai dan Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing.

ADUKATARUNA : FENOMENA BLOGGER

Ini bukan Pemuda UMNO


ADUKATARUNA : FENOMENA BLOGGER

Adukataruna, satu nama blogger yang amat dikenali ramai. Bahasanya bergaya rock, mampu menarik anak-anak muda menjadi pengikut. Otak “matematik” berwajah filosofi bentuk baru, menjadi daya penarik untuk difikirkan disebalik maksud yang diungkap.

Hujjahnya menarik, menyebabkan pembaca yang membaca dengan minda terbuka akan berfikir. Orang yang otak tertutup sahaja, akan marah dengan tulisan adukataruna. Marah, kerana tidak memahami filosofi disebalik ungkapannya, waima berwajah kasar.

Membaca tulisannya, tidak cukup sekadar berfikir ‘selapis’, tetapi perlu dibaca dengan maksud yang mendalam. Orang yang “berotak Majaz dan Isti’arah” akan memahami maksud disebalik sesuatu tulisannya.

Padaku, Adukataruna adalah satu fenomena anak muda kini. Aku tak fikir, dari kalangan pemuda mana-mana parti – Sama ada PAS, PKR, DAP, MCA, MIC dan sebagainya - yang boleh cipta fenomena seperti adukataruna. Buktinya, UMNO lebih takut kepada seorang blogger bernama Adukataruna berbanding pemuda-pemuda parti politik yang ada di Malaysia.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

‘Orang Mude Geng Kite’ Ke Utara Pada 29 Januari

http://buletinonline.net/images/stories/berita21/faizulomgk.jpg







KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menjemput dan mempersilakan semua ‘orang muda’ untuk bersama-sama menyertai program ‘Orang Mude Geng Kite’ (OMGK) yang akan di adakan di Kampung Bari Besar pada hari Jumaat, 29 Januari.

Setiausaha DPPNT, Wan Faizul A bbas berkata, program tersebut akan diadakan sehari suntuk bermula dari jam 9 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Menurutnya, antara aktiviti yang menarik adalah Santai Bersama ‘anak Tok Guru’, Sukaneka dan Ceramah Pemuda.

Selain itu, katanya, orang-orang muda yang suka ‘merempit’ boleh berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam permotoran dengan menyertai program bersama Kelab Motor Alternatif atau Alternative Riding Club (ARC).

”Program akan dimulakan pada jam 9 pagi dengan ‘Santai Bersama Anak Tok Guru’ dan berakhir jam 12.00 tengah malam dengan ceramah isu-isu semasa yang akan bermula jam 9.30 malam,”katanya ketika menghubungi Buletinonline.

Sehubungan itu, kata beliau, satu gerak gempur Pemuda akan diadakan sehari sebelumnya pada 28 Januari.

Menurutnya, seramai 20 orang pemuda PAS dari setiap kawasan seluruh negeri akan akan turun ke setiap DUN dalam Parlimen Besut dan Setiu.

”Mereka akan bertemu dan beramah mesra dengan orang-orang muda diseluruh Besut dan Setiu dan menganjurkan beberapa program,

”antaranya adalah ekspedisi dakwah, santai bersama pemuda di padang bola dan kedai kopi, ceramah kelompok, serta tayangan vcd terpilih,”jelasnya.

Katanya ‘Orang Mude Geng Kite’ akan jadi tema program dan semua aktiviti pemuda PAS dalam usaha mendekati dan menyelami ‘hati muda’ supaya dapat bersama-sama dengan PAS.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .