Ikuti Blog ini

Bekas Menteri UMNO Sokong Calon PAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita/ZaidprkKT.JPG

Kuala Terengganu - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang meletakkan jawatan Kabinet dan kemudiannya dipecat dari UMNO, malam tadi menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat dari PAS.

Ketika bercakap pada majlis makan malam anjuran DAP di sebuah restoran di sini, Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Bahru berkata, rakyat negara ini perlu menolak parti-parti berasaskan kaum.

“Sebuah parti yang hanya membantu kaumnya sendiri ataupun kumpulan masing-masing tidak baik untuk Malaysia... saya berharap Pakatan Rakyat serius mengenai perpaduan," kata beliau dalam ucapan lima minit pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ketika ditemui wartawan selepas itu, Zaid berkata, beliau menyokong calon PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Mohd. Abdul Wahid Endut.


Bagaimanapun beliau berkata, ia tidak bermakna beliau menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.


“Saya percaya bahawa menyertai parti politik tidak penting, tetapi yang penting mesej," katanya



Akhirnya Gurindam Tok Guru Diturunkan

http://buletinonline.net/images/stories/berita/gurindambilbod.jpg
Kuala Terengganu – Cubaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menurunkan ‘Gurindam Rasuah’ Tok Guru Nik Aziz semalam gagal apabila lebih seratus petugas PAS dan PKR berkumpul dan membantah.

Sekitar jam 3.30 petang semalam sepasukan pengatkuasa telah bertindak menurunkan papantanda besar ’Gurindam Rasuah’, namun tindakan mereka disedari oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat yang melalui jalan itu.

Lantas mereka berhenti dan segera membantah tindakan tersebut dan berlaku sedidkit ketegangan.

Antara petugas PAS yang awal sampai ialah Ahmad Muhamad, 35 tahun dari Wilayah Persekutuan.

Beliau yang ditemui berkata, beliau yang lalu dijalan itu melihat kakitangan MBKT cuba menurunkan billboard tersebut, lalu menghentikan kenderaannya dan meminta penjelasan.

”Tiada penjelasan yang konkrit diberikan oleh kakitangan tersebut, Alasan mereka menurunkan billboard itu adalah ianya didakwa mempunyai unsur-unsur sindiran.”kata Ahmad.

Ahmad menjelaskan kepada pegawai penguatkuasa itu, bahawa mereka tidak boleh menurunkan sebarang, bilboard, poster atau apa-apa alatan pilihanraya kecuali mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Dalam pada itu, orang ramai yang lalu lalang turut berhenti dan menjadikan himpunan tersebut lebih besar.

Tidak lama kemudian pasukan polis dari cawangan khas telah datang dan penguatkuasa MBKT beredar.

Petugas Pakatan berhimpun disitu, akhirnya beredar setelah membetulkan semula bahagian papantanda yang telah rosak.

Namun begitu, rupa-rupanya kakitangan MBKT yang jelas mengikut elunjuk pemimpin mereka telah datang semula menurunkan papan tanda tersebut.


Entah bila mereka kembali semula ke lokasi tersbut tidak dapat dipastikan, namun tinjauan Buletinonline hari ini mendapati papantanda ‘Gurindam Rasuah’ itu telah tiada samasekali.

Papan tanda besar gurindam rasuah itu dijadikan bahan kempen pilihanraya umum Kuala Terengganu memetik kata-kata Mursidul Am PAS.

Nak berisalah,
Tak beri kalah,
Umno jadi serba salah,
Jom Pakat Pangkah PAS.




Selepas Mengoyak Billboard PAS, Mat Razali Tarik Diri.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Tinggal satu hari lagi sebelum pengundian pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pegawai pengurusnya Datuk Mat Razali Kassim menarik diri selepas didakwa berat sebelah oleh PAS.

kuala terengganu parliament by election spr ec announcement  051208 mat razali kassimBeliau, yang juga datuk bandar Kuala Terengganu (foto), meletakkan jawatan mendadak hari ini selepas PAS menuduhnya meminta kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyokong calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Dalam kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) awal malam ini, Mat Razali digantikan oleh penolong pegawai pengurus pilihanraya parlimen ini Wan Mustafa Wan Hassan, yang juga setiausaha MBKT.

"SPR bersetuju menerima penarikan diri Mat Razali sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu berkuatkuasa serta-merta," kata Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik.

Tambahnya, selaras dengan peruntukan Seksyen 3(c) dan 5(1)(a) Akta Pilihan Raya 1958, suruhanjaya itu melantik penolong Mat Razali sebagai pegawai pilihanraya baru berkuatkuasa serta-merta.

Selain dakwaan PAS, satu laporan polis dibuat oleh ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Mohd Fariz Musa dengan mendakwa Mat Razali mengugut kira-kira 590 kakitangan MBKT dalam satu pertemuan di Dewan Tunku Abdul Rahman pagi semalam.

Dalam laporan polisnya petang semalam, pemimpin muda PKR itu mendakwa Mat Razali pernah berucap: "kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)".

"Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh pegawai pengurus pilihanraya Datuk Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya," laporan polisnya dipetik.

Hari mengundi Sabtu ini menyaksikan persaingan Wan Ahmad Farid dengan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Adam.

Selain mengkritik Mat Razali, pembangkang juga mempertikaikan beberapa amaran kepada pegawai kerajaan agar memihak kepada BN dan janji-janji pembangunan yang melimpah di kawasan parlimen dengan mendakwa ia sejenis rasuah.


Kalau Sudah Menipu, Banyaklah Kelentongnya

Saya menjelaskan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan terserah kepada mereka sama ada mahu mengundi calon BN atau calon PAS-

Saya menjelaskan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan terserah kepada mereka sama ada mahu mengundi calon BN atau calon PAS- penipu

RO nafi raih undi, PAS kemuka petisyen mahkamah esok

[DIKEMAS KINI] KUALA TERENGGANU: Pengurus Pilihan Raya kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim menafikan yang beliau telah berkempen meraih undi dengan meminta kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengundi Barisan Nasional (BN) Sabtu ini.


Ketika dihubungi mStar Online lewat petang tadi, Mat Razali berkata, selaku Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, beliau hanya menerangkan dasar-dasar kerajaan pada majlis taklimat yang diadakan pagi.


“Tanggungjawab sebagai Datuk Bandar, saya selalu mengadakan pertemuan dengan kakitangan saya… majlis mingguan, majlis bulanan, esok pun ada taklimat juga.


“Misalnya semalam ada majlis Hari Kualiti yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri. Dalam pertemuan hari ini, saya menjelaskan kepada mereka (kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) tentang dasar-dasar kerajaan sebagai majikan,” katanya beliau.


Bagaimanapun tegas Mat Razali, beliau sama sekali tidak meminta kakitangannya “memangkah” BN.


“Semuanya tak betul… itu hak mereka ,” katanya.


“Saya menjelaskan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan terserah kepada mereka sama ada mahu mengundi calon BN atau calon PAS,” katanya.


Mat Razali juga berkata, kemungkinan apa yang dinyatakan oleh beliau telah disalahertikan oleh kakitangannya yang terdiri daripada peringkat bawahan.


Difahamkan taklimat pagi ini dihadiri oleh kakitangan peringkat sokongan.


Pagi tadi, PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggugurkan Mat Razali daripada terus mengepalai urusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu atas alasan Pengurus Pilihan Raya itu telah ‘menyalahgunakan’ kedudukan beliau untuk mempengaruhi kakitangannya supaya mengundi BN.


Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong pada sidang media di Markas PAS Kuala Terengganu di sini.


Wan. Abd. Muttalib berkata, pihaknya telah menerima maklumat bahawa Mat Razali telah meminta kakitangan pihak berkuasa tempatan itu mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pagi ini.


Setakat pukul 8 malam ini, PAS belum membuat laporan polis dan aduan kepada SPR.


Laporan berhubung perkara itu dibuat oleh Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pukul 4.25 petang.


Timbalan Ketuanya, Fariz Musa berkata, selaku anggota Pakatan Rakyat pihaknya membuat aduan dan menyerahkan kepada PAS untuk mengambil tindakan susulan.


Wan Abd. Muttalib ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu, pihaknya akan mengemukakan petisyen di mahkamah pagi esok untuk meminta agar Mat Razali digugurkan sebagai Pengurus Pilihan Raya.


Peguam-peguam kami sedang menyediakan dokumen dan petisyen akan difailkan esok,” katanya.


Kawasan Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira 10,000 orang merupakan kakitangan awam.


http://www1.mstar.com.my

.

Ini Bukti Penipuannya…

Laporan Polis Terhadap Datuk Bandar Kuala Terengganu


KETUA Muda Angkatan Muda (AMK) Terengganu Mohd Fariz Abd Talib@Musa yang baru-baru ini ditahan polis kerana memasang poster Altantuya Sharribuu telah membuat laporan ke atas Datuk Bandara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mat Razali Kassim kerana didakwa telah berkempen, memaksa dan menggugut kakitangan MBKT supaya memilih Barisan Nasional pada 17 Januari ini.


Laporan itu dibuat hari ini.


Dalam satu kenyataan yang diemailkan kepada blog Merah Tinta, Mohd Fariz mendakwa beliau mendengar ugutan Datuk Bandar itu, Mat Razali Kassim telah mengeluarkan kata-kata berbunyi “kalau beranin dan tiDak takut dibuang kerja silah.”


Apa yang menjadi pertikaian Mohd Fariz sedangkan pada masa itu Mat Razali adalah Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu yang tidak sepatutnya berkelakuan demikian.


Berikut disiarkan sepenuhnya kenyatan akhbar berkenaan (tanpa edit);


Saya MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA bernombor Kad Pengenalan 700301-11-5627 beralamat 138-F , Wisma Sentosa , Jalan Sultan Zainal Abidin , 20000 Kuala Terengganu , dengan ini membuat laporan polis sepertimana berikut ;


Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT ) , Dato’ Mat Razali Kassim pada 14 Januari 2009, 10 pagi bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman sewaktu dalam ucapannya kepada 590+ orang kakitangan bawahan MBKT telah secara terang-terangan berkempen , memaksa dan mengugut kakitangan bahawahan MBKT memilih Barisan Nasional ( BN ) pada 17 Januari 2009 nanti .


Ugutan beliau kepada kakitangannya ialah “ kalau berani dan tidak takut dibuang kerja silalah ”.


Sedangkan beliau adalah merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) yang seharusnya bertindak adil dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional atau Parti Islam SeMalaysia ( PAS ).


Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu , Dato’ Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya..


Tindakan ini jelas bertentangan dengan perlembagaan Malaysia kerana setiap warganegara yang layak dan berdaftar sebagai pemilih boleh memilih mana-mana parti dalam pilihanraya tanpa paksaan dan ugutan ,


Sekiranya benar ianya jelas bertentangan dengan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya .


Sekian , laporan polis saya .


( MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA )
700301-11-5627




MAMPAT Kesal Wan Farid Gagal Respon

http://buletinonline.net/images/stories/berita/IMG_0408.JPG
Kuala Terengganu - Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) melahirkan rasa kesal dan terkilan dengan calon Barisan Nasional Wan Farid gagal memberikan respon kepada jemputan MAMPAT untuk Debat Isu Royalti.
Pengerusi MAMPAT Fauzi Abu Samah berkata demikian dalam satu sidang media di Terengganu Equetrian Resort jam 2.00 petang hari ini.
Dibawah disiarkan kenyataan penuh MAMPAT;

http://buletinonline.net/images/stories/berita/usulwahid1.gif


Inilah ghupenye surat Anwar kepada Che Det Tu...

Teman ingatkan macam manalah ghupe dan isi kandungan surat Anwar kepada Che Det yang si Tenggiling tu dok kecoh macam nak ghak...macam ni aje? Biasalah tu...what do you expect...? Berapa tahun dia jadi TPM...tentulah dia agak rapat dengan Che Det. Diapun tak sangka dia kena fitnah macam tu sekali...


On top of that...sebelum Anwar kena pecatpun dia ada utus 2 pucuk surat kepada Che Det...dan surat ni lah yang si Tenggiling tu jaja merata masa dia bersama Anwar dulu. Tak kan lupa kot?

Kalau lupa..tak pa. Kat bawah ni teman siarkan...



Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir.

YAB Datuk Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.
Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.
Salam saya dan Aizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim.
8 September 1998



Pakatan Rakyat mahu rombak semula PPSMI

Dr Sharir menyerahkan memorandum kepada
calon Pas, Abdul Wahid Endut.

Abdul Wahid menunjuk memorandum kepada Anwar sambil diperhatikan Abdul Hadi.

Zaid dan Mustafa Ali turut hadir.


KUALA TERENGGANU -
Pakatan Rakyat hari ini melahirkan komitmen memperjuangkan bahasa Melayu dan mengembalikan pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda.


ImageKetua Umno KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melafazkan komitmen tersebut.


Malah kata Anwar, sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat, perkara pertama yang akan dilakukan mengembalikan bahasa Melayu setelah dipinggirkan dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik.


"Kita dalam Pakatan Rakyat telah mencapai kesepakatan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Perkara itu sudah ditandatangani semua pemimpin utama Pakatan Rakyat.


"Ustaz Abdul Hadi menandatangani bagi pihak PAS, Lim Kit Siang mewakili DAP Imagedan saya sebagai mewakili KeADILan," katanya pada majlis menerima memorandum daripada Gerakan Memansuhkan Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sini, hari ini.


Memorandum itu diserah timbalan pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI, Prof Dr Shahrin Mohd Zin kepada calon PAS parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.


Abdul Wahid dijangka akan membawa memorandum tersebut ke parlimen yang menjadi agenda pertama sekiranya dipilih rakyat Kuala Terengganu Sabtu ini.


Memorandum serupa akan diserah NGO terbabit kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini, ketika datang membantu kempen calon BN.


Hadir sama pada majlis itu pejuang-pejuang bahasa Melayu. Antara pemimpin Imagepolitik yang hadir Naib Presiden KeADILan, Mohd Azmin Ali, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim, bekas Yang Dipertua Abim, Dr Sidek Baba, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali dan Abdul Wahid.


Kedatangan Zaid ke majlis itu mengejutkan banyak pihak sehingga semua mata tertumpu kepadanya seketika.


Anwar berkata, amat malang sekali apabila pemimpin Umno mengabaikan usaha mendaulatkan bahasa Melayu seolah-olah mereka tiada prinsip.


Ustaz Abdul Hadi menjelaskan slogan Bahasa Jiwa Bangsa kini sudah dirosakkan pemimpin negara yang ada sekarang.


Sedangkan katanya negara yang mencapai tamadun besar di dunia menjadikan bahasa ibunda sebagai perantaraan kepada rakyat.


"Ini kerana pembelajaran ilmu dalam bahasa lain terbukti gagal dan tidak mencapai matlamat sebenar," katanya.


Membawa Suara Rakyat dan Melaksanakan Fardhu Kifayah

http://buletinonline.net/images/stories/berita/wahidrakyat.jpg
Detik 17 Januari 2009 ini merupakan penentuan yang akan melakar sejarah baru membawa penentu perubahan lanskap politik tanahair.

Kemenangan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiga bulan lalu InsyaAllah akan diulangi oleh Bendahari PAS Terengganu yang menjadi calon Piliahnaraya Keil P.036 Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang mewakili Pakatan Rakyat.

Persoalannya, adakah pilihan raya kecil ini hanyalah suatu medan untuk memenuhi jawapan kepada persoalan politik semata-mata atau sesuatu yang lebih besar dari itu.

Setelah Tsunami politik yang berlaku dalam Pilihanraya Umum Mac lalu, PAS dilihat sebagi ‘king maker’ yang dilihat menentukan arah tuju politik Malaysia masa depan.

Politik mendasari Islam sebagai cara hidup yang lengkap, yang dibawa oleh PAS semakin mendapat sambutan dengan peningkatan keahlian Kelab Penyokong PAS diseluruh tanah air.

Justeru, kerangka pemikiran Islam perlu wujud dalam setiap sudut pandangan yang pastinya melihat Pilihanaraya Kecil Kuala Terengganu dari sudut matlamat dan halatuju Ilahiyyah.

Berikut adalah wawancara antara Wan Kay, wartawan Buletinonline bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Rusila, Marang, semalam

Soalan (S): Pilihan Raya Kecil P.36 akan diadakan pada 17 Januari 2009 ini. Umumnya, apa yang menarik perhatian Tuan Guru kali ini?

Jawapan(J): Firman Allah Taala dalam surah al-Imran yang bermaksud,”Dan hendaklah ada di kalangan kamu yakni, wahai orang-orang yang beriman satu kumpulan yang menyuruh kepada yang baik, yang menyeru kepada yang baik, menyeru kepada yang ma’aruf dan yang menegah kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/tgah.JPGPeranan PAS dalam pilihan raya ini adalah unntuk menunaikan kewajipan fardhu kifayah yang sangat besar di dalam agama Islam. Wajib ada di kalangan umat Islam yang mengajak manusia kembali semula kepada Islam dengan makna yang menyeluruh sebagaimana yang diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW, bagi mendirikan pemerintahan Islam. Apabila kita tidak berjaya mendirikan pemerintahan Islam. Pemerintah yang ada ialah pemerintah yang tidak menjadikan Islam sebagai hukum-hukum yang berdaulat dan memerintah. Ini adalah kemungkaran yang sangat besar dalam agama Islam. Apabila berlakunya kemungkaran, Nabi Muhamad SAW bersabda, yang bermaksud “Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara yang mungkar hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka dengan lidah, sekiranya tidak mampu maka benci dalam hati”.

Penyertaan dalam pilihan raya ialah untuk melaksanakan kewajipan ini walaupun kita (PAS) tidak berjaya mengubah dengan tangan, mendirikan kuasa memerintah. Tetapi masih ada lagi peluang untuk mengubah dengan lidah dan hati. Dengan lidah ialah kita (PAS) menyertai amalan demokrasi melalui pilihan raya. Kita (PAS) menghantar wakil yang boleh berucap dengan lidahnya di dalam Parlimen bagi pihak kita (PAS) untuk menyatakan risalah atau mesej. Disebut di dalam ayat tadi ‘menyuruh kepada

yang baik dan mencegah kemungkaran’. Dan pilihan raya ialah untuk melahirkan rasa ingkar kita (rakyat) terhadap apa yang berlaku dengan kita (rakyat) tidak menyokong Barisan Nasional (BN) dan mengundi PAS parti yang memperjuangkan Islam. Inilah perkara yang paling besar yang perlu diberi penekanan lebih daripada isu-isu yang ditimbulkan dalam kehidupan kita tanpa menafikan isu itu juga perkara yang penting dalam kehidupan kita. Tetapi bagi orang Islam menjadi penekanan yang utama.

S: Bagaimana, Tuan Guru melihat ‘mood’ rakyat terutama para pengundi di Kuala Terengganu hari ini?

J: Dalam perjalanan saya sepanjang kempen pilihan raya ini sama ada lawatan atau pun majlis ceramah umum dan ceramah kecil. Saya dapati sambutan yang sangat positif kepada PAS daripada pengundi-pengundi kerana tumpuan kita (PAS) adalah pengundi-pengundi. Di samping penyokong PAS yang sedia ada kita (PAS) mendapat sambutan daripada pengundi-pengundi yang selama ini disebut ‘atas pagar’ (tiada pendirian). Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik dan di antara yang menarik ialah sambutan yang diberi oleh pengundi-pengundi Cina. Mereka melahirkan secara terbuka untuk mengundi PAS dalam pilihan raya kali ini. Ini adalah suatu perubahan yang sangat menarik dan kita (PAS) mengharap sedikit sebanyak akan menolong kita mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil ini.

S: Apakah pentingnya kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini perlu dimenangi oleh PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini?

J: Pertama, prinsip Islam yang saya sebutkan tadi iaitu menghantar wakil untuk menjalankan kewajipan agama yang merupakan fardhu kifayah. Kedua, kita (PAS) perlu menghantar wakil yang boleh bersama dengan rakyat dan bukan wakil yang ‘duduk’ (tinggal) di Kuala Lumpur. ‘Duduk’ di Pusat Pemerintahan yang tidak memberi pulangan-pulangan yang sepatutnya kepada rakyat. Setelah berlangsung kita mencapai kemerdekaan 50 tahun dan kita berada di bawah Barisan Nasional.

Kita (PAS) tidak menafikan adanya pembangunan-pembangunan kemudahan asas. Ini bukannya perkara yang asasi dalam memilih parti dalam pilihan raya kerana itu adalah perkara penting yang diamalkan oleh siapa sahaja yang menjadi kerajaan.
Apa yang penting ialah cara mengendalikan pembangunan di dalam negeri. Kita (PAS) melihat masih lagi berlaku perkara-perkara yang memencilkan rakyat dari segi mendapat habuan yang sebenarnya daripada kekayaan negeri yang diberikan oleh Allah SWT. Apa yang berlaku ialah amaran Allah yang bermaksud, “Apa-apa yang Allah SWT kurniakan secara mudah, secara aman kepada sesebuah negeri maka ia adalah dari Allah dan Rasul, yakni bagi kepentingan umum, bagi kaum keluarga anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta orang-orang yang putus belanja dalam perjalanan supaya harta kekayaan itu tidak berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu sahaja”.

Kita melihat banyak projek-projek yang dapat dilihat oleh penduduk di Kuala Terengganu ini sendiri seperti Monsun Cup di Pualau Duyong, Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan lain-lain. Adalah projek-projek yang hanya lebih memberi keuntungan kepada golongan yang tertentu sebagaimana yang disebut oleh al-Quran.
Ini adalah salah satu kemungkaran yang ketara dilihat oleh penduduk di Kuala Terengganu. Dan saya melihat penduduk di Kuala Terengganu telah memberi sokongan kepada calon-calon ‘state’ (negeri) kita dalam pilihan raya yang lalu (PRU Ke-12).

http://buletinonline.net/images/stories/berita/wahidlambai.JPGOleh sebab itu, tidak manasabah mereka (rakyat) terus memberi sokongan kepada Parlimen dengan undi yang besar di samping undi di kawasan Kuala Terengganu. Jadi tidak timbul lagi bagi orang tionghua untuk memilih calon tionghua kerana dua calon adalah daripada orang Melayu. Yang penting ialah kaum tionghua yang menjadi pengundi di kawasan Kuala Terengganu menghantar wakil ke Parlimen untuk membawa mesej penduduk Kuala Terengganu di peringkat pusat dalam erti kata sebenar.

S: Haji Mohd Abdul Wahid Endut adalah calon pilihan PAS untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil P.36 ini. Bagaimana personaliti calon pada pandangan Tuan Guru?

J: Apabila parti mengamanahkan saya memilih calon dan saya memilih Haji Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS kerana melihat beberapa keistimewaan yang ada pada beliau. Pertama, beliau telah berpengalaman menjadi wakil rakyat selama lima penggal. Satu tempoh yang panjang dan menunjukkan khidmat yang cemerlang dalam tempoh itu dan tidak ada rungutan di kawasan dia (Wahid) sendiri. Oleh kerana itu, kita bertekad meletakkan beliau sebagai wakil rakyat ke peringkat Parlimen yang lebih luas.

Kedua, beliau adalah bekas Exco Kerajaan Negeri yang menjaga kepentingan peniaga kecil, koperasi dan belia. Di mana rata-rata penduduk di Kuala Terengganu adalah di kalangan peniaga-peniaga kecil, pasar-pasar dan pengguna-pengguna kepada bahan-bahan perdagangan dan merupakan kaum belia yang menjadi undi penentu dalam pilihan raya yang sangat penting. Oleh kerana itu, kita mengharapkan khidmat beliau yang telah lalu dapat dilihat oleh penduduk Kuala Terengganu sendiri dan saya dimaklumkan, beliau mendapat ‘respon’ atau sambutan yang sangat baik daripada persatuan pengguna dan persatuan perniaga-perniaga, di pasardan lain-lain. Ini adalah satu tanda yang sangat positif dan kita telah memberi satu pilihan yang sangat besar.

S: Harapan Tuan Guru kepada rakyat terutama para pengundi di Kuala Terengganu menjelang tarikh 17 januari 2009 ini?

J: Harapan saya supaya rakyat jadikan undi dalam pilihan raya kecil ini adalah suatu amanah yang sangat besar. Sebagaimana yang disebut oleh Tuhan di dalam al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya kamu menunaikan amanah kepada orang yang ahli untuk menunaikan amanah itu dan apabila kam menghukum hendaklah kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah, memerintah kamu dengan ajaran yang sebaik-baiknya”.

Amanah yang paling besar dalam ajaran Islam ialah memilih pemimpin. Di mana, memilih wakil rakyat adalah memilih pemimpin dan kita memberi amanah kepada rakyat Kuala Terengganu supaya memilih pemimpin yang tepat. Haji Mohd Abdul Wahid Endut untuk menjalankan mesej sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah iaitu menyampaikan mesej Islam hukum yang adil untuk mendedahkan penyelewengan yang berlaku dan menuntut keadilan bagi rakyat di kawasan Kuala Terengganu secara khusus dan rakyat Malaysia secara umum. Dan kita mahu pemilihan ini juga menjadi satu anjakan kepada perubahan politik bagi negeri Terengganu khasnya dan seluruh Negara amnya untuk pilihan raya yang akan datang bagi menukar parti Barisan Nasional yang diteraskan oleh Umno, yang sudah mempunyai penyakit-penyakit yang tidak layak lagi untuk meneruskan pemerintahan.




Siang ke sekolah malam bantu berkempen

http://buletinonline.net/images/stories/berita/istericalonpas.JPGWan Fatimah yang mengikuti ceramah keenam dihadiri Mohd. Abdul Wahid di kawasan Jalan Bandar Baru, Kampung Pulau Kambing kira-kira pukul 11 malam berkongsi pengalaman 'politik' beliau lebih dua dekad.

"Saya rasa terharu kerana sekali lagi diberi kepercayaan untuk mewakili parti. Pemilihan ini (Mohd. Abdul Wahid sebagai calon) sangat besar makna, amanah daripada parti.

"... kami menerima amanah ini untuk memastikan dapat menambah suara parti di Parlimen, membawa suara rakyat ke Parlimen," kata guru ini yang turut ditemani adik iparnya, Madiah Endut dan ibu Mohd. Abdul Wahid, Maznah Abu Bakar ketika mengikuti ceramah tersebut.

Rumah Mak cik Maznah hanya beberapa meter jauh dari lokasi ceramah itu.

Dengan memainkan peranan sebagai guru, suri rumah dan isteri wakil rakyat, Wan Fatimah berkata, beliau juga tidak terlepas daripada tanggungjawab sebagai 'jambatan' antara wakil rakyat itu dengan penduduk tempatan.

"Kalau beliau tidak kelapangan, saya akan menjadi wakil... membantu mengurangkan beban beliau," katanya.

"Sekarang, waktu siang saya ke sekolah dan waktu malam saya membantu berkempen... oleh kerana sekarang ini musim persekolahan, saya tidak boleh mengambil cuti, lagi pun sesi persekolahan baru mula," katanya.

Apabila ditanya tentang kelainan persekitaran kempen pilihan raya pada 1986 dan sekarang, Wan Fatimah dalam kata-kata tersusun berkata: "Dulu fikiran pengundi agak tertutup... sukar untuk mendampingi pengundi, tapi kini lebih terbuka terutama di kawasan bandar."

"Ini kelainan ketara dulu dan sekarang," katanya.

Bahagian Parlimen Kuala Terengganu terdiri daripada empat kerusi DUN iaitu Bandar, Ladang, Batu Burok dan Wakaf Mempelam.
Mohd. Abdul Wahid merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri selama lima penggal.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/wahid%20&%20isteri.JPGMengenai cabaran menghadapi kempen kali ini, Wan Fatimah, ibu kepada sembilan orang anak ini menjelaskan: "Kita anggap ini sebagai tugas jemaah, tanggungjawab semua orang... seorang sahaja tidak mampu untuk melakukannya."

"Satu lagi cabaran ialah dulu tiada wang, sekarang wang banyak ditaburkan, media digunakan dengan luas," ujar beliau.

Lima daripada sembilan anaknya juga merupakan guru.

Wan Fatimah yang turut yakin suaminya akan mencatatkan kejayaan Sabtu ini berkata, beliau juga berkempen dari rumah ke rumah dan memberikan ceramah kepada kaum wanita.

Beliau mengambil bahagian kira-kira empat hingga enam program sehari bergantung pada hari berkempen.
Misalnya, kata Wan Fatimah, beliau telah menyertai enam program Sabtu lalu.

"Malah, dari dulu lagi saya membantu suami saya berkongsi tugas dan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat... apa yang perlu saya lakukan, saya membantu beliau, antara menyelesaikan masalah yang dibawa pengundi," kata beliau.

Di sekolah beliau turut memikul tanggungjawab menyelia hal ehwal murid.

"Cukup seronok apabila membantu (orang ramai), apabila dapat mengetahui kesukaran mereka dan membantu mereka," katanya.




KT: Calon PAS mendahului

KUALA TERENGGANU - Menurut tinjauan yang dilakukan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 14 Januari 2009 melalui laman webnya: http://www.bharian.com.my/klikkhas/kterengganu calon PAS mendahului sebagai calon pilihan di Kuala Terengganu.

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, pihak kami mendapati calon PAS, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut mendapat undian sebanyak 73.3 %, manakala Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 23.3%, dan Saudara Azharuddin Mamat @ Adam (bebas) sebanyak 3.3%.

Walaupun dari tinjauan ini rata-rata pengundinya bukannya pengundi sebenar dari Kuala Terengganu. Namun begitu, ia menggambarkan pilihan orang ramai terhadap calon yang bakal dipilih nanti.

Kebanyakkan pembaca laman web Berita Harian lebih yakin dengan calon PAS walaupun akhbar itu sendiri memberi gambaran buruk terhadap beliau.

Berita Harian selaku media yang berpihak kepada kerajaan seharusnya akur dengan kehendak pembacanya sendiri dan sedar bahawa berita dan persepsi buruk yang digambarkan terhadap calon PAS sedikit pun tidak berjaya merubah kehendak orang ramai yang mahukan seorang pemimpin yang mempunyai rekod cemerlang sebagai wakil rakyat.

Terdahulu, undian yang sama telah dibuat oleh laman web terkenal Yahoo.com.my. Peratusannya juga mendapati pengundi lebih memihak kepada calon PAS iaitu sebanyak 58 peratus menyaingi calon BN dengan peratusan 22. Calon bebas pula mendapat 2 peratus manakala lebih 19 peratus pembacanya tidak tahu atau tidak kisah perihal perjalanan pilihanraya kecil ini.



UMNO Hina Palestine


Sekali imbas UMNO cuba menakutkan rakyat dengan perang yang sedang berlaku di Palestine sekarang, tetapi sebanarnya inilah penghinaan yang paling besar yang di lakukan oleh UMNO kepada rakyat Palestine selepas mereka (UMNO) menengepikan Menteri Luar Palestine dari Hamas semasa persidangan menteri-menteri luar NAM tempohari dengan menjemput Bekas Menteri Luar Palestine dari golongan Fatah yang telah tewas dalam pilihanraya UMUM Palestine.


Jangan Jadi Seperti Palestine boleh membawa kepada beberapa maksud, MUNGKIN katakan demikian adalah kerana mereka(UMNO) sememangnya seperti Zionis, terutama di Terengganu, tindakan mereka merobohkan Rumah Rakyat di Setiu, Kemaman, serta meroboh Masjid Bujal memberi petunjuk bahawa mereka sebenarnya Yahudi, Zionis kerana tindakan danperangi mereka sama, jadi maksud mereka JANGAN JADI SEPERTI PALESTINE membawa maksud JADILAH MACAM ISRAEL/ZIONIS.

Yang Kedua, Jangan Jadi Seperti Palestine, menggambarkan seolah-olah Rakyat Palestine mahukan benda tersebut, rakyat Palestine mahukan peperangan, ataupun mungkin apa yang UMNO mahu ialah jika ada orang yang mahu menceroboh dan merampas tanah kita, maka kita kena serah saja, jangan lawan, jangan berjihad, sebagaimana yang mereka lakukan di Johor, dengan menggadaikan sebahagian dari negeri kepada bangsa asing. Jika UMNO lah yang tinggal di Bumi Palestine sekarang ini sudah barang pasti dan confirm seluruh bumi yang berkat itu akan terjajah dan di serahkan secara total kepada Zionis Israel.

Sebenarnya Kita tidak tahu kenapa UMNO menghina Palestine dengan sepanduk ini, adakah Syahid ketika berperang dengan Zionis adalah sesuatu yang tidak patut kita contohi, adakah berjuangan mempertahankan tanah air sendiri adalah sesuatu yang hina, adakah mengorbankan nyawa untuk mempertahankan kaum keluarga adalah perbuatan yang tidak bermaruah??!!

Jika UMNO mahu menang dalam PRK KT ini sekali pun janganlah menghina, Palestine, buminya, rakyatnya, dan perjuangan mereka.



'Hendak ke mana dari mana' tanya polis

KUALA TERENGGANU - Awas, apabila melintasi sempadan ke Terengganu anda terpaksa melalui sekatan jalan raya di beberapa tempat.


Soalan pertama yang akan ditanya anggota polis yang berada di sekatan itu 'encik hendak ke mana, dari mana dan kenapa'.


Bagi mereka yang datang dari Kota Bharu akan berdepan dengan sekatan jalan raya di sempadan Pasir Puteh - Besut dan satu lagi di Bari, Penarik.


Anggota polis yang bertugas di Besut lebih nampak sopan biar pun menanyakan soalan yang sama. Lebih mengejutkan di Bari apabila gaya soalan yang diajukan agak keras.


Seorang pegawai kerajaan dari Kelantan yang enggan dikenali tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis tersebut seolah-olah sudah diarah membaca skrip soalan yang sama.


"Tidak sepatutnya polis menanyakan kita hendak ke mana dan apa tujuan. Cara itu menambahkan lagi kecurigaan orang ramai terhadap kehadiran begitu ramai anggota polis di Kuala Terengganu sekarang.

Image

"Kalau nak tanya pun biarlah sopan sikit. Tidakkah slogan polis 'Tegas, Adil, Berhemah' sudah elok kalau dipraktikkan secara jujur," katanya ketika ditemui di sini.


Menurutnya dengan perlakuan demikian anggota polis terbabit seolah-olah mengenepikan slogan berhemah yang cuba diterapkan kerajaan.


Isu membabitkan polis menjadi fokus utama pada pilihan raya kecil parlimen KUala Terengganu apabila kehadiran mereka agak luar biasa.


Ramai berpendapat tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya kecil begitu ramai sekali anggota polis yang dikerah bertugas.


Orang ramai yang pertama kali datang ke Kuala Terengganu tidak sukar untuk melihat penempatan-penempatan sementara yang dibina lengkap dengan sistem penghawa dingin.


Deretan kenderaan polis sama ada motosikal, kereta peronda, van, dan lori boleh dilihat di kiri kanan jalan berhampiran khemah tersebut.


Penjelasan yang cuba diberi Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Albar kehadiran ramai polis hanya bagi menjaga keselamatan agak sukar diterima orang ramai.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .