Ikuti Blog ini

Sultan Kelantan Dikurnia Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Selangor

SHAH ALAM: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis khas di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pada majlis itu, Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia Al Muhammadi I kepada Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Majlis berkenaan berlangsung di Bilik Singgahsana Istana Bukit Kayangan dan turut disaksikan sembilan Orang Besar Daerah.
Bagaimanapun, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang juga anggota Majlis Diraja, tidak hadir pada majlis berkenaan. - BERNAMA

UMNO AKAN BERKUBUR DI PERAK - DS NIZAR


PR sudah lama sedia

Pakatan Rakyat (PR) sudah lama bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) negeri sejak dari mula Barisan Nasional (BN) ‘merampas’ kuasa di negeri ini.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, PR tiada sebarang masalah untuk menghadapi PRU bila-bila masa bahkan mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menghadap Sultan dan melakukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur isytiharkan Zambry Menteri Besar sah pada 11 Mei 2009.

Menurutnya, surat pada Tuanku Sultan diutus untuk pohon perkenan bubar DUN supaya rakyat boleh memilih kerajaan yang mereka sukai sekali gus membukti Zambry tidak gila kuasa serta menyerahkan kuasa kepada rakyat sepenuhnya.

Bagaimanapun katanya, perkara itu (pembubaran) tidak berlaku.

“Kajian terkini menunjukkan populariti Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak menjunam, dihangatkan dengan upacara ancak oleh Zambry serta isu kelulusan tanah ibu beliau di Pangkor menyebabkan orang UMNO sendiri ragu-ragu dengan UMNO.

“Di samping itu, wujud pula isu Menteri Kanan UMNO terlibat dalam kes rogol seorang pembantu rumah Indonesia yang lebih meruncingkan lagi keadaan UMNO ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai keyakinan BN untuk terus memerintah Perak dan persediaan PR bagi menghadapi PRU ke-13 nanti.

Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Negeri berkata, situasi yang agak parah menyelubungi BN memberi keyakinan kepada PR untuk kembali menerajui tampuk pemerintahan negeri.

“Insya-Allah kita akan lihat UMNO terkubur di bumi Perak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Sekretariat PR, Drs Khalil Idham Lim Abdullah berkata, PR tidak pernah gentar untuk berhadapan BN malah sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU bila-bila masa sahaja.

“Cuma persoalannya, kenapa BN tidak bubar DUN Perak sebelum ini yang pada ketika itu, keadaan politik negeri agak meruncing dengan hanya bersandarkan kepada tiga ADUN Bebas melompat untuk memberi sokongan kepada BN.

“Kalau mereka (BN) ini benar-benar tidak gentar, biarlah rakyat tentukan kerajaan mana yang disukai bukannya memerintah dengan cara tidak betul,” katanya./Sinar

Angkat Sumpah Rahsia Khusrin Selepas Sidang DUN Selesai: MB

01 Safar 1432H.

SHAH ALAM: Majlis angkat sumpah simpan rahsia Datuk Mohd Khusrin Munawi selaku Setiausaha Kerajaan Negeri hanya akan diadakan selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor selesai.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, surat memohon sidang itu diadakan telah dihantar kepada Speaker DUN Teng Chang Khim hari ini.

"Sidang itu bertujuan meminda undang-undang tubuh untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif negeri, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang, kepada Sultan dan Menteri Besar.

"Kita dapati enakmen yang ada sekarang tidak memberikan kuasa jelas kepada Tuanku Sultan dan seterusnya Menteri Besar dalam atur cara pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan juga Penasihat Undang-undang," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Pelantikan Mohd Khusrin diumum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember lepas dan berkuatkuasa pada 1 Januari lalu dengan membelakangi Menteri Besar Selangor.

Sedangkan Kerajaan negeri melalui satu panel yang dilantik juga mempunyai cadangan calonnya sendiri untuk dipilih menjadi SUK.

Beliau dijadual mengangkat sumpah taat setiap kepada Sultan Selangor esok.

Bagaimanapun mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor hanya boleh mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Menteri Besar.

Mengulas lanjut mengenai cadangan pindaan itu, Abdul Khalid berkata pembentangan akan dibantu Penasihat Undang-undang Negeri Datin Paduka Zauyah Be T.Loth Khan, peguam Datuk Param Cumaraswamy dan pensyarah undang-undang Prof Datuk Abdul Aziz Bari.

Cadangan pindaan juga akan dipersembah kepada Sultan Selangor, katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan kerajaan negeri gagal mendapat majoriti dua pertiga bagi meluluskan pindaan itu, Abdul Khalid berkata: "Kita tunggu dan lihat."

DUN Selangor terdiri daripada 56 kerusi yang mana 14 daripadanya milik Parti Keadilan Rakyat, 13 diwakili DAP, lapan wakil PAS, seorang wakil Bebas dan 20 diwakili Barisan Nasional.

Pelantikan Mohd Khusrin menjadi isu kerana pemilihan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu dibuat tanpa mendapatkan pandangan Khalid selaku Menteri Besar.

10 Cara Memanjangkan Hayat Bateri Handfon

10 Tips Untuk Memperpanjang Umur Bateri Handfon

Hampir setiap dari kita mempunyai handfon. Malah kini, percayakah anda bahawa pelajar taska (tadika) pun memilik handfon?

Bagi seorang pemakai handfon yang aktif, masalah utama yang dihadapi ialah terpaksa mengecas bateri setiap kali handfon kehausan tenaga.

Setiap bateri yang boleh dicas semula mempunyai "kitar hayat pengecasan"nya. Belum ada sampai saat ini bateri yang mempunyai hayat seumur hidup. Ertinya setiap kali bateri habis dipakai dan di ulang cas (satu kali pengisian penuh), itu dihitung sebagai 1 kali kitar hayat pengecasan.

Misalnya, kapasiti bateri anda adalah 1000 mAh (milli amph hours), maka 1 "kitar hayat pengecasan"nya perlu menghabiskan 1000 mAh juga. Bila cuma digunakan 500 mAh misalnya dan lalu diisi ulang kembali, maka setelah anda menghabiskan 500 mAh lagi, baru itu dianggap sebagai 1 kali "kitar hayat pengecasan"nya.

Setiap jenis bateri memiliki waktu "kitar hayat pengecasan"nya masing-masing. Biasanya sekitar 300 kitar hayat pengecasannya atau sekitar 2 – 3 tahun masa pemakaian. Namun kerana teknologi terus berkembang, begitulah teknologi bateri pun juga terus mengalami peningkatan. Sekarang mungkin sudah mencapai sekitar 1000 kali kitar hayat pengecasan.

Tips memperpanjang umur bateri handfon:

1. Hemat penggunaan bateri handfon dengan mematikan fitur-fitur yang jarang di gunakan.

Anda ingat bahwa bateri handfon anda ada umur berdasarkan kitar hayat pengecasannya? Semakin boros anda menggunakan kapasiti bateri anda, maka semakin sering anda perlu mengecas ulang bateri berkenaan, itu artinya umur bateri handfon anda bakal cepat habis. Untuk menghindari hal tersebut, anda perlu berhemat dengan mematikan fitur – fitur yang tidak atau jarang anda gunakan.

Ada beberapa fitur yang boros tenaga yang biasanya kita temukan di handfon-handfon canggih/smartphone, yang terkadang kita sendiri tidak begitu sadar kewujudannya, namun tetap aktif meskipun kita tidak ingin menggunakannya seperti Bluetooth, Wi fi, 3G, screen saver dan lain-lain. Matikan fitur tersebut jika ia tidak digunakan.

2. Jangan biasakan menelefon sambil mengecas handfon anda.

Ini juga termasuk kebiasaan buruk beberapa pengguna handfon. Selain tidak baik untuk kesihatan (kerana saat pengecasan tingkat radiasi dan panasnya menjadi bertambah) menelefon sambil mengecas handfon juga akan tetap menyedut sumber daya, sehingga secara tak disedari, itu akan memanjangkan proses pengisian ulang, yang ertinya kinerja bateri bakal lebih berat.

3. Biasakan untuk mematikan handfon atau setidaknya mematikan fitur getar -vibrate-(saat anda sedang mengecas)

Mematikan hanfon saat proses mengecas adalah tindakan bijaksana, tujuannya adalah supaya proses pengecasan berjalan dengan lancar tanpa adanya gangguan, sehingga prosesnya pun bisa berjalan dengan lebih cepat dan tidak membebani bateri yang sedang dicas.

Namun bila ingin tetap memasang handfon, usahakan untuk mematikan fitur getar handfon. Fitur getar adalah salah satu fitur yang memboroskan bateri handfon.

4. Jangan sering – sering terlebih-cas bateri.

Ini juga salah satu kebiasaan buruk lainnya yang sering dipraktikkan. Terkadang kita malas atau lupa untuk segera menghentikan proses mengecas, meskipun sebenarnya bateri handfon kita sudah penuh. Yang paling parah, kita biasanya suka melakukan proses mengecas waktu hendak tidur. Proses mengecas normal untuk bateri modern biasanya sekitar 2-4 jam, bila kita membiarkannya semalaman dalam kondisi cas (anggap kita tidur sekitar 6 jam), maka bateri akan mengalami "overcharge" selama 2 – 3 jam, dan itu bukanlah hal yang baik. "Overcharging" bateri adalah salah satu pembunuh tersembunyi yang dapat mempercepat kematian umur bateri.

5. Jangan menelefon dalam keadaan bergerak

Menerima atau membuat panggilan dalam kenderaan memerlukan tenaga yang tinggi. Ini kerana hanfon berusaha untuk mencari signal dari BTS yang terdekat. Aktiviti inilah yang memakan tenaga bateri yang banyak. Apalagi jika anda menggunakan sambungan internet dalam keadaan bergerak

6. jangan letak anda di tempat yang suhunya melampau.

Suhu udara yang ekstrim adalah musuh utama setiap komponen gadget/peralatan elektronik. Baik panas atau dingin yang berlebihan boleh merosak komponen tersebut, termasuk juga bateri handfon. Tertinggal di dalam kereta di cuaca panas terik, alamatnya and aperlu mencari bateri baru.

7. Gunakan pengecas yang tulen.

Logiknya sederhana, pengecas yang tulen sudah direka dengan tegangan arus yang sesuai untuk mengecas bateri handfon tersebut. Sering pinjam charger atau menggunakan charger yang tidak sesuai bisa mempengaruhi asupan daya ke battery dan dalam jangka panjang boleh merosakkannya.

8. Jangan sering – sering menjatuhkan handfon anda.

Mungkin hanya orang yang kurang waras atau duitnya banyak yang suka menjatuhkan HP sendiri dengan sengaja. Lain soal jika jatuhnya secara tidak sengaja, tapi ini kejadian yang paling sering kita alami. Selain dari mempengaruhi komponen yang lain, ketika jatuh bateri boleh saja mengalami litar pintas, dan bila keadaannya parah, bateri boleh saja langsung mati total.

9. Usahakan jangan terlalu sering menggunakan charger kereta untuk mengisi ulang bateri.

Seperti yang diterangkan sebelumnya, arus daya yang tidak stabil dalam proses charge boleh merosakkan bateri dalam jangka panjang. Arus daya yang dihasilkan oleh kereta melalui lubang "cigarete lighter" sangatlah tidak stabil, terutama ketika kenderaan sedang berjalan.

10. Bersih itu pangkal sihat.

Ternyata bukan cuma tubuh saja yang harus dijaga kebersihannya, menjaga kebersihan handfon, terutama di daerah konektor (logam penghubung) bateri dengan handfon, perlu rajin dibersihkan.

Mencegah selalu lebih baik daripada memperbaiki. -uniqpost

"Rahsia Awang Selamat dan Utusan bakal di dedahkan" -Kesatuan Kebangsaan Wartawan



Siapa Awang Selamat Sebenar Bakal Terdedah?


Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Hata Wahari yang dilapor sedang disiasat majikannya, Utusan Melayu Berhad, percaya tindakan terhadapnya didalangi ‘tangan-tangan’ ghaib yang mahu beliau dikenakan tindakan.

Menurut Hata, beliau mungkin dipecat seperti mana nasib yang menimpa bekas Presiden NUJ cawangan Utusan, Amran Ahmad pada 3 September 2009.

Namun, kata Hata, apa-apa jua tindakan tidak akan membantutkan azamnya untuk terus bersuara mewakili kepentingan NUJ.

“Walau apa pun keterangan yang saya berikan, saya menjangkakan akan dipecat pada siasatan dalaman 6 Januari ini seperti yang pernah berlaku kepada Amran Ahmad.



“Mungkin pilihan raya sudah semakin dekat, maka mereka mahu saya berhenti bercakap mendedahkan rahsia-rahsia mereka selama ini,” kata Hata ketika dihubungi KeadilanDaily.

Berpengalaman bekerja di Kumpulan Utusan selama 15 tahun, Hata memberitahu bahawa beliau banyak menyimpan ‘rahsia-rahsia’ Utusan.

“Seandainya saya dipecat, orang ramai di luar sana mungkin berminat untuk tahu siapa sebenarnya Awang Selamat,” kata Hata.

Awang Selamat adalah kolumnis di Mingguan Malaysia yang tidak dikenali dan sering mengeluarkan ulasan-ulasan berbaur perkauman dan menggugat keharmonian kaum di Malaysia.

Mengulas lebih lanjut, Hata berkata selama ini tidak banyak pihak berani membuat teguran untuk kebaikan syarikat penerbitan dan kebebasan media. Namun, situasi semasa politik negara memerlukan mereka yang memegang tanggungjawab untuk tampil ke hadapan dengan berani.

“Sebelum ini NUJ banyak mengambil langkah berhati-hati dalam membuat kenyataan. Namun, sekarang adalah masa yang sesuai untuk NUJ kembali berperanan sebagai watchdog kepada media agar tanggungjawab utama melaporkan kebenaran kepada masyarakat dapat dilaksanakan,” kata Hata lagi.

Sebuah gerbang berita hari ini melaporkan Hata dipanggil oleh Utusan Melayu Berhad untuk memberi keterangan dalam satu siasatan dalaman berhubung komen-komen beliau selaku Presiden NUJ.

Berdasarkan surat daripada bahagian sumber manusia syarikatnya, Hata dikehendaki hadir sesi siasatan tersebut pada 6 Januari ini.

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com

Isu Menteri Perogol: Chegubard Lapor Polis, Shamsul Desak Menteri Nafi Jika Tidak Benar

Kes amah dirogol: SAMM buat laporan polis terhadap menteri

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang anggota Kabinet pusat berhubung kes rogol membabitkan pembantu rumah warga Indonesia kira-kira empat tahun lalu. Gambar fail.

Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh mengaitkan menteri berkenaan dalam kejadian tersebut namun banyak perkara yang membuktikan pemimpin Umno itu terlibat.

“Solidariti Anak Muda Malaysia hari ini tampil mengambil peranan selaku warga negara yang bertanggungjawab untuk membuat satu laporan polis mengenai wujudnya laporan mengaitkan anggota kabinet Malaysia dengan kejadian merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

“Dokumen dilampirkan. Kejadian sekitar tahun 2007 ini menjadi perhatian apabila didedahkan oleh WikiLeaks dan kemudian dilaporkan semula secara agak lengkap di beberapa blog

“Setelah carian lanjut dibuat saya memperoleh dokumen lengkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SAMM hari ini membuat laporan polis tersebut di Ibupejabat Polis Seremban 2.

Menurut Badrul Hisham atau lebih mesra dengan panggilan “Chegubard”, laporan polis itu dibuat bagi mendesak pihak polis supaya membuka kertas siasatan bagi menyiasat kebenaran dakwaan yang mengaitkan menteri itu.

“Laporan polis ini dibuat untuk mendesak PDRM (Polis Diraja Malaysia) membuka fail siasatan dan memulakan siasatan. SAMM mengambil tanggungjawab tampil untuk membantu PDRM memulakan siasatan berkenaan kes ini,” katanya. -TMI

Teoh Beng Hock Tidak Bunuh Diri - Koroner

Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini menolak teori Teoh Beng Hock membunuh diri di dalam keputusan inkues petang ini.

"Saya menolak keputusan bahawa kematian adalah kerana bunuh diri,” kata Koroner.

Beliau juga menolak teori bahawa mangsa, Teoh, tidak sedarkan diri. Beliau turut menolak kematian Teoh kerana dibunuh.

Mahkamah Koroner hari ini memutuskan bahawa kes inkues ini adalah satu kes “open verdict” di mana ia berlaku apabila keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan.

Menurutnya, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.

Azmil berkata, ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher Teoh berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan inkues berhubung kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor Teoh Beng Hock yang mati dua tahun lalu, lapor malaysiakini.

Mendiang Teoh dijumpai tidak bernyawa ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas terjatuh dari tingkat lima pejabat SPRM Shah Alam.

Kira-kira jam 2 petang, ibubapa dan adik perempuannya hadir di perkarangan mahkamah.

Sementara itu, penyokong-penyokongnya menaikkan kain rentang serta melaungkan 'Justice For Beng Hock'.

Tidak kurang juga yang memakai bunga kekwa putih di baju mereka.

Manakala peguam-peguam yang mewakilinya pelbagai pihak pula hadir kira-kira jam 2.30 petang.

Kelihatan juga di perkarangan jumlah anggota polis yang luar biasa ramainya dan sekatan jalan di beberapa jalan utama menuju ke mahkamah.

Keputusan koroner hari ini jelas hampir menyamai keputusan koroner di dalam inkues kematian Gunasegaran sebelum ini di mana di dalam kes berkenaan koroner Siti Shakirah Mohtarudin memberikan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad.

Sidang DUN tergempar akhir Januari

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk meminda Undang -undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan kepada Sultan dan Menteri Besar akan diadakan akhir bulan ini.

Menurut Menteri Besar Selangor itu, pindaan perlembagaan rang undang-undang itu menyentuh bidang kuasa bagi melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Beliau yang ditemui selepas mengadakan mesyuarat bersama ahli parlimen dan Adun negeri petang tadi berkata persetujuan telah dicapai untuk menunda majlis angkat sumpah di hadapan menteri besar sehingga keputusan dalam persidangan DUN diterima.

“Kami cadang untuk panggil sidang DUN dalam masa terdekat sebelum minggu keempat maka selama tiga minggu ini kami akan buat persediaan mengenai pindaan rang undang-undang tersebut.

“Walaupun secara sah SUK telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (SPA) tapi masih belum boleh dianggap sah kerana belum mengangkat sumpah di hadapan menteri besar dan exco,” katanya.

Khalid berkata surat kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan telah dihantar semalam untuk membincangkan semula
pelantikan SUK.

“Kita ingin memperbetulkan konsep, ada beberapa kuasa dalam pelantikan jawatan tertinggi di negeri Selangor,” katanya.

Majlis angkat sumpah

Khalid berkata, beliau mengulangi pendiriannya untuk tidak menghadiri majlis angkat sumpah SUK Datuk Mohd Khusrin Munawi dihadapan Sultan Sharifuddin Idris Shah pada 6 Januari (Khamis) seperti yang dinasihati.



Sementara itu, Speaker DUN Teng Chang Kim pula optimis sekiranya pindaan perlembagaan dibuat Pakatan Rakyat bakal memperoleh 2/3 undi termasuklah daripada Barisan Nasional (BN).

Pakatan kini mempunyai undi majoriti apabila memiliki 35 daripada 56 kerusi DUN Selangor.

“Soal 2/3 yang diperlukan tidak harus dianggap mudah walaupun Pakatan ada 35 kerusi. Laporan media melaporkan Adun Kuang Abdul Shukor Idrus berkata BN menyokong peruntukan kuasa diberi kepada Sultan dan Menteri Besar.

“Jika begitu Pakatan akan menerima sokongan 100 peratus. Namun ia masih terlalu awal kerana kita perlu tunggu rang undang-undang dibentangkan dan jangan buat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan,” katanya. - FMT

Dr. Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

conference of rulers majlis raja rajaJusteru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.

Dosa besar

“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.

Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

NONE“Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.

Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

NONEShuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana. -M'kini

Khusrin: Setiausaha Kupang Tembaga

Kupang tembaga ini bermaksud sesuatu yang tidak mempunyai sebarang nilai. Isu SUK ini sudah seperti kes rampasan kuasa DUN Perak apabila para perampas terlupa 'kuasa' Speaker masih berada di tangan PR hingga terpaksa bertindak membuang Speaker yang sah dan diganti dengan Speaker haram.

Nampak gayanya, umno-apco-Be End terpaksa merampas jawatan Menteri Besar dan melantik menteri besar haram bagi membolehkan SUK Kupang Tembaga mengangkat sumpah jawatan.

Baca ulasan Tulang Besi berhubung kedudukan Khusrin SUK Kupang Tembaga, mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh kerajaan Negeri Selangor yang mensyaratkan SUK mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia di hadapan Menteri Besar.

Tulang Besi:
Membaca kenyataan pakar Perlembagaan, Lawyer Tommy Thomas, Tulang Besi tertarik dengan satu kenyataan beliau:
Thomas said the MB’s role in the appointment process can be seen clearly in Article 52(4) of the Selangor Constitution, that states: “Before any such official (including the State Secretary) first attends a meeting of the State Executive Council, he shall take and subscribe in the presence of the Menteri Besar the following Oath of Secrecy.”

Dengan kata lain, mengikut Artikel 52(4) Undang Undang Tubuh Negeri Selangor, sebelum mana-mana pegawai kerajaan menghadziri mesyuarat Exco, beliau haruslah mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Menteri Besar.

Sekiranya Menteri Besar menolak untuk hadir di majlis tersebut, maka pegawai itu tidak langsung boleh menghadiri mesyuarat Exco. Dengan kata lain, Khusrin hanya akan menjadi SUK pada nama sahaja, tapi tidak boleh berfungsi sebagai SUK kerana beliau tiada kelayakan menghadiri mesyuarat Exco.

Ini bererti perlantikan Khusrin Munawi:

1.0 Menunjukkan betapa bodohnya Ketua Setiausaha Negara kerana tidak mengetahui peruntukan Undang-Undang Tubuh Selangor ini.

2.0 Menghabiskan duit rakyat kerana terpaksa membayar gaji Khusrin dan elaun beliau

3.0 Mensabotaj kerajaan negeri untuk memalukan kerajaan negeri dengan niat yang sangat jahat. Ya Allah, makbulkan doa laknat aku ke atas Khusrin Munawi dan KSN sewaktu aku mencium kaabah tempohari. AMIN!!!!!

Di sini juga saya ingin menunjukkan KEBODOHAN ZUL NORDIN. Lawyer cabuk bernama Zul Nordin kata:
Perlantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tidak saperti Kedah dan Johor yang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, bidangkuasa perlantikan SUK Selangor adalah khusus dibawah SPA. Malah dinegeri dimana ianya terletak dibawah SPN, Menteri Besar langsung tiada kuasa mengenai perlantikan SUK, ianya antara SPN dan Sultan yang memerintah negeri
Maknya Zul Nordin tak baca Undang-Undang Tubuh Selangor Artikel 97(1) yang membuktikan wujudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri.

Dah nama pun lawyer cabuk. Apa nak harapkan dengan Zul Nordin ni?

Tulang Besi

PRK Tenang : Video Pidato Anwar Mengocak Ketenangan UMNO Tenang




Umno-APCO "Rogol" Perlembagaan Lagi...


Pakar Perlembagaan mempertikaikan laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyebut bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif dan boleh memberikan perkenan dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani sama ada tidak memahami ataupun salah mentafsir kedudukan Sultan seperti termaktub dalam perlembagaan.

“Saya rasa memeranjatkan dan bertentangan dengan apa yang disebut oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas menghadap Ke Bawah Duli Tuanku semalam, di mana kata Tan Sri, Sultan mengaku bahawa baginda sudah tidak ada kuasa dalam hal ini kerana sudahpun dipindahkan ke Persekutuan melalui satu pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Umno pada tahun 1993,” jelas beliau.

Beliau berkata, kenyataan Munir yang disiarkan dalam Utusan hari ini bercanggah dengan kenyataan Khalid selepas menghadap sultan semalam, yang menyebut berkenaan titah Tuanku dalam usaha mencari penyelesaian kepada isu perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.

“Kalau dah peruntukkan itu dipinda, maknanya Sultan sudah tidak ada kuasa dan pada saat ini bagaimana Setiausaha Sulit Sultan boleh mengatakan bahawa Sultan masih ada kuasa eksekutif, begitu juga dengan pihak kerajaan, khususnya Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan yang menyebut soal perkenan Tuanku,” kata beliau lagi.

Katanya lagi, kuasa eksekutif itu tak boleh disamakan dengan kuasa eksekutif dalam syarikat sebab yang disebut dalam perlembagaan adalah ‘authority’ atau kuasa pemerintahan yang diletakkan di dalam tangan Sultan tetapi dilaksanakan atau dijalankan oleh kerajaan yang memerintah yakni MB dan Exconya.

Tambah Aziz lagi, kenyataan yang dibuat oleh setiausaha Sultan tidak selari dengan KSN; satu pihak mengatakan kuasa itu telah dipindahkan dan sebagainya, dan satu pihak lagi mengatakan kuasa itu masih ada di tangan Tuanku.

Aziz mendakwa, upacara mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor tidak relevan kerana perlembagaan negeri memperuntukkan SUK yang baru perlu mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar.

“Anehnya pula, terus mahu buat upacara angkat sumpah di depan Tuanku, jadi kalau sudah tidak ada kuasa melantik, nak angkat sumpah buat apa?” katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .