Ikuti Blog ini
SELAMAT MENGUNDI PRK P036 ,Jumaat, Januari 16, 2009 at 16.1.09,
Selamat Mengundi kepada Pengudi Di Kuala Terengganu dan tak lupa juga kepada pengundi hantu..... Buat lah pilihan yang bijak.... Jangan Lagi diperdaya Oleh Abg. Jib.... Yaaa ALLAH semoga lambang bulan saja yang nampak dalam kertas pengudian Pada 17/01/09 di Kuala Terengganu termasuklah pandangan dari pengundi hantu... bapak hantu dah letak jawatan akibat dari memberi komen semasa AZAN Isyak.... ALLAHUAKHBAR x3..... Salam.
Tiga isu akhir lonjakkan moral PAS , at 16.1.09,
KUALA TERENGGANU, 16 Jan: Tiga isu terakhir yang berlaku sekitar pilihan raya kecil Kuala Terengganu melonjakkan moral petugas PAS.
Ketiga-tiganya adalah perletakan jawatan pegawai pengurus pilihan raya (RO), Datuk Mat Rozali Kassim, kemarahan keluarga Allahyarham Datuk Razali terhadap calon BN dan kenyataan tertuduh kes perbincaraan pembunuhan Altantuya Shariibuu.
"Ketiga-tiga isu ini benar-benar menaikkan semangat penyokong PAS dan dipercayai menyukarkan kem BN," kata seorang penganalisa.
Semalam, Datuk Mat Rozali Kassim meletakkan jawatan sebagai pegawai pengurus pilihan raya (RO) dan digantikan oleh Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Perletakan jawatan ini dipercayai ada kaitan dengan bantahan PAS terhadap kelakuan beliau.
Pada jam 1.30 15 Januari PAS menghantar satu surat bantahan kepada SPR berkaitan dengan empat program yang menjejaskan reputasi Mat Rozali selaku RO pilihan raya.
Antaranya berkempen untuk calon BN dan yang paling teruk mengugut kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu akan hilang pekerjaan jika mengundi calon selain BN.
"Perletakan jawatan beliau adalah kemenangan untuk kita. Kita juga akan mengkaji implikasi perlantikan Setiusaha MBKT sebagai RO baru kerana kalau Mat Rozali terlibat, apakah Setiausahanya tidak terlibat dalam kempen untuk BN?" kata Wan Mutalib dalam sidang medianya.
Isu yang kedua adalah hubungan yang sangat tidak baik antara calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid (gambar atas) dengan keluarga dan penyokong bekas anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail.
"Kalah di tangan abang Wan Farid untuk merebut jawatan naib ketua bahagian dan selepas itu tidak terpilih sebagai perwakilan ke mesyuarat agung Umno Mac nanti adalah satu yang menekan Razali menjelang kematian mengejutnya.
"Sehingga kini, Wan Farid yang merupakan Ketua Bahagian Kuala Terengganu dikatakan masih belum dapat mendekati keluarga Allahyarham Razali," kata satu sumber.
"Ini menunjukkan betapa ketika hayatnya Razali tidak mendapat pengiktirafan dari Wan Farid dan Umno Kuala Terengganu. Baru sekarang selepas kematiannya, Umno cuba meraih simpati keluarga Razali dengan meletakkan nama beliau kepada maktab perguruan dan sekolah di Kuala Terengganu," kata Tengku Hassan Tengku Omar, Adun PAS Ladang dalam ceramahnya malam tadi.
Sementara itu, isu ketiga yang kini menghantui kem BN adalah pengakuan Chif Inspektor Azilah Hadri yang berkata dia mendapat arahan dari ADC (juru iring polis) Datuk Seri Najib untuk menguruskan Altantunya Shariibuu yang menganggu Abdul Razak Baginda.
"Jika begitu, kini orang ramai tertanya-tanya, siapa yang arahkan ADC Najib itu. Apakah Najib perlu bersumpah sekali lagi dia tidak membuat arahan itu di Kuala Terengganu ini," kata seorang pemerhati.
Sebelum ini, Najib berkali-kali membuat sumpah termasuk di masjid bagi menafikan penglibatannya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Pemimpin Umno bertaruh RM2 juta? , at 16.1.09,
KUALA TERENGGANU - Maklumat terbaru yang diterima satu 'team' yang dinamakan 'Kumpulan 14' dianggotai oleh pemimpin Umno Terengganu dari kelompok bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh akan 'mensabotaj' calon Barisan Nasional (BN) Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan memasang kain rentang di seluruh kawasan pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu yang memburuk-burukkan bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri itu dalam waktu terdekat.
Sumber tidak menyebut 'wording' kain pemidang berkenaan tetapi menjelaskan alat kempen berkenaan sudah siap dibuat hanya menunggu masa untuk dipasang di tempat-tempat strategi dalam pilihanraya berkenaan. Ini menunjukkan bahawa perbalahan dalam Umno tidak pernah reda sehingga ini.
Sumber juga memberitahu dalam keadaan BN terdesak untuk mencapai kemenangan, ada kumpulan tertentu yang pro BN diupah dan bergiat aktif memasang 'billboard' termasuk karektor Anwar menunggang keldai kepala dua yang diturunkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) beberapa hari lalu.Ia bertujuan untuk menimbulkan provokasi di kalangan petugas-petugas pilihanraya supaya berlaku sedikit kekecohan.
Bagaimanapun ia dapat diredakan dengan kerjasama polis dan Penguatkuasa MBKT sebagaimana berlaku di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub bergegas ke tempat insiden berkenaan dan menyaksikan billboard itu diturunkan pihak MBKT.
Mereka mengharapkan petugas Pakatan Rakyat menjalankan tugas mengikut undang-undang pilihanraya dan melarang membuat sesuatu tindakan di luar dari batasan undang-undang tersebut.
Sementara itu, jangan terkejut dengan dakwaan ada pemimpin Umno tertentu berjudi dengan mempertaruhkan wang berjumlah RM2 juta jika keputusan berlaku sama ada Calon PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut menang kira-kira 6,000 undi atau jika Wan Farid menang walaupun majoriti 1 undi.
Ia menggambarkan seolah-olah ramai di kalangan pemimpin Umno termasuk pemimpin tertinggi mereka percaya calon BN dalam pilihanraya tersebut akan kalah tidak melebihi 5,000 undi dan jika lebih dari itu mereka bertaruh RM2 juta.
Sementara satu kumpulan lagi bertaruh RM2 juta juga jika Wan Farid menang dengan majoriti walaupun 1 undi. Kumpulan pemimpin Umno tersebut mempunyai sistem kerja mereka sendiri dan tidak terikat dengan bilik gerakan BN dalam pilihanraya kecil ini dan dikatakan mempunyai bilik gerakan sendiri yang dirahsiakan tempatnya.
Sumber itu juga menyebut kedudukan kemenangan calon PAS sehingga hari ini masih ditahap 60 peartus mendahului manakala 40 peratus pula dipelopori oleh calon BN.
Bagaimanapun petugas-petugas Pakatan Rakyat disaran supaya tidak terlalu berpuas hati dengan laporan itu kerana taktik dan muslihat akhir yang akan digunakan Umno di saat akhir untuk mempastikan sedaya upaya calon BN menang dalam pilihanraya kecil ini.
"Petugas Pakatan Rakyat perlu berwaspada dan mengikut arahan pemimpin," kata Ustaz Nasaruddin yang juga Pengarah Pilihanraya P036 Kuala Terengganu.'Wang sogok pengundi' cetus kekecohan , at 16.1.09,
Satu kekecohan kecil berlaku di sebuah hotel di Kuala Terengganu ekoran tersebar khabar yang mengatakan sebuah parti politik sedang mengedarkan wang tunai kepada pengundi.
Apabila Malaysiakini tiba di dewan bankuet hotel tersebut pada jam 5.30 petang, sekumpulan orang kelihatan sedang menulis nama dan nombor kad pengenalan mereka pada sekeping kertas.
Kira-kira 100 orang yang berada di dewan tersebut kelihatan tidak selesa dengan kehadiran para wartawan yang turut mengambil gambar, lalu menggesa yang lainnya berhenti menulis butiran diri mereka.
"Mengapa kamu masih tulis. Semua pegawai telah beredar," kata seorang wanita yang sudah berusia.
Apabila semakin ramai wartawan tiba di situ, seorang lelaki yang tidak dikenali terus mengambil 10 keping kertas yang mengandungi butiran diri orang ramai dan beredar dari situ.
"Saya akan tanya bos saya sama ada masih ada lagi wang untuk kita," kata lelaki tesebut lalu beredar, diikuti oleh yang lain-lainnya.
Kebanyakan mereka sudah berusia itu berkata, mereka datang ke situ untuk menghadiri satu jamuan pada jam 4 petang yang turut mempunyai ucapan politik.
Tidak seperti majlis politik yang lain, tidak kelihatan sebarang logo atau kain rentang parti yang dipasang di situ. Terdapat dakwaan yang bercanggah mengenai siapakah penganjurnya.
Antara mereka yang dikatakan berucap di majlis tersebut ialah seorang bekas menteri besar dari sebuah negeri di pantai barat Semenanjung.
Wartawan diberi wang
Ketika wartawan tiba, keadaan menjadi kecoh dengan ramai yang bercakap dengan kuat bahawa mereka telah ditipu dan tiada wang yang diedarkan.
Sesetengahnya turut mendakwa yang mereka yang datang lebih awal, telah memperolehi wang tersebut.
Dalam satu lagi perkembangan, wang tunai RM300 telah diedarkan kepada beberapa wartawan yang bertugas di pusat media Jabatan Penerangan di Kuala Terengganu.
Mereka terlebih dahulu diminta oleh seorang kakitangan pusat media itu, supaya menulis nama, pertubuhan media dan nombor telefon pada sekeping kertas, sebelum diberi sampul surat berwarna putih yang mengisi enam keping wang RM50.
Empat wartawan Malaysiakini turut menulis butiran diri mereka di kertas tersebut tanpa menyedari bahawa mereka akan diberi wang tersebut.
Bagaimanapun, kesemua mereka terus memulangkan wang tersebut kepada kakitangan pusat media tadi.
Kakitangan berkenaan bagaimanapun tidak dapat memberi jawapan apabila disoal dari siapa datangnya tersebut.
Sementara itu, wartawan Merdeka Review telah membuat laporan polis mengenai perakara itu di ibupejabat polis Kuala Terengganu jam 6.30 petang tadi.
Anak Altantuya ada iras Najib Razak dan Razak Baginda , at 16.1.09,
Cuba perhatikan betul-betul raut wajah anak kecil di atas, macam ada iras wajah kombinasi Najib Razak dan Razak Baginda. Anak kecil itu adalah anak kepada wanita Mongolia yang dibunuh menggunakan C4 yang berada dalam kawalan ketat kementerian pertahanan semasa Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan Malaysia. (Pelik, senjata dalam kawalan boleh terlepas keluar dan Menteri Pertahanan buat selamba je.)
Menurut pendapat dan keyakinan ramai rakyat Malaysia, pembunuhan kejam ala kezaliman Israel terhadap Altantuya berkaitan rapat dengan tiga manusia yang masih hidup bebas dan berkuasa di Malaysia: Najib bin Razak, Rosmah Mansor dan Razak Baginda. Ni kes bahaya ni, amat bahaya bagi negara dan rakyat Malaysia.
KT: Lagi Sokongan Masyarakat Cina , at 16.1.09,
Satu Majlis Makan Malam bersama masyarakat Cina telah diadakan di Dun Bandar.Restoran Ocean telah dipilih dan menyaksikan terhimpunya lebih dari 3ribu orang memenuhi ruang kecil ini...Rakyat dari serata K.Terengganu dan dari pelbagai Bangsa berkumpul bersama-sama untuk mendengar Amanat dari Pimpinan-Pimpinan Atasan Pakatan Rakyat.
Antara yang hadir ialah Dato Seri Anwar Ibrahim,Dato Husam Musa,YB Tian Chua,YB Saifuddin Nasution dan YB Azmin Ali serta ramai lagi.Kehadiran wakil dari Pakatan Rakyat yang mana ketika ini isu Perkauman bagi memecahkan Gabungan Pakatan Rakyat dilihat tidak memeberi kesan kepada Pimpinan dan Rakyat.
Antara isi ucapan dari Dato Seri Anwar dan Dato Husam menarik perhatian dikalangan mereka yang hadir.Isu semasa yang melibatkan ekonomi dan Janji UMNO/BN diperkatakan dan dilihat berasas kepada Rakyat.
Dato Seri Anwar dan Dato Husam bergegas pulang awal bagi memenuhi jadual mereka dibeberapa tempat yang melihatkan RAKYAT melaut memenuhi semua tempat ceramah.Tidak mengira dimana sahaja pasti Rakyat akan hadir.Ini menunjukan KEKUATAN dan PENGARUH PAKATAN RAKYAT itu masih ada.
SIKAP PENGUNDI CINA TAK MACAM DULU? , at 16.1.09,
Belum pernah berlaku dalam sejarah kempen mana-mana pilihan raya di Terengganu, masyarakat Tionghua setempat sebegitu ramai dan berani menghadirkan diri dalam program dianjurkan parti-parti pembangkang.
Jika selama ini kaum tersebut dikatakan sangat setia terhadap Barisan Nasional (BN) dan amat berhati-hati untuk menunjukkan sikap menyebelahi pembangkang, suasana yang sama sekali berbeza kini terzahir dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang sedang berlangsung.
Bukan sekadar pendengar
Mereka bukan setakat hadir sebagai pendengar, malah ada yang turut menjadi penggerak penting menjayakan apa-apa majlis dianjurkan mana-mana parti Pakatan Rakyat bagi membantu PAS.
"Bayangkan, yang lelaki bawa bendera bulan (PAS), yang perempuan tukang pungut derma. Demi Allah, sepanjang hidup saya dah lebih 60 tahun, tak pernah lagi saya tengok benda ni," ujar seorang penduduk Kuala Terengganu, Haji Wan Mokhtar Mohamad.
Beliau menceritakan ketakjubannya melihat pasangan berbangsa Cina itu yang bertugas penuh dedikasi di satu ceramah PAS di Kampung Cina, malam hari Sabtu (10 Januari) lalu.
Dalam perkembangan serupa, lebih 300 penduduk Tionghua kelihatan hadir ke majlis ceraman PAS di Kampung Pulau Kambing, malam sebelumnya. Kesungguhan mereka menzahirkan sokongan kepada Pakatan Rakyat, khususnya PAS, dianggap perubahan sangat mendadak berbanding pilihan raya umum, Mac lalu.
"Program (ceramah) PAS semasa pilihan raya dulu di situ, orang Cina yang hadir berbelas orang saja," banding seorang rakan wartawan, Yusof Muda.
Menurut maklumat diperolehinya, kawasan berkenaan adalah di antara lokaliti yang menyaksikan kekalahan PAS agak besar, terutama di kalangan pengundi Tionghua.
Penentu kemenangan
Meski pun pengundi kaum itu membentuk hanya kira-kira 11 peratus atau tidak sampai 9,000 daripada lebih 80 ribu pemilih berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu, sokongan masyarakat tersebut kepada mana-mana parti bertanding adalah penentu kemenangan. Apatah lagi sejak sekian lama sokongan pengundi Melayu di parlimen ini agak seimbang kepada PAS dan BN.
Mengakui undi Cina amat signifikan, BN tanpa silu memanipulasi kuasa dan kewangan dimilikinya untuk memenangi hati mereka. Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said secara tiba-tiba mengumumkan peruntukan RM6.1 juta untuk pembangunan masyarakat Cina negeri itu, 26 Disember lalu.
Jumlah itu termasuk RM3.3 juta untuk Dewan Perhimpunan Perhubungan Cina Terengganu di Pulau Kambing dan RM2.8 juta untuk dewan Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin, Gong Kapas.
Berbagai majlis lain turut dianjurkan BN saban hari melibatkan kaum Tionghua. Segala macam bantuan dihulurkan pada majlis-majlis itu atas berbagai nama, terutama yang dinamakan bantuan dana khas sempena sambutan Tahun Baru Cina. Kesemua pembesar negara yang turun berkempen juga tidak melepaskan peluang bertemu anggota masyarakat itu.
"Saya harap pengundi Tionghua di Kuala Terengganu ini tidak termakan umpan dana khas itu. Duit ang pau itu boleh diambil, sebab bukan duit peribadi pemimpin MCA-BN, tetapi itu memang duit rakyat," bidas Pengerusi Penaja DAP Cawangan Kampung Cina, Ng Chai Hing.
Matang berpolitik
Sepertimana para pemimpin Pakatan Rakyat lain, Chai Hing turut melahirkan keyakinan para pengundi Kuala Terengganu, terutama kaum Tionghua sudah matang berpolitik. Mereka juga dapat mengikuti arus perubahan tsunami politik yang melanda negara, Mac lalu, yang menyaksikan kaum Cina dan India sepakat menolak BN.
Arus perubahan itulah yang kini amat menggusarkan BN. Setelah segala usaha dan umpan dihulurkan, setakat ini arus itu nampaknya sukar diempang lagi.
Bahkan, kenyataan Ahmad sebelum ini yang 'mengugut' untuk tidak meneruskan bantuan pembangunan kepada masyarakat Cina sekiranya BN kalah Sabtu nanti turut gagal mengendurkan sokongan kaum itu kepada pembangkang. Keadaan itu memaksa menteri besar itu mengubah kepada nada memujuk pula.
"Percanggahan pendapat adalah perkara biasa untuk kepentingan bersama dalam parti, tetapi ia tidak akan berpanjangan. Ibaratkan (hubungan parti-parti komponen BN) seperti hubungan suami isteri, sedangkan lidah lagi tergigit," rayu Ahmad, dalam satu majlis pertandingan karaoke Hokkien, Sabtu lalu.
Titisan air mata cetus keinsafan menjelang hari mengundi , at 16.1.09,
KUALA TERENGGANU - Titisan air jernih mengalir tanpa disedari membasahi pipi hampir setiap jemaah yang hadir pada Munajat Perdana di Masjid Penghadang awal pagi tadi. Tanpa disedari air jernih yang bertakung di kelompak mata jatuh di atas riba ketika ribuan rakyat Terengganu dan penyokong PAS dari luar menadah tangan berdoa ke hadrat Allah Taala. Doa yang dipimpin anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Mohamad Mustapha ternyata berjaya mengusik kalbu. Ramai tidak dapat menahan sebak apabila Adun Demit itu mulai hiba sambil berdoa sehingga suasana menjadi hening seketika. Doa dan air mata menjadi senjata yang ditakuti pihak musuh kerana hijab antara langit dan bumi terbuka luas. Munajat perdana itu bermula jam 3.30 pagi dihadiri ribuan manusia sehingga kenderaan bersesak sesak di sepanjang jalan di hadapan masjid. Program bermula dengan zikir munajat yang dipimpin Ustaz Nor Azlan Jaafar, kemudian dikuti solat tahajut diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim al Masri dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan. Solat hajat dan witir diimamkan Ustaz Mohamad yang juga bekas Yang Dipertua Abim Kelantan. Turut menyertai program munajat itu Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali, timbalan pesuruhjaya, Dato' Abu Bakar Chik, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Dato' Hussin Awang dan Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut. Program itu diadakan bagi memohon ke hadrat Allah Taala untuk keselamatan, dan mengelak perkara tidak diingini berlaku pada hari mengundi. Ia berakhir setelah masuk waktu Suboh. Dan solat Suboh diimamkan Ustaz Hussin. Ustaz Abu Bakar berkata, solat hajat itu diadakan sebagai usaha mengadu ke hadrat Allah Taala bagi mengatasi niat jahat pihak tertentu menggunakan kaedah tidak bertamadun bagi memenangi pilihan raya. Ustaz Mohamad ketika menyampaikan kuliah Suboh selepas itu berkata, sekarang berlaku syirik nasional apabila manusia cuba membelakangi agama dalam kehidupan seharian. "Perkara seperti itu boleh berlaku antaranya dalam ungkapan yang sering kita sebut iaitu Keranamu Malaysia. "Oleh itu sempena kedatangan tahun baru Hijrah hendaklah kita meninggalkan perkara-perkara yang menjurus ke arah syirik," katanya. |